Wednesday, September 13, 2006

Setelah 2 hari aku disibukkan dengan assigment dan keje2 penyelidikan IRPA, arini aku nak tenangkan pikiran skit. Aku dijemput ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2006 dan Anugerah Zamalah 2006 yang dianjurkan oleh PPS. Walaupun kepala tengah serabut dengan tugasan yang tak pernah nak abis... sekurang2nya kepala otak ni release skit dengan majlis nih... Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana Allah izinkan aku untuk buat yang terbaik dan cemerlang sepanjang 2 semester master yang telah aku lalui. skrang nih tengah pulun untuk 3rd semester.

Sekarang aku tengah diuji dengan assignment yang sangat banyak dan payah... (read: haaaaaaaaaaaarrrd).... ditambah plak dengan kerenah boss2 aku... banyak boss aku... orang lain sorang je boss... aku sampai 4 boss yang sumenyer ingat aku nih robot agaknya. sakit hati pun ade. tak boleh pikir ke yang aku nih RA untuk projek IRPA diorang bukan RA untuk sume projek yang diorang dapat... stakat sampai arini... macam2 benda dilambakkan kat aku... cari tu... cari ni... padahal benda2 tuh sume takde kaitan dengan projek IRPA ni. bende2 simple nak search dalam net pun, aku jugak yang carik... kadang2 tepikir gak aku... selama diorang belajar sampai dapat PhD, naik jadi ketua jabatan ke hapa.... profesor ke... dekan ke... orang lain ke yang carik maklumat untuk diorang... bende simple pun nak suh aku gak yang carik...aku memang tgh baran dan hangin satu badan skrang... kalau ade kaitan dengan projek IRPA yang aku tengah handle nih, ok lagi sebab memang dah jadi keje aku...

aku memang tgh sedey (read: sangat sedih). air mata aku nih macam nak meleleh dah tapi aku tahan. nanti perasan plak orang ofis aku nih. skrang nih aku hanya boleh nangis lepas semayang ajer... aku takleh ngadu ngan sape... aku nangis ngan Allah jer...
ntahla... nak cakap banyak pun, aku nih sape... sendri2 la tenangkan jiwa... so aku nak sharela beberapa gambar yang aku ambil kat Puri Pujangga tadi... semoga Allah kurniakan aku ketabahan dan kejayaan yang berterusan... amin...

No comments: