Assalamualaikum,
ermmm... boring la. aku ni banyak keje tapi bosannyer aku ngadap keje tuh. teruk betui la. Ari ni rumah aku nak buat gotong royong. Al-maklumla dah lama tak kemas beramai-ramai. Criter dok rumah ramai2 ni pepaham je la keadaan rumah tu camne.... cam tongkang pecah.... kapal karam, sume ade..... jadinye petang ni petang untuk exercise kepala lutut dan segala sendi yang dah lama tak besenam. Maka akan keluar bekejaran jugalah sahabat serumah iaitu cik ti dan cik li.
Petang semalam dapat balas dendam, main tenis. Lama dah aku tinggalkan keje tuh since sekolah menengah. Lama sungguh tak membantai, bayangkanlah betapa nikmatnya aku dapat membantai dengan sepuas hati aku sehingga sebijik bola tenis pecah di tangan aku. watchaaaa.... best woooo..... jom la main tenis.
Kul 6 petang aku turun kat court tenis UKM ngan member serumah yang tak reti main tenis. Kira aku jadi couch la. penat diorang pungut bola...hi..hi... padan muka diorang. Camtu la aku dulu2.... cikgu sekolah aku latih aku main tenis macam belatih untuk wakil negara..... Mula2 main, kelam kelibut... bola tu terbang tah ke mana2... terlepas pagar sekolah, masuk kat kawasan rumah cikgu la... ape2 je la.... tapi best. Kenangan yang tak boleh aku lupakan. Seronok main tenis ni. Nak terror, skill kene sentiasa digilap. Dah 6 tahun tak main, ade la jugak sekali sekala terbabas.
Zul Azhar (member dalam chat room) ni member satu sekolah aku. Dia ni Head Boy sekolah. Kire glamer giler gak la. Pastu kami jugak satu team untuk Tennis Player Sekolah Menengah Seri Perpatih palong 4, gemas, N9. Sekolah kesayangan aku.
Tahap pencapaian paling membanggakan selama aku main tenis wakil sekolah ialah tempat ke4 beregu peringkat MSSNS (Majlis Sukan sekolah2 N9) mase umuq aku 15 tahun, mase ni tahun pertama aku betanding tau. Tahun2 seterusnya, tetap bertanding di peringkat N9 tapi tak membanggakan sangat.
Tu la nak criternyer pengalaman mase sekolah. banyak lagi. tak tercerita rasanyer.... skit2 wokeh....Till now..... Daa...
#BlUes ke AkU#
Your AdSense 2022 holiday checklist
2 years ago
No comments:
Post a Comment