Monday, August 16, 2004

Kasih Ufuk Rindu 2
“Aku lain.Aku dibesarkan disini dengan arwah nenek aku.Aku dah kenal In tu sejak kecil. Satu dalam berjuta kau tau.” ujar Zaidi bersahaja, mata terbayangkan senyuman manis yang amat dirinduinya.

“Benarkah? Hebat sangatkah dia tu? Siapa nama dia? Sejak tadi aku dengar kau sebut In,In.” dia bertanya lagi. Namun tangan lincah menjalankan kerja.

“Nanti bila kau dah jumpa dengan dia baru aku kenalkan orangnya sekali.” Bibir menguntum senyum yang memekar. Bagaimana agaknya In sekarang. Dah dekat dua bulan dia tidak ketemu In. Selalu tu kalau In ada masalapang atau tak ada kuliah pasti dia akan menjenguk rumah mak dan ayah Zaidi. Tapi sejak kebelakangan ini kesibukan menyebabkan In telah lama tidak bertandang. Kalau adapun cuma mereka berhubung dengan telefon bimbit masing masing.
“Apa kabar pak long?” In mendekati Zabidi, tunduk hormat menyalami tangan sasaitu. Kerinduan pada ayah serta merta menyerbu. Namun segera perasaan itu dikikis.

“Eh,bila sampai ni?” Zabidi memandang gadis ayu itu. Memandang In yang sudah seperti anak gadisnya sendiri.

“Lepas Isyak tadi pak long. In lewat sikit. Dah nikah ke pak long?” dia bertanya sambil menjengukkan wajah memerhatikan kawasan rumah yang terang benderang itu.

“Dah tadi. Alhamdulillah, dah selamat dah pun. Lepas maghrib tadi In. Pergilah kamu masuk dulu. Mak long kamu tak sabar sabar nak jumpa kamu. Lagipun anak anak kamu tu dah rindu sangat kat kamu ni.”

“In masuk dulu ya pak long.”In meminta diri,masuk kedalam rumah besar itu. Walaupun rumah itu dibina daripada papan namun kemewahan keluarga itu tidak dapat dinafikan. Dengan corak pilihan kayu dan hiasan dalaman saja sudah cukup membayangkan status pemiliknya.
Mata meliar memerhatikan keliling rumah itu,kelihatan sanak saudara sedang leka menjalankan kerja masing-masing.Dia mencari cari wajah wajah yang amat dirinduinya. In melangkah lagi,namun langkahnya terhenti bila memandang kearah luar tingkap yang luas terbuka. Dia senyum. Cepat cepat keluar semula. Mata galak memerhatikan anak anak yang sedang tertawa riang bersama Zaidi.

“Ikal!Danny!”In memekik memanggil pasangan kembar itu.Hati begitu merindui mereka.Serentak itu kanak kanak itu berpaling padanya. Kedua mereka melepaskan rangkulan Zaidi berlari mendapatkan In yang sedia menanti.

“Mama In!Mama In.” sesungguhnya In bahagia mendengar panggilan yang amat dirinduinya. Dirangkulnya Haikal. Dipeluknya Danial. Untuk seketika dia mencium kedua duanya. Melepaskan rindu yang sarat menggunung.

“Kenapa mama In lambat balik. Ikal dah rindu.” Haikal memeluk leher In.Danial pula mengangguk lagu sambil erat memeluk In.

“Mama In sibuk lah sayang. Mama ada periksa, tapi sekarang mama akan tinggal sini.Kita boleh habiskan masa sama sama.” dia tersenyum mendengar butir bicara dari mulut mulut kecil itu.

“Kita boleh makan aiskrim ke mama?”Haikal menyoal.Tidak lupa makanan kegemarannya.

“Boleh,”In masih leka melayani kerenah mereka.

“Lepas tu kita boleh tangkap ikan.”Danial pula mengambil giliran bersuara.

“Tak nak ajak uncle kah?”Tiba tibaZaidi menyampuk.Mematikan perbualan tiga beranak itu.Sejuk mata melihat In bersama,dalam diam rasa rindunya yang menggunung terhapus sudah.

“Tak boleh,uncle dah besar gi sendiri.”Danial bersuara manja.Kepala dilentokkan kebahu In.

“Kalau macam tu nanti uncle bawa mama In lari nak?Nanti Ikal dengan Danny tak dapat jumpa mama In lagi.” dia mengugut.Menakutkan budak berdua tu.

“Mama In tak boleh ikut uncle.Uncle jahat.Lagipun uncle bukan papa.”Haikal bersuara lantang.Mengejutkan In. Zaidi juga nyata terkejut mendengar kata kata dari mulut kecil itu.

“Ikal!Kenapa cakap dengan uncle macam tu.Mama In tak pernah ajar Ikal dengan Danny cakap macam tu pada uncle kan.Now,say sorry.”In mengarahkan kedua beradik itu meminta maaf.Walaupun malu bila mendengar kata kata Haikal itu.

“Go,tak nak dengar cakap mama In kah?”dia bersuara tenang.Cuba untuk tidak menakutkan anak anak itu.Haikal dan Danial pantas menurut kata kata In.Mereka mendekati Zaidi menyalami lelaki itu.
“Sorry uncle.” serentak mereka bersuara.

“It’s okey.Lagipun uncle tak marah.Tapi kalau uncle jadi papa untuk Ikal dan Danny nak tak?”dia mengusik lagi.Selebihnya kata kata itu untuk In.Ingin mengusik gadis itu.

“Nak.” kedua beradik itu tersenyum wajah kembali ceria dan tawa keluar dari mulut mereka.

“Abang jangan nak ajar diaorang yang bukan bukan ya.Nanti kalau mak dengar In yang kena tau.” In menjeling kearah Zaidi yang tertawa memandangnya.Dia pantas mendapatkan Haikal sementara Zaidi mendukung Danial.

“Jangan marah,abang gurau ajelah.” dia tersenyum sumbing.

“Eh,In lupa pula.Mari abang kenalkan denga cousin abang.” dia menarik tangan In membawa kearah Andrian yang membelakangi mereka.

“Rean!” dia memanggil Andrian yang leka mengacau kuah yang sedang mengelegak itu.

“Kenalkan ini Intan Xarfisda. In, ini Andrian sepupu abang dari KL.” dia memperkenalkan mereka.

“Hai….” Andrian termangu seketika.Dia seakan mengenali wajah didepannya itu.

“Awak?” In bersuara, nyata terkejut bila melihat lelaki yang berdiri didepannya saat itu.

“Kenal ke?” Zaidi kebingungan melihatkan reaksi keduanya yang saling terkejut.

“No,In tak kenal dia, cuma pernah jumpa aje.” In pantas bersuara menyembunyikan kekagetan yang datang bertandang.

“Yeah,kami pernah terserempak dulu.”Andrian mula mengingati kembali wajah ayu itu. Kejadian di dalam lif tempohari
dan kata kata angkuhnya melayang layang kekotak ingatan.

“Andrian.”dia menghulurkan salam persahabatan.

“In.”In bersuara perlahan.Terbayang pertengakaran kecil mereka tempohari.Huluran perkenalan itu disambut In. Sengaja tidak mahu menghampakan lelaki itu.Lagipun dia tidak punya permusuhan dengan Andrian untuk apa bermasam muka.

“Mama In, jom jumpa nenek.” Haikal menarik tangan In. Merengek minta dibawa berjumpa nenek.

“Okey, jom kita pergi.” dia tersenyum pada Haikal.

“Danny nak ikut tak?” dia memandang Danial pula.Pantas Danial menganggukkan kepala.Mendapatkan In.

“Pergi dulu ya,abang.” dia meminta diri dari pada Zaidi sempat menganggukan kepala bila matanya berlaga dengan mata coklat milik Andrian.Cuma sekadar menghormati tamu,tak salah rasanya.

“Mana kau jumpa In?” Zaidi pula mengambil bahagian bertanya.

“Oh,kami terserempak hari tu.” Andrian bersuara perlahan.Mata masih terfokus pada In yang sedang berpelukan mesra dengan Puan Zainon.Kata kata In berlegar dikotak ingatan.Tunduk dengan cinta sejati?Mungkinkah? “In,terima kasih.”Fidah memeluk In.Jelingan mak andam tidak diendahkan.Sebaliknya dia sibuk melepaskan kerinduan pada sepupu itu.Dia dan In memang rapat sejak kecil. Cuma dia tidak sebijak In,lagi pun rasanya dia malas nak belajar lagi.Lalu dia meneri -ma lamaran teman lelaki yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.

“Aku doakan semoga kau bahagia sampai keanak cucu.”dia tersenyum dan melepaskan pelukan hangat sepupu itu.Lantas kotak hadis bertukar tangan.

“Aku tak sangka hari ni merupakan perkawinan kau.Macam baru semalam aje rasanya kita sama sama pergi mengajikan.”In mengengam erat jari jemari Fidah.

“Aku pun macam tu.Tapi lagi seronok kalau kita sama sama kawin hari ni kan.”dia tersenyum memerhatikan In yang terkejut mendengar kata katanya itu.

“Kau ni mengarut ajelah.Macam aku ni siapa yang nak.Lain lah kau.Lagipun rasanya hidup aku ni untuk Ikal dan Danny aje.”dia tersenyum lagi.

“Alah,ramai yang nak,kau yang tak nampak.Tunggu putera dari kayangan kah?Lagi pun aku rasa Ikal dengan Danny tentu gembira kalau diaorang ada papa.”dia bergurau lagi. Kadangkala dia tidak setuju dengan In yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga Haikal dan Danial.Lagipun In masih muda lagi.

“Kalau ada jodoh.Tapi sekarang ni aku still solo lagi.”dia tersenyum manis. Memerhati -kan wajah Fidah yang telah siap cantik disolek mak andam.

“Tu abang Zaidi ada.Lagipun dia sayang sangat dekat Ikal dan Danny tu.”Fidah mengusik teman itu.Ingin melihat sejauh mana reaksi In.Sedangkan dia tahu,dia seolah dapat membaca isi hati abangnya itu.Zaidi begitu menyayangi In.Tiap kali In pulang kekampung tak cukup kaki tangan dia dah berlari ke rumah mak usu mereka itu.

“Ah,kau ni mengarut ajelah.Aku dah anggap abang Zaidi tu macam

abang aku,lagipun kalau aku nak cari laki pun tak nak aku jadi ipar kau.Nanti kau buli aku.”dia tertawa manis.Lucu bila
mengingatkan kata kata Fidah itu.Ada kepatut Zaidi suka dekat aku.Zaidi tu kan jurutera,lagipun kan anak Datin tu
sibuk sibuk nak masuk meminang Zaidi.

“Apa yang senyum sorang sorang tu?”dia menegur bila melihat In tertawa kecil.Ingin tahu apa yang mencuit hati teman
itu.

“Tak adalah,aku teringatkan kisah abang Zaidi.Eh,anak Datin yang kata nak meminang dia tu jadi ke?Senyap aje.Aku
nak tanya kat dia takut nanti dia kata apa pula.”

“Sorry!Kalau Julia tulah nak jadi akak ipar aku,aku rela kalau kau aje yang kawin dengan abang Zaidi tu.Julia tu bukannya tahu masak.Nak jejakan kaki kat kampung ni pun belum tentu dia mahu.Perempuan tu memang dah tak betul.”Fidah merungut.Geli rasa bila mengingatkan Julia yang beria ia ingin menghantar rombongan meminang.Pulak tu nak meminang Zaidi.Tak pernah di buat orang perempuan pinang lelaki.Nasib baik mak tak pengsan.Ayah pula hanya mampu geleng kepala.Abang Zaidi lagilah,dia lari sampai ke gunung Ledang!Paling dia kesian dengan In,tak pasal pasal perempuan gila tu serang dia.

“Mmm,okeylah.Aku nak pergi kebawah.Lagi pun sekarang ni orang tengah ramai.”dia meminta diri.

“Jangan risau nanti kalau kau kawin aku dengan Zack pula jadi kau punya kendarat ya.” dia tersenyum manis.Di minta jadi pengapit In menolak.Katanya tak reti.Lagipun dia tak suka nanti kononnya dia yang jadi tumpuan pula. Perlahan lahan In menuruni anak tangga yang tinggi itu.Dia sibuk memerhatikan para tamu yang sedang menjamu selera.Langkah segera dipercepatkan menghampiri Zaidi yang sibuk melayani Haikal dan Danial.Dia merapati ketiga tiga mereka yang sedang tertawa gembira.

“Abang jangan layan sangat budak berdua tu.Biar mak aje yang jaga.Lagipun tamu tengah ramai tu.”In mendekati Zaidi.

“Dengar tak mama In kata?Ikal dengan Danny pergi dekat nenek ya.Uncle nak tolong mama In.”Zaidi mengarahkan budak berdua tu mendapatkan Puan Zaiton.

“In,nak suruh abang buat apa?”dia bertanya setelah kedua beradik itu berlari mendapatkan Puan Zainon.

“Buat apa?Apa kata kalau abang pergi basuh pinggan?”dia mengusik.

“Sampai hati In suruh abang basuh pinggan.Abang ni abang pengantin perempuan tau.” dia tertawa memerhatikan kesegenap wajah ayu yang sedang sibuk melayan tetamu itu.

“Dah tu apa kata abang tolong In,boleh?Ambilkan nasi.”dia menyerahkan mangkuk nasi yang telah kosong.Namun dia masih lagi tidak berganjak menlayani para tamu yang ramai.

“Okey lah.Untuk adik abang ni apa salah nya.”Zaidi pantas menghilangkan diri mengambil nasi seperti dikatakan In.

“Tolong hulurkan jug air tu.”In pantas mengambil jug air dan dihulurkan pada orang yang meminta.Seketika kemudian mereka sama sama terpegun.

“Er..hai.”Andrian tersenyum memandang In yang kaku.Tak menyangka dia berada dihadapan In.

“Er..hai,ini jug air awak.”dia menghulurkan jug itu pada Andrian sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.

No comments: