16 September 2004,
Tak sempat nak blogging, writin' somethin'. Hari ini, 20 September.....Anyway, 16 september... telah termaktub, hari bermakna buat aku. Tua dah..... tahun berganti tahun, sudah pun menjangkau usia 24 tahun. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Hampir suku abad sudah usia aku ini kini. Kalau balik kampung pun, orang dah tanya... "Bila lagi...?" errmmm.... entahlah... bila ya mak? ihii... maleh ese nak bising2... sampailah nanti tu insyaallah....
Kalau ikut kajian, orang muda zaman sekarang semakin suka khawin lewat. Kenapa ye? Mungkin banyak alasan masing2 tapi terpulanglah kat diri sendirikan. Kenapa nak paksa2 plak bab khawin ni, belum tiba masanya..... Insyallah, ada jodoh sampai lah ye...;) ihikss...
17 September hingga 18 September,
Aku gi kat Hotel MINT. Ada Program Seminar Isu-isu Wanita Islam anjuran sebuah NGO. Banyak betul isu2 penting yang sebenarnya banyak membelenggu hidup wanita Islam sekarang ni yang perlu diperjelaskan semula. So that, we know our stand and rights as a muslim and malaysian citizen.
Banyak betul isu antaranya:
-Kepimpinan wanita dari perspektif islam
-Poligami
-Pembahagian harta
-Kesaksian wanita
-Aurat wanita islam
-Senario mahkamah syariah
-Kesihatan reproduksi keluarga dari sudut islam
-Penderaan wanita
-Penceraian
Memang banyak. So lepas ni bleh hujah balik lah yer... ermmm... bleh ker... skit2 la... kalau orang tanya pasal pembahagian harta ker, kesaksian wanita ker... bleh la celah2 skit. Dan yang paling penting, kalau ada sahabat2 kita yang mengalami masalah penderaan dalam rumahtangga ker, tahulah kat mana nak disalurkan pengaduan dan apakah hak yang boleh wanita dapat.
Kenapa isu2 ini relevan? Melihatkan senario sekarang, dalam keadaan masyarakat terutamanya wanita yang kurang dan mungkin juga tidak langsung mengetahui apakah haknya dalam menangani sesuatu isu contohnya penderaan dalam rumahtangga. Seringkali kita dengar bahawa, wanita yang mengalami masalah ini takut untuk mengadu kerana bimbang tindakan ganas suami. So sebagai ahli masyarakat yang prihatin dan dah pun mendengar dan mengetahui kemanakah masalah ini boleh disalurkan. Insyaallah, bolehlah membantu mereka yang memerlukan.
19 Sepetember 2004,
Hari duduk di rumah sedunia... ha..ha... tapi bukannya melepak sahaja atau hari tidur sepuasnya. Kena buat kerja juga. Membantu housemate buat latihan ilmiahnya. Latihan Ilmiah yang melibatkan penggunaan komputer dan software design. Macam diri sendiri plak yang buat thesis. Ingat lagi masa buat thesis final year dulu, bersengkang mata nak menyiapkannya. So rasalah semula. Jadi penasihat dan pemantau. Sambil2 kena betulkan mana2 yang patut.
So, hari2 yang aku lalui... insyaallah amat bermakna. Masa tak habis macam tu saja. Adalah perkara2 yang aku buat dan aku nampak apa yang aku buat dan rasa puashati skit bila hujung minggu penuh dengan aktiviti yang bermakna.
Till now...
#BlueS ke AkU!#
Your AdSense 2022 holiday checklist
2 years ago
No comments:
Post a Comment