hari ini,
aku macam biasa ngadap komputer dari pukul 9 pagi sampailah kul 5 nanti. tak bleh nak mengelak dah, tuh memangnyerla keje aku. Perkara pertama yang aku buat sebaik sahaja mengadap pakwe ni ialah off ICQ (bukan on yek, pelik2). "Tidak mahu diganggu". Maleh mek nak layan, kasi releks dulu key.
Errmmm, keje cam biasa jer. Macam takde benda2 yang semakin menarik hari2. Rasa cam nak tido jer la ni. Hari2 update website, update website... update website. Website projek dan beberapa website lain.... almaklumla.. sekali tengok ok, 2 kali tengok, ade juga yang nak diubah... 3, 4, 5 kali tengok, fuh lagi banyak nak tambah, nak buang..... so ade la keje kan... kalau tak goyang kaki hi...hi... main game. Ntah hape2 ntah.
Hari ni aku nak share sometin ngan sume. Dari hari ahad sampai la semalam, aku sebenarnya tengah sedey. Sedey sebab housemate aku dah balik. Sorang ikut suami gi Perak, sorang lagi balik sarawak. Kitorang ni dah lama dok serumah, bukan setakat serumah, sebilik lagi.
Banyak kenangan kami bersama. Hidup ni macamtu la, bertemu berpisah adalah lumrah kehidupan kan....
Buat Faizah aka Faiz, Selamat Pengantin Baru dan semoga perkahwinan kekal ke syurga. Kasih sayang kita sentiasa dalam ingatan. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi. Semoga jadi isteri solehah dan ibu kepada bakal mujahid dan mujahidah. Amien.
Buat kak Shaikhah, akak banyak mengajar dan membimbing saya dan adik2 yang lain. Kasih sayang akak amat mengesankan. Insyaallah ada rezeki saya ke sarawak masa walimah akak nanti. Saya cuba datang, almaklumlah, kena mencongak2 masa jugak tu... bahang raya masih terasa.. hi..hi... Jumpa lagi masa akak konvo. Kalau akak datang la... ermmm, 3 minggu je lagi...
Semoga kasih yang terjalin ini adalah kerana Allah coz kerana kasihNya lah kita merasai kasih sesama manusia.
#BluEs ker AkU!#
Your AdSense 2022 holiday checklist
2 years ago
No comments:
Post a Comment