Oh....puteri bunianku...(part 1)
Hasil karya: akuorgbiasa
Skreet!! Sebuah Mercedez Kompressor berhenti tepat di petak parking yang tersedia. Beg dan fail segera dicapai dan tergesa-gesa keluar. TIT! TIT! Bunyi menandakan pintu kereta mewah itu telah terkunci. Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Borhanuddin berjalan anggun. Sesekali berlari-lari anak menuju ke lif berhampiran.Alamak, mati aku! Dah lambat nih...
Hasil karya: akuorgbiasa
Skreet!! Sebuah Mercedez Kompressor berhenti tepat di petak parking yang tersedia. Beg dan fail segera dicapai dan tergesa-gesa keluar. TIT! TIT! Bunyi menandakan pintu kereta mewah itu telah terkunci. Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Borhanuddin berjalan anggun. Sesekali berlari-lari anak menuju ke lif berhampiran.Alamak, mati aku! Dah lambat nih...
Sampai di hadapan pintu ‘tutorial room’ itu, dia tarik nafas dalam.Ok..., relax! One two three...
KRUEK! Dia melangkah masuk.
“Morning sir!”,
“Morning! Najihah..., you’re late! Again!”, Pensyarah berbangsa india itu bersuara, sambil menguntum senyum. Najihah sengih. Perli la tuh....Selamba mengambil tempat di sisi sahabat baiknya, Shasha.
“Naper lambat?”, Setibanya di kerusi, Shasha terus menuju soalan. Dia sengih-sengih.
“Kereta I accident. Brother I bawak malam tadik!”,
“Really? So, how was it?”,
“Damn bad! Berapi betul I...”,
“Arr...Yes miss! Anything to share with us?”, Entah bila pulak, lecturer itu berada di sisi mereka. Khusyuk sangat gamaknya bercerita.
“Err...Nothing sir!”,“So, why are you guys talking! I told you many times, i hate to see people talking when i’m talking in front! Pay attention! Because, what i gonna talk today, is very important for your final exam...”,Najihah tarik nafas dalam. There you go.... Start dah...bla...bla...bla...
----------------------------------------***----------------
Suasana di sekitar cafe itu agak riuh. Biasalah, peak hours. Semua student pun tengah macam rimau lapar cari makanan.
“Kata kereta sampai dua tiga! Tapi datang lambat jugak! Dah tuh, tak reti-reti plak nak behave properly. Lambat buat la cara lambat! Borak plak lagi.. . Last-last terpaksa buat extra class nak abiskan sillibus. Kita pulak yang rugi!”,Di satu sudut, terdengar galak sekumpulan mencemuh.“
Jihah, you dengar tak bebudak tuh mengata you..”, Jihah berpaling memandang kepada kumpulan itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Jihah agak, mungkin mereka adalah dua pasangan kekasih. Dia menggeleng-geleng. Tak matured....!
“Biasalah wei, kata lagi anak Tan Sri. Raja lak tuh! Besarla lagak dia! Yang Mulia tuh....”,seorang lagi minah mengata. Jihah gigit bibir geram.
Eh, eh..minah-minah nih! Ini tak leh jadik nih...
“EHEM!!”,Meraka tampak tersentak. Memandang kepada gadis jelita yang sedang berdiri di sisi meja mereka.
“Hi guys! Hangat nampak? Ada seat untuk i join?”,Mereka berpandangan satu sama lain.
“La..pasal diam! Carry on! Kot-kot ada yang boleh I tambah?”, Masih sepi.Jihah cekak pinggang.
“Lain kali, kot iye nak mengata, pandang le kiri kanan! I datang lambat ker, I sembang ker, you all rugi ker?”, Dia tukar pos berdiri.
“Kalau ada apa-apa kerugian, list out la, kot-kot boleh buat claim! I bayar balik! Puas hati?”,Dia senyum dalam kali ini.
Walaupun manis, namun tajam, macam belati. Adui.., sakit sapa terkena!Dia pandang seorang jejaka yang paling hampir dengannya. Dia senyum. Geleng-geleng. Lantas tangan pantas mengusap perlahan tepi bibir lelaki itu.
“Comot la you nih makan. Ada nasi kat pipi. Girlfriend you tak perasan kot! Ye lah, sibuk mengata orang”,Dia gelak kecil kali ini. Senang hati melihat wajah terpana si lelaki, dan wajah menyinga si gadis. Lantas dia berpaling untuk berlalu kembali pada Shasha.
“Sha..., kita makan kat luar la! Rimas makan sini! Banyak lalat....”,Shasha senyum.
“Ok, princess...”,Lantas mereka ketawa kecil. Lantas dua gadis yang memang terkenal di kolej itu berlalu. Sempat dia berpaling semula kepada kumpulan itu.Sorry salah orang member! Ini Najihah la...! Najihah tak pernah kalah...
----------------------------------***---------------------------------
“Masa dah tamat. Semua calon dikehendaki meletakkan pen. Pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan anda sekarang...”,Dia membelek muka depan buku jawapannya itu. Memastikan nama dan nombor matrik telah dituliskan dengan betul. Puas hati dengan pengenalan diri yang ditulis, dia mengeluh perlahan. Bersandar ke kerusi empuk yang disusun khas untuk perperiksaan akhir semester Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Tidak lama, datang pengawas perperiksaan mengutip kertas jawapannya.Peghh....lega dah abis exam!!!! Ye!!! Merdeka!!!!Dia senyum sendiri.
Menoleh ke belakang pada rakan sekuliah, Mizi.
“Amacam?”,
“Kantoi siot! Adush...memang sah aku repeat paper nih...”,Azim sengih.
“Lepak arr! Tak der nya ko kena repeat tuh! Lepas lah..”, Mizi menepuk-nepuk dahi. Tampak kecewa benar dengan soalan kertas akhir mereka itu. Azim segera berpaling, lantaran melihatkan sahabatnya itu nampak kecewa benar.
“Zim!”,Tersentak mendengar suara gadis. Alahai...,minah nih rupanya..Dia sengih. Mengangguk sedikit. Eh.., rasa belum ada pengumuman suruh bangun...
“Mm..ok ke awak jawab tadi?”,“Erkk...ok..ok..kot! Dah boleh bangun ke nih?”,Dia memandang sekeliling. Syakira menoleh sekeliling. Alamak, lom boleh bangun ekk! Adushh.., malu aku! Nampak sangat aku ngejo budak nih. Bukannya apa, takut dia cabut cepat! Dia nih leh tahan pelesit. Kejap aje dah hilang...
“Tak pe.., nanti, saya jumpa awak balik!”,Tergesa-gesa si gadis balik ke tempat asal. Azim geleng-geleng perlahan. Ada sengih di bibirnya.“Wei Zim. Dasyat betul admirer ko nih. Lom sempat announcement dah kelam-kabut nak tanya ko..”,Azim gelak kecil. Geleng-geleng lagi. Wa no comment....
-------------------------------------***----------------------------------
“So, jadik ke plan tuh?”,Sambil mengoyak ayam di pinggan, Azim berbicara.
“Jadik la...,apalak tak jadik!”,Ben, rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi cepat menjawab.
“Aku dah tanya uncle aku dah! Yuran dia, 270 sorang. 5 hari 4 malam..”,
“270? Wei..bapak mahal! Tak boleh kurang ker?”,Sham, yang memang terkenal dengan lawak basinya pula bersuara.
“Hotak kau! Nak kurang pergi bundle arr! Harga fix la.. . Murah apa tuh... . Camping set provided! Kau datang tinggal bawak badan jer. Baju kalau rasa nak tukar..”,Azim gelak kecil. Menggeleng-geleng melihat dua sahabatnya itu.
“Faruq mana?”,Sejenak, dia sedar kekurangan ahli korum.
“Mamat tuh, jangan la tak tau pulak! Dating arr...”,Selamba Sham menjawab. Ben sengih. Faham benar dengan sikap seorang lagi sahabat yang memang tersangat sayang dengan awek nya itu. Sampai kadang-kadang, mereka sendiri rasa naik muak melihat gelagat Faruq yang dah macam lembu cucuk hidung, mengikut aje kehendak si Farah, budak tahun dua jurusan mass comm itu.
“Dia jadik ikut tak?”,“Ikut... . Dia kata ikut! Tak tau la kalau farah tak kasik plak..”,Mereka ketawa kali ini.
“Korang nih tak baik tau... . Patutnya kesetiaan dia tuh, korang contohi..”, Perbualan tentang kisah cinta Farah dan Faruq terus berlanjutan. Azim hanya mendengar, sesekali menyampuk.Sejenak, fikirannya melayang membayangkan keseronokan mendaki Gunung Tahan itu nanti. Ei..bestnya, nanti leh mandi air terjun! Kot-kot boleh jumpa puteri bunian cun-cun kat atas sana...boleh gak aku ngurat satu. Hah.., bawak jumpa mak! Tu lah, bising sangat, aku tak ada awek! Orang masih muda remaja lagi. Baru 21 tahun..., dah sibuk-sibuk suruh carik awek! Macam anak dara lak aku rasa. Memang kelakar mak aku nih! Sekali aku angkut puteri bunian sorang, baru mak tau...
“Zim!!”,“Oi..Puteri bunian!!”,Sejak bila dia melatah, dia tak tahu. Yang pasti, dia akan menjadi bahan tawa rakan-rakan selepas ini. Mak aih...apalak puteri bunian lak peginya..
“Alamak..,member kita berangan nak kawin puteri bunian siot!! Patutlah semangat sangat nak naik gunung!!”,Dua rakannya galak ketawa. Azim garu kepala yang tak gatal.Kuang..kuang..kuang... . Padan ngan muka aku! Puteri bunian konon..
------------------------------***--------------------------------
Topi Nike hitam yang disarung dibetul-betulkan. Dia memandang sekeliling. Ramai orang. Macam-macam jenis ada. Yang pasti, dia belum nampak yang boleh menjadi temannya sepanjang ekspidisi itu. Dia mengeluh perlahan. Nampaknya, terpaksalah berkepit dengan Eddy, sepupunya yang bertanggungjawab membawa dia ke sini.
“Jihah!”, Dia sedikit tersentak. memandang kepada Eddy sejenak, kemudian memaling semula.
“Why?”,Dia tarik nafas dalam. Kemudian mengeluh pula.
“Nothin’. I just have the feeling that I won’t like this, so-called journey..”,Selamba dia berbicara. Kalau bukan kerana papa dan mama memaksa, mati hidup balik, tak maunya aku naik gunung nih!
“Come on! Relax lah... . It will be fun! Trust me..”,Dia pandang Eddy sejenak, sebelum menoleh ke arah lain.“Yeah..yeah.., whatever...”,Dia peluk tubuh. Kembali memandang sekeliling. Sesekali, tangan halusnya menepuk lengan yang digigit nyamuk. Hish..., belum naik dah kena gigit nyamuk! Bencilah!!
“Leceh la lu brader! Lepak arr!”,Suara kuat itu menarik perhatiannya. Sekumpulan lelaki bergelak ketawa di hujung sana.
“Lupakan la jap awek kau tuh! Orang nak naik gunung nih! Sibuk lak ngan awek dia...”,Dari jauh, Jihah lihat jejaka-jejaka itu mengusik salah-seorang dari rakan mereka. Dia agak, mungkin lelaki yang sedang bermain-main dengan handset itu yang dimaksudkan. Tiga lagi terdiri daripada lelaki yang bersuara kuat itu. Chaos betul... . Seorang lagi sedang merokok. Ei.., I hate smoker. Dan seorang lagi, eh.., mamat nih pandang aku rupanya! Jihah segera berpaling.
Dia sengih. Terasa lawak melihat gelabahnya mamat tuh mengalih pandang tika pandangannya tiba kepada lelaki itu.Lorr..., lelaki pun malu jugak ekk! Main curik-curik pandang pulak dia! Mm.., nampaknya, tak lah boring sangat ekspidisi nih. Ada gak mamat cute yang boleh aku guna pakai....
“Jihah!”,Sekali lagi, dia tersentak. Eddy pandang pelik.
“Kenapa kau nih? Tersengih-sengih?”,Jihah gelak kecil.
“Tak ada apa... . Hah, sampai bila nak dok tercongok kat sini? Bila nak gerak nih? Penat la tunggu cam nih!”,Tak ada ribut taufan, tetiba anginnya kencang semacam.Eddy sengih. Cam boleh percaya je pompuan nih. Ntah nape la agaknya dia tersengih-sengih sorang-sorang...
“Aik..., tunggu pun penat. Camana nak jalan?”,
“Eh...shut up lah..!”,Lantas Jihah mengorak langkah meninggalkannya. Eddy gelak kecil. Hmm.., memang naya aku bawak tuan puteri sorang nih! Tu la, gatal lagi bukak mulut pasal ekspidisi nih depan Mak Lang ngan Pak Lang. Udahnya dipaksa tuan puteri raja ni ikut aku. Sapa yang susah..., aku jugak yang susah...! Sabar je la labu...
>>bersambung.....
No comments:
Post a Comment