Sunday, November 01, 2009


Hilang kepercayaan.

Apa yang aku rasa agaknya bila seseorang yang aku percaya dan sayang, menghilangkan kepercayaan yang selama ini dijaga?

Kenapa aku tanya soklan ni ek?

Kalau aku yang kena, mestilah aku tahu apa rasanya kan..... jadi, rasional soklan ini ialah bukan aku yang hilang percaya TETAPI.....

AKU TELAH MEMBUAT ORANG HILANG PERCAYA KEPADA AKU!!!

Tidak terlintas bahawa perkara ini terjadi kepada aku. Memang aku akui, aku bukan insan yang perfect, adakalanya aku membuat kesilapan.... dan aku sendiri tidak boleh menerima kesilapan yang aku lakukan kali ini. Maafkan aku...

Aku mati akal bagaimana inginku pohon kemaafan kerana kau masih lagi tidak mahu berbicara denganku. Hanya ALLAH sahaja aku harapkan agar DIA melembutkan hati dia.

Aku tahu, bukan mudah untuk dia menerima aku kembali, pasti kini bukan lagi 100% kepercayaan itu diberi kepadaku, namun akhirnya, ungkap maaf yang dilafazkan membuatkan aku lega. Dia senyum kepada ku dan memberi aku teguran dan luahan isi hatinya. Aku redha kerana aku tahu ia semamngnya salahku.

Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku, agar tidak ada sedikit pun terlintas di hatiku untuk membuat kejahatan.

No comments: