Wednesday, October 08, 2003

Di sini ada cinta (2)
HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri.
“Betul ke ini rumahnya kak?” soal Kay. Suraya senyum.
“Pasti sangat Kay.. jom kita turun..” Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya. Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang!
“Masuk Kay.. “ Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul.
“Ohh.. inilah dia orangnya..” Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga!
“Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi..” Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus. Tak lama kemudian seorang lelaki turun, Cuma berkain pelekat dan berbaju melayu sahaja.
“Ini dia ayah kak Suraya.. abah, ni la Khusyairah..” Kay menghulur tangan untuk bersalaman tapi.. Eh.. macam pernah kulihat lelaki ini..
“Tuan Haji??” Kali ini debar makin menjadi-jadi. Macammana pulak aku boleh ada kat rumah boss aku ni?
“Kay.. amacam? Sihat?” soal Tuan Haji Ariff selamba. Kanak-kanak perempuan yang comel di sisi kak Suraya tersenyum manja.
“Mama.. mama.. tadi nenek kata mama nak bawak balik mak ngah.. “ Mama? Kay pandang kak Suraya tak percaya.
“Kak Sue..”
“Sayang.. pergi panggil pak ngah turun.. kata pada dia nenek dengan atuk dah tunggu lama kat bawah ni..” Tanpa memperdulikan renungan Kay Suraya mengarah anaknya itu memanggil teruna yang masih di bilik.
“Kak Suraya Kay tak faham..” bisiknya. Macammana aku nak faham. Kalau ke sini.. siapa lagi yang ada di rumah kalau bukan si beruang tu! Alamak.. tapi..
“Kejap lagi Kay fahamlah..” balas Suraya bersahaja.
“Assala..” Kay menoleh. Apa? Automatik dia berdiri bila melihat siapa yang muncul bersama anak Suraya tadi.
“Encik Amal!” Suraya menghampiri Kay.
“Sebenarnya.. Amal ni adik kakak.. dia ni la Amal Amirul.. “
“Jadi selama ni Kak Sue dah tahulah?” soal Kay. Suraya mengangguk. Aduh.. malunya aku!! Kay tunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan keluarga itu.
“Jangan rasa apa-apa Kay.. semua ni family planning.. biasalah.. untuk kebahagiaan bersama..” usik Tuan Haji sambil tersenyum dan bangun. Sempat di mencuit isterinya mengajak ke dapur.
“Mak masuk dulu ye.. berkenal-kenallah..” wanita itu masuk ke dalam.
“Mal pun tak faham kak long..” Amal turut merenung Suraya.
“Mal.. kan Amal pernah cerita tentang gadis idaman Amal yang degil sangat tu .. sekarang dia dah ada di depan mata..”
“Gadis idaman?” soal Kay pula.
“Ya.. dah lama Amal sukakan Kay.. tapi Kay yang tak faham. Jadi, kakak tolong sambungkan ikatan ni. Bila Kay kirim bunga pada Amal.. akak pula bertindak kirimkan bunga pada Kay pula. Kay sukakan Amir yang menghantar bunga tu kan? So, inilah Amir yang Kay cari-cari selama ini..” Kay tak tahu di mana nak sorok muka yang dah tebal. Amal tersenyum. Cis.. mati-mati aku ingatkan kau dah nak kawin dengan orang lain. Macam nak hancur rasa hati sewaktu diberitahu Rita kau dah nak bertunang. Kecewa hati aku ni macam orang gila tau tak? Kerana itu bila mak telefon tadi beritahu Putri nak datang aku setuju aja. Lantaklah siapa asalkan aku boleh lupakan kau dari hidup aku.. tapi tak sangka..
“Sekarang.. segalanya dah terungkai.. Amal.. Kay dah ada di depan kau sekarang.. cakaplah apa yang rasa nak cakap selama ni..” Kak Suraya berlalu masuk ke dapur. Kay menarik nafas.
“Err.. kenapa awak diam je?”
“Saya minta maaf Encik Amal.. memang mula-mula saya kenakan encik Amal dengan mengirim bunga tu.. tapi sebenarnya.. saya .. saya..”
“Khusyairah.. saya pun nak minta maaf… selama ni saya tak bermaksud nak aniaya awak.. Cuma saya tak tahu macammana nak cakap saya suka kat awak.. saya pun, memang mula2 saya nak kenakan awak dengan si Adam tu.. tapi bila saya tengok awak menangis.. awak kecewa.. saya rasa saya yang bertanggungjawab.. dan masa tu saya sedar yang selama ni saya benar-benar sukakan awak..”
“Tapi encik terima juga bunga-bunga tu.. kalau encik sukakan saya sorang tentu encik tak terima bunga-bunga tu..”
“Sebab awak pun terima bunga juga.. saya pun tahu cemburu..” jawapan Amal itu membuatkan Kay tergelak.
“Err.. bila nama awak jadi Putri pulak?” soal Amal ingin tahu..
“macam encik Amal jugak.. nama penuh saya Khusyairah Putri.. tapi dulukan saya brutal.. putri tu saya selalu ignore..” jawab Kay. Amal senyum. Apa-apalah Kay..
“Jom..” pelawanya sambil tersenyum.
“Jom kemana?” soal Kay hairan. Kan mereka dah di dalam rumah sekarang..
“Jom kawin..” Amal tergelak mengusik
“Amboii.. gatal ye!!” keduanya tergelak sama. Di balik langsir Suraya dan maknya saling berpandangan.. alhamdulillah… tak lama lagi rumah ini akan menerima menantu lagi!! All I need is to know it’s for sure.. then I’ll give.. all the love in the world…

Sumber : www.melayu.com #Karya : Ireena

1 comment:

Anonymous said...

hi, terima kasih kerana meletakkan cerpen saya ini di blog saudara/saudari.