Tuesday, August 26, 2003


RUKUN UKHUWWAH


Imam Hassan Al-Banna berkata :


Aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah :
"Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah."
'Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga.
Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan
yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih
sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (mengutamakan orang lain dari diri
sendiri). Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud : "Dan sesiapa yang
dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung."


Saudara Islam yang sebenar, memandang saudaranya adalah lebih utama dari
dirinya sendiri, kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya ia tidak akan bersama dengan
orang lain. Manakala, jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama orang lain.
Sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang terpisah jauh. Seorang mu'min dengan
saudara mu'min yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala lagi maksudnya : "Orang mu'min itu (lelaki dan perempuan)
sebahagiannya menolong sebahagian yang lain."


Beginilah yang sepatutnya.


Sumber : Risalah Ta'alim, DBP (2001)

No comments: