My cOOl Wife (1) |
Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, ke macho an lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?
_________________________________________________________ Zai merenung seorang lelaki di belakangnya yang sedang asyik membersihkan darah dari kesan luka di belakang badannya. Pedih, tetapi alis mukanya tidak menggambarkan yang dia sedang sakit mahupun takut. Sudah biasa dipukul, dihiris. Tetapi dia tidak biasa duduk kaku begini, sambil melihat seorang lelaki yang setia menunggunya hingga larut malam untuk merawatnya. "Awak tengok apa?" lelaki itu berbisik sambil tersenyum. Zai merenung lagi anak mata lelaki asing itu. 'Dia tak menyesal ke?' "Lepas abang balut bahu ni awak boleh tido, ye?" lelaki itu berlalu ke dapur. Zai dapat mengagak yang lelaki itu akan kembali bersama segelas horlick panas. Zai baring mengiring di katil dan memikirkan peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Semuanya disebabkan kerana penjual buah di tepi jalan itu. Kalau tidak kerana dia yang mengugut Adam untuk membeli buah rambai itu, semua ini pasti tidak berlaku. "Hei, tauke. Aku dah kata, kalau kau minta maaf sekarang kita boleh settle kat sini...!" Zai menuding jarinya pada seorang pemuda yang bergaya kerek. "Apa!! Peraturan kat sini, kalau tanya harga mesti BELI !! Kalau tak, nahas!!" lantas mencapai batang besi yang berdekatan dengannya. "Eh, awak...Kita beli aje la. Tak payah sampai gaduh macam ni" Adam memegang bahu Zai dari belakang untuk menenangkannya. "Tak mahu. Dia mesti minta maaf dulu" Zai merenung tajam sekumpulan lelaki bersenjata kayu dan batang besi menghampiri mereka. Pengunjung di kaki lima semakin menjauhi kawasan yang dijangka akan tercetus pergaduhan itu. Pelik, seorang perempuan yang tadinya manis dipandang mencabar sekumpulan samseng jalanan. "Hei bangsat! Kau memang carik pasal!" dengan pantas salah seorang lelaki berkayu menghayun kayunya ke arah muka Zai. "Awak..." Adam pantas menghayun kakinya tepat ke arah tangan lelaki tersebut, lalu kayunya tercampak. Zai tidak membuang masa lalu menghayun penumbuknya ke perut lelaki tersebut. Lalu menyiku bahu lelaki yang tertunduk menahan senak itu. "Iyahhh..." kedengaran jeritan geng samseng menyerbu ke arah Zai dan Adam. Zai menyusun langkahnya menahan serangan kumpulan samseng yang mula menggila. Keadaan semakin huru-hara apabila kemudahan disekeliling kawasan pasar tersebut menjadi mangsa kerakusan samseng jalanan itu. Satu demi satu samseng ditumbangkan oleh Adam. Sedang asyik Adam menumpukan perhatiannya pada samseng- samseng yang mengerumuninya itu, keliahatan samar-samar Zai terlantar di atas jalan. "Awak..!!" Adam menjerit memanggil Zai. DEBUK !! satu penumbuk hinggap di muka Adam, tetapi kesakitan itu tidak dirasa sedikit pun, yang bermain difikirannya, keadaan isterinya! "Cukup, kita settle baik-baik la..." Adam menjerit memberitahu hasratnya. Harapannya agar pergaduhan ini akan cepat selesai dan dia mahu melihat keadaan isterinya. "Cukupppp...." Adam sudah mula kehilangan sabarnya. Tiba-tiba kedengaran siren polis. "Awak..." Adam menjerit lagi. Orang awam disekeliling tidak kelihatan. Kepada siapakah Adam harus meminta pertolongan? Isterinya terlantar di tepi jalan! "Polis!" samseng-samseng jalanan tersebut mula bertempiaran melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Adam terus berlari mendapatkan Zai apabila samseng-samseng itu mula beransur. "Awak?" Zai sudahpun berada di dalam dakapan Adam. "Awak, jangan bagi saya risau la" Zai membuka mata dan keliahatan Adam sedang memangkunya sambil tersenyum. "Saye OK la" Zai mendiamkan dirinya dalam pelukan Adam, sambil merenung wajah sejuk itu. "Alhamdulillah" Adam tersenyum lega. "Encik, boleh tak pergi ke balai membuat laporan?" suara dan kehadiran polis berpangkat sarjan itu seolah-olah tidak wujud disekitar kawasan itu. Adam asyik merenung isterinya yang layu dipukul tanpa belas kasihan itu. Tetapi dia tidak berdendam pada samseng jalanan itu, dia mahu lupakan segala apa yang terjadi sebentar tadi dan memulakan hidup baru. "Minum dulu" Adam muncul bersama segelas horlick panas sambil tersenyum. Zai merenung lagi muka sejuk lelaki asing itu. 'Itu suami aku? Tapi mengapa dia?' "Esok kalau awak dah baik, kita makan satay kajang nak? Dah lama tak makan satay" Adam menghulurkan sepasang baju tidur dan beredar. Zai memerhatikan Adam menutup pintu bilik. Ketika ini Zai termenung memikirkan kesabaran lelaki itu. Selama tempoh seminggu mereka berkahwin ini, tidak pernah sekalipun Adam menyentuh tubuhnya tanpa kebenaran. Manakan pula memaksanya untuk bersama. Tetapi layanan lelaki itu sungguh lembut dan menyenangkan. Zai memerhatikan dirinya pada cermin di depannya. Mukanya tidak pernah senyum walau sedikit pun di depan lelaki itu. Berbual pun tidak pernah panjang. Dia cepat marah, lelaki itu penyabar. Mukanya tawar, tetapi lelaki itu manis dipandang. Dia selalu menimbulkan pergaduhan, tetapi lelaki itulah yang sering menjadi penenangnya. 'Dia ni betul ke tidak?'. Zai mencapai sepasang baju tidur dan menyalin pakaiannya. "Awak, saya dah sediakan makan malam..." Adam menyelak pintu bilik. Zai yang masih menyalin pakaian cepat-cepat menutup tubuhnya dengan kedua belah tangannya. "Erk, sorry. Saya tak sengaja" cepat-cepat Adam mengalihkan pandangannya dan menyorok di belakang pintu. "Saya ingatkan awak dah salin. Tu yang saya...maaf ya. Saya tunggu di bawah" tiada lagi kedengaran suara Adam. Zai diam membisu. Pipinya merah, hendak ditahan tetapi kudratnya tidak mampu. Hatinya bergetar, diurut-urut dadanya. "Astagfirullah al azzimm..." Zai benar-benar terkejut, hampir luluh jantungnya mengenangkan Adam telah melihat susuk tubuhnya. 'Tetapi dia kan suami aku?'. Zai duduk termenung. Adam masih lagi menunggu Zai di meja makan. "12:30 ?" Adam merenung lauk di atas meja itu tidak berusik. Diukirkan nya senyuman untuk mengubati hatinya. Mungkin dia beristeri tidak seperti orang lain, bermanja bergurau senda. Tetapi dia sama seperti pasangan suami isteri yang lain, kerana dia juga berkorban demi pasangan. 'Selagi aku hidup dan waras, Zulaika kan tetap aku pertahankan. Dia sudah cukup menderita selama ini'. Adam tersenyum lagi, menunggu. Tiba-tiba. "Tak lapar ke?" Zai muncul memakai t-shirt putih dan berkain batik. "Saya tunggu awak" cepat-cepat Adam mencapai senduk dan menyedok nasi untuk Zai. "Esok saya kene kerja" Adam memulakan perbualan. Zai sekadar memandangnya sekejap dan menoleh ke pinggan nasinya. "Awak nak saya carikan kerja ke?" Adam menarik perhatian Zai sekali lagi. "Erm..." Zai tersentak. "Saya cuma risau awak boring duduk kat rumah aje" Adam menyedokkan kuah gulai ke pinggan Zai. "Terima kasih" Zai tunduk. Adam mencuri pandang Zai yang makan disebelahnya itu. Anak matanya tajam memerhatikan Zai menguis nasi panas. "Apa?" Zai mula perasan. "Tak...tak ada apa-apa" cepat-cepat Adam melarikan pandangannya pada ikan gorengnya lalu dirobek-robek isinya. 'Nak tengok pun tak kasi. Orang nak bermanja sikit. Cium kang.Ha,nak? Nak?' "Jangan main-main masa makan" Zai bersuara. "Erk! Sorry" Adam tersenyum sinis. "Nak tambah ikan goreng..." Adam senyum meleret. "..." Zai sekadar menggeleng kepala. Selesai saja menolong Adam mengemas dapur, Zai bergegas ke bilik. Dia semakin segan untuk meluangkan masa bersama Adam. 'Alahai, karang dia masuk bilik. Ape aku nak buat ni? Ya Allah' Zai menekup mukanya. Seperti biasa Zai akan berdebar-debar sewaktu menunggu Adam memasuki bilik dan tidur disebelahnya. Mana la tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi? Sejak malam pertama mereka lagi Zai sudah tidak keruan memikirkan hal ini. Kalau di kampung dulu boleh la dia mengelakkan dirinya, kerana sudah semestinya Adam akan segan menyentuhnya disitu. Lagipun dia boleh menjerit, dan emaknya boleh bangun menyelamatkannya. Tetapi sejak berpindah ke KL malam semalam, hatinya makin tidak tenteram. Malam ini adakan dia akan selamat lagi? "Assalamualaikum..." Adam muncul di muka pintu. "..." Zai menarik selimut dan mengereng ke kanan. Dipejamkan matanya dan berselawat tidak henti-henti. 'Ah, aku terlupa doa tolak bala pula...' Zai mengetap bibirnya. Adam baring disisi Zai dan menarik selimut ke arahnya. Lantas Zai berpura-pura sedang tidur. "Awak...awak dah tidur?" Adam memandang Zai yang sedang memejamkan matanya. Tetapi keningnya bergerak- gerak. 'Pura-pura tidur la tu'. Adam tersenyum memandang isterinya yang pelik itu. 'Awak jangan buat apa-apa, kalau tak saya jerit!' Zai berdebar-debar. Hatinya tidak keruan selagi lelaki itu tidak tidur. Nafasnya makin kencang. Tiba-tiba Zai terasa suatu benda sejuk di dahinya. Lembut, kesejukan itu mula merebak ke hatinya. Matanya semakin layu. Ketenangan sudahpun menyelubungi dirinya. Zai mula terasa kepenatan lalu tidur dengan lena malam itu. Adam pula, berdebar-debar setelah mencium dahi isterinya. 'Terima kasih, awak. Kesian awak, kalau tak sebab saya yang menggatal tanya harga buah petang tadi, awak tak jadi macam ni'. Adam tersenyum, berbagai persoalan berlegar dalam fikirannya. 'Adakah itu tandanya sayang? Ada tak perempuan lain yang sanggup memperjuangkan maruah aku seperti Zai? Ah, apa salahnya aku hidup berumah tangga begini sekiranya sayang itu wujud, cuma tidak dipamirkan terang-terangan. Eh, atau aku yang perasan?' Adam memandang Zai yang lena disebelahnya. 'Tidak mengapa, awak. Saya akan tetap sayang awak...' [mimpi Zai] Dari tadi Zai hanya memandang suasana rumahnya yang dipenuhi orang kampung. Fikirannya kosong. Zai memanjangkan pandangannya ke sawah ditepi rumah. Angin yang bertuip melanggar padi yang hampir menguning seakan menghanyutkan jiwanya bersama. "Zai, kenapa tercongok kat tingkap tu? Tak manis bakal pengantin buat perangai macam tu" Halimah bercekak pinggang memandang anak sulungnya dari bawah rumah. Zai memandang ibunya dengan satu pandangan yang kosong, lalu menutup tingkap perlahan-lahan. "bakal pengantin...bakal pengantin..." suara ibunya bergema dalam fikirannya. Zai mendongak dan melihat keadaan sekelilingnya. Biliknya dihias cantik. Macam bilik pengantin. 'Siapa yang nak kahwin ni?'. Mata Zai terbeliak ketika melihat tangannya berinai.'Tidak...' "Adam, berjanji dengan mak. Jaga Zulaika baik-baik,ya" mata Halimah sudahpun bergenang dengan air mata ketika ini. "Mak, saya kan dah janji. Saya akan sayangi Zai. Dah, tak mau nangis lagi" Adam mencium tangan Halimah. "Senyum la sikit, mak" Adam menghadiahkan senyuman. "Mah, dah la tu. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Lupakan kisah lama tu" Salwa, ibu Adam menghulurkan secawan kopi pada Adam. "Minum, mak" Adam menolak cawan kopi mendekati Halimah. "Terima kasih, Adam, Salwa. Aku betul-betul berterima kasih pada korang anak-beranak" Halimah menyeka air matanya, sedikit riak gembira sudahpun kelihatan. "Aku tau Mah, semua tu fitnah. Daripada aku serahkan anak aku pada kutu bendang tu, baik aku serahkan pada kau bulat-bulat Salwa, Adam" Halimah mengetap bibirnya. Dia sudah sebati dengan kampung itu, mana busuk, mana baik, sudah kenal benar. Adam meluru masuk ke biliknya. Dia tidak tahan dengan perbincangan yang melibatkan perkahwinannya. Malu... "Adam...tolong hantarkan Mak Mah kau ni balik. Dah larut benar malam nya" Salwa menghulurkan tudung pada Halimah."Kalau nak tengok-tengok Zai pun boleh juga...iye tak mak nya?" Salwa ketawa kecil. "Ha, molek tu. Adam?" Halimah memandang bakal menantunya dengan senyuman yang bermakna. "Hantar boleh la mak, tapi nak jumpe jugak ke? Esok kan nikah. Tak payah la rasanya" Adam tunduk malu. "Ala, katanya tak mau. Entah dihati siapa yang tahu?" Salwa mencubit lengan Adam. "Hehe...ade-ade aje mak ni. Along tak mau jumpe lagi la. Lagipun Zai tengah terkejut tu, biar la dia berehat" Adam tersenyum. Sementara itu di rumah Zai... "Kak Long..." Siti menjenguk kakaknya yang berkurung di dalam bilik seharian suntuk. "Ha?..." Zai senyum melihat adik tunggalnya itu. Siti lah satu-satunya kawan sejak dari kecil, Zai mana pernah bergaul dengan mana-mana orang tanpa hala tujuan. Sampaikan orang kata anak Mak Mah sombong-sombong belaka. Jika difikirkan kembali oleh akal fikiran Zai yang masih waras ini, fitnah yang diterimanya seperti tidak logik lansung. Tiba- tiba sahaja dia difitnah melakukan perkara sumbang dengan Kudin di tepi bendang pada malam seminggu yang lalu. Bukankah dia melalui kawasan itu sewaktu pulang mengaji? Tak logik...tak logik... Siti duduk disebelah kakaknya lalu mencapai jari-jemari kakak nya itu. Siti senyum. "Siti, akak lapar..." Zai tunduk. "Jap tau. Siti gi dapur ambikkan nasik" Siti bergegas bangun tetapi Zai pantas merangkul tangan Siti. Air mukanya suram. "Akak, Siti pegi kejap je. Lepas ni Siti temankan akak, ye? Kita borak-borak" Siti menenangkan kakaknya. Adam memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan orang kampung yang ringan tulang masih lagi dengan kerja mereka. Walaupun kenduri kahwin esok diadakan ala kadar, ia tetap meriah. "Along, Sarah nak tidur sini malam ni boleh tak?" Sarah berbisik. "Mak kasi ke?" Adam memerhatikan ibu dan bakal ibu mertuanya berjalan beriring memasuki rumah pengantin perempuan. "Ni sarah nak pujuk la ni" "Hmm...iye la. Karang along datang balik bawak kain baju kamu" "Yes!! Terima kasih along. Sayang along" Sarah separuh menjerit. "Iye la. Masa ni aje la sayang along" "Ala along tu..." Sarah menjeling manja. "Along, cepat datang balik tau. Orang nak buat laporan" Sarah sudahpun berlari memasuki rumah. Adam tersenyum melihat gelagat adiknya yang sentiasa lapang itu. Maklumlah, baru lepas SPM. "Eh, laporan ape?" Adam termanggu. Dilihatnya sekeliling rumah. "Kalau boleh akak tak mau kawin lagi, Sarah" Zai menyeka air matanya. Sarah sekadar mendengar, tidak mampu untuk membantu ketika ini. Dia tidak faham apa yang dilalui oleh Zai ketika ini, yang pastinya kahwin kerana terpaksa ini seolah-olah mengorbankan sesuatu. Tidak pasti lagi pulangannya, andai keruh terpaksa diteguk. Sinar bahagia? Entahkan muncul entahkan tidak. Sarah merenung Zai yang termenung dengan mata lebam. Ketika ini, Sarah dapat rasakan, maruah seorang gadis tidak boleh dibuat main. Silap katanya mengundang bencana, silap langkahnya mengundang fitnah. Kudin kutu bendang itu memang sudah melampau. Sampai hati dia fitnah Zai sebegini rupa? "Akak mesti kuat. Kalau akak tak dapat buktikan akak tak bersalah ketika ini, mesti ada yang akak boleh buat suatu hari nanti. Akak akan tunggu masa tu, Sarah. Akak takkan menangis lagi!" air muka Zai sudah pun berubah, dari tadinya suram semacam, tetapi kini seakan kekuatan telah datang menyelubungi nya. Sarah terpaku melihat perubahan itu. Suasana tiba-tiba menjadi kabur lalu mengembalikan Zai ke alam nyata, kembali kepada tempatnya disisi Adam. |
No comments:
Post a Comment