| Takagi Sayang (2) |
| DERU air sungai dah kedengaran dari jauh. Kami melalui denai kecil untuk cepat sampai ke sungai . Apa yang dia buat kat sungai ni? Cari ikan kut..itulah kerjanya kalau tak sibuk di ladang atau di kolam udangnya. Sanggup simpan ijazah kerana nak jadi petani moden.
“along gi la kat bawah pokok buluh tu, kat batu batu tu..” “Habis kau orang nak kemana?” soalku, risau jugak kalau berdua kat sini. “Ucu ada ngan Ijan, ngan abang Rahim..” Oh..iye ke? Aku senyum dan menuju ke arah yang disebutkan. Apa la yang Aznil nak cakap ni? Setakat Ijan dengan Rahim tu aku tak kisah sangat. “Hihihi…” Eh! Langkahku mati. Suara macam suara perempuan! Aku rasa tak sedap hati, takkan bawak perempuan kot! Ah..mesti Ijan tu nyamar kut, dia tu kan suak buat lawak! Aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu. Tapi, ni apa hal ada sandal perempuan ni? “Ala tak nak, takut..cepat la tolong..” suara perempuan jelas kedengaran. Aku segera turun ke gigi air dan di antara batu batuan itu aku lihat Aznil sedang memaut mesra pinggang sorang gadis dan gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher Aznil di tengah-tengah arus yang deras. Dan, bila arus kuat datang dengan pantas Aznil merapatkan perempuan itu ke badannya. Aku tergamam tak dapat berkata-kata. Putik mawar pemberiannya tadi terjatuh dari pegangan. Amboi, dengan aku sentuh pun tak berani, dengan perempuan tu? Inikah balasan di atas keikhlasan aku selama ini? Dan, setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Aznil cepat-cepat mendapatkan aku. “Ini ke hal hidup dan mati awak?” soalku. Air mata dah bergenang di birai mata. Sakit hati aku melihat Aznil masih mampu tersenyum. Tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun dari kelopak mataku. “Yan, awak dah salah sangka ni,” “Saya tahu ini yang awak inginkan sangat betul tak? Kalau benar awak tak sukakan saya tak perlu nak tunjuk depan saya macam ni, saya pun tak pernah mengharapkan yang awak akan jadi milik saya,” “Dian, cuba dengar dulu penjelasan saya,” pintanya. “dah terang dan jelas kan? Nah! Ambil balik hak awak!” Cincin di jari manis kulucutkan dan kucampak ke tubuhnya. “Dian!!” Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Aznil!!! ******** ABAH membetulkan kopiah putihnya di kepala. Mak yang asyik menjahit sesekali mengerling ke arahku. Suasana malam itu agak suram. Biasanya kami akan berkumpul bersama menonton tv. Adik-adikku awal-awal lagi dikerah masuk ke dalam bilik. Aku cuma buat muka selamba bila mata abah singgah di wajahku. “Apa yang dah jadi ni, yan?” soal abah penuh lembut. Aku angkat muka. “Apa yang dah terjadilah abah!” jawabku ringkas. “Tahu tak apa yang kau dah buat ni?” soal mak pulak. Aku cuma buat muka sardin. “Petang tadi kelam kabut Ngah Usop dengan Som datang ke sini tanyakan hal siang tadi,” abah menggeleng kepala, bingung. “Dia yang cari pasal dulu, sakit kan hati orang..tak serius..” “Kalau si Aznil tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang ni Diana ooii..” mak bersuara. “apa yang kurangnya Aznil tu? Pelajaran ada..rupa ada..rajin bekerja..kau tengok tu..umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup kau dunia akhirat..ingat senang ke nak dapat budak baik macam Aznil tu?” Amboi, beriya-iya benar abah puji bakal menantu nampak! “Yan tak nak kawin dengan dia,” “Kenapa dulu tak cakap awal-awal? Kan mak tanya dulu masa dia orang merisik kau..kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?” “Dulu ingat tak jadi macam ni..” “Dah tu?” “tolonglah mak, abah..Yan betul-betul dah tawar hati kat dia..” pintaku. “Jangan nak malukan abah, Dian, Abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni abah tak suka ni..” warning abah. “Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling..” Hai, boleh tahan jugak mak aku ni..aku sengih. “Like father like doughter, Yan pun tak mungkin berpaling jugak mak,” “Eh budak ni!” Mak membeliakkan matanya. Biarlah, yang nak kawin aku, bukan dia orang. Sukalah aku punya decision! “Sudahlah tu mak nya..cakap banyak pun tak guna,” Mak dah pandang muka abah cemas. Aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta. Tentu abah tak mahu memanjangkan cerita. Cinta tak boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu, so kenalah terima. Macam ni la abah yang understanding! “Nanti dulu bang, saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Aznil sampai kau tak nak kat dia?” “Yan tak suka dia, tu je ..Yan rasa tak boleh hidup dengan dia..”jawabku ringkas. “Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu, orang kita kaya dengan adat..” mak menggeleng kepala. “Ikut adatlah ni..Yan bagitahu kat mak..abah..nanti mak dengan abah cakaplah kat keluarga dia!” “Amboi..pandai sangat mengajar orang tua..” tegur abah setelah sekian lama membisu. “Anak abah kan..mestilah pandai..” Saja aku menyakat abah. “Hai maknya..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni..” “Kau ni memalukan mak dengan abah aje tau Yan? Kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut sedap hati je bertindak..” “Betullah apa yang Yan buat ni mak..” “Betul? Yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh? Macam tu ke pulangkan pemberian orang?” soal mak geram. “Mana ada..” jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong. Mak menjeling tajam. “Habis, yang kau campak kat sungai tadi tu apa?” “Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mak kasi hari tu..Yan silap buang..” “Apa? Silap? Betul bukan cincin tunang?” soal mak bertalu-talu. Aku angguk sikit. “Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?” Aku mengangguk terpaksa membuatkan mak dan abah tersenyum lega. “Tapi mak abah..Yan tetap dengan keputusan Yan..” kata kata ku itu membuatkan mak dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung. Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. Ehh..ada pengintip kat balik langsir! Ohh..mendengar dari tadi rupanya..kalau ada lastik dah lama aku lastik tiga-tiga ekor tu. “Kenapalah dengan kau ni Yan..”keluh mak. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku! “Dah la tu maknya..marilah kita pergi,” Abah akhirnya bersuara. Mak pandang abah lama. “Apa pandang-pandang saya pulak? Cepatlah siap!” gesa abah. Mak renung abah antara percaya dan tidak. “Awak biar betul abahnya..” “Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Usop sekarang jugak,” Yahoo!! Kalau tak fikir mak dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat…!! “Abahnya..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis bang..” “Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita..” Abah mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding. “Kita apa?” soal mak sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mak ni, tak faham-faham lagi ke? “Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!” Apa? Saat itu aku rasa nyawaku melayang. Abahh?? ********** SEGALA yang ditentukan oleh Ilahi tak mampu kita mengubahnya. Segalanya sudah tertulis dalam takdir. Macam tu la juga yang tertulis dalam takdir aku. Keputusan abah muktamad, tak ada warna lain melainkan hitam dan putih sahaja. Aku akan dijodohkan dengan Aznil bukan pada akhir tahun depan seperti yang ditetapkan dahulu, tapi hujung bulan ni! Ini bermakna cuma ada dua minggu lagi aku akan bergelar anak dara. Matilah aku macam ni, agaknya kalau jadi cicak dah lama bunuh diri. Barulah aku mengerti kenapa gadis selalu lari dari rumah bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai. Agaknya macam kes aku sekarang ni la kot? Persiapan kenduri dahpun dibuat, mak dah sibuk menempah itu in untuk kenduri. Lembu kabarnya dua ekor nak ditumbangkan. Aneh..kawin paksa ni dipermudahkan pulak jalannya. Dan dan tu jugaklah lembu senang dapat..ramai pulak sukarela menolong mendirikan kemah..menyiapkan bangsal memasak..tolong itu tolong ini..pelamin..hantaran..baju nak kawin pun siap ada orang nak sponsor lagi..Orang kampung dan sanak saudara dah dijemput untuk meraikan hari yang bakal menghitamkan hidup aku. Uwaa…sampai hati Abah!! “Eiiii…bestnya dapat abang ipar..bagus abah kawinkan along cepat-cepat, kalau tak mesti melepas punya..tak ada sapa lagi boleh rampas abang Takagi kita..” aku rasa nak siat-siat aje mulut si Fina ni. Menatang apa yang best sangat ada pada malaun tu? “Eh, kau suka dia kan? Kau pergi cakap kat aah kau yang nak kawin dengan dia,” “Apa la along ni! Orang nak kawin happy, dia susah hati pulak!” sampuk Ina sambil membetulkan kelopak bunga telur yang disusun ke dalam pahar. “Abang tu baik apa..dia sayang kat along..kalau tak tak kan dia nak kawin dengan along yang degil macam apa ni..” ujar Rina sambil membetulkan labuci yang dijahit pada baju untuk akad nikah nanti. Bab andam mengandam ni dia memang teror. “Baik? Macam tu pun baik ke? Macam mambang tanah je..” “Amboi..sedapnya mengata orang mambang..” mak tiba-tiba muncul di balik langsir. Aku pandang Ina, Fina dan Rina yang dah tersengih-sengih memerli. Sejak kes hari tu mak dan abah serta adik beradik aku bukan main backing lagi menantu pilihan mereka. Sorang pun tak mahu menyebelahi aku. Ikutkan hati mahu saja aku ambil tindakan lari dari rumah, tapi aku malaslah nak memecahkan tradisi keluarga yang terkenal dengan adab mulia ini. Nanti mana dia orang nak letak muka. Dan tak mahu jugalah aku tersenarai dalam list anak derhaka nanti.. “Tu, Aznil dah tunggu kat luar tu..pergi cepat,” gesa mak..Oooo…dah 5 hari buat salah baru hari ni datang jumpa aku?? “Pegi la along..” Rina memujuk bila aku sikit pun tak bergerak. Ah..tak kuasa aku! “Tah! Nanti abah bising baru tahu,” Abah? Alamak..ni yang buat aku berbelah bagi ni. Abah tu bukan aku tak tahu. Bila dia dah bukak ceramah..faham-faham aje la..silap haribulan..ada pulak yang kena kawin hari ni. Mahu tak mahu aku terpaksa keluar jugak bila mata mak dah naik juling menjeling. Kelihatan Aznil sedang menanti di hujung tanggasambil meemrhatikan anak ayam yang baru menetas memagut beras yang mak tabur. Amboi, bergaya sakan nampak..bawak Virago lagi..Sekali pandang memang macam hero siri Tokyo Cinderella Story. Sebab itulah adik-adik aku menggelarnya ‘Takagi’. “Dinda..dimanakah kau berada ..rindu aku ingin jumpa..” usiknya macam biasa, seolah-olah langsung tak perasan yang muka aku dah macam jeruk mangga masamnya. “Ngapa datang sini?” soalku kasar tanpa memandang wajahnya. “Rindulah kat awak..” cis! Rasa nak ludah je atas hidung dia, rindu konon! “Dah jangan cakap banyak, saya ada kerja lain nak buat ni..apa yang rasa nak cakap sekarang, cakap!” tegasku. “Marah sangat ke kat saya sampai tak sudi nak pandang muka saya?” “Hai, boleh tanya lagi? Awak ingat saya tengah suka hati la sekarang ni?” luahku geram. Aznil menggeleng kepala melihat aku marah membabi buta. “Saya ada buat salah ke?” kalaulah dalam majalah Ujang sekarang ni dah lama karektor aku mengeluarkan apa atas kepala. Or course la bodoh! “kalau saya salah saya minta maaf, lain kali saya tak buat lagi, okey?” “Macam tu je? Ingat senang ke saya nak terima maaf awak tu? Awak ingat saya ni apa? Patung? Tunggul kayu? Tayar motor awak?” memang aku marah benar kali ini. Dia ingat selama ini perasaan aku boleh dilebihkurangkan sesuka hati dia? Mentang-mentanglah dia lelaki dia boleh lakukan apa saja untuk buktikan kuasa dia? “Okey la..okey la..kalau awak marah saya pasal Tiara hari tu, saya mengaku memang saya terjumpa dia masa nak ambil awak kat bank hari tu. Tapi antara saya dengan dia tak ada apa-apa. Tiara dah kawin masa saya kat UK dulu, hari tu jumpa dia pun dengan husband dia, husband dia pergi parking kereta kami minum la dulu,” Aznil dah berdiri di depanku. “Tapi apasal awak tipu saya?” “Saya memang nak cerita, tapi saya tak mahu awak tersalah sangka..sebab Tiara antara yang serius dengan saya dulu,” “Dan pasal kat sungai hari tu,” aku rasa darahku dah menyirap ke muka. “saya tak nak dengar apa-apa pasal tu,” aku memusingkan badan mahu masuk ke dalam, dan sepantas itu juga Aznil memegang lenganku. “Yan, jangan la buat macam ni..kita dah nak kawin ni,” “Siapa nak kawin dengan awak?” bentakku geram. Sakit hati tak terkira rasanya bila dia berani sentuh aku. “Kalau saya bersalah saya minta maaf okey?” pintanya lagi. “Sampai mati pun saya tak akan maafkan, tu pun kalau betul awak mati baru saya pertimbangkan,” “Awak nak saya mati ke?” “Kalau iye kenapa?” “Betul awak suka saya mati?” “Ha..get lost!” Tanpa tunggu lama aku terus naik meninggalkan Aznil yang termangu-mangu macam orang bodoh. Tak lam lepas tu aku dengar Viragonya memecut laju, lain daripada biasa. Marah sama kut, ah..biarkan! “Siapa ajar kau cakap macam tu dengan bakal suami?” Ops! Mak dah berdiri di depanku. Sah dia dah dengar semuanya… “Mak tak pernah didik kau jadi kurang ajar..mak nak kau telefon dia sekarang jugak mintak maaf. Kalau taak jangan panggil mak ni mak kau lagi..” aku terlopong memandang mak yang dah pun melangkah ke dapur. Kerana si aznil tu mak sanggup tak tegur aku? “Apa la along ni,” Ina keluar dari bilik dengan muka masam tanda marah kat aku. “kau orang tahu apa?” “Along tu yang teruk! Along sebenarnya ego, besar kepala. Kata abang Aznil tak baik, jahat, habis along tu baik sangatlah? Kalau along macam ni la..memang tak kawin sampai ke tua, tau? Ina pun hilang sabar dengan perangai along ni..” beraninya Ina! Tak tunggu lama aku melangkah deras meninggalkan halaman rumah. Jalan-jalan lagi baik. Tak pening kepala. Tak ada orang nak membebel..nak cakap macam nak runtuh langit. Kaki kuatur ke arah sungai. Duduk melepak di atas pokok ara yang condong ke perut sungai sambil makan tebu lagi baik daripada berada di rumah. Sejak peristiwa itu aku benar-benar tersinggung dengan Aznil. Pelik, sebelum ini aku tidak pernah bersikap begini. Bukan tak pernah dia berbual mesra dengan perempuan lain, mengorat pun dia selalu buat depan mata. Tetapi, kenapa kali ini aku tiba-tiba berubah menjadi pendendam? Dan, aku sendiri tak menyangka aku menangis kerana kecewa yang teramat sangat.. Ah..kadang-kadang timbul rasa kesal di hati. Antara kami berdua, cinta sangat misteri. Malah belum pernah dia melafazkan kata-kata cinta kepadaku. Aku lagilah tak pernah! Takkan perigi yang nak cari timba! Kalau tanpa cinta, bagaimana perkahwinan ini nanti? Adakah perkahwinan ini semata-mata kerana hajat keluarga yang inginkan kesinambungan dalam keakraban mereka? Ah..bingung..bingung..kahwin? bersediakah aku untuk hidup bersama Aznil ? Ini soal hidup, soal masa depan. Bagaimana kalau aku ditakdirkan tidak bahagia nanti? Salah emak dan abahkah? Aku mengeluh lemah. Di ruang mata terbayang wajah Aznil. Dan dari matanya yang redup itu aku tahu dia memang baik, tapi baik tak semestinya jujur! “Along!” terdengar suara Ina memanggilku dari jauh. Apa hal pulak ni? Ina berlari laju dan serta merta memelukku sambil menangis tersedu-sedu. Pokok ara bergoyang hebat lantaran tindakan Ina itu. “Eh..kenapa ni? Jatuh pulak dalam sungai ni nanti..” soalku lantas memapahnya ke tebing sungai. “Kenapa ni?” soalku bila tengok Ina menangis macam kena sawan babi. “A..a..abang Aznil!” “Ha, kenapa dengan dia? Dah mampus ke? Dah mati?” Saja aku buat macam tu. Susah sangat nak cakap..aku pun bosan jugak tunggu lama-lama. Dah tu, air mata dia campur air hingus dah habis meleleh atas bahu aku..eeii.. “Ha!” Ina meratap lagi. “Ha? Apa yang ha?” soalku. “Abang Aznil dah tak ada!” Ha? “Tak ada kemana?” “Abang dah..dah..huuuu…” Ina menyembam muka ke bahuku. “Iye ke..baguslah!” spontan saja perkataan itu keluar dari mulutku. Aku pun tak sedar tapi betul ke cerita Ina ni? “Along! Kenapa along cakap macam tu..Abang Aznil dah tak ada lagi tau tak..? Along tahu tak??” Ina tengking aku macam dia tengking anak ayam yang selalu berak atas tangga rumah. “Biarlah..” “Abang Aznil pergi sebab nak beli bunga mawar yang selalu dia bagi kat along tau tak? Dia accident masa balik dari bandar tadi. “ Aku pandang wajah Ina macam tak percaya. “Iye ke? Baguslah!” Balasku. Tapi..aku terasa mataku pedih..betulkah Aznil dah tiada? Sudah pergi dari alam maya ini? Putik mawar merah untukku puncanya? Langkah yang kuatur kian ringan. Suara Ina cuma sayup-sayup kedengaran. Dan akhirnya aku cuma melihat kegelapan. ******** AKU buka mata perlahan-lahan. Eh, aku kat mana ni? Ni gambar aku masa bertunang, siapa yang gantungkan kat bilik ni? Besar gedabak pulak tu? Aku terasa kepalaku masih pening. Lebih-lebih lagi bila berada dalam bilik yang memang asing ini. “Eh..dah sedar pun..” Ina muncul tiba-tiba. Segera dia duduk di sisiku. “Kita kat mana ni Ina?” soalku sambil memandang sekeliling. “Kat bilik abang Aznil,” Ha? Aku terpandang sesuatu. Gambar lelaki yang sedang tersenyum di tepi kolam udang harimaunya amat kukenali. “Tapi..macammana along boleh ada kat sini?” “Along pengsan kat tepi sungai tadi,” Aku pengsan? Pengsan sebab..Terasa air mata bergenang-benang tunggu masa nak menitik. Wajah Ina kutatap. “Along teringatkan abang ke?” soalnya perlahan. Aku diam. Bilik Aznil kuperhati lama. Kemas dan bersih. Sayang tuannya dah tak ada. Cuma bau perfume CK kegemarannya saja menerawang. Aku tiba-tiba terpandang sesuatu pada gambar pertunanganku. “EVERYDAY I LOVE YOU, SWEET DIAN..” My God! Terasa mukaku kering tak berdarah. Dia cintakan aku? Kenapa tak cakap awal-awal? Dan air jernih itu turun laju tak henti-henti. Aku pun begitu Aznil.. “Along..along kenapa menangis ni?” Aku pandang Ina lama. Kali ini aku pulak yang menangis dibahunya. Biar Ina tahu betapa aku benar-benar kehilangan Aznil. “La..ngapa ni?” ibu Aznil tiba-tiba masuk dan meluru mendapatkan aku. “Mak ngah..Dian nak Aznil mak ngah!” tanpa segan silu lagi aku berkata begitu depan ibunya. Peduli apa aku, tunang aku. Lagipun dua minggu kami akan menjadi suami isteri, siapa tak sedih? Ibu Aznil segera memelukku membuatkan aku bertambah hiba. “Yan..astarfirullah..bawa mengucap Yan..kenapa ni?” Mak muncul tiba-tiba dan duduk di sisiku. “Yan menyesal selalu sakitkan hati dia, Yan tahu Yan yang salah..Yan tak sanggup hidup tanpa dia,” Mak dan ibu Aznil tersenyum sesama sendiri. “Betul ni? Tak main-main?” La..nak meraung rasanya bila ditanya soalan bodoh di saat-saat begini. “Kalau Aznil ada sekarang jugak Yan nak kawin dengan dia,” ujarku bersungguh-sungguh. Tapi..semuanya tak berguna lagi.. “Betul ke?” Aznil tiba-tiba muncul dari balik langsir pintu bilik. Aku terlopong. Aznil? Wajah mak , mak ngah som dan especially wajah Ina kutatap tak mengerti. “Sebenarnya kan ..along..abang Aznil tak apa-apa..yang accident teruk tu motor dia je..along pengsan tadi abang Aznil yang dukungkan ke sini,” Ina membuat penjelasan bila mata aku tak berkedip merenungnya. What? Alamak..malunya aku! “Tadi kau kata..” “Ina salah faham..sorry..!!” Ina tersipu-sipu. Kau punya pasallah ni! Getusku geram. “Itulah..dulu sampai nak putus tunang, ni baru dapat berita macam ni dah pengsan-pengsan..” sindir mak tajam. Aduii..bisanya. “Tak apalah, tu tandanya sayang!” sampuk ibu Aznil lalu mengajak Ina dan emak keluar. Aznil perlahan-lahan menghampiriku. Aku tunduk, tak tahu nak sorok muka kat mana lagi. “Sampai pengsan ye sayangnya awak kat saya?” usiknya. Aku tidak menyahut. Semua ni Ina punya pasallah bodoh! “Err..teruk ke awak?” soalku bila melihat tangan kirinya berbalut. “Don’t worry, tak serius ni..by hook or by crook kita mesti kawin jugak minggu depan..” ujarnya selamba membuatkan aku tersenyum lucu. “Thanks!” ucapnya tiba-tiba. “Kenapa?” “sebab membuktikan sedalam mana cinta awak terhadap saya, baru saya tahu selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan. Awak tahu tak..saya selalu terfikir kalaulah awa langsung tak ada hati kat saya macammana kehidupan kita nanti..tapi syukurlah..saya dah nampak apa yang bakal kita lalui bersama nanti..” Aznil tersenyum. “Sebelum tu..yang kat sungai dulu macammana?” soalku masih tak puas hati. Geram lagi pasal tu sebenarnya. “Itulah lain kali cuba dengar dulu..itu anak buah saya Mimi, anak abang sulung saya yang jadi lecturer kat USM..dia memang sebaya dengan awak..tu dia ada kat luar tu..” Anak buah? “Saya tak kenal pun..” “Mana nak kenal..dia form 1 sampai form 5 kat asrama penuh, pas tu pegi State plak …baru seminggu tu balik ke Malaysia ni..” terangnya membuatkan aku tersengih. Ngape tak beritahu awal-awal..manalah aku kenal semua anak buah dia..buat malu aku je... “Awak tak marah lagi kan?” soalnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bermata satu dari poket seluarnya. “Cincin yang awak baling hari tu tak sempat nak sambut. Ni saya gantikan,” ujarnya lalu menyarungkan ke jari manisku. “Ni je?” soalku mengusik. “Dian, will you marry me?” Aku cuma mengangguk dan tersenyum. “I love you,” lafaznya lantas mencium tanganku. Mak..aku rasa nak pengsan sekali lagi. Romantik gila siut! Tak pernah-pernah dia macam ni! “Ehemmm!!!” Aku cepat-cepat menarik tanganku. Ina, Fina, Rina dan juga Mimi anak buah Aznil sedang tertawa di sebalik langsir. “Dosa..dosa..belum sah lagi..” usik Ina. “Along..sekarang percaya tak keajaiban cinta?” soal Fina. “Keajaiban yang menakjubkan..ada orang mati kerana cinta..merana.” “Pengsan!!” “Sibuklah kau orang! Pergi main jauh-jauh!” marahku campur malu. Aznil cuma tertawa kecil. Pasti dia juga merasakan sesuatu yang aku rasa saat ini. Cepatlah hari berlalu..agar Aznil segera menjadi milikku selamanya… |

No comments:
Post a Comment