Lelaki semakin kurang komited?
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa 034)
Begitulah firman Allah di dalam Surah an-Nisa’ menjelaskan kedudukan lelaki dan perempuan dari segi tanggungjawab dalam kehidupan seharian yang sekaligus menjelaskan peranan dan komitmen yang harus ada. Mengapa?
الرجال perlu komited dalam memimpin
Dalam Undang-Undang #1 Pemikiran Sistemik ada menjelaskan kepentingan semantik. Apabila dikatakan seseorang itu عبد , maka secara tidak langsung ia membawa implikasi عبادة yang perlu dilaksanakan. Jika seseorang itu tidak melaksanakan ibadat, maka ia tidak digelar sebagai hamba dari segi semantik. Ini adalah hakikat dunia Islam yang tidak berasaskan kepada nilai kepura-puraan (munafik) . Orang yang munafik adalah orang yang pada luarnya Islam tetapi pada hakikatnya tidak menjalankan tugas sebagai seorang Islam.
Lantaran itu, apabila dijelaskan الرجال sebagai pemimpin kepada golongan wanita, ia tidak mungkin menjadi kenyataan kecuali apabila kaum Adam itu sendiri melaksanakan tugas tersebut dengan penuh komitmen. Sebagaimana seorang عبد perlu komited dalam melaksanakan عبادة, seorang lelaki itu perlu menjalankan tugas sebagai rijal yang memimpin dengan komited tanpa lengah dan sentiasa mencari peluang serta masa untuk memantapkan tugas tersebut menuju Allah.
Kaum lelaki kini kurang komited?
Namun apa yang berlaku kini semacam tidak mengiakan ciri kaum lelaki dalam memimpin. Memang ramai lelaki yang menjadi pemimpin di peringkat negara dan kumpulan, namun kekadang ia hanya berlaku untuk memenuhi ‘status quo’ lelaki yang selama ini memimpin walaupun ciri kepemimpinan itu tidak dipenuhi sepenuhnya. Malah ramai pemimpin yang ada di dunia ini terlibat dengan seribu satu masalah korupsi dan pecah amanah. Pemimpin lelaki yang ada ini tidak menganggap kepemimpinan yang mereka pegang itu sebagai satu amanah. Mengapa hal ini berlaku?
Lebih membejatkan lagi, dalam persatuan atau kumpulan yang membawa mesej Islam, hal ini juga tidak kurang bezanya. Jikapun kadar korupsi kewangan itu amat minima, namun korupsi dari segi amanah tugas kepemimpinan seharian itu tetap berlaku secara berleluasa. Ada pemimpin dalam persatuan yang sekadar duduk goyang kaki. Ada pemimpin pertubuhan yang menanti surat untuk ditandatangani ataupun menghadiri majlis di mana si pemimpin itu perlu merasmikan atau memberi ucapan. Dan ramai pula yang semacam menjalankan tugas, padahal tugas tersebut dijalankan oleh orang bawahan – terutama golongan wanita! Dalam banyak kes, ahli jawatankuasa bawahan wanita lebih banyak ‘push’ dan ‘concern’ untuk menyiapkan tugas berbanding si lelaki yang menjadi induk atas dalam sesuatu projek atau program.
Realiti program agama yang berlaku di US juga menjelaskan realiti komitmen kaum Adam dan Hawa. Dalam program konvensyen anjuran ISNA, sememangnya ramai golongan Muslimah yang hadir berbanding golongan Muslim. Jumlah yang ramai ini tidaklah mampu untuk menjelaskan hakikat segalanya kerana ada kemungkinan jumlah lelaki yang ada tidak ramai di US. Atau mungkin sahaja mereka menghadiri program lain. Namun yang pasti, jumlah yang ramai di bandar-bandar, ketika di pejabat, ketika menjalankan urusniaga dan pelbagai urusan selain urusan mendalami dan menyebarkan ilmu Islam amat jelas di US di kalangan golongan Adam yang beragama Islam. Dalam satu-satu program berunsurkan Islam di US, jarang ada program yang ‘clash’. Hatta jika ‘clash’ sekalipun, ia tetap mencatatkan kehadiran golongan Hawa yang amat tinggi.
Perkara yang sama berlaku di Mesir dan Malaysia di kalangan orang Islam. Dalam satu-satu program yang dianjurkan, peserta wanita jauh lebih ramai dari peserta lelaki. Dalam menjalankan sesuatu tugas, komitmen amat tinggi ditunjukkan oleh golongan wanita di Malaysia walaupun tidak dinafikan wujud segelintir golongan Adam yang sanggup berperih di dalam melaksanakan tugas. Cuma jumlah itu terlampau sedikit berbanding kuantiti golongan Hawa yang terlibat dengan aktiviti sebegini. Benarkah golongan lelaki kini kurang komited? Benarkah golongan lelaki kini tidak endah dengan perubahan ke arah kebaikan? Jika ya, mengapa? Jika tidak, keadaan bejat dan rencam di dunia ini sudah menunjukkan betapa komitmen kaum lelaki amat teruk dalam memimpin. Apakah sebab dan jawapan fenomena ini?
الرجال dan النساء itu ada beberapa ciri
Dalam صفوة التفاسر oleh As-Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni menjelaskan bahawa antara ciri rijal yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat di atas ialah dari segi akal dan infaq yang dikeluarkan oleh rijal tersebut. Berkata Ibn Mas’ud : “Dan kelebihan di kalangan rijaal itu ialah kesempurnaan akal dan bagusnya pentadbiran dan ketenangan pendapat dan ditambah dengan kekuatan (fizikal). Dengan sebab itu, diberikan mereka itu kenabian, imamah, pemimpin, syahid dan jihad dan lain-lain.”
Seterusnya, Allah menjelaskan ciri النساء dalam ayat di atas. Antara ciri-ciri tersebut yang perlu ada untuk melayakkan seorang Muslimah itu mendapat keredaan Allah ialah:
1) taat (pada Allah dan suaminya)
2) memelihara kehormatan
Inilah juga ciri yang dinyatakan dalam hadeeth Nabi yang menjelaskan bahawa syahid golongan wanita bukalah dituntut di medan perang, tetapi apabila mereka melaksanakan tugas ketaatan kepada suami mereka.
Setelah dijelaskan dengan ciri di atas, kita akan jelas bahawa untuk melayakkan seseorang itu bergelar rijaal, maka perlu ada ciri-ciri akal yang sempurna, pentadbiran yang bagus, menginfaqkan harta ke jalan Allah dan beberapa perkara lain sebagaimana yang ternyata di atas.
Psikologi الرجال dan النساء berbeza
Kejadian Adam dan Hawa berbeza dari segi sejarah. Ia menjelaskan serba sedikit ciri psikologi yang pastinya berbeza antara satu sama lain. Dalam kata-kata Ibn Mas’ud di atas, ia menjelaskan serba sedikit perbezaan tersebut dari segi kesempurnaan akal dan ciri lain. Perlu ditekankan, kaedah dalam Islam ialah bersifat umum atau menyeluruh. Namun pastinya ada individu istimewa yang akan bersifat berlainan sedikit dari ciri umum yang dinyatakan.
Sebagai contoh, jika dikatakan kesempurnaan akal, pasti kita tidak mampu membandingkan Saidatina Aisyah yang hebat meriwayatkan banyak hadith dengan seorang lelaki zaman sekarang yang mungkin tidak tahu apa itu hadith sendiri! Namun undang-undang umum perlu diletakkan dalam sesuatu sistem agar ia mampu difahami secara mudah oleh ramai orang. Walaupun dinyatakan bahawa الرجال dinyatakan dengan pelbagai kelebihan, ia tidaklah merendahkan golongan wanita. Itulah sebabnya dalam ayat di atas, Allah meletakkan بما فضل الله بعضهم على بعض – dengan kelebihan yang Allah berikan sebahagian ke atas sebahagian yang lain. Mengapa sebahagian? Kerana bukan semua yang lelaki itu boleh digelar الرجال !
Yang tidak komited itu bukan الرجال
Pastinya kita akan lebih jelas, bahawa bukanlah semua golongan lelaki itu boleh dipanggil الرجال walaupun jantinanya ialah lelaki. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, sesuatu nama panggilan itu tidak Allah nyatakan kecuali individu tersebut perlu memenuhi ciri atau kriteria yang dinyatakan. الرجال perlulah mampu untuk berdiri di atas رجل (kaki) sendiri untuk memimpin. Jika tidak, mana mungkin hal amanah yang besar ini boleh dipundakkan kepada individu yang lembap, tidak bersemangat, tidak tepat waktu ketika berjanji, tidak sanggup mengorbankan harta dan masa untuk menyampaikan mesej Allah serta memberi seribu satu alasan yang menyatakan dia sibuk dengan tugas tugas akademik atau karier yang diceburinya.
Ketenangan Pendapat Lelaki
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Mas’ud, kaum lelaki yang bergelar الرجال dalam ayat di atas dikaitkan dengan ketenangan ketika memberi pendapat. Ini sebenarnya menjelaskan lebih mendalam aspek penggunaan hemisfera otak di kalangan manusia. Ketenangan dalam memberi pendapat ini dikaitkan dengan penggunaan hemisfera kiri yang dominon bagi lelaki berbanding kaedah golongan wanita untuk menggunakan kedua-dua belah hemisfera untuk menaakul sesuatu perkara. Ini dinyatakan oleh Doreen Kimura dalam artikelnya:
“When set the same task, females may use both hemispheres, while male brain activity is restricted to one side. For example, if the task is to define words, men appear to use only their left hemisphere, while women use both.” (http://www.sfu.ca/~dkimura/articles/britan.htm)
Yang pasti, apabila seseorang menggunakan kedua-dua belah hemisfera otak, ia akan melibatkan perasaan dan abstrak yang pastinya akan menjejaskan pendapat secara objektif. Kajian ini menjelaskan fenomena perbezaan yang wujud di kalangan lelaki dan wanita yang Allah jadikan untuk kita saling kenal-mengenali dan melengkapkan antara satu sama lain.
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat 013)
Terlalu kelakian – Yahudi , Terlalu keperempuanan – Kristian
Jika kita berdialog dan berinteraksi dengan penganut Yahudi dan Kristian, kita akan merasakan perbezaan dalam cara mereka berinteraksi. Tidak hairanlah Allah menggunakan ‘architype’ Yahudi dan Kristian dalam banyak tempat dalam al-Qur’an, hatta pada surah pembukaan yang kita baca setiap hari. Allah berfirman:
Maksudnya: Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Fatiha 007)
Menurut tafseer yang disabdakan oleh Rasulullah, golongan yang dimurkai itu ialah golongan Yahudi dan golongan yang disesatkan itu ialah orang Kristian. Mengapa orang Yahudi dimarahi? Kerana mereka mengikut nafsu syahwat setelah jelas petunjuk atau hidayah pada mereka. Manakala orang Kristian adalah orang yang disesatkan kerana mereka terlampau ‘cinta’ pada Nabi Isa atau Jesus. Di dalam bahasa Arab, ضل (sesat) membawa maksud حب (cinta).
Atas dasar itu, jika seseorang ingin mengikut nafsu syahwat dan kekasaran yang melampau – ciri sosial yang dikaitkan dengan lelaki, maka itu adalah ciri Yahudi yang perlu diperhati secara saksama. Atau jika kita mahu berlemah lembut dan saling cinta-mencintai sahaja di antara satu sama lain, ia sebenarnya bercirikan orang-orang Kristian yang disesatkan oleh Allah. Ciri Mukmin perlulah menuju kepada wasatan – pertengahan. Kita tidak terlampau kasar dan dalam masa yang sama tidak terlampau berlemah lembut. Inilah ciri Muslim samada lelaki atau perempuan yang perlu diusahakan.
Perempuan Penyayang dan Sensitif serta Mudah Ke Arah Perubahan
Ciri penyayang dalam nama ar-Raheem menjelaskan betapa wujudnya rahim secara fizikal (womb) dan emosi (sayang) dalam diri wanita adalah manifestasi kasih sayang yang tinggi di peringkat manusia. Lantaran itulah, perumpamaan yang diberikan oleh Rasul sering bersangkut dengan kasih sayang ibu dalam menjelaskan kasih sayang Allah yang jauh lebih luas.
Ciri penyayang inilah yang amat perlu dalam melengkapkan golongan Adam dalam kehidupan seharian. Realiti sensitif dalam diri wanita dapat dikaitkan dengan neurosains disebabkan penggunaan otak kanan yang bernilai emosi, abstrak dan subjektif. Lebih dari itu, ciri ini telah dilengkapkan oleh Allah untuk golongan Adam mendapat mawaddah atau kasih sayang apabila bersama.
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 021)
Disebabkan golongan wanita sensitif, mereka akan mudah berubah terhadap sesuatu yang datang dari luar samada pada hal negatif atau positif. Jika tarbiah atau pendidikan yang diberikan adalah positif, ia akan mudah berubah ke arah positif tetapi jika aspek pendidikan adalah negatif, ia akan menuju kepada hal yang tidak menyenangkan.
Jika merujuk kepada Molecules of Emotion oleh Candace B Pert, aspek kasih sayang atau sensitif ini akan melibatkan keterlibatan pergerakan jantung yang lebih terkawal bagi memastikan kasih sayang itu mampu dimanifestasikan. Jika jantung tidak terkawal, kasih sayang tidak mampu dinyatakan dengan baik. Atas dasar itulah, untuk kita menunjukkan kasih sayang pada seseorang, kita akan ‘mengawal’ diri daripada berbuat sesuatu yang akan menyakitkan hati individu lain. Malah, apabila kita mahu menyatakan kata ‘Saya sayang kamu’ atau ‘Saya cinta kamu’, ia memerlukan satu komitmen yang tinggi di peringkat emosi. Jantung pada waktu itu akan bergerak lebih kencang.
Bila hal ini berlaku, inilah asas kepada perubahan. Individu yang sedia berubah adalah individu yang mempunyai hati (jantung secara fizikal) yang sanggup berubah dan sensitif pada seruan yang datang. Lantaran golongan lelaki kurang memanifestasikan kasih sayang (walaupun mereka mempunyai nilai ini juga), ia menyebabkan perubahan mereka ‘agak lambat’ atau ‘tidak jelas’. Tetapi Undang-undang #9 menyatakan bahawa walaupun sesuatu itu tidak nampak berubah secara fizikal, ia sebenarnya sedang berubah di peringkat dimensi lain. Mungkin idea baru yang hebat kita bawakan tidak ‘merangsang’ mereka untuk berbuat sesuatu, tetapi mereka sebenarnya sedang berubah pada peringkat minda atau dimensi lain. Jika benar-benar mereka membetulkan niat dalam kehidupan serta mendalami sesuatu perkara tersebut, pastinya ‘perubahan dalam minda’ itu akan termanifestasi dalam bentuk fizikal yang mampu diperhatikan oleh orang ramai.
Niat mesti benar
Manifestasi pelaksanaan itu kita nyatakan perlu disekalikan dengan niat yang betul dan benar. Jika tidak, perubahan itu akan mati dalam diri sendiri sahaja. Mengapa ini penting?
"Daripada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya segala amalan-amalan itu adalah bermula daripada niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
Asbab-ul-wurud atau sebab periwayatan hadeeth tersebut adalah kerana ada di kalangan sahabat yang berhijrah kerana ingin mengahwini perempuan yang bernama Ummu Qais. Lebih dari itu, apabila nilai fizikal seperti harta atau pangkat atau kenderaan atau anak-pinak tidak menjadi tujuan dalam melaksanakan sesuatu, pastinya kecintaan pada wanita akan menjadi cabaran kepada setiap manusia. Allah berfirman berhubung nilai kecintaan ini:
Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-i-'Imran 014)
Cabaran yang dinyatakan di ataslah yang akan sentiasa menguji setiap manusia dalam melaksanakan amal. Cabaran kepada ramai manusia untuk melaksanakan sesuatu perkara amal adalah kerana perkara di atas. Ramai lelaki Muslim tidak bersedia berkorban kerana mereka tidak mendapat harta atau pangkat dan sebagainya. Jika pun mereka sanggup berkorban, mereka masih ada cabaran: samada golongan-golongan wanita akan memberi perhatian kepada mereka atau tidak. Jika mereka sudah mendapat perhatian dari seorang wanita sahajapun (konsep girlfriend), mereka sudah memadai lantas tidak mahu meneruskan kerja. Begitu juga kepada wanita Muslim. Jika mereka sudah mendapat perhatian dari seseorang lelaki (konsep boyfriend) atau nasihat itu datang dari orang yang dianggap ‘rapat’ dan ‘boyfriendish’, barulah mereka akan menerima dengan senang untuk melaksanakan kerja. Tetapi jika tidak, jangan diharap perubahan yang akan dibuat. Inilah penyakit yang membarah dari dahulu sehingga sekarang bagi menjelaskan fenomena lelaki atau perempuan yang tidak komited pada aktiviti Islam. Hanya mereka yang menjaga niat kerana Allah akan mampu untuk meneruskan cabaran. Dan ia amat payah dalam zaman keterasingan ini.
Di sini kita jelas ...
Lantaran cabaran kepada lelaki lebih kepada hal fizikal (sila kaji cabaran pada orang Yahudi) dan cabaran kepada wanita adalah berbentuk emosi (sila kaji cabaran pada orang Kristian), kita akan jelas betapa kaum lelaki akan tersepit dengan dunia material atau fizikal yang ada kini untuk menghalang mereka dari terus mara dengan amal. Kaum wanita amat aktif di kala ini untuk aktif tetapi cabaran mereka adalah dalam bentuk emosi apabila kerja Islam akan menekan mereka sehingga mereka merasakan putus asa disebabkan kepayahan yang ada. Atas dasar itu, si lelaki perlu bersedia menghadapi cabaran nilai fizikal dengan menjaga hati. Dan wanita perlu bersedia menghadapi cabaran emosi dalam bergerak dengan sentiasa membetulkan hati semata-mata kerana Allah. Elakkan dari dosa mengumpat dan mengata, kerana hal ini banyak memenjara da’i untuk mampu meneruskan usaha di atas jalan dakwah. Buatlah yang terbaik sebagaimana diminta oleh Allah. Jangan kita benci sesuatu padahal di situ ada kebaikan yang Allah sembunyikan. Jangan kita sukakan sesuatu, padahal ada kebencian yang Allah sembunyikan di situ. Suka atau benci itu hanya dibenarkan apabila ia benar-benar termaktub dalam al-Qur’an dan Sunnah.

No comments:
Post a Comment