Saturday, October 31, 2009


Pagi yang membosankan sebab tak cukup tidur.



Malam tadi aku tidur lambat. Sebenarnya tak boleh nak lelapkan mata. Aku baca buku Ilmu Pendidikan (exam hari selasa depan) untuk isi masa tapi tak masuk banyak sangat dalam ingatan jangka panjang aku nih.... Read about teaching model. Dulu masa blaja kat UKM tak la se'details' yang aku kena blaja kat KPLI nih... fuh dasat. Setakat yang sempat di'cover' model ekpositori - Ausubel (resepsi bermakna ntah hape2 ntah wakakaka...). Bunyi cam gempak aje padahal model ni just talking about pembelajaran bermakna dicapai apabila pengajar memberi sahaja maklumat tersebut kepada pelajar dan pelajar memahami seterusnya disimpan. Ausubel nih seteru Bandura (inkuiri penemuan) di mana pelajar kena dapatkan sendiri maklumat dan seterusnya simpan. Pada aku la.... Takde Bandura maka tiadalah Ausubel. Mereka berdua nih pelengkap. Mesti yang bukan field education pening baca entry ni kan... apa2 pun, bahasa mudahnya:

-- Ausubel : cikgu berceramah je kat depan, budak dengar tak yah nak cari2 maklumat dan simpan je dalam ingatan.
-- Bandura: buat eksperimen, dapat maklumat baru simpan...





Saja je nak share kat sini supaya ingat apa yang dibaca. Ada 2 lagi model yang aku dah baca tapi cukup la 1 perkongsian sebab nanti tak paham, readers tak nak singgah lagi... huhu

No comments: