Friday, November 13, 2009


KISSM

Dah masuk hari ke6 aku berkursus. Banyaknya perkara nak kena tahu bila nak menjadi penjawat awam ni.... siap ada peksa lagi di hujung kursus ni... mungkin sebab nak pastikan bagi tumpuan kepada setiap maklumat yang disampaikan. Bagi yang dah pernah melalui kursus induksi... tahu lah bagaimana kan...

Topik hari ni ialah belanjawan dan pengurusan akaun negara... kawan sebelah aku berbisik..."amende ntah.... tak paham...". Aku balas... mula2 memang tak paham, nanti bila dah keje barulah terbuka luas mata, hati dan otak dengan benda2 macam ni....

Pada awalnya, aku sendri rasa terbeban sebab nak kena hadam macam2 maklumat dalam masa yang singkat.... macam nak pecah kepala otak nih... tapi bila cite bab gaji... elaun... sronok plak hehe.... fitrah manusia kan... suka dengan ganjaran, tapi tajuk yang aku lalui bersama En, Arif arini memang menginsafkan... gaji2 jugak... tapi pernah fikir tak perkara yang lebih atas dari gaji iaitu tanggungjawab/akauntabiliti.... satu soalan je yang keluar dalam kpala otak aku waktu tu.... aku layak ke dapat gaji atas segala kerja yang aku buat.... perkara2 macamni la yang perlu di set awal2 dalam minda bakal guru macam aku agar bila bekerja nanti, aku dengan secara sedarnya bekerja dengan ikhlas dan akhirnya aku layak mendapat ganjarannya...

Harap aku tak menjana banyak hutang kering pada masa akan datang... cikgu nih, kalu tak jaga2 memang mudah berhutang... percaya tak cakap aku.... bahaya betul.... contohnya, kelas aku katakanlah mula pukul 8.10 pagi tapi pukul 8.15 pagi baru aku masuk ke kelas.... tak kira lah atas apa alasan sekalipun... itu baru 1 waktu... kalu sehari 3 kelas.... 3 x 5 min = 15 min. Tiap2 hari masuk lambat, 15 min x 5 hari = 75min... sebulan, setahun... 30 tahun (sampai pencen...).... nauzubillah....

Baru crita pasal masuk kelas lambat... blum lagi bab2 lain... memang aku sendri akui, bukan senang untuk particular dalam setiap perkara... nak2 bila melibatkan aspek dosa, pahala, berkat, ikhlas dan sebagainya tapi... aku percaya dengan usaha dan pelaziman setiap hari maka yang tidak biasa juga boleh menjadi amalan harian... jadi aku tidak akan putus asa.... chai yok hasnor...

Nasihat ni untuk sume kawan2 aku juga.... dan sume warga kerja tak kira lah awam ke swasta ke.... sendri ke.... gud luck lah in whatever u do.... never give up dan hanya harap redha Allah... daaa..



Monday, November 09, 2009


Hari ni hari pertama kursus induksi sistem saraan malaysia (kissm), maklumlah nak jadi kakitangan awam... memang wajib lalui kursus induksi ni. Banyak kena nak kena tahu, bukan hanya buat sahaja kerja bila dah posting nanti... tapi ia berkenaan dengan membina kerjaya... harap2 semuanya berjalan dengan lancar especially examnya nanti... awal2 ni agak bersemangat skit tapi slot petang tadi buat aku mengantuk sangat... ada 2 minggu lagi... waduh2...

Tuesday, November 03, 2009

Exam Ilmu Pendidikan






















Alhamdulillah, selesai 1 paper exam untuk KPLI aku. Terus terang aku katakan yang paper nih susah dalam senang jugak... camno tu ek.. hehe...

Mantap gak la soklan nya... susah... tapi kalu buat persediaan dgn tepat maka ia senang.... banyak sangat nak kena baca tapi kalau baca maklumat yang betul... semuanya ok... jadi kesimpulannya... aku dapat baca bahan persediaan dalam lebih kurang 80% tepat... bahan nih sume keje kawan2 aku yang rajin la... asal nak exam je mesti dapat sumber2 yang boleh dipercayai.... huhu...

Anyway, yang penting is Allah yang izinkan untuk aku ingat apa yang dibaca dan digunakan semula masa exam... kalu takde izin Allah mana bleh jawab... silap2 gelap je...

Esok dan lusa paper Kemahiran Hidup.... ini pun entah la... baca je sebab takde petunjuk langsung... contoh soklan pun takde.... bace ajela....

Doakan ek...

Sunday, November 01, 2009


Hilang kepercayaan.

Apa yang aku rasa agaknya bila seseorang yang aku percaya dan sayang, menghilangkan kepercayaan yang selama ini dijaga?

Kenapa aku tanya soklan ni ek?

Kalau aku yang kena, mestilah aku tahu apa rasanya kan..... jadi, rasional soklan ini ialah bukan aku yang hilang percaya TETAPI.....

AKU TELAH MEMBUAT ORANG HILANG PERCAYA KEPADA AKU!!!

Tidak terlintas bahawa perkara ini terjadi kepada aku. Memang aku akui, aku bukan insan yang perfect, adakalanya aku membuat kesilapan.... dan aku sendiri tidak boleh menerima kesilapan yang aku lakukan kali ini. Maafkan aku...

Aku mati akal bagaimana inginku pohon kemaafan kerana kau masih lagi tidak mahu berbicara denganku. Hanya ALLAH sahaja aku harapkan agar DIA melembutkan hati dia.

Aku tahu, bukan mudah untuk dia menerima aku kembali, pasti kini bukan lagi 100% kepercayaan itu diberi kepadaku, namun akhirnya, ungkap maaf yang dilafazkan membuatkan aku lega. Dia senyum kepada ku dan memberi aku teguran dan luahan isi hatinya. Aku redha kerana aku tahu ia semamngnya salahku.

Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku, agar tidak ada sedikit pun terlintas di hatiku untuk membuat kejahatan.

Saturday, October 31, 2009


Pagi yang membosankan sebab tak cukup tidur.



Malam tadi aku tidur lambat. Sebenarnya tak boleh nak lelapkan mata. Aku baca buku Ilmu Pendidikan (exam hari selasa depan) untuk isi masa tapi tak masuk banyak sangat dalam ingatan jangka panjang aku nih.... Read about teaching model. Dulu masa blaja kat UKM tak la se'details' yang aku kena blaja kat KPLI nih... fuh dasat. Setakat yang sempat di'cover' model ekpositori - Ausubel (resepsi bermakna ntah hape2 ntah wakakaka...). Bunyi cam gempak aje padahal model ni just talking about pembelajaran bermakna dicapai apabila pengajar memberi sahaja maklumat tersebut kepada pelajar dan pelajar memahami seterusnya disimpan. Ausubel nih seteru Bandura (inkuiri penemuan) di mana pelajar kena dapatkan sendiri maklumat dan seterusnya simpan. Pada aku la.... Takde Bandura maka tiadalah Ausubel. Mereka berdua nih pelengkap. Mesti yang bukan field education pening baca entry ni kan... apa2 pun, bahasa mudahnya:

-- Ausubel : cikgu berceramah je kat depan, budak dengar tak yah nak cari2 maklumat dan simpan je dalam ingatan.
-- Bandura: buat eksperimen, dapat maklumat baru simpan...





Saja je nak share kat sini supaya ingat apa yang dibaca. Ada 2 lagi model yang aku dah baca tapi cukup la 1 perkongsian sebab nanti tak paham, readers tak nak singgah lagi... huhu