Saturday, October 31, 2009


Pagi yang membosankan sebab tak cukup tidur.



Malam tadi aku tidur lambat. Sebenarnya tak boleh nak lelapkan mata. Aku baca buku Ilmu Pendidikan (exam hari selasa depan) untuk isi masa tapi tak masuk banyak sangat dalam ingatan jangka panjang aku nih.... Read about teaching model. Dulu masa blaja kat UKM tak la se'details' yang aku kena blaja kat KPLI nih... fuh dasat. Setakat yang sempat di'cover' model ekpositori - Ausubel (resepsi bermakna ntah hape2 ntah wakakaka...). Bunyi cam gempak aje padahal model ni just talking about pembelajaran bermakna dicapai apabila pengajar memberi sahaja maklumat tersebut kepada pelajar dan pelajar memahami seterusnya disimpan. Ausubel nih seteru Bandura (inkuiri penemuan) di mana pelajar kena dapatkan sendiri maklumat dan seterusnya simpan. Pada aku la.... Takde Bandura maka tiadalah Ausubel. Mereka berdua nih pelengkap. Mesti yang bukan field education pening baca entry ni kan... apa2 pun, bahasa mudahnya:

-- Ausubel : cikgu berceramah je kat depan, budak dengar tak yah nak cari2 maklumat dan simpan je dalam ingatan.
-- Bandura: buat eksperimen, dapat maklumat baru simpan...





Saja je nak share kat sini supaya ingat apa yang dibaca. Ada 2 lagi model yang aku dah baca tapi cukup la 1 perkongsian sebab nanti tak paham, readers tak nak singgah lagi... huhu
Setelah sekian lama. Akhirnya dapat juga aku masuk ke blog nih. Masalah dengan gmail aku...
Anyway... seolah-olah masuk ke rumah usang. Banyak nak dikemas dan membuang sawang-sawang hehe.... tapi baik aje aku update latest info aku... yang dah lama biarkanlah berlalu... nak dikongsi dah basi....

Sekarang aku tengah sibuk prepare untuk exam... exam2 jugak tapi sempat lagi online facebook, tagged, email.... blogger.... dah tua2 nih masih lagi belajar.... life long learning la katakan huhu... bagus jugak... bolehlah aku sentiasa mengasah otak dengan benda2 baru... selang2... kejap keje... boring... sambung blaja... boring... keje balik... la nih dapat peluang blaja lagi... pasni mesti aku nak sambung lagi... impian aku nak dapatkan phd... hingga ke akhirnya sebab aku jeles tgk member2 aku yang bakal menjadi ahli falsafah ni... (kak iza.... rose.... ctk.... )--> fak pend UKM, along (eng ukm)... Nida (upm), kak gee. (uni10).. hadus... jeles...

Bila banyak membaca nih... penin gak kpala.... sampai bila baca soklan contoh.... jadi tak terjawab/ kaku/ blur.... kes gabra la nih... semakin merbahaya la sindrom nih... jgn sampai terbawa2 ke dewan exam nanti sudah... DOAKAN la ek...

till now... daaa