Hari ini....satu perkongsian pengalaman...... Hari itu....
22 Jun 2004
Di sebuah sekolah menengah di Cheras...... Kenapa ya?? Balik semula ke sekolah...?? Errmm... bukannya apa, hanya nak berkongsi cerita. Criter pasal adik2 sekolah yang ramai orang kata pelapis generasi kini yang bakal memimpin negara akan datang. Apa ya, Hasnor buat kat sana? satu lagi soalan... ada la satu program kerjasama yang dibuat di sekolah ni berkenaan isu remaja masakini. Bukan isu biasa.... REMAJA dan SEKS. Wow... so hot!!! Kenapa isu ini perlu di highlight kepada student2 nih sedangkan ada sesetengah ibubapa yang ragu2 tentang pengajaran seks di sekolah. Ya la, kita nak menghindar tapi bila belajar pasal benda nih lagilah student2 nih nak try kan... TUNGGU!!!
Apa yang menariknya ialah bentuk seminar ini di 'design' ke arah memberi kesedaran kepada remaja untuk menjauhi seks sebelum nikah dengan menyentuh aspek kesan2 yang bakal mereka terima jika tersalah langkah. Adik2 yang terlibat sebagai peserta untuk program ini adalah yang terpilih... 'terpilih'?? Pastilah yang terpilih itu dikalangan mereka yang berpotensi tinggi terdedah kepada aktiviti tidak sihat ini berdasarkan rekod sekolah.
Pandangan saya secara peribadi kepada adik2 ini, mereka ini nakal tapi masih tidak terlewat lagi untuk dipimpin dan dibimbing. Jiwa remaja memang sentiasa bergelora dan suka mengikut apa yang orang lain suka buat, pula tu mesti nak jadi the best even kepada perkara2 yang negatif. Jadi, persoalan yang timbul di benak fikiran.... " ini baru satu sekolah, bagaimana sekolah yang lain? Pasti berlaku masalah yang sama." So now, what can we do?" coz kita juga pernah remaja dulu..... sayang, generasi kita dulu mungkin ramai yang telah terjebak kepada salah laku seks tapi hakikatnya kini ia semakin bertambah..... sedih sungguh bila mendengar berita2 yang dipaparkan....
Satu kes yang di 'handle' sendiri oleh seorang doktor pakar sakit puan, mungkin ada yang kenal. Dr. Harlina dari HUKM. One girl datang jumpa dia coz ada masalah di ke****annya. Teruk dah. She ask that girl, how many times dia buat dengan man in one day? Dengan sombongnya girl nih jawab... "Adalah 50/60 kali" Sombong tak ingat dengan nada yang sinis. Minah nih sombong kat salah orang. Dr. Harlina jerkah jugak dia coz sombong sangat. What she said "hello, kalau you nih macam vinding machine yang kat dinding tuh bolehlah buat 50/60 kali." Menggeletar jugak minah nih. Barulah jawab dengan betul, 5/6 kali. Berapa kali ganda punya tipu.... tapi 5/6 kali kali tu.... banyaklah jugakkk....
Apa yang nak di beritahu di sini, bayangkan adik2 kita ini sudah tidak ada rasa malu lagi bila buat benda zina nih. Lagi nak berlagak. Mereka2 ini sebenarnya adalah generasi yang akan membentuk suasana akan datang di mana ia melibatkan kehidupan anak2 kita juga. Ya la, kita semakin tua, yang dah kawin dah pun dapat anak. Dalam 5 hingga 10 tahun akan datang anak2 kita ini akan membesar. Kalau inilah dunia yang dilihatnya.... PASTI ia bukan satu keadaan yang selamat. So boleh ker... kita hidup tenang dan selesa walaupun dilimpahkan dengan kekayaan yang setinggi bukit dan kehidupan yang tak kelam kabut macam negara2 lain yang sentiasa dalam peperangan. Keamanan ini harus dimanfaatkan untuk kita membimbing generasi pelapis ini kepada kehidupan yang terpandu dengan akhlak yang soleh.
till now... akan bersambung....
#bLuEs Ke AkU#
No comments:
Post a Comment