Thursday, May 26, 2005

aku tau... lame dah aku tak update blog nih...
aku nih bukannyer suka sgt stori mori pasal diri nih...
tak terungkap hanya dengan menaip kat komputer...
kalu wat cerpen ker....
novel ker... bleh la....
errmmmm... sebenarnyer hati aku tgh tak best skrang...
ade jer bende yang tak kene....
kadang2 OK...
kadang2 tensen...
entahlah...
tapi aku syukur sgt sebab Allah masih lagi memelihara aku nih...
Aku tau Allah nak uji aku
so that aku leh jd lagi matang....
aku tau...
bukan senang nak bahagia kat dunia nih....
bahagia untuk dua2 skali...
dunia dan akhirat...
banyak sungguh ujian...
yang berjaya laluinya dengan baik...
pasti bahagia...
bahagia dunia dan akhirat....
aku doakan agar aku kuat...
agar Allah bagi aku kekuatan....
untuk lalui jalan dunia ini dengan baik dan diredhaiNya....
Kebahagian.... sukar diungkap dengan kata2....
tu dulu...

Saturday, May 14, 2005

Health Tip: What's Behind Compulsive Overeating?

It's an attempt to cope with other issues. Compulsive overeating is characterized by uncontrollable binging, followed by feelings of guilt and shame. It is different from bulimia in that it does not involve any purging. While people who compulsively overeat are usually preoccupied with issues of food, eating, and weight, uncontrollable bouts of eating also are an attempt to manage other issues. That is, as a compulsive overeater, you use food to cope with stress, emotional distress, and other psychological concerns. According to the Brown University Health Services, recovery is possible for compulsive overeaters through a gradual process of lifestyle change and with the medical, psychological, and nutritional counseling of others. Participation in groups such as Overeaters Anonymous also may help you stop.
– Nancyann Rella, HealthDay

Tuesday, May 10, 2005

Puteri Bunian (3)

“Fil alamina innaka hamidul majid...”,
“Assalamualaikum..warrahmatullah...”, Jihah senyum setelah lancar bacaan tahyat akhir yang diajar Azim tadi. Azim angguk-angguk. Senyum.
“Cepat awak nih tangkap. Kejap je dah hapal..",
"Well, tell me something I do not know...”, Azim cebik. Namun, sungguh, hatinya cukup kagum dengan kebolehan Jihah menghafal bait-bait bacaan dalam solat dengan cepat, sekalipun payah juga dia mengajar sebutan-sebutan arab itu sebentar tadi. Namun, itu tidak menghairankan Azim. Almaklum aje lah..., anak-anak orang kaya nih...
“Lepas nih boleh la semayang! Dah tau dah..”, Jihah angguk-angguk.
“Thanks again!”, Azim hadiahkan satu lagi senyuman. Grrrrr! Tiba-tiba keheningan itu dicemari satu bunyi. Mereka berpandangan. Kemudian ketawa bersama.
“Lapar la...”, Azim masih ketawa. Jihah cebik. Menekan perut yang sudah mula berbunyi-bunyi minta diisi.
“Tu lah.., orang suruh makan bubur, jual mahal! Asik makan oreo je, mana nak kenyang!”, Jihah jeling kali ini. Namun, di bibir ada terukir senyum.
“Gula-gula ada la.. . Nak?”, Azim keluarkan mentos daripada poket ‘wind-breaker’ nya. Dihulurkan pada Jihah. Jihah senyum.
“Awak suka makan apa?”, Sambil mengeluarkan gula-gula itu daripada bekasnya, Jihah bertanya.
“Saya suka makan masakan mak saya..”, Jihah angguk-angguk.
“Awak?”,
“Saya suka spagetti..”, Azim buat muka.
“Spagetti Italy ke spagetti Malaysia?”, Jihah gelak kali ini.
“O..ada plak category ekk?”,
“Eh, ada lah! Spagetti italy tak sedap, muak! Malaysia punya baru sedap. Ada pedas-pedas sikit! Mak saya pandai buat. Nanti, awak datang la rumah, rasa spagetti Malaysia...”, Jihah gelak lagi. Dia angguk, dan tanpa sedar, dia sungguh-sungguh mengangguk dan benar-benar berhajat ke rumah Azim untuk merasa spagetti Malaysia...PRAP!! Kedua-duanya tersentak.
“Bangun! Cepat!”, Azim beri arahan perlahan. Pantas Jihah akur. Mengekori Azim. Azim pandang keliling. Mana nak nyorok nih?
“Azim..., camana nih?”, Jihah mula rasa cuak.
“Relax..relax..”, Kala itu matanya masih meliar. Dan matanya tertancap pada satu tempat.
“Jihah, sini!”, Lantas dia menarik jacket yang dipakai Jihah menuju ke air terjun.
“Masuk bawak air tuh..”,
“Ha?!!”,
“Masuk cepat!”,Jihah akhirnya akur. Kedua-duanya akhirnya berdiri di ruang antara batu dan curahan air sejuk itu. Diam.Dua lelaki itu berlari-lari anak ke air terjun itu.
“Mana? Tak ada orang pun!!”,
“Aku dengar bunyi tadi. Aku pasti diorang ada sini..”, Mail yang termengah-mengah berlari cuba meyakinkan sahabatnya itu. Zack pusing keliling. Sejenak, matanya terpandang gula-gula mentos yang masih bersih, seperti baru sahaja dikeluarkan dari bekasnya.
“Aku rasa diorang ada kat sini tadi.., mungkin diorang dah lari. Diorang takkan jauh! Kita carik sekarang! Cepat!”, Zack memberi arahan. Mereka lantas mencari-cari di sekitar. Mail cari bersungguh kali ini. Budak berdua nih mesti dihapuskan! Satu, diorang dah nampak aku! Satu hal lagi, budak jantan tuh terajang aku sampai naik kebas perut aku.. . Kurang asam betul!!
“Wei budak-budak! Mana korang?!! Keluar! Ingat korang boleh lari?!! Aku takkan lepaskan kau!!”, PUK! Tiba-tiba kepalanya disekeh.
“Bodoh! Kau jerit cam tuh, kalau ada orang lain dengar camana!! Tak boleh diharap langsung! Badan je besar macam tong kitar semula! Tapi otak haprak tak leh pakai!”, Menerusi air terjun yang mencurah itu, dia cuba melihat adakah lelaki-lelaki itu masih di situ. Diorang dah tak ada...Untuk memastikan, dia keluarkan sedikit kepala mengintai keadaan. Pasti! Diorang dah blah!Dia paling pada Najihah di sisi.
“Jihah, saya rasa kita boleh keluar skarang!”, Azim terpaksa menjerit sedikit, memastikan Jihah mendengar katanya yang diiringi deruan air terjun itu. Jihah dilihat peluk tubuh. Bibirnya naik biru kesejukan.
“Sejuk...”, Perkataan itulah yang dapat dibaca dari gerak bibirnya sebelum dia longlai ke pangkuan Azim.
“JIHAH!!”,
“AZIM!!!! JIHAH!!!”, Dua nama itu dilaung untuk kesekian kalinya. Masing-masing sudah letih berjalan. Hari sudahpun menjangkau 630 petang, namun sebarang tanda pun tidak dapat dikesan.
“Camana nih inspektor?”, En Azman selaku ketua yang bertanggungjawab bertanya.
“Saya rasa, kita tangguhkan dulu usaha pencarian untuk hari nih. Hari pun dah gelap! Takut nanti, yang lain pulak hilang!”,
“Tapi Inspektor...”, Ben mencelah.
“Jangan risau! Pihak kami akan terus mencari! Adik-adik semua, rehatlah dulu.. . InsyaAllah, kami akan cari sedaya upaya rakan-rakan adik tuh..”, Ben mengeluh. Memandang rakan-rakannya yang lain.
“Aku rasa betul tuh Ben! Kita rest dulu! Esok kita carik lagi. Doakan aje keselamatan Azim ngan Jihah..”, Sham cuba memujuk. Bukannya dia tak risau, dia turut risau, namun keselamatan mereka dan ahli yang lain juga perlu dipertimbangkan. InsyaAllah...,Allah lindung mereka berdua.....
AHCHUM!!! Bunyi bersin itu mengejutkannya. Dia buka mata. Hari telah gelap. Hanya bertemankan cahaya bulan dan cahaya samar torch-light yang dinyalakan. Dia angkat kepala yang terasa berat. Badan terasa panas sedikit berbanding tadi.
“Azim..”, panggilnya perlahan. Lelaki itu sedang bersandar di pokok. Hanya memakai T-Shirt putihnya. Wind-breaker dan juga sweater nya telah pun diberikan kepada Jihah memandangkan dia pengsan kesejukan tadi.
“Awak tidurlah. Badan awak panas... . Awak demam..”, Lain benar suaranya. Azim juga telah dijangkiti selsema.
“Azim tak sejuk?”, Azim senyum.
“Tidurlah Jihah. Rehat! Esok kita carik jalan keluar...”, Jihah senyum melihat ketenangan wajah itu. Dia angguk. Lantas kembali berbaring. Ya Allah, aku tahu Kau sayangkan hamba-hamba-Mu. Aku hamba yang hina-dina ini ingin memohon belas-Mu, selamatkanlah Azim.., selamatkan aku....Dan dia kembali menutup mata tanpa dia menyedari, ada bunga yang sedang berputik di hati kecilnya.
Mereka berjalan perlahan. Dengan keadaan Jihah yang masih demam, perjalanan menjadi lambat. Tambah pula, dia sendiri sudah dapat rasakan seram sejuk demam. Dan seringkali juga, dia bersin dan batuk-batuk.
“Jihah..., awak boleh jalan lagi tak?”, Jihah angguk-angguk. Sekalipun, kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia duduk dan berbaring sahaja.
“Awak.., awak amik la sweater nih. Nanti awak pulak demam..”, Azim diam. Geleng-geleng. Ahchumm!!! Dia bersin lagi. Adoi..., time nih plak nak bersin-bersin.... . Nanti la.., dah sampai rumah nak demam, demam lah...
“Wak.., awak rasa, kita boleh selamat tak?”, Azim pandang Jihah sejenak. Dia senyum.
“Yakin dengan Allah. InsyaAllah..”, Jihah angguk-angguk.
“Awak..”, Dia panggil lagi. Azim menoleh pada Jihah di sisi.
“Let say, anything happen, I just wanna thank you again, and honestly, from bottom of my heart, saya syukur dapat meet, know and have you as my friend, and for me, you’re very special...”, Sungguh, Azim terpana. Special? Maknanya?Dia masih senyum. Dalam kala itu, fikirannya ligat memikirkan makna tersirat gadis itu.
“Oi budak berdua!!”, Mereka tersentak. Entah bila mereka datang, tiba-tiba sahaja dua lelaki itu di belakang mereka. Azim tolak Jihah ke belakangnya.
“Azim...”,
“Syhhh.., relax. Duduk diam-diam...”, Dua lelaki itu datang menghampiri. Dia dongak sedikit melihat Azim di hadapannya. Mampukah Azim? Wajahnya yang kemerahan, dengan keadaan selsema yang agak teruk, ditambah dengan batuk lagi. Jihah ketap bibir. Dalam hati terus berdoa, agar mereka berdua selamat.
“Apa yang korang nak?! Kenapa kacau kami?”,J ihah menjerit. Dua lelaki itu berpandangan. Lalu mereka ketawa.
“Cik adik! Sapa yang kacau sapa? Kalau kau duduk diam-diam dalam khemah hari tuh, pasti korang tak susah cam gini!”,
“Korang nih sapa?”, Azim pula bertanya.
“Kami nih orang terkenal, brader! Ramai orang nak! Polis pun nak kat kami jugak..”, Mereka ketawa lagi. Cukup dengan jawapan itu, memastikan tanggapan Azim, lelaki berdua itu adalah penjenayah yang dikehendaki polis. Adui..., sakit cam nih! Sedangkan masa sihat walafiat hari tuh pun, teruk gak aku kena, inikan plak badan rasa lemah longlai semacam je.. Sejenak, dia menoleh pada Jihah di belakangnya. Gadis itu ketap bibir. Wajah itu menunjukkan rasa gelisah dan ketakutan. Azim mengeluh perlahan.Ahh...., tak kira, longlai tak longlai! Apa pun jadik, aku tetap akan lindung Jihah...
“Jihah.., saya alih perhatian diorang, awak lari nanti!”,
“Saya tak nak! Awak camana?”, Beberapa ketika, dia menoleh semula ke hadapan. Takut diserang hendap. Memang pantangnya dipukul tanpa sedar. Tak gentleman namanya.... . Nak lawan, meh, depan-depan!
“Jangan degil Jihah! Pergi cepat!”, Tegas suaranya. Sejak beberapa hari ini, Azim tidak lagi berkata dengan nada itu. Kali ini, Jihah dengar lagi kata-kata berupa arahan itu.
“Pergi..., sekarang! Mintak bantuan!”,
“Azim...”, Azim mengeluh. Ish..., kalau budak sekor nih memang degil! Dia toleh kembali kepada gadis itu. Jihah menangis!! Azim mula panik. Namun, matanya masih memberi perhatian pada dua lelaki itu.
“Jangan macam nih Jihah! Daripada dua-dua kantoi, baik satu aje!”, Dia tarik nafas dalam. Sungguh, dalam hatinya juga berat melepaskan. Namun, itu juga untuk kebaikan Jihah. Dia perempuan, maruah dia kena dijaga!
“Pergi cepat!! Jangan degil!”, Azim terpaksa naikkan suara.Jihah akhirnya angguk. Lantas dia berundur ke belakang dan lantas berlari meninggalkan Azim.
“Wei nak lari mana tuh?!!”, Dua lelaki itu cuba mengejar.
“Langkah mayat aku dulu!!”,BUK! Dihadiahkan satu penyepak kepada Zack. Mail lantas membantu. BUK! Satu lagi dihadiahkan kepada Mail. Sejenak, dia menoleh ke belakang. Jihah sudak berlari jauh. Ya Allah, selamatkan dia...
“Kau nak tunjuk hero ekk?! Hari tuh, aku kasik kau can, kali nih, mampus kau aku kerjakan!”, Zack keluarkan pisau. Dia senyum jahat.Azim telan air liur. Mata melilau sekeliling, mencari-cari objek yang boleh digunakan sebagai senjata.Mak aih...masak aku cam nih! Pisau??
“Mail, kau pergi carik betina tuh. Kalau jumpa, kau buatlah apa-apa yang patut! Tapi, pastikan dia tak bernyawa lagi nanti... . Biar kita abiskan plot cerita romeo and juliet nih...”, Kedua-duanya gelak besar.
“Ok boss!!”, Azim tak mampu menghalang dek kerana pisau yang diagah-agah oleh Zack. Tuhan..., aku berserah. Aku bertawakkal pada-Mu. Selamatkan Jihah....
Nafas terasa sesak. Dia berhenti sejenak. Tercungap-cungap. Baju basah dek peluh. Kepala terasa berdenyut. Dia kesat peluh di dahi. Menoleh ke belakang sejenak. Air mata yang berjuraian turun dikesat. Mana aku nak pergi nih??? Mana jalan keluar? Kat mana nak carik bantuan?Jihah terduduk. Dia rasa putus asa. Jihah..., kuatkan semangat! Azim perlukan bantuan kau! Cepat..., jangan putus asa!Seolah ada suara membisikkan kata perangsang padanya. Dia lantas bangun.Ok Jihah! You can do it! Jihah kan tak pernah kalah! You cannot lose this battle... . Come on Jihah!Jihah kembali berlari. Dia pusing keliling. Mana nak pegi nih? Ahh...ikut ke kata hati..Sejenak, dia berhenti. Ada derap kaki di belakang. Dia paling. Alamak.....
“TOLONG!!!!!!!!”,Dia menjerit kuat. Kaki terus melangkah laju. Sesekala, dia pandang lelaki yang turut berlari tidak jauh di belakang.Ya Allah..., bagi aku kekuatan...
“TOLONG!!!!”,
‘“TOLONG!!!!”,
Mereka terpana mendengar jeritan itu.
“JIHAH!!”, Eddy lantas menjerit semula.
“Tu suara Jihah! Tu suara Jihah..”, Perasaannya bercampur aduk. Lega, bila mendengar Jihah masih bersuara, maknanya, dia masih hidup, namun bimbang juga menyelinap di hati bila memikirkan perkataan yang dilaungkan Jihah.
“Jihah!!!! Where are you??!!”, Mereka mula berlari anak. Semuanya peka pada keadaan di sekeliling.
“Help me!!! Eddy!!!!”, Suara itu kedengaran lagi. Makin jelas.
“Dia tak jauh..... . Sana! Arah sana!”, Inspektor Shamsul memberi arahan, apabila anjing yang dibawanya menarik-narik ke satu arah.
“Cepat Inspektor...., dia menangis! Saya rasa dia dalam bahaya...”, Dia tak mampu lagi. BUK! Akhirnya dia terjatuh juga. Mail ketawa.
“Mana kau nak lari? Kau nak mintak tolong ye? Jangan harap!!”, Lantas gadis itu dilempangnya sekali.
“TOLONG!!!!!”, Dengan sisa baki tenaga yang ada, dia menjerit lagi. Segera Mail menekup mulutnya.
“Diam!!”, Segera dia seret Jihah yang kelemahan itu. Dia sengih. Heh, lepas gian aku hari nih! Tapi apapahal pun, carik dulu port selamat! Jihah cuba meronta, namun bagi Mail, ia bukanlah satu halangan yang besar, kerana, ternyata, gadis itu lemah benar. Dia baringkan Jihah di sebalik pokok besar. Gelak-gelak kecil. Dia suka melihat wajah ketakutan gadis itu. Dia usap perlahan wajah cantik itu.
“Hari nih kau jadik lauk aku!”, Dia gelak lagi.
“Tolong...”, Dalam esakan, dan suara yang serak, Jihah masih cuba meminta bantuan. Di mana Eddy? Dia dengar suara Eddy tadi... . Eddy....
“Jangan bergerak! Kami polis!!!”, Sejenak, mereka telah dikelilingi sekumpulan pasukan polis bersenjata. Lelaki itu tersentak. tanpa berfikir panjang, dia angkat kedua belah tangannya ke kepala. Jihah tak tunggu lama, segera dia tolak lelaki itu, dan merangkak perlahan.
“Jihah!”, Eddy segera berlari mendapatkannya.
“Are you okay?”,
“Save Azim! Save Azim, please! He’s in trouble..”, Dalam dakapan Eddy, dia merayu.
“Relax..., relax! Kau rehat dulu...”,
“Azim...”,Sebelum dia longlai dalam dakapan Eddy, nama itu yang terpacul keluar dari bibirnya....
“Let say, anything happen, I just wanna thank you again, and honestly, from bottom of my heart, saya syukur dapat meet, know and have you as my friend, and for me, you’re very special...”, Kata-kata itu berlegar-legar di fikirannya. Darah yang membuak-buak keluar dari bahagian kanan perutnya ditahan dengan tangan. Sakitnya, tuhan sahaja yang tahu. Azim kejamkan mata. Sakit! Sakit amat! Rupanya memang perit rasa maut. Dia tak mampu lagi. Hanya kepada tuhan dia berserah. Ya Allah..., andai kata Kau takdirkan hayatku tamat di sini..., aku pohon pada-Mu, ampunkan aku.., lindungi ibuku, dan kasihilah dia...Ampun Azim mak... . Azim tak dapat jaga mak.. Azim sayang mak...Kala itu juga, wajah si gadis datang di fikiran.Jihah.., saya harap awak selamat..Zack yang juga lemah perlahan-lahan datang kepadanya.
“Mampus kau!!”, Pisau diangkat tinggi. Tepat di atas dadanya. Azim pejam mata rapat-rapat.Laila ha illallah...BANG!! Tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran kuat. Dan Zack tiba-tiba rebah ke belakang.
“AZIM!!”, Ben dan Sham segera menerpa.
“Ya Allah...”, Dia mengerang perlahan.
“Sabar Zim! Kau akan selamat..”,
“Jihah..”, Perlahan suaranya membunyikan nama itu.
“Jihah selamat...”,Sayup-sayup dia dengar jawapan itu. Dia senyum. Alhamdulillah..., Tuhan, aku bersyukur padaMu. Dan tiba-tiba, pandangannya kabur.
“Allah...”,Hilang! Sepi! Sunyi!
Dia betulkan cermin mata yang terlurut. Kerja mengait itu dilakukan dengan sepenuh perhatian. Sejenak, dia tersenyum. Hampir sebulan setengah sudah sejak peristiwa hitam itu berlaku. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia, kerana masih memberi peluang satu-satu anaknya yang tinggal hidup..Mengenangkan anak bujangnya yang seorang itu, hatinya dirundum sebak. Azim anak yang baik. Belum pernah sekali pun, Azim mengecewakannya. Walaupun, anaknya ini suka mengusik orangnya, namun, dia taat pada perintah tuhan mahupun kehendak Aminah sendiri.
“Mak, nanti bila Azim dah berjaya jadik engineer, mak tak payah berniaga lagi ekk? Biar Azim tanggung mak! Azim buatkan mak rumah besar...”,Dia senyum. Mengusap kepala anaknya itu lembut.
“Mak tak heran rumah besar kecik Azim! Yang penting kau tuh bahagia! Ada anak bini.. . Cukuplah mak sekadar menumpang kasih...”,
“Tu la kena rumah besar mak.. . Senang Azim nak letak bini Azim empat-empat jaga mak!”, Aminah ketawa.
“Hish, kau nih! Kot iye nak empat. Satu pun mak tak nampak lagi...”, Dia senyum sendiri. Azim...Azim...Sejak daripada perdakian itu, dia nampak sedikit perubahan pada anak bujangnya itu. Kekadang senyum sorang. Mengelamun. Hm.., kalau bercakap telefon tuh.., kumain lama! Pastu tau pulak nak cakap pelan-pelan bila aku ada...Makin lebar senyumannya. Agaknya dah jumpa puteri bunian dia kat hutan tuh... Bak kata si Faruq, Azim nih hero menyelamatkan puteri bunian. Tu yang sampai kena tikam tuh.Seingat dia, ada juga beberapa orang budak perempuan yang datang melawat Azim di hospital dulu, namun, dia sendiri tak dapat mengagak, yang mana satu puteri bunian anak bujangnya yang membuatkan si anak tersenyum-senyum sendirian.SKREET!! Bunyi brek motor kuat kedengaran. Dia tersentak lantas dia letak hasil tangannya ke atas sofa. Dia bangun dan bergerak ke pintu. Senyum.
“Assalamualaikum mak!”, Tangannya dikucup lembut dek anak tersayang.
“Waalaikumussalam..”, Tetapi, dia sedar, wajah itu mencuka. Entah mengapa agaknya.
“Dari mana?”, Azim diam. Memandang ibunya itu.
“Mak.., duduk jap mak! Azim nak cakap sket..”, Dia hanya menurut si anak yang telah duduk di sofa.
“Mak, kalau Azim nak balik Perlis sampai abis cuti boleh tak mak?”, Dia kerut kening.
“Kenapa pulak kau nak balik sana?”, Dilihat anaknya itu mengeluh perlahan.
“Azim nak..mm..., nak jumpa tok la mak! Dah lama tak jumpa tok!”, Aminah pula mengeluh kali ini.
“Takkan jumpa tok sampai abis cuti... . Cuti kau kan lama lagi. Sebulan lagi kan?”, Azim diam. Dipandang anaknya itu dalam.
“Balik sekejap, lepas tuh, balik la sini balik! Azim tak nak tolong mak kat warung ke?”, Sengaja dia mengumpan dengan cara itu. Dia tahu, anaknya itu takkan tega menolak permintaannya. Walaupun dia tahu, si Nini, dan Pa’ie, pekerja yang diupah di warung makanan itu, sudah mencukupi untuk membantunya di warung kecil itu. Azim masih diam.“Kau nih kenapa? Tiba-tiba nak balik kampung? Ada masalah ke? Bergaduh dengan marka?”, Dia bersenda. Berharap agar senyuman manis anaknya itu kembali dilihat.
“Azim masuk bilik dulu la mak!”, Lantas dahinya dicium anaknya itu dan berjalan perlahan masuk ke dalam biliknya. Aminah mengeluh. Kenapa pulak budak nih? Hari tuh, tersengih-sengih tak berenti. Dan-dan, nak baik kampung pulak? Pasai apa pulak? POM! Pintu bilik ditutup. Dia lantas menghempaskan badan ke katil bujangnya. Mengeluh perlahan. Sejenak, dia tekup muka.
Astaghfirullah.....Dia beristighfar, berharap agar dengan itu, kekuatannya dikembalikan. Pelbagai wajah bersilih ganti di fikirannya kala itu. Kenapa aku tak pernah beringat sebelum nih? Kan dah susah sekarang... Dia tukar posisi perlahan. Dia pandang kipas yang sedang ligat berputar. Seiring itu, ingatannya juga ligat berputar.
“Sorry, aku tak kenal kau sapa... Tumpang lalu..”, Dia lantas memintas lelaki di hadapannya itu.
“Not so fast, brother! Kau tak kenal aku sapa, tapi kau kenal adik aku, kan?”, Dia terdiam. Memandang lelaki itu. Daripada pemakaian, dia tahu lelaki ini bukan orang sembarangan. Pasti datang dari keluarga berada. Tapi, style lelaki itu yang dia kurang berkenan, subang entah berapa di telinga. Namun, Azim sedar, bahagian mata lelaki ada mirip seseorang. Takkan la..
“Raja Azian Najihah. Kenal?”, Dia sedikit tersentak. Lantas dia senyum. Angguk-angguk.
“O..., abang Jihah la nih! Sorry, saya tak kenal tadi!”, Salam dihulur. Cakap la awal-awal kau abang ipar, eh, abang Jihah! Ingat malaun mana tadi...
“Tak payah kau nak baik-baik ngan aku! Kau dengar sini baik-baik! Aku nak bagi kau warning, jangan dekat ngan adik aku...”, Azim tersentak. Lantas salam yang tak bersambut ditarik semula. Dimasukkan tangan ke dalam jeans yang dipakai.
“Saya berkawan dengan Jihah. Bukannya ada niat lain..”, Tenang suaranya.
“Hei budak! Lain kali nak berkawan tuh tengok kasut dulu! Kau patut tahu nak berkawan ngan sapa. Kau dengan dia tak sesuai! Macam langit dengan bumi! Jihah tuh datang dari keluarga besar. Kau? Kau sapa? Kalau setakat ada motor buruk, jangan harap nak jadik adik ipar aku...”, Azim ketap gigi menahan marah.
“Cam nih arr brader, rasanya kau nih dah misunderstood nih.. . Mulut tuh insurans sikit! Aku sedar aku sapa.. . Hamba tuhan. Kau tuh yang patut check balik kau sapa beb! Kau ingat reta mak bapak kau tuh datang dari mana? Jangan cakap besar sangat! Tak bagus beb!”, Bahu lelaki si hadapannya itu ditepuk-tepuk perlahan.
Jihah pernah menceritakan tentang dua abangnya. Mungkin ni Abang Ngah nya, yang tua setahun dari umur Najihah, bermakna sebaya dengan umur Azim sendiri. Tak mungkin Abang Long yang diceritakan Najihah sedang melanjutkan pelajarannya di United States. Lelaki itu memandangnya dalam. Segera tangan Azim ditolak. Azim senyum. Geleng-geleng. Lantas dia mula mengorak langkah. Beberapa langkah, dia paling semula.
“By the way, aku ngan Jihah kawan baik je! Memang tak ada niat pun nak jadik adik ipar kau . Kau jangan risau!”, Tak ada niat...? ye ke Azim?? Dia tanya diri sendiri semula.TOK! TOK! TOK! Dia tersentak. Lantas dia duduk dari perbaringan.
“Azim..!”,
“Ye Mak!”,
“Telefon...”, Dia segera membuka pintu. Ibunya masih setia di muka pintu.
“Sapa mak?”,
“Perempuan...”, Ibunya tersenyum. Azim mengeluh perlahan. Lantas dia malas-malas menuju ke telefon.
“Hello Assalamualaikum...”,
“Waalaikumussalam..., Azim! Saya nih, Jihah..”, Azim bersandar ke dinding. Dia sedar mak masih memerhati. Sepi. Tuhan.., berikan aku sedikit kekuatan..Sunyi. Jihah kerut dahi. Biasanya, Azim takkan sepi begitu. Pasti ada sahaja modal mengusiknya.
“Tengah buat apa tuh?”,Akhirnya, dia mulakan bicara.
“Tidur..”, Pendek jawabnya.
“O...sorry! Kacau ke?”,Sengaja dia tanyakan soalan itu sekadar berbahasa. Dia tahu, Azim akan melayan panggilannya walau apa yang sedang dilakukan. Bukan tak pernah dia menelefon lewat malam, Azim tetap bersedia menjawab. Sedangkan aku call masa nak gi main bola pun, dia boleh layan sampai cancel game..
“Kacau gak la! Saya penat la! Lain kali je kita sembang ok? Bye! Assalamualaikum...”, Sepi. Gagang telah diletakkan. Jihah terpana. Dia ketap bibir. Lantas gagang biru muda itu diletakkan semula ke tempatnya.Kenapa dengan dia? Selalu dia tak macam nih! At least.., bagitau la elok-elok!Jihah tarik nafas dalam. Entah mengapa, seolah ada terselit satu rasa bimbang di hatinya. Seolah ada sesuatu yang buruk akan berlaku. What happen?

Bersambung...............

Thursday, May 05, 2005

citer pasal mangga kt sbelah nih... aku bru tuko gambor... selera baru...
gambo nih aku amik mase kat taman rekreasi seremban...
sungguh menyelerakan...
amik gambor je la...
nak petik tak bleh...
org punyer....
tkpe la...
mangga depan rumah aku nih melambak2...
sape nak, mai datang umah aku.. hi..hi...

Wednesday, May 04, 2005

sambung criter semalam....

>>Sampai kat rumah dri melaka dah kul 7.30 malam... kelam kelibut dengan nak anta van yg disewa... pastu nak solat maghrib lagi... pastu nak masak makan malam lagi... sib baik adik pompuan aku tuh ade... hi..hi... die la yg masak.... aku... baik tak payah masak... bukan sedap pun... tekak org bujang cam member2 serumah tuh bleh la telan, tapi sampai kat tekak org tua nih... tak masuk....

>>aktiviti malam... tengok AIM.... aku nak tgk Mirwana.... best la mirwana... ok la tuh dapat nyanyi kat AIM..... lagu pun best... vokal power.... kira setanding la ngan depa2 yang rock2... hip..hop tuh... dapat gak la audience tgk nasyid ek... kalu tak tuh.... memang tak de nyer nak dgr lagu nasyid nih.....

1 Mei 2005

>>hari untuk pekerja tapi yg tak bekeje pun selebrate gak... especially adik2 aku tuh... hepi sungguh kalu cuti skolah.... Aktiviti aku seharian dihari ahad ni ialah mengemas rumah besama2 ngan adik aku Yan... sesi clean and clear.... clean the house and clear everything yang tidak diperlukan dan rasa cam menyemakkan rumah... aku kemas kat bilik arwah atuk... bilik tuh jadi tempat solat dan tempat simpan buku2 ku yng melambak2 tuh.... since atuk meninggal last 2 years... semut dah bersarang kat buku2 tuh... nak mengamuk je rasanyr ngan semut nih... habis buku2 aku..... tapi tak bleh nak marah coz die pun makhluk Allah gak.... dah memang tempat die.... aku clearkan almari dan masukkan sume buke kat dalam almari.... keluarkan katil lama then letak kat luar rumah, jadi pangkin tempat lepak2 sekeluarga.... satu lagi part yg aku rasa sayang tul la.... kertas2 exam... nota2... sume aku bakar... sayang mmg sayang tapi serabut dan kertas2 tuh pun dah lama... dari putih dah jadi kuning... so the best way is... bakar..... sekurang2nya tk la dibuang2 merata2... ilmu tuh....... dalam ramai2 adik2 beradik aku nih... aku sorang jer yang jenis simpan buku... dari tingkatan 1 nyer sampai masuk U.... kenangan wat aku... sayang..... banyak memori yg boleh diimbas kembali dengan melihat buku2 tuh....

>>Aku ingat bleh habis kemas satu hari... extend plak sampai hari isnin..... yang jd lambat tuh bukan ape... tetiba mak aku sakit plak... risau tul aku... tak penah mak aku kene migrain sampai camtuh skali... nyaris nak bawa sepital.... famili aku nih mmg history migrain.... aku tak penah lg kene teruk sampai nak kene bw sepital nih.... kat klinik, Dr bg injection..... pil tak jalan.... mak tak bleh bangun, mta tk bleh buka.... memang lembik... aku nangis dah... sabo je la.... adik aku yan relax jer... siap coolkan mak aku lagi... yg aku nih dh mengalir air mata... waaaa...... abah suh aku drive... mase nak bawak gi sepital pun... abah panggil aku coz aku nih nak sulung.... aku btanggungjawab... tuh yg malu bile aku dulu yg kuar air mata.... nih kire second time la kes emergency melibatkan mak aku..... aku jd cam kaku... tak tau nak betindak camne..... tapi since dah 2 kali nih, insyaallah next time kalu blaku lagi emergency camni... aku bleh la handle.... dah ade pengalaman la katakan... :)

2 Mei 2005

>>ari isnin yang best sebab cuti.... mak dah ok skit.... tapi still sakit lagi kepala tapi dah boleh bangun dan buka mata..... pastu masakkan rendang itik2 untuk anak2 nyer nih.... so hati aku lega... bukannyer ape... arini dah nak kene balik... kalu mak tak sihat lagi, aku tak balik.... sebelum balik, banyak kali aku tanya mak aku tuh...."mak ok ke nih, along nak balik dah nih?".....mak aku kata ok... so aku balik arini... ngan bespren aku julie...

>>plan nak balik kul 2ptg... last2 extend ke pukul 5... malas plak rasanyer nak balik awal2 sangat... kul 5 kuar dari rumah...aaaa... sayangnyer nak tinggalkan rumah lagi.... rindu ngan mak n abah dan adik2 especially naim... da cute my youngest little brother..... nakal sgt....

>>along the way balik... macm2 bende nak citer.... aku risau jam... kul brp la sampai kalu jam... aku agak jam teruk pun kat tol senawang... tapi sangkaan ku meleset sama sekali.... masuk je bukit putus dari ulubendul dah jam.... bayangkan aku sangkut kat bukit putus je sejam.... dah la nak bukit... aku naik risau sebab ramai dah kete berenti tepi jalan... over heating.... heat meter kete aku pun semakin naik... aku dah naik gabra nih.... kalu aku biar lelame leh beasap nih....tapi aku buat2 cool la..... alhamdulillah sampai kt atas.... so bile nak turun bukit putus tuh, meter turun skit2.... alhamdulillah la.... tk leh nak kate ape lagi...

>>aku penah tesangkut kat bukit putus sblm nih, masa tuh naik bas.... pun sejam gak sangkut... dasat tul.... keluar bukit putus... jam dah kul 7.55 malam... kami tak solat maghrib lagi.... mujur la aku penah keje kat senawang dulu... so tau la selok belok senawang.... berenti kat surau taman ixora, taman perumahan aku tinggal dulu..... solat jamak.... kuar tol senawang....

>>sebaik sahaja menjejak PLUS hway.... dari jauh kulihat kereta bgerak perlahan2... jam lagi... kat sini memang aku dah get ready ngan jam so... biase la..... plan nak berenti kat R&R seremban nak pekene nescafe.... sebab pejalanan jauh lagi coz jam... aku nak anta member aku nih balik UM.... biase dalam 1 jam dari senawang toll... tapi dah campur jam.... aku estimate 2 jam....

>>R&R seremban pun crowded... takleh nak citer la... nak makan payah.... tempat takde...fuh... sbb tuh la kitorang decide solat kat surau taman coz nak elakkan ramai org kat R&R seremban... sampai jer terus pekene nescafe ngan sup panas... fuh sedap maaa...

>>dalam kul 9 masuk blik hway, alhamdulillah sampai UM dalam kul 11 malam... tepat masa anggaran aku... hi...hi.... anta julie, aku pun terus balik semula ke bangi.... berpatah balik dalam 20 minit...kalu kete banyak 30 minit... aku pasang radio IKIM kuat2..... ye la... dah start nantuk maaaa..... sampai bangi kul 11.30 malam...... mandi...tidoooooooooooooooo....... penatnyer.....

>>esok keje..... gaji aku stuck lagi... apehal entah... geram tul aku.... esok aku nak kene tipon jab bendahari lagi.... camni la keje aku.. kalu keje kontrak nih... gini la..... malas dah aku nak ngadap org bendahari tuh... so nak tipon je esok.... esok gak nak fax sijil aku kat bapak aku... aku tak sanggup dah nak keje kat sini.... aku nak minta keje lain... hfully dapat la keje yang stable skit.... kalu tak...sokmo... dieksploitasi je la.... ok la... case close...


Till Now...daaa.... BlUes Ke AkU??

Tuesday, May 03, 2005

29 April 2005

>>sebaik sahaja tamat office hour, aku terus cabut balik rumah coz nak pack barang untuk balik kampung. bisenyer aku balik kul 6.30... keroje bnyak... kul 6 baru dapat kuar tol bangi...banyak plak mendenyer yang nak diuruskan... masa tak nak balik kampung, taknak buat... padan muke aku.... alhamdulillah jalan tak jam...

>>sepanjang pejalanan, baru aku perasan ade mamat follow dekat ngan kete aku... dari K.pilah lagi, rasanye la.....nak lumbe lah kunun... bleh blah... aku pecut la... tapi tak la lebih 120.... agaknyer die tengok aku bawak laju... pastu pompuan plak tuh... kelelakiannyer tecabar.... mende le org lelaki nih... mende sempoi camtu pun nak fight.... takde pekdah btul... suke la ati mamat tuh, dapat potong aku gak akhirnya... lantak ko la.... sampai simpang nak masuk kampung aku tuh.... die pun menunjukkan skilnyer memotong kete2 dan lori2 yg kat depan... (dalam ati aku... tak sangka mamat tuh dok sekampung ngan aku... sape ntah la... tak kenal plak aku). Aku ingat die dah sampai rumah.... dalam lambat2 aku tuh.... bila nak masuk simpang ke rumah aku... tup2 die ade kat depan.... laaa.... bukan setakat sekampung... sepalong..... hi..hi...

>>sampai rumah kul 8.30 malam.... bayangkan dari bangi kul 6.00ptg.... sampai je depan rumah, adik2 dah menunggu dengan gumbirenyer... aku lagi gumbira.... salam abah... 1st soklan yg kuar dari mulut abah..... "dari bangi kul brp?"... aku cakap la dengan jujurnyer... kul 6.... terus kene sound.... "cepatnyer"... hi..hi... aku sengih jer la.... pastu salam mak plak.....

>>aktiviti sebaik sahaje tibe kat rumah ialah....MAKAN.... lapor wehhh..... mak masak ikan sungai (ikan ape aku tak tau la)..masak lomak cili api.... sodap wehh...
pastu TIDO....

30 April 2005

>> ke Melaka jemput adik aku, angkut sume barang2 die sebab dah berenti keje.... bosan katanyer... lantak la... yg penting hati epi... aku pelagi, kalu dah ke melaka tuh.... amik kesempatan la jumpa member lama... sementara die masih ade kat melaka tuh dan aku masih bekesempatan ke sana....

>>Aku sempat jumpa El dalam setengah jam jer... sbb dah kene sound suh balik... ntah mana menghilang... dah la tak tolong angkut barang.... hi...hi... memang aku tak nak angkat pun... tak kuase aku.... berat....

>>tak banyak mende nak bual ngan el... tapi jumpa2 terus citer pasal isu besar anak2 dara nih... waaa... ape lagi kalu bukan hal kawin.... maleh den nak eleborate kat sinih... pebincangan P&C hi..hi.... ape2 pun.... sama2 la doakan yang terbaik yer El... :) El -> u r still the winner.. kih..kih.... ramai yg Q... saya?? ;)... nak kene mendengar nasihat mek El nih... org pengalaman la katakan...

aaaaaa... penat aku menaip.... sambung esok.... daaaaa