Wednesday, February 25, 2004

Setiaku Di Sini(4)
Selesai makan tengahari Shida terus naik ke biliknya. Umminya tiada kerana menguruskan butik. Selesai menukar pakaiannya, Shida terus masuk ke bilik air.

"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala." Air yang bertakung di tapak tangannya disapu rata ke muka. Shida terus mengambil wuduk sehingga selesai. Telekung putih yang tersangkut di penyangkut disarungkan ke tubuhnya. Selesai membentang sejadah Shida terus menghadap Maha Pencipta. Sejak dia kecil dia dididik oleh umminya agar sentiasa mendahulukan suruhan Allah.

Selesai sembahyang Zuhur, Shida terus ke meja komputernya. Suis komputernya dionnkan. Terus dia memasuki talian internet. Shida memasuki program IRC. Channel kampung menjadi pilihannya untuk berbual. Dengan menggunakan nama Awek_Brutal, Shida memasuki chatroom itu.

Hai Assalamualaikum

Shida memberi salam dan beberapa pengguna chatroom menjawab salamnya. Namun tiada mana-mana pengguna yang menunjukkan reaksi mahu berbual panjang dengannya.

Siapa nak Chatting dengan Saya!!

Tiada sebarang reaksi daripada mana-mana pengguna untuk berbual dengannya. Mereka hanya sibuk berbual dengan rakan-rakan mereka. Tak kurang juga yang sibuk mengurat mana-mana awek di chatroom itu.

Hai Awek_Brutal

Shida baru sahaja bercadang untuk keluar dari chatroom itu apabila seorang pengguna baru menyapanya.

Hai pelesit. apa khabar?

Baik sahaja, saya dari kl. Kalau nak borak panjang tunggu saya msg awak .

jomlah

Ringan sahaja Shida bersetuju untuk ber"private_chat" dengan pelesit itu. Sebuah tetingkap untuknya dan pelesit berbual terbuka.

hai

hai

Sekolah lagi ke?

Sekolah lagi.... Form 4

Emm samalah kita. saya pun Form 4

Selalu ke lepak kat sini? Tak pernah nampak pun nickname awak ni.

Kebetulan tersesat kat sini. Jumpa pula nama you,so bolehlah I lepak kat sini selalu.

Boleh I tahu nama betul you?

Eh!! mana boleh kasitahu secretlah...

You ni male ke female???

Male tentu awak female kan? sempoi ler cam nie....

Kenapa awak guna nama pelesit? Tak ada nama lain ke?

Sebab saya nak rasuk hati awak supaya awak suka pada saya.

Ewah menggatal pula budak pelesit ni. Dia ni tak tau yang dia berborak dengan Shida yang betul-betul brutal.... Shida hanya sengih sendiri.

Kenapa awak asyik diam je? Mesti awak ada problem besar kan?

Mana awak tahu? Pepandai ajelah....

Alah, saya ni pun remaja juga. paham sesangat hal remaja nie.

Eh pelesit ni memang pelesit kot. Boleh pula dia tahu aku ada problem. Laluan internet lagi. Betul-betul pelesit moden. Best jugak meluahkan perasaan macam ni. Dia pun bukan kenal kat aku. Lagipun gaya dia cakap peh gentelman dan boleh dipercayai. Nak harapkan si Zalina tu, alah asyik nak kondem aku aje! Shida mengambil keputusan untuk meluahkan masalahnya kepada si pelesit yang tidak dikenalinya itu.

Ceritalah pada saya. Jangan risaulah. Saya ni pendengar yang baik.

Betul ni?? Kalau boleh saya nak kongsi pendapat dengan awak, itupun kalau awak sudi....

Eh sudilah. Kalau saya boleh bantu saya bantulah.

Macam nie. Ada la sorang mamat tu. Dia suka sangat kacau saya.

Kenapa dia selalu kacau awak?

Entahlah. Tapi saya akan balas balik bila dia mendajalkan saya.

Ye Ke? Kira awak ni dajal juga lah ye?

He! He! He! Saya panggil dia dajal besar dan dia panggil saya dajal kecik?

Ha! lawaknyelah kau orang ni.

Ada satu hari tu saya dajalkan dia. Patah riuk kerusi dia.....dan dia pulak tergolek macam nangka busuk......he..he.he

Wah!!hebatnya awak mendajalkan dia.

Biasalah! tapi cikgu marah dan nak kesan siapa yang mensabotaj dia.

Habis tu budak tu tahu ke awak yang punya kerja??

Mestilah dia tahu. Tapi dia tak beritahu cikgu walaupun itu salah satu cara nak balas dendam.

So??

Saya rasa bersalah sangat dan rasa terharu dengan apa yang dia buat.. tapi..

Tapi apa?

Dia dajalkan saya balik. Dia gam kain saya kat kerusi sampai saya tak boleh bangun.

Kah! Kah! Kah!

So apa pendapat awak??

Nak dengar ke?

Eh nak lah

Pada saya., mamat tu suka pada awak. Itulah stail dia memikat awak. Hebat betul cara dia tu. Bukan
calang-calang lelaki boleh buat gitu. Sebagai lelaki saya respect kat mamat tu.

Ish mengarut ajelah awak ni.

Betul. Saya gerenti yang dia akan berterus terang pada awak kelak.

Hek eleh....boleh blah!!!

Kedua-dua mereka terdiam. Mungkin kehabisan idea. Tapi...kalau difikirkan, logik juga kata Si Pelesit ni. Eii tapi simpang malaikat 44 aku nak bercouple dengan dajal besar tu. Pirah mabuk!!

Okaylah saya nak buat homework. Nak keluar dah ni.

Okaylah. Tapi kalau jumpa nick saya tegur tau.

Insyaallah, Bye!!

Bye @)----`----- bunga ros untuk awek brutal

thankz

Shida terus keluar dari chatroom itu. Terus sahaja talian Internet diputuskan. Komputer juga dimatikan. Best juga chatting dengan mamat pelesit tu. Mesti orangnya handsome dan nakal. Besok lepas sekolah aku nak chatting dengan dia lagi lah. Eh sejak bila aku admirer kat lelaki ni. Alah kawan-kawan je pun. Entah-entah orangnya lebih dajal daripada Si Anuar tu. Bukannya boleh percaya sangat. Anuar???? Mengingatkan lelaki itu Shida terus meluat dan menyampah. Tanpa memikirkannya lagi Shida merebahkan tubuhnya ke katil dan tertidur sambil berteka teki dengan kehidupannya.

"Shida, petang ni aku nak buat study group dengan geng-geng lain. Kau nak join sama tak?" Zalina bertanya kepada Shida yang sedang asyik membelek kukunya. Buku matematik tambahan yang terbuka di atas mejanya itu langsung tidak terusik. Sejak guru yang terakhir mengajar meninggalkan kelas dan sejak itulah Zalina mendapati Shida asyik mengelamun sambil tersenyum sendiri. Gila ke apa?????

"Petang ni ke? Err...tak bolehlah Lina. Aku ada hal." Shida menolak pelawaan Zalina. Tangannya masih lagi bermain-main dengan kukunya. Heh heh. Sebenarnya Shida mahu berborak dengan si Pelesit tu sampai tengah malam. Sudah banyak kali Shida berbual dengannya di alam cyber. Shida sudah mempercayai Pelesit sebagai kawannya.

"Hal apa pulak ni Shida? Kau ada date ke?" Zalina cuba menyerkap jarang.

"Eh date kebende pulak. Aku ni kan solo. Brutal pulak tu. Lainlah kau dengan boyfriend kau tu." Air muka Zalina nyata berubah apabila Shida melazernya.

"Sudahlah engkau Shida." Zalina bersuara baran.

"Siapalah yang sudi nak bercouple dengan aku ni." Shida menyambung kata.

"Bukan tak ada. Tapi semua lealki takut nak dekat dengan kau. Brutal konon. Wekkk!!! Kau ni bukannya tak cantik, tapi tak reti membela. Tengok rambut kau ni,ikat pakai getah tempe je." Zalina terus membebel.

"Yang tak lawa aku. Kau sibuk apa?" Shida menjuihkan mulutnya.

"Nanti bila dah jadi andalusia baru kau menyesal Shida." Zalina ketawa.

"Andalusia? Apa tu?" Shida mengkerutkan dahi.

"Anak dara lanjut usia...ha.ha..ha" Zalina terus ketawa.

Kadang kala Zalina tersenyum sendiri mengenangkan kawan baiknya yang seorang itu. Shidalah kawan sejatinya. Kawan yang sudi ketawa dan menangis bersama-sama. Shida sanggup membahayakan diri untuk dirinya. Zalina tidak akan melupakan satu peristiwa yang begitu membuatkan dia terharu.

Ketika itu Zalina berjalan sendiri di pekan. Dia baru sahaja pulang dari kedai buku, membeli beberapa buah buku latihan. Matanya melirik ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang.

Alamak dah lambat ni. Janji nak jumpa Shida pukul 4 suku. Ini dah lewat 15 minit. Agaknya dia tunggu aku lagi ke tidak ni. Zalina berbisik sendiri.

Zalina mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas. Jalan itu merupakan sebuah lorong kecil di belakang deretan kedai. Zalina terus berjalan melaluinya tanpa menyedari ada sepasang mata yang menyorot tajam kearahnya.

"Hai cik adik!" satu suara garau menyapanya. Zalina terkejut dan jadi tidak keruan. Suara itu tidak dihiraukan dan dia terus berjalan.

"Sombongnya cik adik ni." Seorang pemuda berpakaian selekeh menghampirinya.

"Kau nak apa hah?" Zalina menengking. Namun jantungnya berdegup kencang.

"Alah, janganlah garang sangat cik adik." Pemuda itu terus tersenyum penuh misteri.

"Jangan kacau saya. Nanti saya menjerit."

"Ala. Abang cuma nak temankan adik saja. Lagipun adik jalan seorang. Bahaya tau." Pemuda itu terus menghampiri Zalina membuatkan Zalina semakin berdebar.

"Siapa kata dia seorang?" Tiba-tiba satu suara menengking dari belakang. Mereka berdua menoleh ke arah suara tersebut. Shida sedang berdiri sambil mencekak pinggang. Rupanya Shida yang menengking pemuda itu.

Shida melangkah menghampiri mereka. Sempat Shida menenangkan Zalina yang sedang ketakutan itu dengan isyarat tangan.

"Hoi! Kalau tak kacau orang tak boleh ke hah?" pemuda itu ditolak kasar ke belakang.

"Hei minah. Kau jangan sibuk lah. Ini urusan aku. Kau jangan masuk campur!" pemuda itu membalas tengkingan Shida.

"Hal awak? Boleh blah!" pemuda itu kelihatan hilang pertimbangan apabila ditengking sekali lagi. Matanya merah menahan marah. Pemuda liar itu terus menolak Shida. Shida tidak dapat mengawal imbangannya dan kepalanya terhantuk pada dinding bangunan kedai. Dahinya mula berdarah. Zalina menerpa ke arahnya. Pemuda tadi lesap entah ke mana.

"Aduh. Sakitnya," Shida bersuara. Mulutnya berkerut menahan kesakitan. Zalina mengeluarkan sapu tangannya dan cuba menahan luka Shida. Kemudian Shida dipapahnya ke klinik.

Setiap kali Zalina mengenangkan peristiwa itu, dia akan merasa cukup terharu pada pengorbanannya itu. Dia berasa bersyukur dianugerahkan kawan sebaik Shida.

"Hoi! Mengelamun apa?" sergah Shida mematikan lamunan Zalina.

"Err tak ada apa-apa lah." Zalina berdalih.

"Jom ke kantin. Dah masuk waktu rehat ni." Shida mengajak dan mereka berdua melangkah ke kantin bersama-sama.

"Eh Shida. Anuar musuh handsome kau lah." Zalina menudingkan jarinya ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang menatang sebiji mangkuk yang berasap-asap. Shida memerhatikan dari jauh. Otak dajalnya mula bekerja.

"Ei kalaulah aku tolak dia dari belakang, mesti mee dia tu tumpah. Lepas tu dia kempunan macam aku kempunan horliks dulu." Shida berbisik sendiri namun didengari oleh Zalina.

"Kau jangan mengada-ngada Shida. Mati anak orang tu nanti." Zalina membantah rancangan Shida.

"Alah. Aku buat-buat lari dan tertolak dia." Shida terus melajukan langkahnya. Zalina cuba melarang tetapi terlewat.

Shida terus berlari mendekati Anuar. Dia hanya tersenyum membayangkan apa yang akan berlaku. Satu meter lagi untuk merempuh sasaran. Tetapi….

"Arrggghhhh!!!" Shida menjerit. Entah siapa yang begitu sial yang membuang kulit pisang di atas lantai kantin. Kulit pisang itu berposing baik punya di laluan Shida. Shida tidak mampu mengawal langkah. Kakinya terpijak kulit pisang itu dan dia terus tergelincir.

Spontan dia segera memaut di bahu Anuar yang berada dekat dengannya. Anuar terkejut dan mangkuk berisi mee kari yang dipegangnya itu terlepas daripada tangannya. Anuar dan Shida sama-sama terjatuh ke lantai. Tetapi nasib Anuar lebih malang. Kepalanya terhantuk bucu kerusi kayu. Seorang pelajar perempuan yang berada berhampiran dengan mereka begitu terkejut dan pinggan nasi lemak yang penuh dengan sambal bilis yang dipegangnya terjatuh ke atas baju sekolah Shida.

"Aduh. Sakitnya kepala aku." Anuar mengerang sambil meraba kepalanya yang berdarah. Shida hanya diam kerana tahu dia yang bersalah. Lain yang dirancang lain yang jadi. Dirinya sendiri penuh bermandikan sambal bilis. Segera dia lari daripada tempat kejadian.

No comments: