My cOOl Wife (4) |
Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang ni.
"Along baca doa makan" Sarah sudahpun menadah tangan. "Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje" Adam mengada-ngada tak mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah. "Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu tanak baca doa makan" Siti menyampuk. "Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca." Adam menahan ketawa. "Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia..." Sarah mengadu pada Siti yg sedang tergelak. "Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene denda basuh pinggan karang. hehe" Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu. "Jangan main-main masa makan" Zai bersuara. Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan ketawa. "Jangan takut Sarah, kita ada Along" Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah? Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka pulang ke kampung. "Siti, nape ngan along-along kita tu?" Sarah bertanya semasa melipat baju. "tah, diorang tu perlukan masa kot" Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu. Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik. "Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu" Siti menepuk-nepuk bantal. "Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni" Sarah termenung. "Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat kita bukan kat sini" Siti memujuk. "Ha, tu la...tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?" mata Sarah bulat. "ha'aa kan?" Siti bergegas mengambil wuduk. [2 bulan kemudian] "Assalamualaikum...assalamualaikum" terdengar suara perempuan sedang memberi salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela. "Wa'alaikumsalam. Cik cari siapa?" Zai mendekati pagar yg tertutup. "Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam" perempuan itu senyum. Manis wajahnya. "Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi" Zai merenung perempuan itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya. "Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu" perempuan itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Lela!" Shima separuh menjerit dari pintu rumah. "Ema?" perempuan itu tersenyum lebar. Zai terkejut mendengar nama 'Lela' disebut. Tersentap hatinya. "Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu" Shima memperkenalkan. "Bila sampai?" Shima pula bersalaman. "Dah sebulan la" Zalela tersenyum. "Jemput masuk..." Zai membuka pagar. "Ini Zulaikha" Shima sudah mula serba salah. "hai..." Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria. "Isteri Adam" sambung Shima. Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan tangannya. Zalela merenung Zai dalam- dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah! "Lawa orangnya.." sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela. "Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama" Zai cuba untuk bertenang. Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai, secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur. Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam, korbankan kursus mengajarnya. "Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la" Adam selimutkan badan Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun. "Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak" Adam sudahpun menghilang. "Semoga awak berbahagia nanti" Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir, tetapi tiada esakan. "Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita.." Adam terhenti ketika melihat Zai tunduk tidak bergerak. "Awak?" Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka tangan yg menekup muka isterinya itu. "nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek" lembut tutur Adam. "Tadi..." Zai membuka mata. "Ya?" Adam menumpukan perhatiannya. "Zalela dah balik" Zai merenung anak mata Adam. "Biar la dia balik" Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai. Zai menggeleng. "Saya nak balik esok" Zai bangun meninggalkan Adam yg masih melutut disitu. Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi persekitarannya."Kenapa?" satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini? esoknya.. "Saya tak mahu paksa awak. Saya serahkan 100% keputusan pada awak. tapi awak fikir la elok-elok. Nanti saya sunyi tinggal sorang-sorang" Adam mencuri pandang pada Zai yg duduk disebelahnya. Kereta meluncur laju menuju ke Kuala Kangsar malam itu. Setelah Zai berkemas dan meminta Adam menghantarnya balik malam itu, Adam akur. Adam tidak mahu bergaduh. Zai diam tak berkata apa. "Awak, tolong cakap sesuatu. Saya tak tahu apa yg awak fikirkan ni" Adam masih cuba memujuk Zai. "Saya akan ceritakan semuanya pada Lela esok" Zai tunduk. "ha?" Adam terkejut. "Saya masih tak percaya yg awak buat semua ni kerana Lela, ye" Adam sudah tidak dapat berkata apa. Terserahlah.. "Saya tolong angkat kan beg" Adam membuka bonet kereta dan mencapai ber Zai. Cepat-cepat Zai menahan begnya. "Saya angkat sendiri" Zai berlalu meninggalkan Adam di hadapan rumahnya itu. Lama Adam memerhatikan Zai, sehinggalah Zai menutup rapat pintu rumahnya. "Eh,mana Adam?" Halimah terkejut dengan kepulangan Zai. "Ada kat rumah mak agaknya" Zai mengeluarkan kain bajunya. "Kenapa tak ikut sekali?" Halimah mengambil tempat disisi anaknya. "Sebelum apa-apa mak anggap, biar la saya ceritakan semuanya" Zai memandang Halimah dengan penuh harapan agar memahaminya. Sementara itu di rumah Adam.. "Sabar la Adam. Zai tengah keliru tu" tenang saja air muka Salwa. "Entah la, mak. Mak rasa la kan, apa yg jadi kat saya lepas ni? Saya betul-betul sunyi tanpa Zai" Adam baring disisi Salwa yg duduk bersimpuh. "Cakap la elok-elok dengan dia. Ha, tu la kamu. Mak selalu pesan, bercakap tu penting. Kamu dengan Zai tu bukannya banyak bercakap pun. Mengusiknya ada la.." Salwa memandang Adam yg terbaring kaku itu. "Kenapa kebanyakan perempuan tak faham ketulusan hati lelaki. Diorang anggap benda ni main-main ke mak?" suara Adam mendatar menahan sebak. "Tak lah. Kebanyakannya tersalah tafsir yg zahir. Tersalah anggap yg batin" Salwa senyum. "Zai tau tak yg saya tak pernah buat main dengan kasih sayang?" Adam membelek cincin perkahwinannya. "Kenapa cakap macam tu?" Salwa membelai lembut rambut Adam. "Entah la mak. Mungkin dia anggap saya ni meletakkan cinta pada orang. Jika hilang orang tu, hilanglah cinta saya. Dan sampai mati pun saya akan tetap cintakan orang tu" Adam mengiring memandang ibunya meminta dibelai. Sudah cukup hatinya kehilangan kasih, tak tahu mana lagi tempatnya melainkan emaknya. Kerana Adam tahu, emaknyalah antara perempuan yg betul-betul menyintainya dalam dunia ini. "Entah la Adam. Kadang kala perempuan akan bertindak dengan perasaannya ketika itu" Salwa tak terjawab persoalan yg ditimbulkan. Ketika ini Salwa seakan-akan dapat merasakan pilunya hati Adam. "Saya berserah pada Allah saja, mak.." Adam menitiskan air mata, lalu diseka oleh Salwa. "Sabarlah, sayang" Salwa menghela nafas pendek. Di dalam jiwaku disirami salju kasihmu kususuri jalanmu walau ranjau berliku cintamu abadi untukku Tengah saat merindu tafakurku dihadapanMu deraian air mata gugur dalam sujudku betapa agungnya cintamu Gelora, silap tak bisa terpadam namun harapan menggunung di hati gelora, kasih tak mungkin terluput kerana hatiku merantau jauh ingin bertemu denganmu oh kasih Rindu mencengkam jiwa sebak dada tiada tertahan hanya padaMu tuhan ku serah diri ini pohon cintaMu yg suci hakiki (Salju Kasihmu - Siti Nurhaliza) Halimah diam tidak beerkata apa. Itu keputusan anaknya. Moga-moga Zai diberi hidayah dari Allah. [subuh] "Assalamualaikum.." Adam sudahpun terpacak di hadapan rumah Zai. "Wa'alaikumsalam" Siti membuka pintu. matanya lebam, air mata masih lagi bergenang. "Siti, nape ni. Along datang ni, kan?" Adam memegang erat bahu Siti. "Kaklong ada kat dalam bilik" Siti duduk di birai tingkap. "He'ee, comelnya adik along ni menangis.." sempat lagi Adam menyakat Siti. "Tak mau la kacau orang. Gi jumpa Kaklong, lah" Siti mengorak sedikit senyuman. "Jumpe lagi, ek. Bye.." Adam melambai Siti. "Awak, boleh saya masuk?" Adam mengetuk pintu bilik Zai. Lalu menolaknya perlahan. "Hei, assalamualaikum.." suara Zai agak keras. Sedikit marah kerana Adam tak reti nak bagi salam sebelum masuk bilik orang. "eh, tadi saya dah bagi salam,la." Adam tunduk. Teringat tujuannya kesini. Bukannya nak menyakat, tapi nak berbincang. "Saya nak tanya awak. Awak dah buat keputusan?" Adam menghampiri Zai yg masih bertelekung. "Saya tetap dengan keputusan saya" Zai cuba untuk bertegas. "Baiklah. saya hormati keputusan awak. tapi sebelum tu saya nak beritahu awak banyak benda. Sebab kita tak banyak bercakap, tu yg saya pendamkan. Sekarang saya nak beritahu jugak, walaupun awak tak mahu mendengarnya." Adam menghampiri Zai. "Awak tahu tak apa yg saya suka tengok awak menjeling kat saya? Saya dapat rasakan ada mata yg akan memerhati pergerakan saya. Saya rasa selamat disisi awak. Awak berdikari, dan boleh hidup tanpa saya. Saya rasa selamat tinggalkan awak sekejap kat rumah, masa saya pergi kerja. hehe..Tapi saya selalu rindukan awak. Saya suka kena cubit bila awak geram. Masa kena cubit tu saya rasa macam saya tidak keseorangan, ada peneman disisi yg akan membetulkan langkah saya yg copek ni...Tapi awak tau tak apa yg saya tak suka tentang awak?" Zai tersentak. "Saya tak suka bila mengenangkan awak akan biarkan saya sorang-sorang kat rumah tu. Nanti saya sunyi, tau?" Adam terdiam. "Kalau awak tetap dengan pendirian awak, saya terima. Kalau boleh saya takmau lafazkan perkataan keramat ni. Tapi jika itu kehendak awak, saya turutkan. Macam mana nak sebut ni ha? Saya tak reti la..." Adam menggaru kepalanya. Bingung! Zai menoleh dan melihat Adam terketar-ketar untuk melafazkan sesuatu. "Ah, saya tak boleh cakap. macam ni la. Bila cincin kahwin saya ni keluar dari Kampung Manong ni, jatuh talak satu untuk awak. Tapi..." Adam diam seketika untuk menelan air liur yg terasa pahit setelah melafazkan kata keramat yg bisa menggoncangkan tiang luh mahfuz itu. "Nampaknya saya terpaksa mengaku pada satu perkara. Saya rasa...saya.." Adam menutup matanya supaya air mata tidak mengalir keluar. "Saya cintakan awak..." Adam tersenyum ketika pejam. Zai terkedu. Sebak melihat Adam terpaksa melalui detik-detik yg pahit itu seorang diri sedangkan dirinya diam mambatu sejak tadi. "Saya minta diri dulu, maafkan segala kekasaran abang" Adam berlalu setelah tidak mampu menahan air matanya. Zai tidak berganjak dari tempatnya sejak tadi. Tiba-tiba zai merasakan kehilangan. Bergemersik telinga Zai mendengar Adam melafazkan perkataan 'abang' padanya tadi. Baru Zai sedar yg dirinya telah mengabaikan seorang lelaki yg begitu agung untuk dijadikan seorang pencinta. Tiba-tiba tangannya menggeletar. Sunyi merewang di udara. Siti menguak pinti bilik sambil menangis. "Siti, ape kaklong patut buat?" Zai mendapatkan Siti. "Siti, jawab la.." Zai merayu. "Dah lega dendam akak terhadap Budin tu? Akak ingat mak kawinkan akak dengan Along ikut suka-suka? Mak fikirkan kebahagiaan kaklong tau tak? Kenapa akak ni terlalu ikutkan perasaan? Degil !" Siti melepaskan genggaman Zai. Kecewa dengan sikap kakaknya itu. "Siti..." Zai menangis teresak-esak. "Akak ingat senang ke nak dapatkan cinta yg ikhlas? Cinta yg kaklong abaikan ini hanya datang sekali saja dalam hidup. Sekali dia hilang, tak perlu la kaklong carik lagi" Siti memapah Zai yg terjelepok di lantai ke katil. "Jangan la seksa kaklong lagi, Siti..." Zai merintih. "Siapa dera siapa?!" Siti menggenggam erat bahu Zai. "Maafkan kaklong, Siti.." Zai memeluk erat Siti. "Maafkanlah diri kaklong tu sendiri. Tolong la buat sesuatu sebelum terlambat, kaklong" Siti merayu. Air mata sudahpun membasahi telekung Zai. "Nak buat apa ni, Siti!!" Zai seakan hilang arah nya. "Kaklong dah dapat rasakan sunyi tu, kan? ha? Lebih pedih dari dendam kaklong, kan? Cepat la pergi la kejar Along!!" Siti menggoncang bahu Zai. Moga-moga kakaknya itu kan tersedar. Zai mengangguk. Disekanya air mata lalu berlari sekuat hatinya. Bagai dirasuk, Zai berlari meredah kabus pagi yg masih menebal. Dalam hatinya hanya memanggil satu nama. Adam...Adam... |
No comments:
Post a Comment