Takagi Sayang (3) |
BUNGA-bunga teratai yang berwarna merah jambu mekar subur di dalam tasik yang membiru. Di hujung sebelah kiri pohon-pohon buluh menari-nari ditiup angin petang. Aku sudahpun selesai menggoreng karipap inti keledek kegemaran Aznil. Seteko kecil air kopi panas juga sudah siap dibancuh.
Sementara menanti kepulangan orang tersayang aku turun ke laman yang terhias cantik dengan bunga-bungaan, terutama bunga lily yang sangat kusukai. Warna putihnya menyerlah tatkala mentari pagi mula membiaskan jalur-jalur cahaya. Teratak AZYAN yang unik itu kurenung seketika. Betapa Aznil mengabadikan cinta dengan meletakkan gabungan nama kami berdua. Aznil dan Dian. Aku tahu banglo ini telah lama siap dibina.. sejak pertunangan kami berlangsung tidak lama dahulu dan kini setelah seminggu menjadi suami isteri kami berpindah ke sini sebulan yang lalu. “Suka tak?” soalnya pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ. Terpegun dengan lanskap yang terbentang indah..dihiasi rumpun-rumpun buluh berwarna emas di kiri kanan halaman.. membawa keredupan dan kerukunan.. himpunan lily putih dipagari rumpun-rumpun bunga keladi kemerahan. Juga pepohon kemboja dan cempaka memeriahkan suasana. “hmm..brilliant..” balasku sambil tersenyum. Sambil berpimpinan tangan kami melangkah pula masuk ke dalam. Sememangnya Aznil bercitarasa kemelayuan. Susun atur perabot berasaskan kayu begitu kemas dan menarik, hamparan-hamparan tikar kulit kayu Sarawak juga menutupi ruang-ruang tertentu. Pasu-pasu seramik juga teratur di sebelah tangga menuju ke tingkat atas. “Kalau Yan tak suka kita boleh tukar perabot-perabot nie..” “Apa pulak tak suka.. suka.. apa yang abang buat nie dah terlalu baik..” “Termenung??” Opocot mak! Aznil tertawa kelucuan. Aku mengurut dada, tiba-tiba saja muncul di belakang kita. “Berapa kali orang pesan kalau balik tu cuba bagi salam..” Aku menarik muka masam. “Okey..sorry.. “ Pintanya sambil mencuit hidungku. Aku senyum. Kami beriringan ke meja kayu bulat di dalam pondok yang tinggi, di mana di mana dibawahnya tasik membiru dihuni oleh pelbagai spesis ikan air tawar. “Mak ada datang tadi?” soalnya. “Tak ada pun.. kenapa?” Aznil Cuma senyum. “Ada kawan satu universiti dulu nak buat research pasal projek ternakan udang harimau tu.. so, abang ingat nak ajak dia stay kat sini sementara dia siapkan projek dia. Yan tak kisah kan?” “Ohh.. apa namanya?” “Azizan.. tu kawan baik masa kat universiti dulu.. nanti bolehlah Yan berkenalan dengan dia..” Aku Cuma mengangkat bahu. Setakat ini tak ada masalah. Sekurang-kurangnya tak adalah Aznil bosan sangat nanti. “Ohh..” aku senyum sambil menuangkan kopi panas ke dalam cawan. Aznil senyum sambil mencapai karipap di dalam piring. “Dah ready nak survey apa-apa yang patut nanti? Kata nak pegi bandar malam ni..” “Tu la.. Yan ingat tak best la langsir bilik kita color biru.. Yan nak cari color pink.. okey tak?” sejak dua menjak ni macam boring pulak dengan warna biru. “Boleh.. color hijau pun boleh..” balas Aznil sambil tersenyum. “Hijau pulak.. karang orang taruk warna oren campur ungu kang…” “Ohh.. nanti jadi tadika pulak bilik kita..” “Biarlah jadi tadika.. kenapa?” “Susah la pulak.. nanti awak kena jadi mak angkat budak2 tu.. susah abang tak apa..” “Tak apa kenapa pulak?” soalku. “Abang kan masih hensem.. nanti mana tau budak2 tu ada kakak-kakak yang cun-cun.. dah terberkenan nak buat abang ipar..” “Amboiii… gatalllnya…!!!” segera lengannya kupintal. “Adooiiii!!!” Padan muka! Aku menjelingnya yang tersengih-sengih menahan sakit. “Adoii Yan… lepas la.. dah la tu.. sakitnya!!! Kena sepit dengan udang galah pun tak rasa sebest nie.. lepaslah..” pintanya sambil menahan sakit. “Cuba abang ulang sekali lagi perkataan yang last tadi..” “Yang mana satu? Adooii Yan.. sakit betul nie.. sian la kat abang..” rayunya. Aku melepaskan pintalan. Padan muka!! “Beranilah abang sebut-sebut nak kawin lagi..” ugutku. “Abang nie tak mampu… nak jaga awak sorang pun tak larat.. inikan pulak nak pasang lagi tiga.. lagipun.. tak larat abang nak main kejar-kejar dengan Yan nanti bila abang pasang lain..” usiknya. “Dah la.. malas nak layan!” Aku bingkas bangun dan meninggalkan pondok kecil itu diiringi tawa kecil Aznil. “Isteriku marah-marah.. kekasihku marah-marah..” Eii.. dia ni memang tak pernah berubah sejak kawin. Sama je perangai kuat mengusik. “Amboi.. macam hindustan…” Satu suara menyapa mematikan langkahku. “Ehh.. Ina? Bila sampai tak sedar pun..” soalku sambil mendapatkan adikku yang terkial-kial menongkat motor. “Mana la nak perasannya.. sibuk berdrama kat sana tu..” Aznil tertawa sambil merapati kami. “Tengah drama apa tadi abang? Bukan main sampai menyanyi sakan lagi..” soal Ina sambil menghulurkan seplastik besar tebu merah kepadaku. “Drama Madu Tiga.. kan Yan?” jawabnya sambil memeluk bahuku. Eleh!! “Banyaknya tebu.. nak buat apa ni? Nak buka kilang gula ke?” soalnya pelik. Aku Cuma menjeling selamba. Dah dekat sebulan aku aim tebu merah mak belakang dapur tu. Sebelum Izat dan Alif sepupu aku samun aku telefon Ina awal-awal suruh tebangkan. Serumpun pun tak pe janji aku boleh makan puas-puas. “Tah along nie beriya-iya suruh Ina ambil.. dia nak buat apa tah..” “Makan la apa lagi..” Ina Cuma menggeleng kepala. “Biarlah Ina.. dia kan tak lama lagi nak jadi kembar jumbo.. biarkan..” Usiknya membuatkan Ina tergelak besar. “Abang ni kalau tak mengusik orang tak sah ke? Tak senonoh!” “Iye la along.. sejak sebulan ni along dah tembam tau..” Ina memberi komen. Alamak, iye ke? Tapi memang dah ramai orang tegur aku dah tembam sikit. Pipi pun dah bulat.. Aku menjeling Aznil yang tersenyum-senyum. “Oh… selama ni abang tipu la ye? Bila orang tanya kata maintain..teruklah!” Aku terus masuk ke dalam rumah. Tak guna punya Aznil! Malas aku nak layan dia. Aku masuk ke bilik. Seketika membelek diri di hadapan cermin besar. Nampak sangat ke aku dah gemuk? Soalku sendiri sambil berpusing-pusing di hadapan cermin. Issh.. “Wahai cermin sakti.. katakan pada beta siapa yang tercantik di alam maya ini..” Alamak.. aku cepat-cepat duduk dan mencapai majalah. Aznil sengeh dan duduk di sebelah. “Kenapa ni? Takut sangat ke badan naik.. releks la.. saya tak kisah badan awak tembam ke apa ke.. lagi saya suka.. hah.. nanti orang kampung kata bagus Aznil tu pandai jaga isteri..” usiknya. “Ohh.. suka la kita ni macam nangka kena salut?” soalku sambil bangun menuju ke arah pintu. Aznil Cuma tertawa kecil dan mengambil tuala. Malas aku nak layan! ******* “Hi! Saya Azizan.. panggil Nor pun boleh Azizan pun boleh.. tapi Aznil selalu panggil Izan je..” Aku terkaku. Wanita kecil molek berambut paras bahu itu kurenung lama. Manis.. memang manis, mukanya bulat bersih, ada sebutir tahi lalat di atas bibir kiri. Tubuhnya kecil molek.. ada la separas bahu aku sahaja, sangat menarik memakai sepasang kebaya pendek. “Err.. hello?” Aku tersedar. Rupanya huluran tangannya belum bersambut. “Err.. siapa tadi?” soalku. “Izan,” gadis itu tersenyum. “Dian,” Dia tersenyum menjeling tanganku yang masih bersisa inai di kuku. “Err.. isteri Aznil ke?” soalnya. Aku angguk. Takkan kakak dia pulak.. “Dah berkenalan dah?” soal Aznil di belakangku. Nampaknya dia sudah selesai memunggah barang-barang milik kawan baiknya itu. Hmmm… mana tak terkejut beruk aku. Aku sangkakan lelaki, rupa-rupanya perempuan… lawa pulak tu. “Teruklah you Aznil.. I ingat wife you nie cousin you..” “Ehh.. inilah permaisuri hidupku.. Diana Adurah..” Izan Cuma tersenyum melihat Aznil memelukku mesra. “Well.. Izan, barang-barang you I dah hantar ke bilik, kalau you nak guna computer ada kat bilik bacaan.. tanya saja Dian kalau you perlukan apa-apa..” “Well.. rasa rugi pulak I tak attend wedding you.. mesti Dian lebih cantik masa tu..” Izan bersuara sambil merenungku. “Hmm.. kenapa you tak datang? Satu hari suntuk I call you tak dapat..” Izan Cuma tersenyum dan menjinjing note booknya. “Cantik rumah you Aznil… patutlah you tak nak terima tawaran kerja kat KL.. kat sini pun you dah ada everything.. berapa ekar you buat projek ternakan udang harimau tu?” soal Izan “ada la.. so far I dah ada 20 buah kolam..” Aku Cuma memerhatikan saja mereka berbual-bual. Ina dan Fina sedang sibuk mengisi kuah laksa ke dalam mangkuk di dapur. Sejak pagi tadi mereka berdua sibuk di dapur. “Along, tu ke bestfriend abang? Kata lelaki..” Ina memuncungkan mulut. “Manalah along tau perempuan.. dah cepat hidangkan..” Gesaku sambil mencapai sepotong kek buah. “Along nie.. macammana la tak tembam.. pantang nampak makanan…” Fina menggeleng kepala. “Tak apa.. abang kau memang suka aku gemuk.. so biarlah aku gemuk sikit.. “ sahutku selamba membuatkan Ina dan Fina menjuih bibir. Aku tersengih. Segera aku membawa sedulang minuman sementera Ina dan Fina membawa hidangan laksa ke ruang tamu. “Ini adik-adik ipar I.. ini Ina, adik Dian nombor tiga dan ini Fina, yang nombor dua..” Ina dan Fina tersenyum sopan menghulur tangan. “Jemputlah makan Izan,” pelawaku. Izan Cuma mengangguk. “You memang tak lupa favourite I ye?” soal Izan sambil menyenduk kuah ke dalam pinggan. “Mana boleh lupa.. Yan tak nak makan sama?” soal Aznil. Aku Cuma menggeleng, yang sebenarnya aku la tukang rasmi laksa itu tadi. Ina dan Fina Cuma tersengih melihatku. “Kak Izan nie asal mana?” soalku. “Johor, Johor Bahru, tapi keluarga menetap di Selangor sekarang..” gadis itu tersenyum manis. “You bila lagi nak naik pelamin Izan?” soal Aznil. “Ala.. I baru 29 tahun.. releks la..” sahut gadis itu sambil tergelak. “Emm.. abang makanlah dulu, kak Izan jangan malu-malu okey? Yan masuk dulu..” Aku berlalu ke dapur. Di situ Ina dan Fina sedang menikmati laksa penang yang enak. Aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan sebesen tebu yang sudah siap dikupas kulit. “Along.. cantiklah kawan abang tu..” “Iye la.. lawa betul..” sampuk Fina. Aku Cuma tersenyum. Memang tak kunafikan Azizan memang cantik, tak jemu mata memandang. “Along, Ina rasa baik along control sikit makan.. along dah naik sikit sekarang ni tau..” adikku melahirkan kerisauan. “Betul tu.. tengok along baru umur 23 dah macam 35 nanti.. baru padan muka..” “Macammanalah badan along nie tak naik.. along nak kerja abang tak kasi.. kalau dulu tolong-tolong abah kat kedai okeylah juga.. ni duduk rumah jer.. makan tidur makan tidur la kerja along..” ujarku. Memang Aznil yang suruh duduk diam-diam di rumah. Dua minggu selepas bernikah dulu memang aku ada mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tapi dah jadi isteri peladang terpaksalah aku menolak tawaran. Takkan aku nak tinggalkan dia kat kampung ni. Parah nanti menanggung rindu. Sudahnya aku jadilah macam sekarang ni. Mujur Aznil jarang membawa Kembaranya. Kalau bosan aku keluar ke rumah mak atau rumah mak mertua aku. Kadang-kadang aku membantu abah di kedainya. Sejak dua bulan menjadi suami isteri aku cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik. Terkenang peristiwa-peristiwa sebelum melangkah ke alam perkahwinan dahulu. Aku bingkas bangun dan mengeluarkan daging ayam dari peti sejuk. Tadi Aznil meminta buatkan gulai lemak ayam. “Along.. kami balik dulu la.. tadi mak kata nak pergi kenduri kat masjid.. nanti bising pulak dia kita orang tak pergi..” “La.. ingatkan nak tidur kat sini..” “Lain kalilah.. lagipun esok nak pergi sekolah, ada kadet polis..” Ina dan Fina sudahpun melangkah keluar dari dapur dan menujuk ke arah motor. “Iyelah.. kirim salam kat mak dan abah..” pesanku sebelum keduanya memecut meninggalkan halaman rumah. Hari sudah beransur gelap. Aku segera masuk menyiapkan hidangan malam. Udang harimau kubuat masak sos, ayam gulai lemak cili api, kangkung goreng belacan dan salad timun. Sebelum kedatangan Azizan Aznil sudah memberitahu Izan tak makan daging dan telur. Dia juga alah kacang panjang. Hmmm.. nampaknya aku kena berhati-hati nak menyediakan makan minum cik puan sorang tu! “Wahh… mesti sedap ni. Pandai Dian masak..” pujinya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. “Ala biasa punya masakan je kak.. jemputlah makan.. Aznil lambat balik, dia pesan tadi makan dulu..” pelawaku sambil menghulurkan pinggan berisi nasi. Izan menyambut. Tadi Aznil memang ada menelefon ada masalah sikit di kolam udangnya dan mungkin balik lewat. “Sorry la kalau kak Izan susahkan Dian..” pintanya. “Eh tak apa.. asal akak selesa dah cukup bagi Dian,” mendengar itu Izan tersenyum. Kami sama-sama menikmati makanan. “Dah lama Dian kenal Aznil?” soalnya tiba-tiba. “Dari kecil lagi.. tapi tak adalah rapat..” jawabku jujur. Izan mengangguk dan meneruskan suapan. “Aznil tu seorang yang menarik. Masa di universiti dulu ramai yang tergila-gilakan dia.. tak tau la kenapa dia boleh jatuh hati pada orang kampung..” Suapan aku terhenti. Izan tersengih-sengih sendiri sambil meneruskan ceritanya. “Dulu ada anak Dato’ sampai sanggup tukar course semata-mata nak sekelas dengan Aznil.. cantik budak tu..” “Kiranya suami saya nie memang hebatlah masa di universiti dulu?” soalku. “Memang hebat.. untung Dian dapat Aznil..” Aku rasa seleraku mati serta merta. Izan yang sedang asyik menikmati makanan kurenung lama. Apa tujuannya mengungkit kisah lama? “Takkan anak Dato’ je kak.. anak Tan Sri tak ada ke?” soalku. Izan Cuma tersenyum. “Cemburu ke?” soalnya selamba sambil menceduk kuah lemak. “Setahu akak Aznil cukup tak suka perempuan kuat cemburu.. akak kawan dengan dia dah lama…” Aku menarik nafas. “Kalau saya ni kuat cemburu tentu akak tak ke sini… terpulanglah apa saja anggapan kak Izan pada saya..” jawabku setenang yang boleh. Nasi yang kutelan terasa seperti pasir. Suasana di meja makan disambar sepi. Izan kulihat tidak serancak tadi menyuap nasi. Seleraku pula terbang melayang entah ke mana. Di fikiran Cuma terbayang-bayang wajah Aznil yang masih belum pulang. “Err.. akak ada kerja sikit.. akak masuk dulu ye?” Izan bersuara sambil membasuh tangan dan bangun meninggalkan meja makan. Aku mengeluh perlahan. Langkah Izan kuhantar dengan pandangan kosong. Terngiang-ngiang di telinga kata-katanya sebentar tadi. Apa hina sangatkah aku sehingga dia berkata begitu? Jika benar Aznil menyukai gadis lain kenapa dia menerima aku sebagai isteri? “Awak tak main-mainkan saya kan?” Aznil senyum sambil menanggalkan sampingnya. “Takkan tak percayakan saya lagi.. baru tadi awak dengar tak saya lafaz ‘aku terima nikahnya Diana Adurah bt Haji Azmin dengan mas kawinnya RM22.50 tunai…’, takkan main-main lagi..” dia lantas melabuhkan punggung di atas katil yang berhias cantik. “Kenapa awak tak pakai inai?” soalnya sambil membelek jariku yang bersih. “Saya takut awak main-main.. sekali tak kawin malu saya je berinai macam pengantin..” jawabku. “MasyaAllah.. sekarang nie kan kita dah sah jadi suami isteri.. kalau tak mau mengamuk ayah awak biar kita berdua dalam bilik ni..” Aznil tertawa kelucuan. “Nil, awak kena janji dengan saya, jangan sakitkan hati saya dengan kerenah awak tu lagi, okey?” pintaku. “Tak faham..” Aznil mengurut dagu. “Saya tak kisah tau kalau hal-hal lain.. tapi jangan hal perempuan.. satu lagi jangan menipu..” “InsyaAllah.. sekarang nie awak tanggungjawab saya, sebagai lelaki saya akan melindungi awak.. selagi saya bernyawa..” aku tersenyum kecil. “Jom tidur..” dia mula menepuk2 bantal yang bersarung kuning diraja. “Apa? Tidur? Amboi.. banyak cantekk.. mana boleh! Kenduri tak habis lagi.. jap lagi saya nak pakai inai..” Aznil Cuma tertawa mengusik. “La.. pakai je la.. saya tidur kat sini awak tidurlah sambil tadah amin kat situ..” Wah.. wah.. sedapnya mulut.. Lamunanku terhenti bila jam berbunyi 12 kali. Meja makan segera kukemaskan. Selesai aku segera melangkah ke kamar kerana aku tahu Aznil akan pulang lewat.. ******** KOTAK-kotak berisi udang harimau yang akan di bawa ke Kuala Lumpur kelihatan bersusun di dalam lori. Aku duduk berjuntai di atas bangku sambil mengunyah mangga muda yang sudah tersedia di situ. Entah siapa yang punya aku kebas aje! “Amboi.. sedapnya makan sorang-sorang..” satu suara menyapa membuatkan aku menoleh. “Eh.. kau Ana.. ingatkan sapa tadi.. meh la join..” pelawaku. Ana tersenyum sambil duduk di sisiku. “Mangga? Kau makan mangga muda..ke kau..” “Ehh.. tolong sikit… belum lagi la.. kau ni pantang tengok org makan mangga..” jawapanku itu membuatkan Ana tertawa. Bukan dia tak tahu memang favourite aku makan mangga tak kira masak atau muda sejak dari dulu. Nasib baik dapat tokei ladang mangga.. boleh makan free! “Manalah tau.. pengantin baru..” “Bila kau balik? Tak tahu pun…” soalku. “Ala.. dah dua hari aku kat rumah.. suami aku kursus so aku balik la kampung..” Ana senyum lagi. “Apa yang kau senyum-senyum ni Ana?” soalku pelik. “Siapa perempuan cantik dengan Aznil tu? Bukan main mesra lagi dia..” soal Ana. Lantas aku menoleh ke arah kolam. Di situ kelihatan Izan sedang berbual-bual dengan Aznil sambil mencatat sesuatu. “Kawan dia masa di Jepun dulu, kenapa?” “Wahh… sportingnya kau yek.. kawan ke girlfriend dia masa kat sana?” “Girlfriend pun kan ke dia dah kawin dengan aku.. ala Ana.. kalau dia tak jujur dengan aku tak tahulah..” “Kau tak jealous ke Yan.. dulu kau ingat tak masa kita sekolah dulu.. siapa orang yang kau paling benci dunia akhirat? Hah.. sekarang..” “Manalah aku tahu tuhan nak temukan aku dengna dia.. eh… aku kena balik dululah.. aku janji dengan mak mentua aku nak petik pucuk ubi nie.. “ Aku segera menyarung selipar. “Aku pun nak baliklah.. anak aku tidur tadi aku nak tengok.. eh datang la ke rumah kita borak-borak..” “InsyaAllah.. kau pun datang la rumah aku..” Ana Cuma mengangguk. Aku mengatur langkah menghampiri Aznil dan Izan. “Bang, Yan nak balik ni.. nanti mak tunggu lama pulak..” “Emm.. Yan balik dululah.. abang ada sikit lagi dengan Izan..” katanya lantas menghulurkan kunci Kembaranya. Aik.. aku Cuma menjeling mereka. Sejak bila pulak dia tak reti nak hantar aku ni? Selalunya kalau nak kemana-mana dia akan hantar. Kecuali memang sibuk sangat.. ni aku tengok urusan timbang menimbang dah selesai.. atau.. kerana perempuan ni? “Habis, nanti abang dengan kak Izan nak balik dengan apa?” soalku. “Tu motor..” Apa? Nak naik motor? Aku merenung Aznil tepat. “Janganlah bimbang.. abang sayangkan Yan..nanti hitam pulak isteri abang ni kena panas..” bisik Aznil membuatkan Aku Cuma mengangkat kening. Nak pujuk aku la tu! “Sejak bila pulak abang dah tak boleh hantar Yan ke mana-mana?” soalku. Aznil Cuma senyum. “Bawak kereta elok-elok.. masak sedap-sedap sikit okey?” Aznil sempat mencuit hidungku sebelum menutupkan pintu kereta. Hmm.. si Izan di sebelah Cuma mengangkat tangan. Aku segera melarikan Kembara menghala ke rumah ibu mertuaku. Tentu sebentar lagi Izan dan Aznil akan pulang kerana di kolam tadi Cuma tinggal mereka berdua sahaja. Berdua? Hmm… cemburu ke aku? Walaupun Cuma seorang rakan lama, isteri mana tak cemburu bila suami bersama wanita cantik, educated pulak tu… jangan-jangan masa di universiti dulu mereka pernah bercinta! Tapi kalau benar pun, takkan Aznil sanggup melukakan hati aku yang sedia maklum memang keras ni. Tapi, sejak kehadiran perempuan itu banyak waktu kami bersama dirampas. Seharian dihabiskan di kolam ikan.. Aznil sudah tiada masa untuk duduk berbual-bual minum petang bersama seperti kebiasaan kami. Ada saja kerjanya dengan Izan. Si Izan itu pula pantang melihat kami bermesra, pasti ada saja masalahnya dengan komputer la.. bukulah.. Aku tiba di halaman rumah dan segera masuk ke rumah selepas meninggalkan kereta di bawah pokok rambutan di tengah laman. Kelihatan ibu mertuaku sedang melayan cucu-cucunya yang baru balik. “Ha Yan.. Aznil mana? Kata nak keluar ke bandar..” soalnya melihat aku keseorangan masuk ke dalam rumah. “Tak jadi mak..Aznil ada kat kolam.. dengan Izan,” jawabku sambil mencium tangannya. “Dengan kawan dia tu? Apa dia buat lama-lama kat situ? Habis nanti dia balik dengan apa?” soal mak curiga. “Dengan motorlah agaknya..” jawabku dan menuju ke dapur. Pucuk ubi yang kupetik di kebun tadi kuletakkan di atas meja. Kelihatan kakak iparku sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari. Udang masak lemak campur belimbing buluh amat membuka selera. Kakak iparku ini memang pandai memasak. “Mana Kak Sal, kak?” soalku, dari tadi tak nampak-nampak sedangkan anak-anaknya dibiar bermain di luar sana. “Orang morning sickness..” jawab Kak Mah sambil tersenyum sambil menghulur sesudu kuah gulai tempoyak ikan sembilang untuk aku merasa. “Ohh.. iye ke? Patutlah tak nampak.. “ sahutku sambil merasa masakannya itu. Sedap! “Rezeki.. anak ni rezeki tahu?” kak Mah senyum lagi. Kakak ipar Aznil ini memang suka memberi nasihat. Sejak menjadi ahli keluarga mereka aku memang tidak megalami apa-apa masalah. Lagipun Kak Mah seorang yang amat sporting dan sebagai menantu yang kerap balik ke kampung dan rapat dengan ibu Aznil, dia banyak memberi tunjuk ajar; termasuklah apa yang mak dan bapa mertua suka dan tak suka.. masakan kegemaran.. macam-macam lagilah! “Macammana dengan tesis kak Mah? Dah okey?” soalku sambil membantu menggoreng telur. Aku ni masak-masak tak reti sangat, setakat nak bagi makan suami tu boleh la.. kalau kat rumah mak mertua memang jarang aku menggulai.. takut tak sedap! “Tu la.. akak ingat minggu depan akak kena pergi ke universiti nak jumpa pensyarah akak..” kak Mah menjelaskan. “Mak cakap ada kawan lama Aznil tumpang di rumah Yan ye? Dah lama?” soal Kak Mah. “Emm.. ada la tiga hari dah.. dia nak buat research tentang udang harimau… “ “Ohhh..” kak Mah mengangguk. “Mama! Mama!” Boboy anak Kak Mah yang bongsu tiba-tiba datang menerpa. “Kenapa Boboy?” soalku sambil mendukungnya mesra. “Ucu bawak balik orang cantik.. “ “Orang cantik? Siapa tu?” soal Kak Mah. “Kawan Uculah!” jawab Boboy petah. Amboi.. budak umur 4 tahun pun pandai menilai bagaimana rupa si Izan! Ini kire hebat.. “Mana cantik? Mak Ucu ke.. kawan Ucu tu?” soal kak Mah. “kawan Ucu..” jawapan Boboy membuatkan air mukaku berubah. “Jangan percaya cakap budak-budak..” kak Mah tersenyum membuatkan aku terasa malu sendiri. Cakap budak.. buat apa aku nak sensitif sangat kan? Tapi budak-budak tak pandai menipu.. “Kak Lang, dah lama ke sampai?” Aznil muncul di depan pintu dapur, diekori Izan di belakangnya. “pukul 10.00 tadi..” “Err.. kak Lang , ni kawan Nil masa di Jepun dulu, Izan, Izan ni kakak ipar I,” Aznil memperkenalkan dua insan itu. “Izan,” “Halimah,” Izan membalas huluran tangan dan terus duduk di sebelah Aznil. “Jomlah kita makan nasi,” Aznil sudah menyingsing lengan melhat gulai sudah masak di atas dapur. “Isteri abang masak apa?” soal Aznil. “Goreng telur jer…” jawabku. Serta merta Izan tertawa kecil, membuatkan aku merenungnya tepat. Apa yang lucu sangat? “Ohh.. you ketawakan I ye?” soal Aznil sambil mencekak pinggang. “Mana tak I ketawa.. you kata wife you teror masak.. setakat goreng telur I pun boleh buat..” jawab Izan. “Ohh.. berlagak yek.. kerek.. okey kalau you teror you boleh buat apa?” soal Aznil. Izan memandang sekeliling. Tertumpu pada pucuk ubi di atas meja yang kupetik tadi. “Okey, I buat Kerabu pucuk ubi, boleh?” Aznil Cuma mengangkat kening. Izan bangun dan mencapai pisau di atas sinki.. AKU masih gagal melelapkan mata. Sekejap berkalih ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap-sekejap aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 12.00 tapi Aznil masih belum pulang lagi. Perut aku terasa pedih, sekejap-sekejap rasa macam nak termuntah. Menyesal tak makan banyak-banyak tadi. Tapi sememangnya selera aku mati bila seisi rumah memuji kesedapan kerabu buatan Izan. Si Aznil sampai bertambah tiga pinggan nasi. Pak mentuaku pun bukan main suka lagi sampai gulai tempoyak ikan sembilang kegemarannya tidak luak di pinggan. Itu belum lagi aksi ceduk menceduk si Izan ke pinggan Aznil.. macamlah suami aku tu tak pandai ambil kuah sendiri. Dan, macamlahaku ni tunggul kayu kat depan dia orang. Si Aznil tu pulak macam tak paham ajer.. iyelah.. si cantik manis melayan makan.. bertambah sukalah.. Dek kerana geram tadi aku sudah meluahkan rasa tak puas hati aku pada Aznil. Tapi seperti biasalah pak cik tu.. ala biasalah.. dia kan tetamu kita kena layan elok-elok.. jangan cemburu sangat nanti abang sangkut betul…Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan di pintu membuatkan aku bingkas bangun. Siapa pulak yang mengetuk pintu macam nak roboh ni? Sebaik saja pintu terkuak muncul wajah Kak Mah cemas. “Yan, cepat… Aznil pengsan di kolam..” Apa? Aku segera meluru ke luar. Di ruang tamu kelihatan Aznil terbaring tidak sedarkan diri. “Macammana boleh jadi macam ni?” soalku sambil merapati mertuaku yang sedang memangku kepala Aznil. Kepalanya yang berdarah kuusap lembut. Saat itu juga air mata dah meluru turun. Janganlah jadi apa-apa pada dia! “Kamu tak tahu ke dia demam?” soal mak mertuaku sambil merenungku lama. “Tepi sikit tepi sikit..” Izan muncul dengan sekeping tuala basah. Dengan selamba dia menepis tanganku dan mengelap kesan darah yang sudahpun berhenti mengalir. “Man, macammana Abang Aznil boleh luka ni?” soalku pada pembantu Aznil yang Cuma terdiam dari tadi. “Dia pitam kak, jatuh berguling ke bawah bukit masa kami tengok tali air tadi… dari semalam dia kata dia dah tak sedap badan..” jelas Man. “Nasib baik ada Izan, terima kasihlah Izan kerana susah payah..” ucap mak mertuaku penuh terharu. “Izan risaukan dia mak cik sebab Izan tahu dari universiti lagi Aznil memang mudah demam. Sebenarnya Izan perasan masa first day Izan sampai kat sini lagi dia dah tak sihat.. sebab tu Izan cari dia tadi..” Izan menjelaskan sambil mengusap kepala Aznil. Apa? Maknanya dia keluar bersama suami aku tengah-tengah malam? Aku menarik nafas. Aznil mula bergerak dan membuka matanya perlahan-lahan. “Nil.. alhamdulillah dah sedar anak mak..” Aznil meraba kepala yang sakit. “Jangan banyak bergerak Nil, you tak sihat..” Izan memegang bahunya. “Betul Nil.. nasib baik ada Izan.. kalau tak tak tahu apa dah jadi..” sampuk kak Sal. “Sudah tu.. Yan, bawak Aznil masuk ke bilik..” bapa mertuaku bersuara. Aku akur dan memapah Aznil dibantu oleh Man. Izan Cuma merenung kami lama sebelum kembali ke biliknya. Aznil merebahkan badan di atas katil. Aku membantu dia menukarkan pakaian sebelum mengisi ubat di lukanya. Aznil tersenyum sambil mengesat pipiku yang basah. “kenapa Yan menangis ni? Abang bukannya nak mati.. luka sikit jer..” pujuknya sambil memegang tanganku. “Kenapa abang tak beritahu Yan abang demam?” soalku. Sungguh aku tak tahu dia tak sihat. Dia tak pernah mengadu pening atau apa.. badannya juga tak panas dan dia sentiasa gembira. Jauh di sudut hati aku berkecil hati juga bila mak mertua menganggap aku seolah-olah tak mengambil berat tentang anak bongsunya. Kalau aku tahu takkan aku biarkan suami kesayangan aku ni bekerja siang malam panas berembun wahai ibu mertuaku! “Dah la tu.. abang bukan demam teruk.. tapi lepas makan tengah hari tadi abang makan penadol.. agaknya berlawan ubat tu yang abang terpening sikit agaknya..” Aku merenungnya lama. “Izan tu rapat sangat ke dengan abang di universiti dulu?” soalku ingin tahu. “Ala.. kawan satu universiti.. biasalah.. dah.. jangan sedih-sedih.. mari kita tidur..” pujuknya lagi. “Tapi Yan tengok kenapa dia..” “Kita tidur okey.. Yan sayang abang tak? Kalau sayang kita tidur okey?” Aku Cuma mengangguk dan bangun mematikan lampu.. SUSAH dapat orang keras hati! Itu saja yang mampu aku katakan bila Aznil sudah bersiap-siap untuk ke kolam udang harimaunya selepas sembahyang subuh tadi. Kita pujuk ke klinik tapi dia kata bukan kena sakit teruk. Dia nak tengok kolam barunya yang baru dua minggu diisi anak-anak udang baru. Bukannya lari udang-udang tu kalau dia tak datang ke sana. “Pergi juga Aznil ke ladang Yan?” soal mak mertuaku bila melihat aku sendirian menikmati bihun goreng. “Yan dah larang tadi mak.. dia degil jugak.. “ jawabku. Mak Cuma menggeleng kepala. “Dia tu memang degil.. sebab tu Yan kena pandai pujuk dia.. ini mak tengok si Izan tu yang lebih-lebih..” aku tersenyum. Baru perasan ke mak? “Tak apa la mak.. Izan tu pun kawan dia..” jawabku menyedapkan hati sendiri walaupun prasangka dah mencanak-canak tumbuh dalam kepala. Lagipun aku percayakan Aznil. Takkan dia nak menduakan aku. Beranilah dia buat macam tu! “Mak ni bukan apa.. sepatutnya.. suami, kita sendiri yang jaga. Jangan bagi ruang perempuan lain merebut peluang tu.. ini mak tengok Izan tu lebih tahu tentang Aznil daripada Yan.. macammana tu?” kata kata mak itu membuatkan suapanku terhenti. Ada betulnya nasihat mak tu. “malam ni tidur di sini lagi?” soal mak. “Err.. tidaklah agaknya mak.. dah dua hari tidur di sini.. Yan ingat malam ni nak tidur di rumah..” “Hmm.. eloklah tu.. lagipun tak manis biar suami berdua-duaan malam-malam di rumah kamu tu..” aku Cuma mampu mengangkat kening. Memang selama dua hari aku tidur di rumah ibu Aznil ini malam-malam pasti Aznil dan Izan kembali kerumah kerana Izan ingin menyiapkan reportnya menggunakan komputer. Aku tak tahu apa masalahnya dia suka sangat berdua dengan suami aku tu. Padahal notebook dia bukan tak boleh dibawa ke rumah sini untuk membuat kerja. “Emm.. iye la mak.. “ jawabku dan mengangkat pinggan menuju ke sinki. Kata-kata dari ibu mertua itu membuatkan hatiku berbelah bagi. Selesai mencuci pinggan aku menjemur baju di ampaian. Ayah sudah lama ke kebun, sementara kak Mah dan kak Sal subuh-subuh tadi sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Selesai mandi aku bersiap-siap untuk ke pekan. Hari Isnin amat sesuai untuk keluar. Biasanya aku akan keluar ke bandar untuk membeli keperluan diri. Lagipun di sana aku akan bertemu dengan Qursiah, Salina dan Embun teman-teman lama yang tinggal di sana. Boleh juga menghiburkan hati yang sunyi ini. “Mana Aznil?” soal Embun bila aku sampai seorang diri di kedai bunganya. Aku senyum. “Dia sibuk..” jawabku ringkas. Embun senyum. Dia masih tekun menyusun bunga-bunga yang baru dihantar. Aku duduk sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di hadapan kedai. Hari ini hari Isnin jadi bandar ini tidaklah sesibuk mana. Tiba-tiba mataku terpandang sesuatu. Wanita kecil molek yang sedang memapah seorang lelaki itu kuperhati lama. Mereka baru saja keluar dari sebuah Klinik. Apa? Aku perhatikan plat Kembara yang sedang direverse itu. CFR 711.. tu kepunyaan Aznil. Jadi sahlah dia ke klinik dengan Izan?? “Ehh.. tu macam kereta Aznil..” Embun memandangku lama. Dia juga sempat melihat adegan yang sama! Aku diam tidak berkata-kata. Yang pasti hatiku sedang menangis sekarang ini! AZNIL sedang tidur sewaktu aku sampai di rumah. Aku meninjau kemana Izan pergi. Kelihatan dia sedang sibuk membuat bubur nasi di dapur. Izan senyum tapi aku dah tak kuasa nak membalas lagi. “Kak Izan buat apa ni?” soalku, masih berbudi bahasa memberi gelaran kakak kepadanya. “Aznil kan demam..” jawabnya. “Saya boleh buatkan..” aku menjelaskan sambil merenungnya tunak. “Dian, Aznil nampaknya lebih mempercayai saya.. saya lupa nak beritahu sesuatu.. sebenarnya kami pasangan kekasih semasa di sana dulu.. Cuma takdir memihak pada awak.. tapi saya yakin.. saya masih berada di hatinya..” Izan tersenyum dan berlalu pergi. Aku memandangnya lama. Dia tersenyum dan duduk di hadapan Aznil. Seketika kemudian aku lihat dengan selamba dia tunduk dan mengucup dahi Aznil, membuatkan nafasku terasa terhenti. Izan senyum sinis memandangku. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Cuma yang terkeluar hanya tangisan kecil dari sudut hati yang telah berdarah. Memang sudah kuduga dari hari pertama dia hadir dalam rumahtangga kami. Kemesraannya.. layanannya.. renungannya.. Dugaan apakah ini, seorang perempuan begitu terang terangan mencabar kewaibawaanku? “Kenapa? Marah?” Izan senyum lagi. “Lebih baik awak tinggalkan rumah ini..” perintahku. Aznil tiba-tiba terjaga dari tidur. “Yan.. kenapa marah-marah ni?” soalnya dalam keadaan yang masih lemah. “Yan tak mahu lihat kawan abang ni berada di rumah kita ni walaupun sesaat..” “Yan! Apa salah Izan?” soal Aznil. “Nil.. tak apalah.. I boleh keluar.. lagipun I tak nak ganggu keharmonian rumahtangga you.. I fahamm..” Izan buat muka sedih. Berlakon! “Jangan Izan, Yan.. abang nak Yan minta maaf dengan Izan..Abang tak akan benarkan, ini keputusan abang..” tegasnya. Aku tergamam, tambah melihat senyuman sinis dari Izan. “Abang nampaknya lebih perlukan dia dari Yan..” aku tatap wajah Aznil lama. “Kalau dia tak pergi, Yan akan pergi,” Aznil merenungku lama. “Dua-dua abang tak benarkan…” “Baik.. kalau macam tu Yan yang akan buat pilihan. Biar Yan yang pergi..” Aku terus meluru keluar. Dengan langkah yang deras air mata turut mengalir tanpa henti…. BIAR berbuih mulut mak memberi nasihat.. biar gugur sampai botak rambut abah menyebut dosanya keluar rumah tanpa izin suami namun aku tetap dengan keputusanku. Kalau dia bahagia dengan Izan, teruskan.. yang pasti aku tak mahu jadi perempuan bodoh yang medambakan seorang lelaki tak setia! “Tak diterima tuhan segala amalan seorang isteri yang derhaka..” pesan abah terngiang-ngiang di telinga. Memang aku takut berdosa.. tapi dalam keadaan begini aku tak dapat nak berdepan dengan mereka. Terbayang-bayang di mata bagaimana Izan mencium suami sendiri.. tu depan mata aku .. di belakang aku bagaimana? “Yan.. keluar sekejap..” suara abah kedengaran. Aku mengeluh lemah dan menurut perintah. Abah sedang menanti di ruang tamu. Mak juga ada sama. “duduk,” sepatah lagi perintah keluar. Aku patuh dan duduk. “Apa lagi silapnya abah ni agaknya.. tak kawinkan kamu susah.. dah kawin pun susah..” keluh abah. “Apa masalahnya ni?” soal abah. Aku diam. Sememangnya sejak tiga hari lalu aku tak bercerita apa-apa. Lagipun aku tak mahu mak ayah susah hati. “Pak mertua kamu ada jumpa ayah tadi di kedai.. dia pun tanya khabar kamu.. “ terang abah lagi. “Buat apa lagi dia nak ambil berat pasal Yan abah..” itu saja yang keluar di kerongkongku saat ini. “Tak kesian ke kamu kat dia Yan.. dahlah demam teruk.. kamu tinggalkan dia sorang-sorang pulak kat rumah..” ujar mak. “Baru dua bulan kawin.. inai masih ada lagi tu…” Abah memandangku lama. Bukan dia tak tahu perangai keras hati anak dia ni! “Yan masuk dulu bah..” aku bingkas bangun dan masuk ke bilik. Aku menutup pintu bilik perlahan. Kemudian merebahkan diri di atas katil. Aku tahu tindakan aku ini salah. Tapi apakan daya andai suami sendiri lebih memihak pada perempuan lain. Bermakna dia lebih sukakan perempuan itu dari aku! Aku belek surat tawaran bekerja di MMU yang baru kuterima tadi. Ingatkan dah tak ada harapan dah kerana sudah lebih dua bulan temuduga berakhir. Tak sangka pula aku terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Bagaimana sekarang? Aku menarik nafas. Kalau jodoh aku dengan Aznil sampai setakat ini apa lagi nak dikata. Aku tak akan merayu supaya dia melupakan perempuan itu. Bagiku sedalam mana cinta dan sayangku pada Aznil, tapi andainya cinta dia untukku sudah tiada.. segala-galanya sudah tak bermakna. Buktinya sudah tiga hari aku di sini tapi dia langsung tidak menelefon, jauh sekali datang menjenguk. Aku belek gambar perkahwinan kami yang terpaku di dinding. Betulkah aku tak akan kecewa jika kehilangan dia? Aku sendiri tidak tahu tapi yang pasti.. aku amatmerinduinya. Sangat-sangat.. AKU terjaga bila mentari sudah menyuluh muka. Alamak.. terbabas subuh! Aku cepat-cepat bangun dan mencapai tuala. Di dapur kelihatan emak sedang mengemas meja makan. “Kenapa mak tak kejutkan Yan?” soalku sambil menarik kerusi dengan tuala tersangkut di leher. “Mak baru balik dari rumah mak mertua kamu.. Aznil demam teruk Yan.. kesian dia.. makan pun tak lalu..” mak merenungku lama. “Jadi?” soalku acuh tak acuh. “Along.. tak baik along tinggalkan abang macam tu.. along patut di sisi abang..” Fina yang sedang menunggu result SPM mencelah. “Kawan dia tu ada lagi?” soalku. “Tulah Fina nak cerita ni.. sepanjang along tak ada kak Izan tu yang tolong jaga.. “ amboi.. melampau! “Baguslah… ada orang jaga.. so tak payah Yan susah-susah kan mak?” sahutku dan masuk ke bilik air. Mak Cuma menggeleng kepala. Degil! Ahh.. mak sebagai perempuan, mak tentu faham perasaan Yan sekarang ini.. suami adalah segala-galanya setelah Yan bergelar isteri. Tapi kini Yan rasa dikhianati. “Kau dah fikir habis-habis Yan?” soal Embun sambil menyedut air sirapnya. “Dah.. dah nak pecah dah ni fikir..” “Bercerai ni bukan satu jalan penyelesaian.. kalau boleh berbincang dulu..” nasihat Qursiah. “Kau baru dua bulan bersama.. “ “Tapi apa maknanya aku jadi isteri dia kalau dia lebih sukakan perempuan tu..” balasku. “Kau dengar dia cakap sendiri?” soal Embun lagi. “Dia yang menghalang perempuan tu pergi.. so apa lagi? Dah terbuktikan?” “Yan.. kau kena banyak bersabar.. banyak lagi dugaan yang kau tak hadapi..ni baru sikit.. “ nasihat Embun lagi. “Entahlah Embun.. sebenarnya aku sayangkan dia.. tapi bila jadi macam nie aku rasa macam perempuan bodoh..” Aku cuba menahan air mata daripada luruh namun gagal. Akhirnya aku tersedu-sedu di bahu Embun. “Yan.. kau kena banyak sabar.. sembahyang.. minta petunjuk dari Allah..” Aku Cuma angguk. Mungkin ini adalah dugaan untuk menguji kasih sayangku.. mungkin.. "YAN dah fikir habis-habis.. Yan rasa abang lebih sukakan dia..” “Kenapa Yan cakap macam tu? Abang tak tahu apa salah Izan pada Yan.. malah dia yang advise abang suruh telefon Yan ni..” “Abang lebih percayakan dia?” soalku. “Kalau dia nak merampas kebahagiaan yang sedang kita bina ni tak mungkin.. abang kenal dia dah lama..” “Betullah kan apa yang Yan katakan tadi… abang lebih perlukan dia..” Aku terasa air mata dah turun laju tapi kutahan. “Yan.. abang nak Yan balik ke rumah kita.. jangan kerana perkara kecil macam ni kita terpisah..” “Yan akan balik.. setelah Izan pergi..” tegasku. “Yan.. kenapa Yan keras hati sangat?” soal Aznil kecewa. “Tak apa la.. abang pun bahagia dia ada di sana.. Yan nak beritahu.. esok Yan nak ke KL,” “Kenapa? Yan nak buat apa?” “Yan nak kerja.. Yan nak bina hidup baru.. “ “Yan.. janganlah kerana perkara kecil ni Yan ambil keputusan terburu-buru..” “Yan tak dapat maafkan perempuan yang sanggup mencabar kesabaran Yan.. maafkan Yan!” Gagang telefon kuletak segera. Aku jenguk ke kiri kanan. Mujurlah semua sudah tidur.. jadi tiada siapa tahu apa yang kukatakan pada suamiku tadi. Dalam gelap aku merenung masa depan. Andai cinta itu sudah tiada kurelakan segala-galanya terjadi.. walaupun aku yang akan tersungkur kerana luka ini.. “DIAN, kamu dah gila ke?” soal abah namun aku buat tak tahu. Beg pakaian sebesar tong beras kupikul ke tangga. Mak dan Fina Cuma menggeleng kepala. Memang mereka tak faham keadaan hati aku yang dah remuk ni. Tapi demi Allah, kerana aku sayangkan Aznil aku mengambil keputusan untuk mengundur diri. Aku tak mahu menjadi penghalang kehendak hatinya, jauh sekali menjadi punca keretakan hubungannya dengan Izan. “Mak, Yan pegi dulu ye?” aku meraih tangan mak dan menciumnya. “Yan.. dengarlah nasihat abah ni.. berdamai.. kalau perempuan tu puncanya kita selesaikan sekarang..” abah memegang bahuku. “Cemburu biar bertempat Yan..” mak pula bersuara. Aku Cuma tersenyum. Ni bukan kes cemburu dah mak.. ni kes nak mati dah ni kalau Yan diam jer.. sekurang-kurangnya biar si Aznil tu tahu aku bukan perempuan bodoh! Aku mengangkat beg dan melangkah menuju ke arah jalan raya. Aku sendiri tidak pasti kemana harus aku tuju. Semalam aku sudah menelefon Mahani teman seuniversiti dulu. Dia sanggup menumpangkan aku sementara aku mendapat rumah sewa di sana nanti. Lagipun, untuk ke Cyberjaya aku perlu menaiki Bas ke Putrajaya. Ahh.. soalnya sekarang aku ke KL dulu.. “Along! Along tunggu!” Langkahku terhenti Belum sempat aku melepasi laman Ina sudah berteriak dari tingkap. Tergesa-gesa dia turun dan mendapatkanku. Ina memegang lenganku. “Mak Ngah Som telefon, dia kata abang Nil masuk hospital..” Apa? Beg terlepas dari pegangan. Serius benarkah sakit dia? Aku pandang abah dan mak. Tapi mulutku berat untuk mengungkap sesuatu. Abah dan mak seakan faham dan segera menuju ke van. “Mari kita ke hospital,” ujar abah dan aku masuk ke dalam van tanpa banyak soal. AKU masih berdiri di luar pintu. Nak masuk ke tidak ni.. nak masuk ke tidak.. aku lihat semua ahli keluarga Aznil berkumpul di katilnya. Malu pun ada pada mertua kerana perbuatan aku yang memang dahsyat ini. “Yan, buat apa kat sini?” Opocot! Aku berpaling. Wajah bapa mertuaku sedang tersenyum itu kutatap. “Abah.. maafkan Yan abah..” Aku terasa air mataku dah menitis. Abah senyum dan mengusap kepalaku lembut. “Dah la tu.. adatlah rumah tangga.. mari tengok suami kamu..” Dia menarik lenganku masuk ke dalam wad. Aku segera merapati Aznil yang tersenyum. Tangannya kukucup dan kugenggam erat. “Yan minta maaf bang.. Yan tak sangka sakit abang seteruk ini..” pintaku. “Doktor kata abang demam biasa jer.. tapi.. sakit di hati Yan tu lebih lagi kan.. abang minta maaf.. abang tak sepatutnya mengutamakan kawan abang dari isteri yang paling abang sayang..” pintanya lagi. “Abang.. Yan tak halang abang berkawan tapi..” “Abang dah tahu segala-galanya.. memang wajar Yan menyuruh dia pergi dari hidup kita.. abang sendiri tak sangka Izan selama ini mencintai abang.. tapi sungguh Yanlah orang yang abang cintai.. tak ada orang lain lagi..” kata-katanya membuatkan aku malu. Dahlah semua orang ada di sini. “Dengar tak tu?” mak menjeling. Aku Cuma tersenyum. Iye mak.. salah Yan.. “Yan ambil abang air Yan…” pintanya. Aku segera bangun tetapi tiba-tiba saja terasa pandanganku gelap. Eh kenapa ni? “Yan.. Yan!” Suara-suara itu kedengaran sayup di cuping telinga…. MAK , abah, ibu Aznil dan ayahnya tertawa kelucuan. Eh.. kenapa pulak ni? Aku cuba bangun tapi dihalang oleh Aznil. Aikkk.. apasal pulak aku yang baring atas katil pesakit ni? “Bang.. kenapa dengan Yan ni bang? Apasal Yan pulak yang baring sini?” soalku. Aznil tersenyum sambil mengucup dahiku. “Abang tak tahu nak cakap macammana.. abang gembira sangat..” ucapnya sambil tersenyum-senyum. Mak dan abah juga turut tersenyum. “Kau ni suka sangat buat lawak la Yan..” Kak Sal sudah tertawa kecil. Lawak? Apa yang lawak ni? “Tadi kau pitam.. doktor dah check.. tahniah.. tak lama lagi jadi ibu..” Apa?? Aku ternganga, betul ke apa yang aku dengar ni? “Yan dah pregnant, sebulan lebih..” tambah Kak Sal lagi. Apa? Dah sebulan lebih? Biar betul.. tapi.. tak pernah pun aku muntah-muntah ke apa.. “Tapi.. tak ada tanda-tanda pun Yan mengandung..” soalku keliru. Mak menggeleng kepala. “Bukan semua orang yang mabuk-mabuk.. ni contohnya.. suami kau ni yang demam teruk, rupa-rupanya nak jadi ayah.mabuk-mabuk kau tu kena kat dia...” seraya itu mereka tergelak kelucuan. Hah? Aku pandang Aznil yang tersenyum ceria. “Patutlah abang selalu pening-pening.. loya-loya.. Yan pulak badan naik semacam.. ada orang baru nak datang..” usiknya. Aku turut tersenyum. Malunya! Barulah aku perasan, adik-adik dan suami komplen badan berisi, rupa-rupanya perut aku yang berisi.. “Lain kali kalau nak marah sangat pun, siasat dulu.. ini sampai nak tinggalkan kampung halaman..” aduii.. pedihnya kata-kata mak. Tapi, bukan salah aku.. kalau tak terjadi perkara itu sah mereka tak tahu berita gembira ini. “Tak apalah.. yang penting tak lama lagi kita akan dapat cucu..” ibu mertuaku tersenyum sambil memelukku. “Lepas ni jangan nak bergaduh-gaduh lagi.. jaga isteri kamu baik-baik Aznil..” pesan bapa mertuaku. “baik abah..” “Si Dian pun sama.. jangan nak tunjuk-tunjuk perasaan.. suami isteri ada masalah bincang.. bukan sorang ke sana sorang ke sini.. ni dah nak dapat anak.. dengar tak ni Yan?” aku angguk mendengar nasihat abah. “Abah nak ke surau ni.. kejap lagi abah dan mak datang balik..” Abah, mak serta bapa dan mak mertuaku beredar meninggalkan katil begitu juga Kak Sal suami isteri. Aznil merenungku lama. “Kenapa abang renung Yan?” soalku. “Abang tengok Yan nie semakin..” dia senyum. “Semakin apa?” soalku sambil membalas genggaman eratnya. “Semakin tembam!” Apa? Seraya itu lengannya kucubit membuatkan dia tertawa kecil. “Ohh.. kutuk kite ye..” “Tak.. Yan ni suka buat lawaklah..” “Kenapa pulak?” soalku. “Iyelah.. Yan tu marah lebih.. tapi sayangnya kat abang ni tak terhingga betul tak?” soalnya. “Kalau tak takkan abang sedar salah abang kan?” soalku kembali. Aznil mengangguk setuju. “Abang marah ke Yan balik ke rumah mak?” soalku. “Marahlah jugak.. pasal Yan tak nak jaga abang.. nasib baik ada Izan..” usiknya. “Abang ni!” Aznil tertawa melihat aku mula merajuk. “Boleh abang tahu kenapa Yan marah sangat pada dia?” soalnya. Aku menggeleng kepala. Biarlah itu menjadi rahsia kami berdua sahaja. Lagipun dia sudah pergi jauh dari hidupku. “Tak apalah.. yang penting abang tetap setia pada Yan. Janganlah Yan bimbang..Kita bina hidup baru.. dengan baby yang bakal lahir ni, okey?” Aku angguk. Aku berjanji sendiri.. demi Aznil yang kucinta, demi rumahtangga kami yang sedang meniti bahagia ini.. aku tidak akan terburu-buru lagi dalam membuat pertimbangan. Terasa hidupku bermaya kembali, terima kasih mak, abah kerana menemukan Yan dengan suami sebaik ini! “Yan sayang abang..” ucapku tulus…. |
No comments:
Post a Comment