Wednesday, August 11, 2004

Kasih Ufuk Rindu 1

Zaidi bersiul riang menuruni anak tangga dari biliknya yang terletak ditingkat tiga banglo mewah itu.Sambil tangan membetul betulkan anak rambut yang jatuh kedahi.

“Di nak kemana?”Datuk Zabidi menegur anak itu.

“Sejak kebelakangan ni papa tengok Di selalu sangat keluar malam.” Datuk Zabidi mengutarakan rasa tidak puas hatinya pada anak itu.

“Di pergi jumpa In papa. Lagipun rasanya ia tidak ambil masa lama. Di balik sebelum pukul dua belas nanti.” Zaidi bersuara perlahan, cuba memancing simpati mamanya yang sejak tadi jadi pemerhati. Dia tahu papa dan mama tidak kisah kalau dikeluar bertemu In. Malahan mama dan papa amat menyenangi gadis ayu itu.

“Baik,oleh kerana prestasi kerja Di bagus,papa terima alasan tu. Tapi ingat esok kita ada meeting dengan syarikat Jepun tu. Papa nak Di datang awal sikit.” Datuk Zabidi bersuara tenang, masih lagi macam tu. Menatap akbar bahasa Inggeris ditangannya. Dia akui walaupun anaknya itu sedikit nakal tapi bila kerja dia serius hundered percent. Bila dia dah sibuk kerja tu semuanya dilupakan. Perempuan mana sekali pun yang call pastinya jawapannya busy. Tapi satu, bila terima panggilan In dia tak boleh tunggu lama. Itulah yang diperhatikan sejak dulu lagi. Dan dia sendiri mengalakkan hubungan itu. Zaidi jarang keluar dengan mana mana perempuan selain dari In. Itulah yang menyebabkan dia bangga dengan anak itu.

Walaupun nakal tapi sikap workhorlic yang ditunjukkannya itu mengagumkannya. Anak itulah yang menjadi kebanggaannya tiap kali rakan lain mengeluh tentang anak anak mereka yang tidak mahu meneruskan bisnes keluarga. Dan sesungguhnya dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik begitu. Alhamdulillah. Zaidi yang mendengar pujian dari papanya itu tersenyum lebar. Berbunga riang hatinya bila diberi kerpercayaan.

“Di,kirim salam mama dan papa pada In. Suruh dia datang,mama dah rindu sangat nak jumpa dia. Jangan asyik kamu aje yang jumpa dia.” Datin Mariam bersuara,mengusik anak bujangnya itu. Dalam diam dia menyimpan harapan untuk bermenantukan anak buah yang istemewa itu. Dia menyayangi In seperti dia menyayangi anaknya sendiri.

“In, cousin kau yang handsome tu tunggu kau dekat bawah.” Masria memanggil rakan yang sedang leka bermenung itu. In kelihatan sudah bersiap siap untuk keluar.

“Abang Zaidi dah sampai ke?” dia memandang rakan yang sedang menanggalkan tudung itu.Lama sangat ke aku berangan.

“Dah, tadi aku nak naik terserempak dengan dia.Cepatlah dah lama dia tunggu kau .” Masria tersengih memandang rakan itu.Sejak pertama kali dia mengenali gadis itu selama hampir empat tahun ini kerap sangat Zaidi datang sampaikan dia pun dah naik kenal dengan anak muda itu.

“Okey lah.Aku keluar dulu.Kau nak pesan apa apa ke?” dia bertanya pada rakan itu sambil mencapai telefon bimbit.

“Tak ada apa.Cuma aku doakan korang bahagia selalu.”dia mengusik,mencuit pipi gebu rakan itu. “Kau ni melalut pulak.Kita orang keluar makan ajelah.Bukannya nak buat apa apa.”dia mengomel kecil,memarahi rakan itu.Selalu sangat Masria mengusik dia begitu.

“Iyalah tu.Kalau dia ajak ok aje,bila time Qairul tu tak senang lah.Sibuk lah.”Masria mengajuk alasan alasan yang kerap diberi gadis itu bila Qairul mengajak keluar. In cuma membiarkan teman itu berbicara sendiri,malas nak dilayan nanti tak jadi kerja. Namun sebelum sempat dia menuruni anak tangga bibir mengukir senyum.Betul juga kata kau Mas!Dia tertawa kecil.Tawa bertambah lebar bila melihat Zaidi sedang menantinya disis keretanya.

“So,kita nak kemana?”Zaidi tersenyum menghampiri In.

“Abang kata nak bawa In pergi makan kan.Kita pergi makanlah.”dia mengusik Zaidi.

“Eh,bang!”tiba tiba In menjerit kecil.“Abang dah potong rambut ke?”tiba tiba dia tertegun pada rambut anak muda itu yang dipotong stail ala ala Tom Cruise.

“Lawa tak?”dia bertanya sambil mengusik anak rambut yang jatuh didahi.Tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu.In memang prihatin dengan sebarang perubahan pada dirinya,malahan mama pun belum perasan yang aku dah potong rambut.Dia tersenyum lagi.

“Bertambah tampan.Nampaknya ramailah mak we yang terpikat.”dia ketawa kecil, menapakkan barisan gigi yang elok tersusun.

“In tak terpikat ke?”giliran dia pula bersuara.Rasa melayang layang tubuhnya melihat wajah itu dihiasi senyuman manis. “Alah,kalau dengan abang In tak naklah.Lagipun mana nak letak mak we abang yang berderet deret tu.”ujar In bersahaja.Dia membuka pintu kereta bila Zaidi lebih dahulu masuk keperut kereta BMW itu.

“Mak we?Siapa buat cerita ni?”dia bersuara serius.Tidak suka bila gadis itu beranggapan begitu.Walaupun dia tahu In hanya bergurau namun dia tidak menyukainya.Dia bukan kaki perempuan dan paling dia tidak mahu In beranggapan begitu pada dirinya.Dia gusar bila In beranggapan tidak elok padanya.

“Abang marah ke?”In mengesan perubahan pada riak suara yang keluar dari mulut anak muda itu.Dia memberanikan diri memandang Zaidi.

“Tak,abang tak boleh nak marah In.”dia tertawa kecil.Marahnya serta merta lenyap mendengar pertanyaan itu.In mampu menghilangkan rasa marah hatinya.Malahan bila dibebani dengan kerja yang kadangkala menyakitkan perasaan dia akan berlari ketemu In di hostelnya.Sejuk rasa hati dapat menatap wajah itu walaupun seketika saja.

“Cuma,abang nak In tahu.Kan dah banyak kali abang katakan abang tak punya sesiapa pun. Abang hanya ada adik abang ni aje.” ucap Zaidi,dia mahu In tahu dia tidak pernah ada perempuan lain.Sekilas dia menjeling kearah In yang tersenyum mendengar kata katanya itu. Zaidi melangkah tenang masuk kepejabatnya.Sejak tadi senyuman tidak mahu lekang dari bibirnya.Semalam tidurnya bertemankan In.

Mimpi mimpi indah bersama gadis itu masih bermain diruang mata.Rasa rindu yang tidak terucap pada gadis itu amat membara.Kalau ikutkan hati mahu aje rasanya dia meminang In tu cepat cepat.Tak tahan rasanya menanggung rasa cinta yang sarat dalam dadanya saat itu.

“Hai bos.Seronok nampak?”Fatin menyapa bosnya yang kelihatan agak berlainan itu. Selalunya bosnya itu jarang senyum.Kerjanya sebagai ketua jurutera sedikit sebanyak menyebabkan dia tenson aje selalu.

“I baru balik dating.”dia menjawab ramah.Masih lagi terbayangkan gelak tawa gadis itu. Betapa payah ingin melenyapkan senyuman itu.

“Dengan cik Julia ke?”dia mengusik nakal.Satu company tahu Julia meminati anak muda itu.Tapi dari pemerhatiannya setakat ini nampaknya Julia bertepuk tidak berbunyi!

“Apa pulak dia.”nada suaranya saja sudah jelas menunjukkan tidak senang namanya dikaitkan dengan nama gadis itu.Anak rakan kongsi papanya.

“Dah tu,mak we baru ke?” “Mak we baru apa.Dah lama I dengan dia.You aje yang tak tahu.”dia mengenyitkan mata,meninggalkan setiausahanya dengan pertanyaan sendiri. Fatin menghantar langkah bos yang kelihatan happy sejak kebelakangan ni.Mak we lama??Siapa ya?Dia tertanya tanya sediri.Seingatnya tidak pernah sebelum ini Zaidi bercakap mengenai buah hatinya.

“You pergi mana semalam hah?”Julia menyoal kasar.Memandang tepat kewajah anak muda itu.Tersirap darahnya mendengar kata kata temannya yang kononya melihat Zaidi keluar dengan seseorang.

“Dah kenapa dengan you ni?”Zaidi bersuara perlahan,malas nak melayani perangai Julia yang tiba tiba itu.Mata masih lagi tidak beralih sedikit pun dari fail ditangannya.

“Tak dengar ke,I tanya kemana you pergi semalam.You keluar dengan betina gatal mana hah?”dia menyoal lantang.Matanya menyinga memerhatikan Zaidi.

“Apa yang you merepek ni?”dia juga telah mula meninggi suara.Faham dengan kemarahan Julia.Semalam aku keluar dengan In sorang aje.Dia yakin perempuan yang dikatakan Julia itu adalah In.Tiba tiba dia marah bila Julia menghina In begitu rupa. Namun perasan marahnya itu ditahan.Disabarkan hati yang mendengar kata kata itu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menampar muka Julia.Lancang sungguh mulutnya!

“You jangan nak cabar I Di.I tak suka you keluar dengan perempuan lain.”dia bersuara lagi.Walaupun terasa gentar mendengar suara Zaidi yang bergema.

“You tak ada hak nak halang I.You tak layak Ju.I nak keluar dengan siapa pun you peduli apa?I bukannya boyfriend you .”dia menghempaskan fail yang dibacanya diatas meja. Geram melihat telatah Julia yang langsung tidak munasabah itu.Aku bukannya ada apa apa dengan dia.

“Tapi I sukakan you.”Julia bersuara.Kini kedengaran sedikit perlahan.Mungkin baru tersedar hakikat sebenarnya.

“But I tak suka you.Yes,I mengaku I falling in love right now,but that girl is not you.”dia menjawab serius.Memandang seketika kearah Julia yang terkejut mendengar kata katanya itu.

“You ada orang lain?” “Ini bukan soal orang lain atau tidak.Soalnya antara I dengan you memang tak ada apa apa.I dengan dia dah lama kenal.Kami dah nak kawin pun.”sengaja dia menyakitkan hati Julia.Biar dia rasa.

“I don’t care.Kalau you dah kawin sekali pun,you tetap jadi milik I.I takkan benarkan sesiapa rampas you dari I.I akan ajar perempuan tu.”Julia bersuara tegas.Lantas dia berdiri dan keluar dengan menghempas pintu bilik Zaidi sekuat hati. Zaidi merengus kasar.Menyampah melihat kelakuan Julia itu.Tak profesional langsung. Orang tak nak dia pulak terhegeh hegeh.

“Hello,boleh saya cakap dengan abang Zaidi?”kedengara satu suara bertanya.

“Iya,Zaidi sini.Siapa tu?”dia pelik,setahunya dia tidak pernah mengenali nombor yang tertera ditelefon bimbitnya saat itu.Suara itu juga begitu asing pada pendengarannya.

“Saya kawan In,Masria.Saya nak minta abang datang hostel boleh tak.”

“Kenapa?”dia bertanya lagi.Tadi petang dia baru aje menjenguk In.Sepupu itu menyambutnya dengan senyuman seperti selalu.

“Er..In dia..”berat rasa mulut nak berbica saat itu.Namun Masria menguatkan diri.Tidak sanggup melihat In begitu lagi.

“Kenapa dengan dia?”dia menyoal pantas.Apa yang tak kena.Tadi semasa dia meninggalkan gadis itu untuk pulang In kelihatan macam biasa.

“Abang datang dululah.Nanti saya ceritakan.Dia tak nak keluar sejak dari petang tadi. Kami semua risau.Sebab tu lah warden suruh saya call saudara dia.Saya tak tahu nak call siapa lagi.”

“Okey, I’m coming.”Zaidi pantas mematikan telefon bimbitnya.Hatinya risau saat itu.In tak nak keluar dari mana?Kenapa dia tak nak keluar?Sakit kah dia?Tapi tak mungkin tadi aku tinggalkan dia elok aje.Dia dirundung kerisauan.Hati kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena.Ada sesuatu yang menimpa gadis itu.Kalau tidak masakan sampai warden suruh call sedara mara.Kenapa kau In!Hati merintih,sambil itu dia terus memandu laju.Kecekapannya memandu sikit pun tidak merisaukannya,dalam masa tak sampai setengah jam keretanya telah mula memasuki perkarangan hostel kolej swasta tempat In menimba ilmu.

Hati semakin berdebar debar bila kali ini kedatangannya dinantikan Puan Fatimah yang menjadi warden In selama ini.Kelihatan juga seorang gadis bersamanya.

“Encik ni saudara In?”Puan Fatimah menyapa anak muda yang baru keluar dari kereta mewah itu.Dia memandang anak muda lewat dua puluhan itu.Rasanya kerap benar dia menemui In sebelum ini.Sesuai!Sama cantik sama padan.

“Iya,saya saudara dia.”Zaidi mengangguk perlahan,masih lagi tidak dapat memahami apa yang berlaku.Hatinya saat itu tertumpu pada In seorang.Ingatannya begitu kuat mengingati In saat itu.

“Kenapa dengan dia puan?”Zaidi bertanya,tidak sabar menunggu penjelasan dari warden asrama itu.

“Marilah,kita naik kebilik dia.Sambil tu saya ceritakan apa yang berlaku.”Puan Fatimah mempelawa Zaidi.Sekali lagi dia terkejut dengan apa yang berlaku.Selama ini tidak pernah mana mana pelawat lelaki dibenarkan memasuki asrama perempuan, tapi kali ini dia dialu alukan pula.Dia memecahkan tradisi yang dipegang kuat selama ini. Peliknya? Gumam hatinya,namun kaki masih juga melangkah mengekori Puan Fatimah dan seorang pelajarnya.

“Abang!”In menjerit memeluk Zaidi.Dia segera membuka pintu bilik air bila mendengar suara Zaidi.Hatinya yang goyah kembali tenang,yakin yang dia akan selamat dengan kehadiran Zaidi saat itu.

“Kenapa In?”dia terkejut.Kaku seketika mendengar esakan gadis itu.Sayu hatinya melihat keadaan In saat itu.Bajunya koyak disana sini.

“In,tell me.What’s wrong?Apa dah berlaku dengan In ni?”dia bertanya bila gadis itu masih tidak mahu bersuara.In masih lagi menangis.Erat dia memeluk Zaidi.Tangisan bergema.Tidak sedikit pun menghiraukan kehadiran Puan Fatimah dan rakan serumahnya saat itu.Dia menangis lagi.

“Encik Zaidi,rasanya In perlukan ketenangan sekarang ni.”sayup suara Puan Fatimah.Dia turut terharu melihat keadaan In.Selama empat tahun dia mengenali gadis itu.Dia tahu hati budi In.Kesian melihat In menangis begitu.

“Boleh saya bawa dia pulang?”dia bertanya memadang tepat kearah Puan Fatimah.Dia masih lagi memeluk In yang terus terusan menangis.

“In,kita balik rumah abang okey.”dia memujuk gadis itu.Jaket yang tersarung ditubuhnya berpindah pula ketubuh gadis itu.Anggukan Puan Fatimah melegakannya.

“Apa yang tak kena Di?Siapa yang sanggup buat In macam tu.Papa tak rasa ianya perbuatan budak budak nakal.”Datuk Zabidi bersuara keras.Simpati melihat keadaan anak buah kesayanganya begitu.Teringat lagi janji pada arwah adiknya,akan menyanyangi In seperti anaknya sendiri.

“Di tak tahu pa.Rasanya ada orang sengaja nak takutkan dia.”dia bersuara perlahan.Masih berfikir fikir jika In punya musuh.Tapi setahunya In tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.Dia kenal semua orang yang terlibat dalam kehidupan In.In jarang keluar merambu tidak tentu arah.Kalau adapun cuma sesekali dengan Masria.Malahan dia pun dah kenal dengan teman In itu.Gadis itu lembut dan bertudung,takkan punya musuh pula.Tapi apa kena mengena dengan In kalau dia ada musuh pun.Dia sedar selama ini In jarang bergaul,malahan gadis itu tidak pernah sekali pun keluar dengan mana mana lelaki.Bila ditanya katanya belum sampai masa.Mungkinkah ada yang tidak senang,tidak puas hati lalu membalas dendam?Tadi gadis itu masih lagi menangis bila sampai kerumahnya.Papa dan mama yang dah tidur dikejutkan.Kini mama dan Fidah sedang memujuk gadis itu.

“Abang rasa siapa yang nak kenakan In tu?”Fidah duduk disebelah abangnya itu.Tidak berpuas hati rakan baiknya diperlakuan sedemikian rupa.Nasib baik tidak berlaku apa apa.

“Abang tak dapat agak.In tu mana ada musuh.”ujar Zaidi dengan wajah sungul.Masih terdengar lagi cerita Puan Fatimah,katanya petang itu selepas In pulang,tiba tiba tiga biji motorsikal berpusing pusing sekeliling In.Gadis itu menjerit memarahi mereka tapi mereka lebih pantas.In diusiknya,baju gadis itu ditariknya.Tidak sempat mereka memberi pertolongan ketiga tiga mereka telah terlebih dahulu melarikan diri.Dan sejak itu hinggalah dia datang In mengurungkan diri dalam bilik air.Sejak itu juga In tidak berhenti menangis.

“Macamana Yam?Dah tidur?”Datuk Zabidi bertanya pada isteri yang baru keluar itu.

“Dah bang,tadi Khalid dah bagi ubat.Kesan ubat tu katanya.”Datin Mariam turut duduk serta dalam perbincangan itu.Hati turut risau terhadap kejadian yang menimpa anak itu. Sedih melihat keadaan In yang ketakutan.

“Esok papa nak pergi jumpa ketua esekutif tu.Kenapa kejadian macam ni boleh berlaku dalam kawasan asrama.”Datuk Zabidi bersuara tegas.Terasa keselamatan In tidak terjamin.

“Sudahlah tu,biar mama jaga In.Abang pergilah tidur.”Datin Marian bersuara memandang suami dan anak anaknya.

“Tak apalah ma.Di akan temankan In malam ni.”Zaidi bersuara,dan tanpa menunggu reaksi mereka pantas dia bingkas bangun menuju kebilik tamu,ingin segera menemui gadis itu.

“You nak kemana Di?”Julia bertanya,hairan melihat Zaidi yang ingin keluar semula walaupun baru sekejap tadi dia melihat Zaidi masuk ofis.

“I datang ni nak ambil cuti.”dia menjawab tanpa memandang wajah Julia.

“You nak temankan perempuan tu ya!”tiba tiba kemarahannya memuncak.Tambahan pula melihat Zaidi yang begitu mengambil berat.Cemburunya mendadak tiba tiba tanpa menyedari dia membongkar perbuatannya sendiri.

“Apa yang you tahu pasal In?”dia menyoal,mata mencerlang memandang Julia yang kelihatan sedikit kaget.

“You yang buat dia macam tu?”ujar Zaidi lagi.Kasar.Dia mula memegang lengan Julia.

“Memang!Memang I yang upah orang buat perempuan gatal tu macam tu.I nak bagi lesson pada dia.You beritahu dia,kalau dia berani lagi kacau you,I akan buat lebih teruk daripada itu.”Julia merentap lengannya.Dia bersuara,sinis kedengaran suara Julia,tiada sedikitpun rasa bersalah.Malahan dia ketawa besar dari dalam kereta bila melihat orang orangnya mempermainkan In.

“You memang dah gila!I akan pastikan you merana Ju.I akan kawin dengan In tak lama lagi.You yang melepas.”dia bersuara lantang,hingga mengejutkan Fatin diluar biliknya. Kasar pintu dibukanya.Dengan berang dia segera melangkah keluar.

“You tak boleh kawin dengan dia Di!I bunuh dia!”kuat Julia menjerit mengekori langkah Zaidi yang sudah pun berada betul betul didepan meja Fatin.

“I tetap akan kawin dengan dia.I love her very much!I dan dia takkan berpisah.”keras dia bersuara.Walaupun sedar dimana mereka saat itu.Sengaja dia menguatkan suara.Biar satu ofis tahu.Gumamnya dalam hati.

“Zaidi!I kill her!I akan bunuh dia,kalau dia berani kawin dengan you!”Julia menjerit bagai orang tidak siuman.Nafasnya turun naik.Sebal mendengar kata kata Zaidi itu.I love her very much!Shit!Celaka,aku bunuh kau! Fatin terkelu mendengar semua itu.Aku tengok filem apa ni?! Datuk Ghafar mengeluh mendengar kata kata rakan kongsinya itu.Tidak menyangka anaknya sanggup berbuat begitu.Malu dia mendengar kata kata Datuk Zabidi itu.Dia sedar,malahan sejak dulu lagi dia tahu anak itu mengalami masalah jiwa,sejak kematian isterinya Julia bagai orang hilang akal.Dia berusaha mengubatinya,tapi kini setelah lima tahun sembuh dia tidak menyangka anak itu kembali semula sakit.

“I bukan nak cakap apa apa Far,tapi Zaidi tu memang sukakan anak buah I tu.Bukan I tak suka Ju,cuma ini soal anak anak.”

“I tahu,I akan cuba nasihatkan Ju.”dia bersuara perlahan.Tiba tiba timbul minat untuk mengenali gadis itu.Cantikkah hingga Zaidi menolak anaknya.Sedangkan pada matanya Julia antara yang tercantik dalam ofis ni.Malahan wajahnya hampiri menandingi kecantikan artis terkemuka.

“I betul betul harap you dapat beri advice pada Ju.I risaukan anak buah I tu.Dia sekarang ni masih lagi ketakutan.”dia serba salah,tapi itulah yang dapat difikirkannya.Bersemuka dengan Datuk Ghafar.Dia bimbangkan keselamatan In.Kata kata ugutan yang diceritakan Zaidi menakutkan mereka.Malahan kini In tidak lagi dibenarkan keluar sendirian.In kini tinggal sementara dirumah mereka.Zaidi pula akan menghantar dan menjemput dia pulang kuliah setiap hati.Itupun baru In setuju,kalau tidak degilnya bukan main.Nak juga duduk hostel tu.Bila Zaidi pujuk baru dia makan pujuk.

“Berkemas nampak.”Zaidi duduk bersebelahan dengan In.Memerhatikan gadis itu memasukan pakaian kedalam beg baju.

“Nak balik hostel,rindu nak tengok bilik In.”dia tersenyum mendengar kata kata Zaidi.

“Apa kata In tinggal aje terus kat sini.Kan bagus.”ucap Zaidi.Seronok rasanya tinggal bersama gadis itu dua minggu ni.Kini segala galanya telah kembali aman.Keputusan bijak Datuk Ghafar untuk menghantar Julia menguruskan cawangan syarikat di Amerika disambut gembira,semalam dah bertolak pun perempuan tu.

“Tak naklah bang,ganggu abang lama lama.”dia tertawa kecil. “In tak takut lagi?”dia bertanya.Masih terbayang pelukan erat gadis itu.

“Tak lagi lah bang.Lagipun abang kata dia dah tak ada kan.”dia bersuara perlahan.Ngeri pula mendengar cerita Zaidi itu.Julia,perempuan tu memang cantik,dulu pernah sekali dia ketemu perempuan itu.Terserempak bila dia dan Zaidi sedang membeli belah.Jelas sekali gadis itu tidak sukakan dirinya.Pelik betul,orang cantik macam tu tapi brutal.Serun,In memikirkannya.

“Memanglah,tapi kalau tiba tiba dia balik macamana?”dia mengusik.

“In cari abang balik.”

“Abang risau dengar dia kata nak apa apa kan In.”dia bersuara perlahan,meraup mukanya dengan kedua telapak tangannya.Memerhatikan In yang masih menyusun baju..

“Janganlah risau bang,kalau dah ajal In dekat tangan dia tak kira esok lusa mati juga In nanti.”dia bersuara selamba.

“Jangan sekali kali cakap macam tu.Abang tak benarkan.”dia bersuara tegas.Keselamatan In akan selalu ditatangnya.Tidak sekali kali dia membiarkan gadis pujaannya itu disakiti.

“Iyalah,In tahu abang sayangkan In kan.”dia menyindir Zaidi.Tenang rasanya kini.Tidak perlu lagi dalam ketakutan.Reda rasa perasannya saat itu.Tapi seketika kemudian satu perasaan halus melintasi hatinya.Sayu pula untuk berpisah dengan Zaidi.Kenapa dengan aku ni?!Bukannya aku nak berpisah terus.

“Tapi,kan hari tu mereka dah hantar surat tawaran pada saya.Macamana pula boleh jadi macam tu kak?”In memandang pegawai yang menguruskan hal berkenaan pratikalnya itu.

“Tak tahulah dik.Tapi mereka minta adik kesana.Ni alamat dan orang yang adik kena jumpa.”Balkis menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nama dan alamat yang perlu ditemui In.

“Thanks kak.”dia pantas menyambut cebisan kertas yang dihulur Balkis.Melangkah lemah dari pejabat itu.Dia mula risau kalau kalau tidak diterima pula.Mana aku nak cari tempat baru.Terdesak pula tu.In mengaru kepala yang tidak gatal.Alamat ditangan dipandang seketika.AnD’s Holoding,Encik Ghazali.Dia membaca,sekali dua nama nama itu diulangnya.

“Please In.Takkan sekali aje tak boleh.”Qairul mendekati gadis pujaan hatinya.

“Tak bolehlah.I hargai apa yang you lakukan Rul.Tapi I takkan tergamak nak lukakan hati tunang you tu.”dia lemas,sesungguhnya dia lemas dengan semua itu.Pujukkan anak muda yang tak pernah mahu mengalah.

“I tahu I terlambat mengenali you In.Tapi hati I tak terdaya,memang I sayangkan tunang I.Tapi sejak pertama kali I tengok you,hati ni tak pernah sekali pun lupa untuk menyayangi you.Please,beri I peluang In.”dia memujuk lagi.

“No,Rul.Tak mungkin I menyakiti hati perempuan lain kerana I juga seorang perempuan.”In melangkah semakin laju meninggalkan kawasan kampus.Mahu segera lari dari anak muda itu.

“Kalau you nak I putuskan pertunangan I pun,I sanggup In.Asalkan you sudi terima I.” Saat itu langkah In terhenti.Tiba tiba dia rasa menyampah dengan kata kata Qairul itu.

“Walau you putuskan pertunang itu sekali pun I takkan terima you Rul.Mungkin masa ni you boleh putuskan tali pertunangan you kerana I.Tapi tak mustahil satu hari nanti you pula tinggalkan I kan.”dia marah dengan sikap lelaki itu.

“I tak semurah dan serendah itu untuk menghancurkan hati insan seperti I Rul. Pulanglah kepangkuan dia.Sekurang kurangnya kalau you lakukannya I masih menghormati you sebagai lelaki dan teman I.Tapi kalau you putuskan pertunangan itu,bukan saja I menolak you,tapi membenci jua.”In pantas berlari masuk kekawasan hostel.Tidak mahu lagi berdepan dengan anak muda itu.Malas nak dengar pujuk rayu Qairul itu.Qairul yang memekik memanggil manggil namanya tidak langsung diendahkan.Seorang dua siswi yang melihat kejadian itu pun tidak langsung diambil kira.Lantaklah!

“Sampai bila?Sampai bila kau nak macam ni Rean?”Andrizal memandang adiknya yang sedang tertawa itu.

“Apa maksud along?”dia memandang Andrizal yang tegak memandangnya.

“Iyalah,kenapa tak call Rita semalam.Along kesian tengok dia.”

“Alah long,kan along tahu.Rean tak pernah sukakan dia.Cuma mama tu yang suka kat dia.”dia tidak langsung mengendahkan kata kata Andrizal.Lucu kalau teringatkan Rita. Gadis kacukan cina itu lawa memanglah law,body pun solid.Tapi hati aku tak suka.Tak berkenan.Nak buat macamana?

“Dah tu,apa nak jawab dengan uncle Rahim tu?”dia masih tidak berpuas hati dengan sikap Andrian yang lebih banyak menghabiskan masa samada bekerja atau dengan perempuan perempuan yang tidak senonoh.

“Susah susah along ajelah yang ambil si Rita tu.Rean suka juga kalau dia jadi kakak ipar Rean.”dia masih mahu mempermainkan alongnya itu.Lagipun sekarang ni aku ada mak we cun.Mata terbayangkan Atika.Gadis seksi yang lincah yang mendekatinya kini.

“Orang cakap pasal dia,dia cakap pasal kita pula.Malas along nak layan kau lagi.”dia angkat punggung,mengalah dengan sikap Andrian yang berkepala batu itu.

“Kenapa ni ma?”Andrian menyoal ibunya,hairan melihat mamanya termenung begitu.

“Mama risaukan anak anak mama.”Datin Horsia bersuara perlahan. “Apa yang mama nak risaukan.Along dah pun bertunang.Hilda pula kan sekarang ni belajar,tak lama lagi dapatlah mama menantu lelaki pula.”dia mengusik tanpa tahu hati ibunya.

“Mama tak bimbangkan along ataupun Hilda,cuma mama paling risaukan kau.”dia memandang tepat kewajah anak itu.Andrian memiliki sepenuhnya ciri ciri gabungan dirinya dan suami.Anak itu tinggi,berkulit putih kemerah merahan, dan matanya penuh karisma.Tak hairanlah ramai yang tertarik padanya.

“Kenapa pula ma?”dia menyoal kehairanan.

“Mama dengar desas desus macam macam tentang Rean dari kawan kawan mama.Kalau betul Rean dah ada pilihan hati,bawa pulang.Mama akan terima.”

“Ah,ma.”dia tertawa.Itu rupanya yang mengangu mama.

“Ma,mereka semua tu tak layak jadi menantu mama.Sekadar teman biasa aje.Lagi pun Rean belum jumpa lagi perempuan yang boleh angaukan hati Rean ni.”dia berjenaka dengan ibunya.

“Betul?”dia bertanya.Mahukan jawapan dari anak itu.Memang selama ini semua perempuan yang mendampingi anaknya itu tidak sedap mata memandang.Hati ibunya tidak langsung berkenan dengan gadis yang selalu digembar gemburkan rakan rakannya. Semuanya seksi,terbelah sana sini.Tersingkap sana,tersingkap sini.Saban malam dia dia mendoakan agar anak itu menemui seorang gadis yang suci dan luhur.Dia mahu cucu cucunya kelak mendapat didikan yang sempurna.

“Rean,jomlah.Balik rumah I ?”Atika tersenyum mengoda memandang lelaki itu.Terlalu lama dia idamkan Andrian.Siapa tak kenal anak muda itu.Orang kaya,anak datuk pulak tu.Dia seakan menang,memang rakan rakan lain pun dapat lelaki kaya,tapi semuanya yang dah nak expired.Sedangkan Andrizal punya segalanya.Kaya,tampan,kacak dan paling penting dia muda.

“No,you pun tahu kan.I tak suka semua tu.Itu prinsip I.Selagi belum ada ikatan antara kita,I takkan sesekali menyentuh you.”dia tersenyum manis.Memang itu prinsipnya.Dia tidak pernah sekali pun meneguk air haram dan juga menghampiri zina.Dia tahu,dia sedar,walaupun dia bukan seorang muslim yang baik tapi dia takutkan balasan yang dijanjikan ALLAH.Dia takut nanti tak tertanggung azabnya kelak.Walaupun sesekali tersasar juga memeluk dan mencium perempuan itu,tapi just it.Tidak lebih daripada itu. Dosa tetap dosa,dia tahu itu.Tapi keinginan hati tidak dapat dielakkan.Lagipun kadangkala tercabar juga bila kerap kali digoda begitu rupa.

“I tahu,tapi I rindukan you lah.”dia tersenyum lagi.Sengaja mengeselkan tubuhnya ketubuh lelaki itu.Begitu liat sekali dia ingin memperngaruhi Andrian.Sukar nak runtuhkan tembok yang dibina lelaki itu.Selebihnya dia sedang menjalankan jarum ingin memerangkap lelaki itu.Dia mahu Andrian berada dalam gengaman tangannya buat selama lamanya.Kekayaaan dan kemewahan yang dimiliki anak muda itu amat di idamkannya.

“Okey,honey.Dahlah tu.I pun rindukan you juga.Come,you dah mabuk ni.I hantar you balik ya.”dia memapah gadis itu. Atika tu, nama aje melayu tapi gadis itu berbangsa Kadazan. Pertama kali dia pun tidak menyangka gadis manis itu beragama kristian. Baginya walaupun dia mengucapkan kata sayang, namun gadis itu tidak lebih seorang kawan.Tiada yang istemewa dalam perhubungan dengan gadis itu. Dia tidak pernah sekali pun mengucapakan kata kata keramat itu.Tiga perkataan yang mampu mengikat dirinya pada seseorang.I LOVE YOU.

Rasanya perkataan itu terlalu mahal dan tidak sepadan dengan gadis yang begitu murah.Dia sedar selama ini Atika mengejar dirinya semata mata kerana harta kekayaan yang mengunung.Tapi dia malas nak banyak cakap,dia hanya mengikut saja rentak gadis itu.Bila bosan nanti dia akan berlalu macam angin lalu. Andrian memandu tenang,dalam kesamaran malam dia memerhatikan jalan raya yang masih lagi sibuk walaupun hari dah masuk pukul dua pagi.

Alah,apa yang nak dihariankan kat KL ni memang macam tu.Pukul dua pagi tu sama macam pukul dua petang aje.Tak ada perbezaan langsung.Tadi dia berkali kali bersyukur kerana dapat juga menolak godaan Atika.Walaupun hati kecilnya membentak mahu bersama gadis itu tapi, ditahan -nya. Dan Alhamdulillah,kini dia dalam perjalanan pulang ke Desa Rimba.Rumah mewah milik ayahnya itu sengaja diberi nama begitu.Papa dan mamanya memang sukakan alam semula jadi,malahan landskap yang cantik dibina itupun mama yang reka sendiri,dan mereka tidak menafikan kreativiti mama itu.Banglo mewah itu bagai didirikan dalam suasan alam semula jadi.Dari dalam hingga ke luar semuanya berkongsepkan alam semula jadi yang menyejukkan mata memandang.

Tiba tiba bibirnya menguntum senyum.Teringat gelagat Atika membuatkan dia tertawa sendirian.Macamana tak ketawa,gadis itu senang senang saja mempelawa dia tidur bersama sedangkan mereka kenal pun tak sampai sebulan.Sudah hilangkah nilai nilai seorang wanita padanya?Dia berfikir sendiri.Betapa mudahnya Atika mempelawa dia. Walaupun mungkin bukan seorang muslim,tapi kristian juga tidak mengalakkan hubungan begitu.Pening dia memikirkannya,adakah tiada lagi wanita yang mempertahankan kehormatan diri lagi zaman ini.

Semuanya hanya mengejar wang sajakah?Dia masih ingat,dulu teman temannya juga begitu.Mira,Ida,Suraya dan entah siapa lagi.Memang namanya ayu dan lembut tapi sayang orangnya tidak seindah nama. Bukan mereka tidak cantik,malahan ada antara mereka yang menjadi rebutan.Tapi tiada yang dibanggakan dengan kecantikan luaran itu.Malahan rata rata mereka tanpa segan silu merengek minta minta.Ah,lemas kadangkala melayani mereka,tapi kadangkala timbul pula perasaan seronok.Bukan selalu orang nak bermanja,tapi tiap kali bermanja pasti beribu ringgit yang terbang dari poket seluarnya.Tapi dia tidak kisah semua itu, baginya wang ringgit langsung tidak membebankan.

Dia memang sentiasa dilimpahi kemewahan.Huh…..Dia mengeluh pula kali ini.Melepaskan keluhan yang berat dan panjang.Memang dalam memilih teman hidup dia begitu teliti.Malahan dia begitu peka dengan sikap mereka.Dia pandai mengesan samada ia lakonan atau tidak.Tapi rata rata, kebanyakkannya ia hanya palsu semata mata.Entah bila akan ku temui seseorang yang tulus dan luhur mengasihi aku Tuhan?Dia tiba tiba bertanya,ingin mengadu pada Penciptanya.Andrian tidak punya jawapan,pedal minyak ditekan.Kereta mewahnya laju membelah malam yang kia larut. In merenung rembulan,leka memerhatikan malam yang terang disinari sang bulan dan bintang.Dia berfikir fikir.Rasa rindu yang bersarang dirasakan terlalu berat.Terbayang wajah wajah yang amat dirinduinya.

Mak,ayah,kak long.Haikal dan Danial.Betapa dia merindui mereka.Petang tadi dia sibuk mengemaskan barang untuk dibawa pulang kekampung. Waktu cuti sebulan yang sepatutnya dihabiskan dikampung sebelum dia memulakan praktikal tidak dapat digunakan semata mata kerana terpaksa menyiapkan projek yang tertangguh.Tapi salah aku juga kan.Itulah padahnya kalau buat kerja last minute.In tersenyum lagi mengenangkan kenangan indah bersama rakan rakan sepanjang empat tahun dia disini,memungut ilmu demi masa depannya.

“Hoi!cik kak,berangan aje kerjanya.”lamunannya terhenti bila disergah Masria.

“Kau ni,buat aku terperanjat ajelah.”dia merungut.Pura pura marah pada teman yang banyak berkongsi suka duka sewaktu disini.Asrama dan rakan rakan menjadi saksi keakraban mereka bersama.Sukar untuk memiliki teman sebaik Masria.

“Kau ni dah kenapa In?Aku tengok macam orang tak betul aje.Sekejap termenung lepas tu tersenyum sorang sorang pulak tu.”dia memandang wajah ayu didepan mata. Memerhatikan rakan itu.

“Tak ada apalah.Aku teringat dekat budak budak tu aje.Lagipun tak lama lagi kita dah nak balik kampung kan.Kau pulak nanti jarang lah dapat jumpa aku lagi.Mesti aku rindu kat kau Mas.”In memeluk teman itu.Kenangan empat tahu bersama terbayang didepan mata.Kemanisan dan kedukaan saling berganti.Yang pasti sahabat sesejati Masria sukar dicari.Satu dalam sejuta.

“Itulah,aku suruh terima aje si Qairul tu kau tak nak.”dia mengusik rakan itu.Walaupun dia sendiri diburu sebak bila mengingatkan perpisahan yang bakal mendatang.Sahabat seperti In tak mungkin akan ditemuinya lagi.

“Kau ni,balik balik Qairul.”In tertawa mendengar kata kata Masria.Teman itu begitu memahami.Malahan dialah yang banyak kali membantu dia melarikan diri dari Qairul. Bukannya dia tak sukakan Qairul tu,tapi….entahlah.Nak kata Qairul tu tak lawa.Muka dia macam Tom Cruise.Nak kata dia tu kaya ,bapak dia Tan Sri.Tapi In tak ada hati dekat dia.Lagi satu dia tak sanggup membina bahagia diatas kehancuran hati wanita lain. Lagipun tanggungjawab yang terpikul menyebabkan dia tidak mahu sebarang komitmen waktu ini.Lagipun takut nanti kalau kalau kekasih sudah didepan mata dia akan mengabaikan tanggungjawabnya.Lagipun aku muda lagilah!

“Eh In,jadi ke kau nak ke company tu esok?”

“Jadi,kenapa kau nak ikut aku ke?”dia bertanya lagi.

“Tak nak lah.Lagipun esok aku nak pergi beli barang sikit.Sorry lah aku tak dapat temankan kau.Tapi kalau lepas tu bolehlah.Kita jumpa dekat Central Market nak?”

“Boleh juga.Lagipun nanti boleh kita cari barang untuk budak berdua tu.”dia tersenyum mengingatkan Danial dan Haikal.

“So,kau nak kesana tu buat apa?Hari tu kata dah comfirmkan dia orang ambil kau praktikal kat tempat diaorang tu.”Masria mengerutkan dahi.Sehari dua lepas In merungut rungut bila diminta datang ke AnD’s Holdings.

“Entahlah,aku nak pergi buat rayuanlah.Dia orang call hari tu kata nak suruh aku datang pasal kemungkinan tak dapat beri aku praktikal kat situ.Ada kepatut,hari tu diaorang yang beri surat tawaran.Lepas tu kata tak jadi pulak.”dia mengomel bila mengenangkan panggilan telefon yang diterimannya petang kelmarin.

“Tika,you tahu tak,kalau I nak I boleh pikat sesiapa saja yang I mahu.”Andrian bersuara keras.Tidak mempedulikan kehadiran seorang wanita diantara mereka.Dia dah terlalu letih melayan kerenah Atika.

“Please,Rean.I minta maaf,memang I salah.Tapi I janji I takkan ulanginya lagi.”gadis itu masih memujuk merayu.Tangan memegang erat lengan Andrian.

“Get lost.I tak perlukan perempuan murah macam you ni you tahu tak.Ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang sudi nakkan I.You cakap bila bila saja berderet yang datang melutut pada I .”dia bersuara angkuh sengaja ingin membakar perasaan gadis yang tidak tahu malu itu.Lengannya direntap kasar.

“Please sayang,I janji takkan buat macam tu lagi.Please.”Dia masih lagi tidak mahu mengalah.

“Dengan I,you kata sayang .Dengan lelaki lain apa pulak you cakap.It is finish Tika. Come on,say good bye to me,Tika.Lagi pun pada I selama ni kita tak ada apa apa.I anggap you tak lebih sebagai seorang kawan.Lagipun cuba you fikir,tak pernah sekali pun I say that, I love you,kan?”dia memandang sinis Atika yang menahan hati didepannya.

“Apa you ingat senang senang aje I akan lepaskan you?I akan pastikan you jadi milik I Rean.I takkan lepaskan you dengan begitu mudah.”gadis itu membentak.Dia keluar sebaik saja pintu lif terbuka.

“Perempuan semua sama.Murahan.”dia merengus kasar.

“I beg your pardon?”gadis itu menegurnya. Andrian mengangkat muka memandang tuan empunya suara.Mata tertumpu pada seraut wajah yang ayu.Dia memandang gadis yang kelihatan manis bertudung itu.

“Awak tak dengar ke apa yang saya kata?”dia membentak marah.Sibuk aje masuk campur hal orang.

“Tak semua perempuan macam tu.”gadis itu menjawab perlahan.

“Oh,ye ke.Tapi setakat ni saya belum jumpa lagi.Yang saya jumpa perempuanperempuan murahan yang nakkan duit saya.”dia merengus kasar.

“Jangan menunding pada orang lain.Tengok sendiri kesalahan awak.Kalau awak tak bongkak dan angkuh dengan duit ringgit awak tak adalah awak tertipu.”gadis itu bersuara lembut.Tidak bermaksud untuk campur tangan tapi kata kata Andrian begitu menyakitkan telinga mendengarnya.

“Awak kata saya bongkak.Dah tu memang betul.Semua perempuan hanya nakkan duit saya aje.Bila saya tabur duit semua datang sujud dikaki saya,awak tahu tak.”Egonya tercabar mendengar kata kata lembut itu.Walaupun hati mengakui kebenarannya tapi dia menahannya.Kalau aku tak bawa kereta besar tentu tak ada orang yang nak!

“Awak memang angkuh.Tapi satu hari nanti awak akan bertemu buku dengan ruas.Awak akan jumpa perempuan yang akan tundukkan awak.Awak akan kalah dengan cinta sejati.”Andrian terpaku mendengar kata kata gadis itu.Dia memerhatikan langkah gadis itu yang diatur perlahan.Dia berdebar debar.Aku akan tunduk dengan cinta sejati?!

“Ala..mak nanti In baliklah.Lagipun tak lama lagi cuti.Tinggal tiga hari aje lagi nanti In baliklah rumah.”dia bersuara perlahan.Membelek belek buah tangan yang bakal dibawa pulang.

“Mak ni bukan apa,lagipun bukan selalu mak long kamu buat kerja kawin.Nanti kalau kamu tak balik,kecil pula hati dia.”Puan Zainon tersenyum mendengar kata kata anaknya itu.

“Okeylah,nanti In balik.Tapi In sampai lewat sikit lah mak.Tiket habis,malam nikah tu nanti baru In sampai.”dia memberitahu,bukan niatnya nak balik lewat tapi tiket yang sepatutnya ditempah awal awal telah kehabisan.

“Lagi satu jangan lupa bawa balik buah tangan untuk Fidah tu.”dia mengingatkan In. In menganggukan kepala.Mengingati pesanan ibunya.Memang dia tahu mak nya itu suka berleter,namun tanpa leteran itu dia kerinduan.Dia mematikan talian telefon bimbit.Tersenyum seketika mengingatkan wajah Puan Zainon yang penuh sifat keibuan.

“Pe hal ni?”Andrizal menegur adiknya itu.Sejak dua tiga hari ni kelihatan selalu sangat Andrian bermenung.

“Tak ada apa apa lah long.Bila along masuk ni?”dia bertanya,memandang abang yang tua dua tahun darinya itu.Mata mengekori langkah abang yang duduk disebelahnya itu.

“Dah lama dah.Kenapa ni?Masih ingatkan Tika ke?”dia meneka.Manalah tahu serkap jarangnya mengena.

“Tika?”dia menyoal sinis.

“Rean tak heranlah kalau setakat perempuan macam tu.”dia bersuara.Jengkel bila hal Tika dibangkitkan.Rasa menyampah dan bencinya membuak buak.

“Dah tu apa yang menganggu fikiran kau ni?”Andrizal bertanya,masih berminat ingin mengetahui masalah yang melanda adiknya itu.

“Tak ada apa apalah long.”dia mengelak.Sedangkan fikirannya masih berfikir fikir kata kata seseorang yang begitu meninggalkan kesan yang mendalam padanya.Betapa hebatnya penangan itu hingga dia mamai dua tiga hari.

“Kalau macam tu tak apalah.Kau dah kemas barang ke?Kata nak balik kampung pak uda. Kan anak dia nak kawin hunjung minggu nanti.”dia bertanya pula.

Bukan apa sekadar mengingatkan.Lagipun mereka tak pernah kekampung sebelah isteri pak uda mereka. Selalu nya mereka berkunjung kerumah pak uda mereka yang tidak jauh dari rumah mereka.Rasa exited pula rasanya nak cuba cara hidup dikampung.Sementelah mereka tidak pernah punya kampung halaman.Papa yang memang anak jati Kuala Lumpur dah tentu tidak mempunyai sedara mara dikampung.Mama pula yang berasal dari London tentu jauh sekali untuk membuatkan mereka merasa pengalaman hidup dikampung. Sesekali mencuba tentu seronok.Selama ni dia hanya mendengar cerita kawan kawan saja tentang keindahan kampung dengan sawah padi yang merimbun dan ikan ikan air tawar yang banyak didapati dimana mana tali air.

“Dah,siang siang lagi dah kemas.Lagipun Rean tak sabar nak kenal kampung pak uda tu. Satu lagi dengar dengar minah dekat sana tu cun cun.Tak macam perempuan KL ni yang tebal dengan make up aje.”dia tersenyum.Namun mata terbayangkan wajah seseorang. Dia tersentak sendirian.Kebingungan.Dah kenapa dengan aku ni?Dia tertanya sendirian. Membiarkan Andrizal tertawa sendiri.Dia masih dialamnya sendiri.

“In,ingat nanti bila kau praktikal tu janga lupa jenguk kita orang tau.”Masria memeluk rakan itu.Sedih kerana terpaksa berpisah dengan sahabat sebaik Intan Xarfisda.

“Yelah,aku pun nanti akan rindu pada kau.”dia membalas pelukan hangat rakan itu.

“Jangan lupakan aku ya.”

“Memang aku takkan lupa rakan sebaik kau Mas.Tapi kau praktikal jauh sangat lah.Tak larat aku nak ke Perlis tu.”dia mengusik.Tahu sangat Masria memang menantikan masa untuk berada dekat dengan ibu bapanya.Lagipun dah terlalu lama rasanya mereka di kota besar itu.Cuma dia yang akan pulang semula kekota besar itu.Bukan dia tak mahu pulang kepangkuan ibunya tapi didikan yang diterapkan padanya sejak kecil supaya berdikari dan jangan bergantung pada orang lain telah menyebabkan dia disini.Ingin merasai cabaran kota besar itu.Dia sukakan cabaran itu.

Cabaran yang kadangkala menjatuhkan insan insan sepertinya.Namun dia pasti cabaran itu pasti akan dapat ditempuhinya.Seperti kata arwah ayah,In anak ayah yang tabah dan kuat.Dia tersenyum mengingatkan kenangan manis bersama satu satu ayah yang amat disayanginya. Mereka berpisah disitu.Masing masing menaiki bas yang menuju kedestinasinya.Rasa rindu In berputik semula.Terbayang wajah tua ibunya.Kerinduan pada anak anak buah begitu mekar.

Dia rindukan tangisan manja mereka.Dia rindukan ciuman hangat mereka. Selebihnya dia rindukan arwah kakaknya.Ah…bila mengenangkan kak long yang pergi terlalu awal dia dirundung kesedihan.Kakaknya Iyah Darwisya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka pulang untuk berhari raya dikampung. Suaminya Tengku Haris turut sama terkorban.Cuma sepasang cahaya mata mereka yang terselamat dari kejadian itu.Danial dan Haikal.Pasangan kembar itu kini tinggal bersama ibunya.Ah sekurang kurang nya dapat juga mak hilangkan kesunyian.Dia memujuk diri sendiri.Air mata yang mengalir diseka perlahan.

“Macamana?Cantik tak kampung kita orang ni?”Zaidi bertanya pada sepupu sepupunya itu.Sejak kecil lagi mereka memang rapat,namun Andrian dan Andrizal masih tidak berpeluang berkunjung kekampung halaman ibunya itu.

“Cantik!Tapikan rugilah,aku tak bawa videocamera kalau tak boleh rakam macamana orang kampung buat kenduri.”Andrizal mengeluh kesal.Andrian pula mengangguk perlahan.

“Alah,along tu kan,bukan apa dia nak ambil gambar anak dara kat kampung ni.” Andrihilda mengusik abang sulong nya itu.Selaku satu satunya adik perempuan dalam keluarganya dia begitu disayangi abang abangnya.

“Pandailah kamu tu.”mereka tertawa riang.

“Apa yang suka sangat tu?Pergilah tolong orang dibawah tu.”Suara Datuk Andikairul bergema,menegur sikap anak anak bujangnya itu.

“Baik pa.”mereka turun membantu mereka yang sedang sibuk melapah dua ekor lembu yang tumbang pagi tadi.Andrian duduk bersebelahan dengan Zaidi sementara itu Andrizal pula sibuk membantu mengangkat daging yang bergelimpangan.Lagu lagu jiwang bergema kesegenap penjuru.Menambahkan lagi suasana yang meriah.Orang orang tua yang sama sama bergotong royong kelihatan begitu gembira.Keikhlasan terpancar diwajah masing masing.

“Uncle,uncle.”panggilan kanak kanak itu menarik perhatian Andrian.Dua orang kanak kanak berlari mendapatkan Zaidi.

“Hei,bila datang ni?”dia meletakkan pisau ditangan.Mencangking kedua dua kanak kanak itu.Meletakkan berdekatannya.

“Tu,datang dengan nenek.”Danial pantas menunjuk kearah Puan Zainon yang terkedek kedek berjalan kedapur.

“Oh,mama In mana?Dia tak datang sama ke?”Zaidi membuka bicara.Bertanya mengenai gadis yang dipuja dalam diam.

“Mama In belum balik.Tapi tadi mama In call dia kata nanti bila sampai dia datang sini.” Haikal pula menjawab pertanyaan Zaidi itu.

“Ikal!Danny!”Puan Zainon memanggil cucunya itu dari dapur.“Mari minum cu.”dia memanggil kedua dua cucunya itu.Tadi nak diberi makan dirumah katanya nak makan di rumah nek long. “Ikal nak tunggu mama In.”petah Haikal bersuara.

“Danny pun.”

“Marilah cu.Tadi kata nak makan kat rumah nek long.”Puan Zainon mendekati sepasang kembar itu.

“Karang lah nek.Tunggu mama In balik.”

“Mama In balik lewat.Nanti kamu lapar.”dia memujuk lagi.Tahu sangat sikap kedua beradik itu yang degil.

“Em,tadi kan Ikal dengan Danny dah janji nak makan rumah uncle kan.”Zaidi bersuara memandang kedua beradik itu. “Tapi Ikal dengan Danny nak tunggu mama In.”Danial lancar bersuara.Memandang Zaidi meminta simpati.

“Mama In balik lambat lagi.Makan dulu ya.Nanti kalau mama In tahu Ikal dengan Danny tak makan nanti mama In marah.Ikal nak mama In marah tak?”dia bermain psikologi. Pantas Haikal mengelengkan kepala.Dia tersenyum dan kemudian memandang Danial.

“Kalau macam tu mari ikut nenek.”Puan Zainon memimpin tangan kedua mereka.

“Itulah degil sangat budak berdua ni Zaidi.Puas mak usu pujuk.Nak dengan kamu aje.” dia mengelengkan kepala mengenangkan kenakalan kedua cucucnya itu.Puan Zainon berlalu bersama pasangan kembar itu.

“Anak siapa tu?Bukan main manja lagi dengan kau?”Andrian bertanya.

“Oh,anak cousin aku.”perlahan dia bersuara.Tangan mencapai kembali pisau. Menyambung kerja yang tertangguh.

“Kenapa panggil mak dia orang macam tu.Panggil mama aje kan senang?”dia bertanya lagi.Ingin tahu rahsia disebalik panggilan unik itu. Zaidi terkejut mendengar pertanyaan yang tidak disangka itu.Dia seolah bermenung.

“Maaf,kalau aku tersilap cakap.”Andrian yang menyedari perubahan mendadak Zaidi itu bertanya.Takut takut kalau dia tersilap cakap. “Tak ada apa yang nak dimaafkan.Kisah dah lepas.”dia menguntum senyuman buat sepupu itu.

“Oh,kau melepaslah ni ya.Dia kawin dengan orang lain?”dia bertanya,mengusik sepupu itu.

“Tak ada.In tu belum kawin.”dia bersuara mendatar.

“Belum kawin?Budak budak tu?”Andrian bertanya perlahan.Fikiran mula menyangka yang bukan bukan.Takkan Zaidi berkenan dengan perempuan sebarangan.Risau pula dia memikirkan kisah sepupu itu.

“Anak kakak dia.Dia jaga budak budak tu sejak mereka masih kecil lagi.”

“Oh,jadi mak diaorang tu dah meninggal?”

“Mmm,mereka suami isteri kemalangan,meninggal di tempat kejadian.In jaga budak budak tu sejak mereka masih berusia setahun lagi.”

“Kau sukakan dia?”Andrian bertanya.Tertarik dengan kisah rakan itu.

“Dia tu sepupu aku.Lagipun dia belajar lagi?”dia menguntum senyum.Hati tenang bila mengingatkan gurau senda gadis itu.

“Belajar lagi?Berapa umur dia yang sebenarnya?Budak budak tu pun aku rasa dah lima enam tahun kan?”Andrian mengerutkan dahi memandang rakan itu.

“Enam tahun.In tu baru dua puluh tiga tahun.Dia dah jaga budak budak tu sejak dia tingkatan empat lagi.Dah jadi macam anak anak dia sendiri.Tiap minggu dia balik dari KL tu.Cuma sejak kebelakangan ni dia sibuk sikit.Tak dapatlah balik selalu.Tu yang budak budak tu rindu sangat dekat dia tu.”jelas Zaidi tanpa berselindung.

“Mak oii,mudanya.”dia berfikir sejenak.Ingin rasanya mengenali gadis itu.Tertarik dengan cerita Zaidi.Ingin mengenali gadis unik itu.Masih ada lagi rupanya gadis yang baik begitu. “Cantikkah?”dia menduga lagi.

“Tak tahulah pada kau.Tapi bagi aku In lambang utuh gadis Melayu.Lagi pun kau kan biasa dengan gadis gadis KL kan.Mungkin tanggapan kau pada dia berbeza daripada apa yang aku rasakan.”Zaidi menguntum senyuman lagi.

“Dah tu kau pun samakan.Kau pun tinggal disana.”gumam Andrian.Tidak senang bila Zaidi berkata begitu,walaupun dia tinggal di sana tapi tak bermakna dia jenis yang lepas laku.Dia masih kenal baik buruk.

>>bersambung...

#BlUes kE AkU!!#

No comments: