Wednesday, September 17, 2003

Rindunya Abang pada Nura!! (1)
Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini….. Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan duka hati ini… Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini…. Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…

Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya. Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.

“Kau kekubur lagi Mi?”, sapa Zakri.

“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.

“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu, sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.

“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku? Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.

“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.

“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.

“Insya-Allah, dah le buatler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya. Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.

“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?,” tanya Mak Zaharah.

“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.

“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.

“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.

“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.

Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.

“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati beralasan.

“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.

“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni tunggu sekejap pun dah bising,” Zati menggomel.

“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.

“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk, just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.

“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari tadi,” hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.

“Rilekslah you ni loratler,” Zati megeluh.

Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.

“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen,”

“What, ceritalah,” Zati berkata.

“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikan you jadi mother untuk anak I Zati,” Hilmi bertanya.

“What!, Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apa tah lagi nak punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi, sorrylah,” Zati menerangkan.

Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah. Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan seorang ibu.

Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati seluhur Nura. Arrrghhh rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.

“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.

“Ada apa mak?,cakaplah,”
“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja, boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah ni, kecil-kecil algi dah tidak beribu,” kata maknya.

“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker,?” Hilmi bertanya.

“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama dengan kasih ibu,”

“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.

“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa, dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga Syuhadah dengan baik, denagn ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.

“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.

“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan, nanti mak bertanya ibunya,”

“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan saya saja mak,” Hilmi menambah.

Didalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi memebelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang…

Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya tuhan saja yang tahu.

“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.

“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk diri sendiri,” Hilmi meluahkan.

“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus asa.

Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.

“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.

Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura.

Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain diantara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak Zaharah perasan akan hal itu.

“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasik lemak.

“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya, ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.

“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,” ujar Mak Zaharah.

“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.

“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya.

“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.

“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.

Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk hati sendiri.

Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal, iaitu mengunjungi pusara Nura.

Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal, Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan menasihati Hilmi.

“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh sahaja.

“Syuhadah….,” panggil Hilmi, Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.

“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.

“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.

Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar, air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan ditambah luka dihati, mengalir
bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-kerjanya menyiapkan plan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah memujuk Salwa.

“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.

“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadang-kadang kalau dah kusyuk dangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa menajwab.

“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer,”

Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerja-kerjanya. Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan bernikah, Salwa masih lagi seorang dara.
Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.

Syuhadah kini sudah pandai berjalan, lasaknya boleh tahan. Namun Salwa ligat melayan kerenah anak kecil itu, tidak pernah dia merungut. Mak Zaharah bersyukur, Syuhadah dapat ibu tiri yang cukup sempurna, lega hatinya keranan boleh menunaikan amanah Nura. Usia Syuhadah kini hampir mencecah Setahun tiga bulan, ini bermakna sudah hampir 6 bulan Salwa dan Hilmi menjadi suami isteri.

“Hai Salwa, Syuhadah ni dah pun boleh berjalan, mak ucapkan terima kasih kepada kamu kerana menjaga amanah arwah Nura dengan baik, bertuah Hilmi dan Syuhadah, mak terharu kamu menjaga anak yatim ni macam anak kamu sendiri,” sebak Mak Zaharah.

“Mak, saya tak pernah anggap dia anak tiri saya, mak, saya anggap dia anak sendiri, keluarga saya pun dah menganggap dia macam cucu mereka jugak, tambahan pula, rumah saya tu, tidak ada anak suadara lagi. Lega rasanya,” kata Salwa dan menambah, “Mak saya bercadang nak ajak abang Hilmi balik rumah saya malam ni, esok kan hari minggu, hari tu, mak saya ada telefon, dia rindu dengan Syuhadah ni hah, boleh ye mak,”

“Ishh, apa pulak tidak bolehnya, pergilah kamu siap-siap, nanti Hilmi balik, lepas makan malam kamu baliklah,”.

Selepas Hilmi selesai soalt maghrib malam itu, Salwa mengajak Hilmi balik ke rumah maknya. Sedih hatinya bila Hilmi enggan, dia izinkan Salwa balik, dia akan menghantar Salwa dan Syuhadah, tetapi dia tidak mahu bermalam di sana, alasan, dia perlu siapkan kerja. Luluh hati Salwa.

“Kalau macam tu, tak payahlah bang, lain kali sajalah,” kata Salwa.

“Eh, kenapa, awak baliklah, saya izinkan,” Hilmi terasa bersalah jugak.

“Buat apa saya balik sendiri, sedangkan saya sudah bersuami, tempat seroang isteri bukankah disisi seorang suami, takkan saya nak tinggalkan abang pulak,” Ujar Salwa perlahan.

Hilmi tersentak mendengar kata-kata Salwa, lembut hati perempuan ni, sama macam Nura, detik hatinya. Dia benar-benar rasa bersalah, tetapi ego mematikan segalanya.

“Terpulanglah kepada awak, jangan kata saya tak kasi,” Hilmi meneruskan kerja-kerjanya. Salwa mengambil kembali beg yang telah diisi dengan baju-baju dia dan Syuhadah, dan memasukkan kembali dalam almari.

Mak Zaharah sungguh terkejut dengan tindakan Hilmi, dia merasa Hilmi sudah melampau. Pagi itu selepas bersarapan, dia bertekad untuk meluahkan kepada Hilmi.

“Kenapa kau buat macam tu Hilmi, kenapa kau tak bawak isteri dan anak kau balik ke rumah mertua kau? Kau nak malukan mak? Apa orang kata nanti, aku mengawal anak menantu? Hilmi aku ada anak Hilmi, aku tahu bagaimana perasaan rindukan anak Hilmi, begitu jugak ibunya Salwa, kau juga ada mak Hilmi, kau tak pernah rindukan mak Hilmi? Begitulah halnya dengan Salwa, bawalah dia balik sehari pun jadilah, kesian dia, kesian maknya. Kau kena ingat dia jugak ada emak, bawalah dia balik, mak merayu pada kau, kalau kau tak kesiankan dia, kau kesiankan mak, mak tak mau orang kata mak dan anak bukan-bukan, kesiankan mak, bukan jauh rumah maknya itu, sejam saja perjalanannya, dan bukan orang lain maknya dengan kita,” mata Mak Zaharah mula bergenang.

Hilmi rasa bersalah, akhirnya atas permintaan emaknya, dia mengarahkan Salwa mengemas kain baju, dan mereka bertolak ke rumah mak Salwa. Gembira bukan kepalang kesemua ahli rumah Salwa menyambut kepulangan Salwa dan ‘cucu’ mereka Syuhadah, riuh rendah suara adik-adik Salwa berebutkan nak mendokong Syuhadah, maklumlah inilah ‘anak saudara’ pertama mereka.

“Dah boleh berjalan dah budak ni, makin comel mukanya, ikut muka arwahnya Nura,” kata mak mertua Hilmi. Serta merta air mukanya berubah, teringatkan Nura. Dia mintak izin ke bilik air, sekadar tidak mahu dilihat bersedih.

“Kak, bila lagi kami nak dapat anak saudara baru? Cepatlah kak, Adah ni dah boleh lari dah, nanti kalau ada adik bolehlah dia berkawan-kawan,” usik adik Salwa. Ditambah pula, oleh mak Salwa, “betul tu, betul, cepat-cepatlah Wa, nanti cepat aku dapat dua cucu,”

Salwa hanya tersenyum kelat, derita hatinya tuhan saja yang tahu, bagaimana hendak berzuriat mak, sedangkan saya ni masih lagi dara sunti mak, bentak hatinya. Hilmi juga mendengar, dia merasa bersalah teramat.

Dua hari dirumah Salwa dirasakan bagaikan dua tahun, lambat sungguh masa berlalu, Hilmi rimas dengan keadaan itu, dia terpaksa berpura-pura bermesra dan bersenda dengan Salwa demi menjaga nama baiknya, nama baik keluarganya, sedangkan hatinya tetap berduka. Segala kebahagiaannya hanya bersama Nura. Sebelum pulang sempat jugak mak mertuanya berpesan supaya, tegurlah Salwa kalau dia bersalah, marahkan dia kalau perlu. Namun Hilmi tersenyum dan menangguk, hati berdetik, apalah yang nak ditegur gadis sebaik Salwa, apalah yang hendak dimarahkan gadis semurni Salwa.

Di dalam kereta, Syuhadah sudah terlentuk di riba Salwa. Hilmi tekun memandu, masing-masing diam seribu bahasa, begitulah kehidupan sebenar mereka, bercakap sekiranya perlu. Salwa termenung mengingatkan alangkah bahagianya kalau Hilmi tidak berpura-pura seperti mana di rumah ibunya tadi, Hilmi melayan dia seperti tidak ada apa-apa berlaku. Hilmi pura teringatkan Nura, dia membayangkan alangkah bahagianya sekiranya wanita disebelahnya yang sedang meriba Syuhadah ialah Nura Ain.

“Abang, kenapa ni…..,” jerit Salwa tersentak kerana tiba-tiba kereta hilang kawalan.

“Tayar pancit ni, Salwa, buka pintu, terjun-terjun,” Keadaan cemas, tapi masih terkawal.

Hilmi sudah boleh pulang hari ini, lega rasa hati Salwa, kemalangan tempoh hari sungguh menakutkannya. Tiba-tiba kereta yang dipandu agak laju oleh Hilmi hilang kawalan kerana salah satu tayar pancit, segera dia memeluk Syuhadah dan melompat semasa Hilmi sedang cuba memperlahankan kelajuan kereta, mereka terselamat, dia hanya luka ringan, Hilmi pula luka-luka dimuka, luka-luka di badan. Itulah kebesaran Yang Maha Esa, kalau dilihatkan keadaan kereta teruk jugak, kerana terbabas ke belukar, tapi mujur mereka semua sempat terjun keluar. Namun luka-luka Hilmi memaksa dia tidak mampu menggenggam tangan dengan baik, mulut sakit, hendak bangun pun payah.

“Abang, doktor kata petang ni abang dah boleh keluar, nanti saya suruh ayah datang ambil, saya tak payah baliklah kalau macam tu, tunggu sampai ayah datang ambil yer,” kata Salwa

“Iyer, saya pun malas duduk lama-lama di sini, baguslah kalau dah boleh balik,” ujar Hilmi.

“Ada kurang sikit pagi ni?” Salwa bertanya.

“Bolehler, sikit, tapi jari-jari saya masih sakit lagi ni, terima kasih kerana sudi menjaga saya,” perlahan Hilmi bersuara.

“Ishh abang ni, kan Salwa ni isteri abang, itukan tanggung jawab saya, walaupun….,” terhenti katanya.

“Walaupun saya tak pernah layan awak seperti isteri saya, berilah saya masa Salwa, saya masih tertekan, saya masih mengenangkan arwah isteri saya, itu perasaan saya, saya tidak boleh menipu diri sendiri,” Hilmi berkata.

“Tak apalah bang, saya faham, Insya-Allah saya faham, saya kagum dengan kasih abang terhadap kak Nura, bertuah dia, rugi saya tidak pernah mengenalinya insan bertuah itu,” ada getaran nada suara Salwa.

“Tak, aku yang buta Salwa, dia malang punya suami seperti aku, tetapi aku yang cukup bertuah kerana punyai suri seperti itu, lupakanlah,” kata Hilmi.

Salwa rasa sejak mereka bernikah, inilah kali pertama mereka berbicara begitu, Salwa gembira Hilmi ada sedikit perubahan.

Sudah tiga minggu Hilmi tidak berkerja, cuti sakitnya pada awalnya diberi dua minggu, kemudian ditambah lagi 3 hari, selebihnya dia mengambil cuti tahunan. Sengaja dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya. Hatinya semakin merindui Nura, andai Nura ada, pastilah dia menjadi insan paling bertuah kerana Nura pastinya sentiasa disisi. Tetapi apa kurangnya Salwa, dia jugak setia, istemewa, tabah dan selembut Nura. Hilmi rasa bersalah pada Salwa, tapi egonya masih utuh, hatinya pada Nura, sebab itulah sehingga kini hampir 7 bulan, Salwa masih seorang dara. Dia tahu berdosa, tapi dia tidak berdaya, dia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan batin yang wajib itu.

“Ya, Allah berikanlah aku kekuatan menempuh ujianMu Ya, Allah,” doa Hilmi dalam hati.

“Assalamualaikum…,” sapa Salwa

“Waalaikumsalam, kenapa ni, cemas saja,”

“Ayah telefon mak jatuh semalam, kaki terseliuh, hari ni dia demam panas, abang izinkan tak kalau Salwa balik ke rumah sehari dua, kesian ayah dan adik-adik, tiada siapa uruskan makan minum mereka, tapi kalau abang tak izinkan tak apa Salwa faham,” Salwa meminta izin.

“Nura nak balik dengan apa?,” tanya Hilmi

“Mungkin Nura naik teksi, ataupun Salwa suruh ayah datang jemput, boleh Salwa bawa Syuhadah sekali?” Salwa bertanya.

“Terpulanglah, tapi kalau perlu nanti saya pinjam kereta kawan hantar awak,”

“Tak apa bang, mungkin ayah datang ambil kot, biar Salwa pergi telefon ayah dulu,” ujar Salwa.

No comments: