ermm... sakit perut plak ari ni... pening kepala.... pakej sakit apa ni ya....? ari ni bosan tahap gaban. Sampai tak tau lagi nak buat menda, padahal keje melambak tak ingat. Sebb tu la sekarang baru teringin nak jenguk blog nih. Mujur la tak lagi jadi rumah tinggal.....
semalam tak keje, buat apa yer... berjaya menghabiskan satu novel yang memang telah lama ditunggu-tunggu kehadirannya. TOMBIRUO TERAKHIR karya Ramlee Awang Murshid. Pernah baca siri sebelumnya? Kalau belum, bacalah... dah baca TOMBIRUO dan SEMANGAT HUTAN, baru bleh baca TOMBIRUO TERAKHIR ni kalau tak, tak paham.
Kisah yang banyak mengesankan jiwa, sebagai seorang manusia yang kerdil berbanding Maha Penciptanya. Tetapi ada pula segolongan manusia lain yang sewenang-wenangnya mencaci dan mengherdik dia (tombiruo) seolah-olah mereka lah yang selama ini menghidupkannya, memberi dia makan dan membesarkannya.
Kisah ini mungkin hanya sekadar idea bernas seorang penulis novel, namun hakikatnya disebaliknya, beginilah dunia yang sedang kita lalui kini. Ada sekelompok manusia yang memandang rendah manusia lain, seolah-olah dunia ini dia yang punya, dia yang menjadikannya dan mereka yang tidak setaraf pada pandangan mata mereka hanya manusia yang layak diinjak-injak kepalanya dan diherdik seperti makhluk yang tidak punya maruah...
Ingin merasai, menjiwai kisah ini.... belilah novel TOMBIRUO TERAKHIR ini.
Sekarang dalam usaha menghabiskan novel Mandatori... author yang sama.
##Blues ke AkU!!##
Your AdSense 2022 holiday checklist
2 years ago
No comments:
Post a Comment