Thursday, February 15, 2007

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini masih lagi dapat menghirup udara segar. Masa aku menaip nih, hujan lebat baru je berhenti. Alhamdulillah, sejuk sikit. Lately nih cuaca memang sangat panas. Even malam pun dah tak rasa sejuk. Perubahan cuaca yang begitu mendadak selepas dilanda banjir yang dasyat. Anyway, aku rasa semua tuh ada hikmahnya.
Tadi keluar makan dengan Kak Halimah dan Aisyah. Sekarang nih kami memang jarang berkesempatan makan bersama. Masing2 dah semakin siguk sebab dah final sem. Pastu kami dah takde amek paper yang sama. Kak halimah dan Aisyah je la masih sama. Aku tekad tak nak amek paper sem nih melainkan paper projek. Aku sangat tak mampu, aku tak boleh nak berpura2 mampu lagi sebab yang merana nanti aku juga. Kalau aku tak buat apa2, bolehlah aku amek paper KBKK yang supervisor aku cadangkan tuh tapi aku skrang nih sangat sibuk. Sibuk dengan projek IRPA yang juga dalam final stage. Kelam kabut.... so itu tekad aku. Tapi aku rasa, aku dah buat kesilapan sebab tak berbincang heart to heart, face to face dengan supervisor aku. Aku rasa dia marah (aku rasa la) dengan keputusan aku tu. Ya la... silapnya sebab tak discuss je... aduhhh...
So, apa aku kena buat??? apa ek??? Patutnya aku kena jumpa... tapi aku tak jumpa2 dia jugak... ni la masalah aku... penakut nak mam**s.... camno nih???? arggghhh.... tensen maaa....
Arini berbual dengan Kak Halimah dan Aisyah... stilll masalah yang sama... aku tak tahu la apa nak jadi ngan bebudk komputer nih... haru biru semua... masalah... masalah... masalah... dah sem last tapi belajar macam sem pertama.... aku pun tatau nak cakap apa ntah... semua serba salah, tak tahu tindakan mana yang patut diambil. Menerangkan hal sebenar atau buat ajer seperti yang disuruh.... Kalau membangkang, dikatakan tak menurut perintah... eh betul ke??? nih kawan2 aku cakap la, tapi aku tak tahu la apa plak reaksi sebenar supervisor aku tu kalau student dia tak nak buat apa yang disuruh... kalau menurut sahaja, nih la jadinya... banyak benda nak kena rombak... padahal dah banyak progress... kena buat balik... tuh yang aku jadi takut nak jumpa dengan supervisor aku tuh... takut aku pun jadi cam kawan aku sorang nih... ayoyoyo...
skrang aku kena tekad nak buat setakat termampu dulu dengan perancangan yang sepatutnya... pastu kena jumpa juga bawa bahan2 yang sepatutnya... aku kena kuat jugak nak jumpa supervisor aku nih, kalu tak... tak graduate la aku tahun nih... chaiyok... semoga Allah permudahkan segala urusan.
tu dulu....

No comments: