Wednesday, April 27, 2005

Depression Treatment: You Can Feel Better

There are two common types of treatment for depression:
medication and psychotherapy.
Ask your doctor which type is best for you.
Some people need both treatments to feel better.

Medication

Your regular doctor or a psychiatrist
(a medical doctor trained in helping people with depression)
can prescribe medication for you.
Antidepressants may take a few weeks to work.
Be sure to tell the doctor how you are feeling.
If you are not feeling better, you may need
to try different medicines to find out
what works best for you. Medicines sometimes
cause unwanted side effects.
You may feel tired, have blurred vision,
or feel sick to your stomach.
Tell the doctor if you have these or any other side effects.

Psychotherapy or "Talk" Therapy

Psychotherapy involves talking to someone
such as a psychologist, social worker, or counselor.
It helps you learn to change how depression makes
you think, feel, and act. Ask your doctor or psychiatrist
who you should go to for this kind of therapy.
You can feel better.

Monday, April 25, 2005

Sambungan.... Puteri Bunian (2)



“lapan...sembilan..sepuluh... . Ok..cukup!”, Ben yang bertanggungjawab mengira ahli kumpulannya puas hati dengan bilangan yang sedia ada.

“Ok...guys! Before we start our journey, I think, it’s better for you all to know each other. Especially your group members. Because, all the way nanti, you’ll be working together a lot...”,Ketua ekspedisi itu, Encik Azman bersuara lantang menerangkan kepada ahli-ahli ekspidisi yang terdiri daripada 60 orang semuanya.

“Ha...cadangan yang baik!”,Sham menambah. Mereka sekumpulan ketawa.

“Ben..., memandangkan kau telah melantik diri kau sendiri untuk jadik ketua kumpulan, so, baik kau mulakan dulu..”,

“Wei..blah kau! Bila aku lantik diri sendiri..”, Mereka ketawa lagi.

“Ok..la, semua setuju tak Ben jadik ketua kumpulan...?”,

“Ok!!!”,Ben sengih kerang busuk. Ceh, termalu la plak dipilih menjadi ketua. Terbukti aku memang ada karisma...

“Ok arr..., Assalamualaikum.., dan selamat pagi! Nama aku Benjamin Toha. Panggil Ben!”, Setelah itu, Azim, Sham dan Faruq memperkenalkan diri. Diikuti oleh 6 lagi ahli kumpulan yang lain.

“Hello guys and girls! My name is Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Burhanuddin.. . you all can call me Jihah..”,

“Hok a loh..., nak sebut gak Raja ngan Tan Sri tu.. . Mm.., susah arr, ada anak orang kaya dalam group kita nih...”,Perlahan Sham berbisik di telinganya. Azim sengih. Sekian kalinya, dia pandang gadis itu. Mm.., terlampau benar sangat lah apa yang dikata si Sham nih. Mesti budak nih banyak hal... . Nampak gaya pun, leh tahan berlagak. Tapi..., cun jugak budak nih!

“Ok guys! Skang nih, kita ada 5 lelaki, 5 perempuan. So, aku ingat, kita bagi partner-partner... . So, keselamatan yang pompuan tuh, terjaga la sikit at least...”,Mereka gelak.

“Sure ke terjaga? Orang lelaki zaman sekarang nih, bukan boleh percaya sangat...”,Tiba-tiba ada satu suara menyampuk. Semua mata beralih arah. Memandang kepada tuan punya mulut yang berkata, Najihah. Sepi sejenak. Berpandangan sesama sendiri.

“Kalau awak rasa leh jaga keselamatan sendiri, tak payah la ada partner, tuan puteri...”,Namun suara Azim selamba memecah keheningan itu. Jihah bulatkan mata. Tanda tak puas hati.

“You nih nak carik gaduh ke?”,Jihah telah pun berdiri.“Apasal? Tuan puteri nak gaduh ke?”,Azim masih selamba berbicara.

“OK..OK..., satu team jangan gaduh...”,Segera Ben meleraikan pertelingkahan dua anak buahnya itu.“Kita buat undian.. . Yang lelaki akan amik nama partner yang dah ditulis dalam gulungan-gulungan kertas nih..”,

“Guys.., come here..”,5 gulung kertas kecil dihulur di tapak tangan Ben. Lantas Azim, Sham, Eddy dan Faruq mengambil. Satu lagi yang tertinggal adalah untuk Ben. Azim segera duduk sambil membuka gulungan kertas itu. Bismillah....JIHAH...Azim tepuk dahi. Waduh...waduh...., masak aku..!!

“Azim!”,Dia menoleh pada si pemanggil.

“Aku Eddy!”,Azim hanya mengangguk. Senyum sedikit.

“Aku suka apa kau buat kat Jihah tadi. Belum penah ada orang gaduh depan-depan ngan dia cam tuh...”,

“Kau nih sapa? Balak dia?”,

“Uish...., mintak simpang malaikat 44. Aku cousin dia je..”,Azim sengih.

“By the way, kau dapat sapa?”,Azim diam garu kepala. Camana nak jawab?

“Don’t tell me..kau dapat...”,Azim angguk-angguk. Tak perlu dihabiskan, dia sendiri faham siapa yang dimaksudkan.

“Memang buku jumpa ruas... . Good luck bro...”,Eddy sengih lagi, sambil menepuk-nepuk bahunya. Azim mengeluh kuat. Cekak pinggang, sambil menggeleng-geleng perlahan. Dia keluarkan tape recorder yang disimpan di dalam poketnya. RECORD.

“Aku dah dapat partner. Aku dapat rasakan perjalanan aku kali ini sangat menakutkan....”,STOP....
___________________***_____________________

Suasana agak sepi. Sepi di antara mereka berdua. Masing-masing hanya membawa haluan sendiri. Jihah pandang lelaki di hadapannya itu geram. Nyampah aku...! berlagak betul!

“Kenapa awak pulak! Mana Eddy? Saya nak Eddy jadi partner saya...”,

“Eddy partner orang lain... . Ini hasil undi, mana le saya tau..”,

“Saya tak puas hati cam nih. Saya tak nak awak..”,Lelaki itu sengih.

“Hello minah, apa awak ingat saya nak sangat partner ngan awak?! Skang nak naik ke tak? Kalau tak nak, tinggal sini! Lagi senang!”,Kurang asam punya jantan! Mulut tuh cam tak ada insurans. Heleh..., cam aku nak sangat dia jaga aku.. . Aku boleh jaga diri sendiri la... . Tak heran!

“MAK!!”,BUK! Sekali lagi dia terjatuh.
Azim menoleh. Mengeluh lagi.Ala mak ai...minah sorang nih! Jatuh lagi...

“Awak OK tak?”,Dia dengar gadis itu mengerang perlahan.

“Ok tak?”,Dia menyangkung di sisi gadis itu kini. Jihah memandangnya sejenak, sebelum menjeling dan pantas bangun.

“Tak ada apa-apa lah!”,Lantas dia berjalan perlahan.Azim pandang. Sengih. Lawak anak orang kaya nih...

“Bak sini beg kecik tuh, saya bawakkan... . Beg bertimbun-timbun cam nak gi bercuti kat Paris! Mana ada orang naik gunung cam nih!”,

“Eh yang awak sibuk nih naper? Sukati saya la!”,Azim sengih lagi. Suka melihat wajah Jihah marah begitu.

“Bak sini beg tuh...”,

“Tak payah! saya boleh bawak sendiri!”,

“Bak sini!”,Pantas beg yang disandang di sisi kanannya ditarik. Jihah tersentak.

“Jangan bodoh sombong dalam hutan nih....”,Sebelum berlalu, sempat dihadiahkan sengih ‘insulting’ nya. Jihah ketap gigi.Mama....papa...Jihah nak balik!!!!

“Mak nenek, apa lagi termenung tuh. Cepatlah!”,Tengok tuh..., kalau tak nyakitkan hati aku tak sah agaknya!Cepat dia berjalan menyaingi Azim. Tanda geramnya. Apa, ingat aku lembik sangat? Aku pun boleh naik gunung la!!!Namun diakui, tanpa satu beg yang diambil Azim tadi, perjalanannya menjadi agak mudah berbanding tadi.

“Zim!!! Camana kau?”,Jeritan Eddy terdengar dari atas. Azim gelak-gelak kecil. Memandang dia sejenak.

“Azab amat!!!”,Dan kala itu, rakan-rakannya yang lain turut sama ketawa. Jihah tahu mereka menggelakkannya. Dia pandang Azim dalam.Nanti awak...., gelakkan saya ye..Apa? Awak nak wat per?Tak per...tak per... . Tau lah nanti...Mata mereka seolah berbicara. Azim sengih lagi.

“Ei..benci!”,Lantas Jihah percepatkan langkahnya. Kala itu, hatinya memasang dendam. This guy nak kenal sangat Najihah yang sebenarnya agaknya... . Nanti lah kau....! Watch out man...

______________***___________________

Mereka berjalan longlai. Tidak lama, salah seorang daripada mereka jatuh tersungkur tengah pohon-pohon yang merimbun itu.

“Aku tak tahan dah wei! Aku tak larat! Aku lapar!”,

“BODOH!!! Kau ingat aku kenyang? Hah, aku larat! Kita tak ada pilihan lain! Polis bersepah-sepah kat bawah carik kita!”,Dia juga turut terduduk. Masuk hari ini, mengikut kiraannya, sudah hampir 4 hari mereka berada di gunung ini. Tanpa makanan, dan hanya minum embun-embun pohon dan air sungai mengalir. Sesekali, mereka terpaksa makan daun-daun pokok yang tak pasti keselamatannya.

“Abis? Nak tunggu sampai bila? Sampai maut kita kat dalam hutan rimba nih?”,

“Lagi dua tiga hari... . Aku pasti, masa tuh kegiatan mencari dah kurang. Kita turun masa tuh...”,Zack memandang rakannya itu. Sejenak, dia melempar pandangan jauh.Aku akan keluar dengan selamat! Aku takkan tumpas!

_______________***_______________

Nasi bubur yang masih panas itu ditiup perlahan sebelum dihirup masuk ke dalam mulut.

“Peghh..sedap! Tengah lapar gini, makan apa pun sedap!”,Mereka ketawa melihat gelagat Sham, yang sememangnya berselera besar, tambah pula dengan badan yang agak besar.

“Hmm...kau, apa yang tak sedap! Tolak kayu ngan batu, semua kau telan!”,Mereka ketawa lagi.

“Tuan puteri kita mana?”,Sedar ahli kumpulan yang kekurangan, Ben lantas membuka mulut bertanya.

“Ina..., Jihah mana?”,Ina, angkat bahu.

“Dia kata tak selera tadi. Dia gi mana tah. Sana tu..”,Wani, yang agak peramah orangnya sukarela menjawab.

“Plak dah... . Dari semalam aku tengok asik makan biskut oreo dia je.. . Tak lapar ke..?”,

“Dia memang cam tuh. Kalau dia tak nak, tak nak le.. . Berbuih dah mulut aku ni pujuk.. . Suruh orang lain plak arr..”,Eddy pula menambah. Suasana sepi sejenak. Azim makan selamba. Perut lapar mahu diisi. Namun, dia terasa sedikit ganjil.Pahal lak semua orang sunyi sepi nih... .Lantas dia angkat muka.

“Pahal korang pandang aku?”,Dan semuanya sengih bermakna.....

Benci betul..., abis parut sana sini. Nyamuk nih, cam tau-tau plak nak pilih aku. Benci arr..., camana nak pakai baju sleeveless lepas nih. Teruk tangan bertanda-tanda. Macam orang kena chicken pox je..

“Cik kak!”,Ish.....mangkuk nih lagi! Muak aku dengar suara dia... . Benci!

“O....cik kak! Pekak dah ke..”,

“Ei...tak boleh tengok orang senang! Sibuk aje mengacau! Apa dia?!!”,Kasar dia bertanya.

“Ewah..ewah...garang betul nampak! Awak nih tak reti nak cakap elok-elok ekk?”,

“Dengan orang lain boleh, dengan awak je tak leh!”,Azim tersengih.“Sukati awak la.. . Saya pun geli kalau awak cakap baik-baik ngan saya.. . Nah amik bubur nih, makan!”,

“Tak nak la! Geli tau, geli! Saya tak nak!”,

“O geli ekk..! Abis tuan puteri nak makan apa tuan puteri... . Steak? Chicken chop?”,

“Saya makan ke, tak makan ke, awak peduli apa?”,

“Mesti lah saya pedulik!”,Jihah agak tersentak. Memandang dalam maksud lelaki itu. Dia pedulik?

“S..sa..saya.., arr.., saya bet ngan bebudak tuh awak makan! Kalau awak tak makan, kalah arr saya!”,Kecewa. Entah mengapa, dia tak pasti. Namun, jauh di sudut hatinya, dia kecewa.

“Fine..., cam tuh ekk?”,Lantas diambil mangkuk bubur itu daripada pegangan Azim. BURR!!! Dituang ke tanah.

“Nah, amik mangkuk kosong nih, cakap ngan diorang saya dah abis makan! Amik lah duit yang awak nak sangat tuh..”,Azim diam. Tunduk. Memandang nasi yang tumpah di tanah.

“Orang miskin kat luar tuh, kalau dihulur semangkuk bubur cam nih, bersyukur macam dapat emas seketul! Awak boleh buang macam tak ada harga! Makanan ni rezeki tau! Rezeki tuhan yang bagi! Jangan bangga sangat ngan apa yang awak ada! Sebab bila-bila tuhan boleh sungkurkan awak macam mana bubur yang awak tumpahkan ni tertempek kat tanah tu... . Berlagak!”,Jihah terdiam. Rasa marah dan bersalah silih berganti dalam hatinya. Marahnya melihat wajah Azim menengkingnya sebegitu, dan rasa bersalah pula mengenangkan akan kebenaran kata-kata dia tadi. Kerana itu, dia hanya terpana, melihat lelaki itu berlalu meninggalkannya.I hate you!

________***____________

Dia beralih arah lagi. Entah mengapa, mata yang terasa letih benar tadi, tidak pula dapat melelapkan mata. Bagai bermain-main peristiwa yang berlaku tadi. Tidak disangka, perkara yang dianggap kecil, memberikan impak yang besar kepada orang lain.

“Saya mintak maaf pasal tadi. Saya tahu saya salah...”,Azim memandang pelik. Begitu juga dengan yang lain. Lebih-lebih lagi Eddy, sampai terjengil bijik mata melihat sepupunya yang keras kepala kalah batu tuh mintak maaf..

“Arr..tak per.., tak per...”,Jihah senyum manis.

“Saya duduk sini boleh?”,Merujuk kepada tempat kosong di sebelah Azim. Lantas Azim beralih sedikit, sebelum mengangguk. Dia segera duduk di sebelah Azim melengkapkan bulatan mengelilingi api kumpulan mereka.

“You guys nak tengok show tak?”,

“Show? Asal kau tak buat show pelik-pelik dah... . Pengsan Azim kang. Mata dia tuh suci...”,Lantas mereka ketawa. Azim hanya tersengih malu. Mungkin dia malas mahu menjawab gurauan mereka malam itu.Jihah segera bangun. Mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

“Petang tadi, I found something very interesting...”,

“Ta...ra!!!”,Lantas diangkat gambar itu. Ditunjukkan kepada semua orang. Dia dapat lihat beberapa wajah berubah.

“Agak-agak korang la..., budak pompuan nih sapa? Yang nih, korang kenal kan?”,Menunjuk kepada lelaki ber’cap’ memeluk budak perempuan berbaju kurung yang sedang duduk. Sejenak, dia menjeling kepada Azim.

“Jihah, bagi balik gambar tuh..”,Azim bersuara tenang, walaupun, dia sudah pun berdiri. Jihah gelak perlahan.

“Jap la.., seronok main nih!”,

“Jihah..., bagi sini gambar tuh!”,Agak tegas kali ini.

“Relax la Azim! Takut sangat orang tayang gambar awek dia.. . Mm.., boleh tahan mesra ekk? Tengok awak nih cam baik, pegang pompuan kat sini taknak. Peluk-peluk awek OK pulak ekk?”,

“Jihah, jangan melampau!!”,Kuat suara Azim kali ini.Jihah pandang dalam wajah Azim.

“Ei Azim! Kau ingat kau sapa boleh tengking-tengking aku? Hah?!! Belum ada orang berani tengking-tengking aku tau! Jangan pikir kau bagus sangat! Sorry, beb! Ini Najihah!”,

“Fine then! I don’t care who you are, just give me back that picture!!”,

“You want this?! OK!”, Lantas, selamba gambar itu dicampakkan ke dalam api yang sedang marak di tengah bulatan.

“Go and take your babe..in there..”,Kemudian dia peluk tubuh, sambil tersenyum puas. Hah...puas hati aku! Padan muka kau! Ada hati nak ajar aku konon...Azim hanya memandang gambar itu dimakan api. Sejenak, dia tunduk. Berpaling.

“Dah puas hati awak? Lepas dah dendam kesumat? Abis dah marah? Thanks a lot! What a great show...”,Perlahan Azim berbicara. Kemudian, dia berlalu pergi. Jihah memandang.Alahai..., jiwang mamat nih! Baru aku campak gambar awek sekeping, dah terasa...

“Kau nih naper Jihah? Kau ingat kelakar ekk? Ha..ha..ha.., kelakonya..! Kau nak tau tuh sapa sebenarnya?”,Dia tarik muka bila Ben bercakap serius di hadapannya.

“Pandang aku!! Dengar aku cakap baik-baik..”,Kasar, Ben menarik lengan Jihah hampir kepadanya.

“Budak pompuan tadi tuh, adik Azim! Adik dia yang dah meninggal tahun lepas accident. Skarang kau gelak aku nak tengok! Lawak kan? Gelak la..!! Apasal kau diam?!!”,Wajah Ben yang menengking dipandang dalam. Jihah tersentak. Terasa mata panas. Tidak lama, lelaki itu berlalu, sebelum menggeleng seolah jijik melihatnya.Oh my god! What have I done?!Setelah itu, satu persatu rakan sekumpulan meninggalkannya. Ada yang menayang muka benci, ada yang seolah mengejek. Ada juga seperti jelek melihatnya. Dia tunduk.

“Eddy..”,Meminta belas. Dia mahu menerangkan duduk perkara sebenar. Dia tak bermaksud.

“Kau nih tak pernah berubah! Kepala batu! Dendam tak bertempat! Bila nak sedar?! Malu la sikit... . Buat malu keluarga je!”,Namun hampa, Eddy juga menghambur amarah. Ke mana mahu dia mengadu?

PRAP!! Bunyi itu menyentap lamunannya yang panjang. Terasa matanya basah. Entah bila dia mula menangis, dia sendiri tak pasti. Bagaimana dia mahu meniti hari esok? Bagaimana dia mahu bersemuka dengan Azim? Mahukan Azim menolong mengangkat begnya lagi? Yang pasti, masihkah dia berpeluang untuk menjadi ahli kumpulan itu lagi?

“Sini....cepat!”,Suara itu memecah keheningan. Walaupun berbisik, namun, dapat ditangkap dengan jelas. Terasa bulu romanya menegak. Siapakah di luar? Dia dengar derap kaki. Dia pandang Ina di sisinya yang sedang lena tidur.

“Ina...”,Perlahan, dia gerakkan Ina. Namun, Ina hanya berpaling membelakangkannya.Alamak...camana nih! Sapa kat luar tuh...

“Carik makanan...cepat! Kita tak boleh lama.., nanti ada orang sedar..”,Terdengar seolah seseorang memberi arahan. Dia telan air liur. Lantas diambil torchlight di sisinya. Perlahan-lahan, zip khemahnya itu dibuka. Dia suluh sedikit ke luar. Tidak nampak apa-apa. Lantas dia beranikan diri keluar sedikit demi sedikit.

“Siapa tuh?”,

Suara dengkuran halus kedengaran. Dia berpaling pada Sham. Ceh.., dia nih! Siap berdengkur lagi...Azim tukar posisi. Menarik nafas dalam. Sejenak, dia menggeleng pula. Terbayang wajah cantik itu.Kenapa la agaknya dia jadik cam tuh ekk? Mak bapak dia tak ajar ke hormat orang lain! Lagak kumain. Macam dunia nih bapak dia yang punya..

“Siapa tuh?”,Tersentak mendengar suara itu, dia lantas duduk.Aik...cam kenal je.... Baru sebut dah dengar suara...?

“Ahh..”,Dia seolah mendengar suara jeritan pendek. Ehh.., betul ke telinga aku nih!Pantas melihat jam di pergelangan tangan. Pukul 3 dah nih... . Apa aja keje budak nih memalam buta nih? Kawan ngan jin gamaknya dia nih...tu la perangai macam jin ifrit!Namun begitu, dia segera mencapai torchlight. Zip khemah dibuka perlahan. Dari celah bukaan itu, dia mengintai. Tiada apa-apa yang dapat dilihat. Lantas dia merangkak keluar.

“Angkat dia cepat!”,

“Nak buat apa dengan budak nih?!”,

“Angkat aja! Cepat! Bodoh!”,Samar-samar, dia nampak dua lelaki berpakaian hitam. Ada gadis yang tidak sedarkan diri di tanah. Segera dia berlari anak berselindung di balik pokok. Dengan cahaya api yang makin malap, dia cuba mengenal pasti gadis itu.

“Jihah...”,Perlahan. Nama itu terucap di bibirnya. Alamak..., apa aku nak buat nih..Ahh...biar aja lah! Biar diajar sikit..Ish...mana boleh! Kot kena rogol budak tuh, pastu kena bunuh, mesti hantu dia kaco aku nanti..!Dia memandang ke khemah. Ok.., aku pegi bangunkan budak-budak tuh..Namun, sebelum bergerak, dia paling semula kepada dua lelaki tadi.Alamak..., diorang dah gerak. Mana pulak nak bawak si Jihah tuh?!!Azim garu kepala. Tak sempat dah! Mau tak mau.., aku kena ikut dulu!Dia tarik nafas dalam. Keluarkan sesuatu dari poketnya. Dan sebatang pen yang kebetulan tersangkur di poket dada windbreaker nya. Bismillah hir rahman ni rahim... . Ya Allah..., bantulah hamba-Mu ini....

___________________***__________________

Perlahan-lahan, dia buka kelopak mata yang terasa berat.

“Auchh...”,Tengkuk terasa sakit. Lantas mahu diangkat tangan, namun, tangannya juga terikat. Takut mula menyelinapi diri.Kat mana nih...Dia toleh sekeliling. Cuba mengingati apa yang berlaku.

“Siapa tuh?”,Kala itu, dia nampak dua lelaki datang menghampirinya. Dia cuba menjerit, namun, belum sempat, pandangannya gelap. Dan kemudian dia tidak tahu apa yang berlaku. Segera dia lihat tubuhnya atas bawah. Bajunya masih sempurna. Seperti malam tadi. Di manakah dia? My God..., apa yang akan berlaku?

“Ha..., dah bangun pun! Lama kau tidur!”,Lelaki yang semalam kabur wajahnya datang mengampirinya.

“Cantik rupanya kau nih! Malam tadi tak nampak... . Gelap sangat!”,

“Le...lepaskan aku! Lepaskan aku!!”,Lelaki itu ketawa. Lelaki yang satu lagi belum nampak di sekelilingnya.

“Hmm..., kau tuh berani sangat! Kalau kau duduk diam-diam! Tak da hal pon..”,Jihah paling, mengelak tangan yang mula merayap-rayap di wajahnya.

“Memang cantik!”,Lantas lelaki itu merapatkan wajahnya ke wajah Jihah.

“Tak mau! Don’t! Ahhh!!!!!”,Dia cuba mengelak, namun, dia tak terdaya.

“MAIL!!”,Ada suara kuat menjerit.

“Kau buat apa nih?”,Lelaki tadi segera bangun. Jihah melihat lelaki seorang lagi. Lebih bengis. Lebih menakutkan.

“Lepaskan saya... . Tolong! Lepaskan saya..”,Kala itu, airmatanya telah pun gugur.

“Lepak lah Zack! Kita dah lama tak jumpa ‘ayam’ baik punya cam nih! Fresh nih...”,

“Kau jangan carik pasal Mail! Kita guna budak nih jadik tebusan kita! Jangan sentuh dia dulu... . Banyak yang kita boleh guna...”,Lelaki bernama Mail tadi ketawa.

“Zack, nak guna wa no hal.. . Alang-alang nak guna..., kita guna abis-abis beb!”,tegak bulu roma Jihah. Air mata makin deras. Walaupun tak berapa jelas, namun dia dapat menangkap maksud lelaki berdua itu.Sapa nak datang selamatkan aku? Papa....mama...., tolong Jihah! Oh God..., help me....Kala itu terbayang satu-satu wajah. Entah mengapa, fikirannya terlekat satu wajah. Azim! Nih suma mamat nih punya pasal!

Kalau aku tak mengelamun pasal dia malam tadik, mesti aku dah lena tidur! Mesti aku tak sedar sesapa pun yang datang! Then, I won’t be here!But.., bukan ke aku yang salah! Sapa suruh aku buat jahat ngan dia! Sapa suruh aku aniaya dia! Tengok, suma orang dah benci ngan aku! Mesti diorang buat tak heran je aku hilang pun!

Waghhh.....“DIAM!! Jangan menangis! Pikiran aku dah cukup serabut dah nih!”,Jihah kemam mulut. Namun, dia tak dapat menahan sedunya.

“Aku kata DIAM!!”,Pang! Dilempang sekali wajah bersih itu.Jihah terteleng ke tepi. Sakit! Sakit amat! Mungkinkah ini balasan untuk aku? Mungkinkah begini penghujung hidup Najihah yang tak pernah mahu kalah ini? Tak...tak mungkin...

“LEPASKAN AKU!!”,PANG!! Sekali lagi habuan diterima. Lebih kuat kali ini.

“Cik Abang! Jangan tunjuk kuat dengan perempuan. Dayus namanya! Kalau terror sangat, nih hah, lawannya.. . Meh la..!”,Dia kenal suara itu. Suara yang sering menengkingnya. Suara yang jelek didengar. Suara yang pernah terluka olehnya.

“Azim..”,Dalam sendu, dia memanggil.

“Wah..., makin seronok perjalanan aku nih! Ada hero pulak...”,Dua lelaki itu datang menghampiri.

Azim telan air liur. Dia tak pasti adakah benar atau tidak tindakannya itu. Namun, dia tak mampu berdiam diri melihat Jihah dibelasah, lantaran itu, dia mengambil langkah keluar dari tempat persembunyian. Lelaki berdua itu datang mendekatinya.Apa aku nak wat nih? Dah le aku dah tersesat tengah hutan nih!Kala itu, fikirannya ligat mengingatkan buah-buah silat yang dipelajari.Pantang anak jantan mengaku kalah sebelum cuba...Lantas dia membuka langkah.Ya Allah, kalau kau redha tindakan ku ini.., aku pohon bantuan-Mu.. . Berikan aku kekuatan...

“Ewah...bersilat pulak dia.. . Mail, meh kita cuba budak mentah ni punya silat..”,Lelaki bernama Mail itu ketawa.

“Iyeahh!!”,

BUK! BUK! BUK! Tiga kali penumbuk terakhir dihadiahkan di perut. Memang cukup untuk membuatkan si penerima senak beberapa minit sebelum dapat bangun semula.

“Hebat sangat ekk?! Amik nih..”,BUK! Penyepak pula kali ini.Azim tarik nafas dalam. Dia cekak pinggang, sambil tangan sebelah mengesat darah yang keluar dari hidung. Dua lelaki itu bergelimpangan dibelasah. Namun, dia juga tidak kurang teruk. Terasa pedih satu muka. Perut pula senak. Segera dia berjalan perlahan kepada Jihah yang terikat di pokok.

“Azim...”,Ikatan segera dilepaskan. Dia lihat gadis itu menangis.

“Azim...awak OK?”,Dia pandang Jihah sejenak. Ada sesuatu menyelinap di hatinya melihat gadis itu menangis.

“Cepat! Kita kena pergi dari sini.. . Mangkuk nih sakit tak lama...”,Jihah angguk-angguk. Lantas dia cuba membantu Azim berjalan.

“Lepaskan aku...”,Kasar, Azim menolak. Segera dilepaskan lengan Azim yang dipegang. Jihah berjalan di sisinya.

“Azim..., saya tolong awak jalan..”,

“Tak payah! Aku boleh jalan sendiri..”,

“Tapi...”,Azim tidak mempedulikan. Lantas dia gagahkan berjalan sendiri. Namun, dia akui, payah dek perut yang senak.“Awak nak marah, sukati awak. Saya tolong awak jugak...”,Lantas Jihah tarik tangan Azim ke bahunya, dan dipapah lelaki itu berjalan. Azim diam kali ini. Dia jeling Jihah sejenak. Sebelum tunduk memandang tanah.Kuch kuch hota hai...

_____________________________***_________________

Semuanya sepi. Berpandangan antara satu sama lain. Kertas kecil itu dibelek-belek.TOLONG!!!-Azim-Faruq berjalan kulur-kilir. Dia juga gelisah, seperti kawan-kawan yang lain. Dua rakan mereka hilang serentak malam tadi. Azim dan Jihah. Ke mana agaknya mereka?

“Ish....mana diorang pegi nih?!!”,Eddy hilang sabar.

“Diorang pegi mentenet kot!”,Ina menyuarakan pendapat.

“Oi..mulut tuh jaga! Aku kenal Azim dah lama! Tak mungkin! Lagipun, buat apa dia tinggal note ‘tolong’..”,Sham tidak bersetuju.

“Faruq!”,Mereka lantas berpaling kepada Ben yang baru selesai berbincang dengan penyelia, En Azman.

“Ben, amacam?”,

“Tadi En Azman bagitau. Dia dapat berita dari polis, ada dua orang perompak terlepas. Disyaki naik gunung nih... . Diorang still mencari..., belum dapat kesan..”,Kali ini mereka pandang sama sendiri.

“Mungkin...”,Sepi. Faruq terduduk. Sham tepuk dahi. Ben gigit bibir. Eddy pula, pucat tidak berdarah.Apa aku nak jawab ngan Mak Lang nanti.....

_____________________***_________________

Kedinginan yang menggigit tulang membuatkan dia tersedar daripada tidurnya. Dia buka mata perlahan. Deruan air terjun terdengar kuat. Dia paling ke sekeliling.Mana Azim?

“Assalamualaikum..warrah matullah...”,Dari jauh, dia lihat lelaki itu menghambakan diri pada Yang Esa. Jihah betulkan duduknya. Wajah lelaki itu tampak bercahaya di pagi subuh itu. Belum pernah dia nampak Azim meninggalkan solat yang lima waktu itu. Sering juga, dia disuruh mengimamkan ahli ekspidisi yang lain bersolat jemaah. Lantas dia bangun menghampiri air, lantas dicedok sedikit membasuh muka. Air sejuk itu terasa segar betul. Dia senyum sendiri.

“EHEM!!”,Lantas Jihah berpaling.Azim di belakangnya. Dia lantas tunduk.

“Aw...awak, dah OK?”,Takut-takut, dia bertanya. Azim tunduk sejenak, sebelum mengangguk-angguk perlahan. Kemudian lelaki itu duduk di salah satu batu di situ.

“Kau..err..awak OK ke?”,Jihah senyum. Walaupun lelaki itu tidak memandangnya tika bertanya keadaannya, namun, jauh di sudut hatinya, dia terasa lega. Sekurang-kurangnya, dia sudi berbual.

“Ok..”,Lantas dia turut mengambil tempat di batu lain. Dia pandang Azim sekilas. Wajahnya bersih. Kulit sawo matang. Tak dinafikan, memang ‘cute’. Baby face. Namun, dalam cute itu, ada juga tersirat ketegasannya. Namun, kala itu, wajah bersih itu dicemari dek kesan-kesan lebam di hujung bibir dan mata. Kesian Azim...

“Apa jadik sebenarnya?”,Jihah tersentak.

“Ha...?”,

“Apa yang terjadi sebenarnya?”,Azim ulang soalan itu.

“O.... . Mm.., saya pun tak tau. Malam tuh, saya tak leh tidur. Pastu saya dengar orang bercakap. Saya keluar nak tengok sapa. Diorang nampak saya. Belum sempat jerit, dah kena sepuk. Pastu, saya tak tau apa jadik...”,Azim diam.

“Camana Azim....tau.., saya..arr..diorang..”,Dia tidak meneruskan kata. Tidak tahu cara mana yang harus digunakan. Patutkah dia tanya, ‘Camana Azim tahu diorang culik saya?’, atau ‘Azim datang carik saya ke?’“Saya pun tak leh tidur jugak! Masa saya keluar, saya nampak diorang angkut budak pompuan dah pengsan... . Saya ikutlah. Tak sempat nak panggil member. Takut nanti tak jumpa pulak..”,Jihah angguk-angguk. Entah mengapa, terasa kekok bercakap dengan lelaki yang sering sahaja menjadi teman dia bertekak itu.

“Awak...awak tau ke yang pengsan tu saya?”,Apa yang membuatkan dia tanya soalan itu, dia sendiri tak pasti.Azim diam. Memandang Jihah dengan ekor matanya.

“Arr...forget it! Tak yah jawab! Mm..., so, apa plan kita nih? Apa kita nak buat... . Mana nak carik jalan balik camp?”,Segera dia ubah topik sambil mengangkat punggung ingin berdiri.

“Saya tau budak pompuan tuh awak...”,Dia dengar lelaki itu menjawab perlahan, walaupun diganggu dengan bunyi deruan air terjun. Jihah seolah tersentak. Hatinya terasa bagai sayu benar. Setelah apa yang aku lakukan padanya, dia masih mahu membantu?!Sepi. Jihah tunduk. Tidak dapat dibendung, airmatanya menitis.

“Thanks... . Saya tak lupakan jasa awak sampai bila-bila..”,

Azim segera berpaling. Kenapa pelik je suara budak nih...Eh..pahal lak dia menangis nih...

“Err..”,Mulutnya terkunci. Dia tak mampu berkata apa. Alamak.., nih yang aku lemah nih....

“Saya mintak maaf atas apa yang saya dah buat pada awak! Saya memang tak tahu gambar tuh sangat penting untuk awak. Kalau saya tau..., sumpah, saya tak buat! Saya cuma...pikir saya nak ba..balas dendam..”,Terus-terang gadis itu mengakui kesalahan dirinya. Azim mengeluh.

“Tak sangka..., orang yang saya kenakan, yang tolong saya.. . I’m so...sorry..”,

“Allah yang hantar saya tolong awak. Tanggungjawab saya.., sebab saya yang nampak. Saya yakin, kalau orang lain di tempat saya pun, diorang akan buat benda yang sama... . Berterima kasihlah pada tuhan...”,Jihah angguk-angguk perlahan.

“Awak...awak marah saya lagi?”,Azim pandang gadis itu. Merenung tepat ke dalam matanya. Dia senyum.

“Tak lah! Sebenarnya, saya pun silap gak! Saja je nak carik marah awak.. Kelakar tengok muka awak marah! Macam orang atasan...”,Jihah kesat air mata. Lega hatinya melihat senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu.

“Awak nih memang! Belum ada orang yang pernah buat saya marah sampai cam tuh sekali...! Awak orang paling berani tau!”,Azim gelak kali ini.

“Adeh...”,Namun, tidak pula dia mampu gelak beria-ia, dek kerana lebam di hujung bibirnya itu terasa berdenyut.

“Kalau itu satu penghormatan, saya berterima kasih..”,Jihah turut gelak. Hai..tak sangka, aku bergelak ketawa dengan lelaki yang pernah aku rasa nak bunuh, dan lelaki yang pernah aku lukakan dengan teruk!

“Oh ya.., by the way, orang atasan? Sapa tuh?”,Azim gelak kuat kali ini. Biar sakit, dia tak tahan lagi untuk ketawa.

“Uishh...golongan yang hebat tuh! Tuh, orang atasan pokok! Yang ada bulu panjang-panjang, terror gayut-gayut tuh...!”,Jihah bulatkan mata. Hah? Dia kata aku macam orang utan??? How dare he..Namun melihatkan Azim begitu asyik ketawa, marahnya seakan hilang, dan akhirnya, dia turut ketawa sama.

“Adeh..sakit!”,Azim mengaduh lagi.“Padan muka! Tuh la, dosa tau gelakkan orang lain!”,Mm..he is not that bad...Kala itu, terasa ada sesuatu menyelinap di hati....

___________________________***_____________________

Semuanya telah berkumpul. Menunggu arahan seterusnya. Walaupun ekspidisi terganggu, namun keselamatan rakan yang lain lebih penting dan mereka berbesar hati untuk terlibat sama dalam aktiviti pencarian. Sekumpulan polis telah pun tiba. Satu lagi kumpulan akan menyusul kemudian.

“Kita akan berpecah ikut kumpulan masing-masing. Kita cuba sedaya upaya untuk carik kawan-kawan kita. Kita doakan mereka masih selamat. Baik, kumpulan pertama akan diketuai oleh Inspektor Shamsul...kumpulan dua...”,Perhatian diberikan sepenuhnya. Ben tarik nafas dalam. Berpandangan sesama 3 orang lagi rakannya, Sham, Faruq dan Eddy.

“Kita akan carik Azim dan Jihah sampai jumpa...”,Lantas mereka mengangguk menunjukkan semangat setia kawan.Ya Allah..., selamatkan sahabat-sahabat kami...

______________________***__________________

“Jadi tinggallah kami dua beranak sampai sekarang...”,Jihah pandang dalam lelaki itu. Tabahnya dia menghadapi ujian tuhan...

“Apa pandang cam tuh? Tau lah handsome..”,Jihah lantas tertawa.

“Perasan...”,Walaupun hatinya mengakui kebenaran itu.

“Mak awak camana?”,Azim tarik nafas dalam.

“Mak saya kuat orangnya. Lebih kuat dari saya... . Dia terima semuanya dengan redha. Mulanya, abah. Sejak abah meninggal, dia besarkan kami dua beradik sendiri. Kami bukan orang senang macam awak! Lepas tuh, Ai’shah pulak! Sian mak! Kadang-kadang, saya nak sangat selam hati mak. Apa yang dia rasa sebenarnya... . Tapi, saya tau, mak saya rindu anak perempuan...”,Dia pandang Jihah sejenak.

“Sebab mak sibuk suruh saya carik awek. Dia nak kenal...”,Kemudian dia gelak kecil. Mengenangkan kesungguhan ibunya menyuruhnya mencari teman hidup segera. Jihah senyum. Dia angguk-angguk.

“Abis..., dah jumpa belum..?”,Azim diam kali ini. Sengih. Geleng-geleng.

“Sapa lah nak kat saya nih. hamba nih gagak di rimba. Jangankan nak pandang sebelah mata, separuh pun lom tentu ada!”,Jihah gelak kali ini.

“Impossible! Mesti awak yang jual mahal...! Sure ramai admirer nih.. . Awak nih menarik orangnya... . I bet, ramai yang tengah gilakan awak kat luar tuh..”,Azim turut gelak.

“Ye ke?”,Gadis itu bersungguh mengangguk. Azim sengih.

“Mm..., kalau macam tuh, awak aje lah jadik girlfriend saya. Boleh?”,Jihah terpana. Memandang Azim serius. Azim diam sejenak. Kemudian dia gelak semula.

“Cuak..!! Gurau aje lah..”,Jihah gelak semula. Namun, terasa kekok gelaknya. Kerana, kata-kata Azim tadi cukup terkesan di hatinya. Saya?Azim berhenti ketawa, tidak lama kemudian. Melihat jamnya.

“Dah masuk waktu Zuhur dah nih.. . Saya nak semayang Zuhur. Nak ikut?”,Jihah sedikit tersentak.

“Arr...saya..arr...”,Azim senyum.

“Tak pe lah! Saya semayang dulu ekk?”,Jihah akhirnya angguk perlahan.Belum ada orang pernah ajak aku semayang jemaah cam tuh...Dari jauh, dia lihat satu-satu gerakan Azim. Sudah lama dia tinggalkan suruhan tuhan itu. Seingatnya, kali terakhir adalah dia di darjah 4. Itu pun dipaksa dek ustazah yang mengajar. Ustazah Rohana. Dia masih ingat lagi wajah bersih wanita itu. Ustazah tu pon macam Azim.... Berani lawan kata aku! Terbayang pergaduhan dan persengketaannya dengan ustazah itu.

“Oit! Orang atasan! Jauh menung!”,Dia tersentak. Ish.., lama rupanya aku mengelamun. Azim dah abis semayang...

“Awak..”,

“Naper?”,

“Awak..ajar saya boleh?”,

“Ajar? Ajar apa?”,

“Ajar saya semayang...”,Azim memandangnya. Dalam. Hingga dia sendiri rasa serba salah.

“Orang lama kata, kecil tapak tangan, tu stadium Bukit Jalil tuh, hamba tadahkan tuan puteri...”,Azim tertawa. Jihah juga ketawa. Terima kasih awak...

Friday, April 22, 2005

Seharian Cuti Maulidur Rasul....

Aku dok sorang dari malamnyer sbb housemate aku sumenyer balik kampung... takut gak dok sengsorang dalam rumah besar nih... so aku banyak habiskan masa dalam bilik sambil tgk TV. Lepas solat subuh, kemas skit bilik dan dapur coz dah serabut sgt... sambil2 tuh basuh baju. Tak pikir lagi nak breakfast ape... jenguk periuk nasi, ade lagi nasi malam tadi... so aku pikir nak buat nasi goreng jer...

Breakfast smbil tgk TV.... tgk perarakan maulidur rasul.... tak lama lepas tuh aku rasa TV yang tgk aku... ish...ish... baru lepas makan plak tuh... bosan giler cuti satu hari... tatau nak buat ape.. petang nak kuar gi KL... tak bleh aaa dok dalam bilik jer.... macam nak giler ku dibuatnya...

Plan yang tak diplan... camne tu ek.... aku kuar dengan my fren mase kat UKM. Zamzurina.... kami nih satu matrik tapi tak la kenal mase matrik... bile masuk UKM dapat satu fak and jabatan, so aku jadi rapat ngan die ngan 2 org lagi.... tapi tak de rezeki kitorang jadi teman sekuliah lagi sebab die dapat offer buat medic kat UKM KL... so sejak berpisah tuh... kitorang contact tru phone jer.... jumpa pun jarang.... la ni bile dah keje, baru la bleh kuar2... jalan2... makan2....

So petang semalam, pi jumpa zam kat HKL (die tgh h/men)... sibuk giler la HKL tuh... serabut aku... berbual2 pastu pi kat rumah sorang lagi kitorangnyer fren gak (ANFAL) yang same gak kes ngan si zam nih... tak sempat nak sekuliah ngan aku sebab dapat offer wat medic kat UKM KL.... last time aku jumpa anfal nih mase tahun 1999 la, mase bepisah.... ermmm... sedih la nak ingat balik... Anfal masih cam dulu.... cume kurus skit... tapi aku hepi tak bleh nak describe sebab dapat jumpa balik member2 lama....

Lepas gi rumah anfal, balik semula ke HKL coz ade org nak jumpa si zam ni plak... nak pass barang.... lepas pass barang and solat, kami keluar ke The Mall mkan kat situ... last time aku gi The Mall nih seingat aku la, mase aku darjah 6... 13 tahun yang lepas.... ish..ish... tu pun sebab ade rombongan sekolah, kitorang singgah makan kat situ... aku pun dah tak ingat sangat....

Makanannyer mahal giler... rasa biase jer... sedap lagi makan kat warong dkt2 ngan rumah aku nih... tapi sebab kuar ngan closefren... rezeki ko la yer kedai.... habis makan, dah nak kul 7mlm.. ahh... cepat mase berlalu... tak puas la... nak jalan2 lagi cam tak best sebab dah nak maghrib... beli majalah pastu balik asrama Dr. pelatih.... lepas solat maghrib... lepak2 tgk TV...

Kul 9 balik ke bangi, depa suh tido kat situ... malas la... pagi esok nak kur awal2 sebab nak elak jam... tak kuase aku... dah la kat situ memang area jam..

last but not least....
-->Tahniah zam coz nak kawin dah hujung bulan 5 nih... ngan budak kelab silat PMKP... (sesame Dr diorang nih)
-->Anfal plak, insyaallah nak brtunang bulan 6...
-->Sorang lagi member sematrik ngan aku... ija nak bertunang gak insyaallah bulan 7 nanti ngan org kampung aku, xclassmate mase skolah rendah yang jugak satu matrik ngan aku...

aku tumpang gembira.... terasa diri semakin tua yer.... sebab dah nak kawin belaka member2 aku nih....

BluEs Ke AkU??

Tuesday, April 19, 2005

Oh....puteri bunianku...(part 1)
Hasil karya: akuorgbiasa

Skreet!! Sebuah Mercedez Kompressor berhenti tepat di petak parking yang tersedia. Beg dan fail segera dicapai dan tergesa-gesa keluar. TIT! TIT! Bunyi menandakan pintu kereta mewah itu telah terkunci. Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Borhanuddin berjalan anggun. Sesekali berlari-lari anak menuju ke lif berhampiran.Alamak, mati aku! Dah lambat nih...

Sampai di hadapan pintu ‘tutorial room’ itu, dia tarik nafas dalam.Ok..., relax! One two three...
KRUEK! Dia melangkah masuk.

“Morning sir!”,
“Morning! Najihah..., you’re late! Again!”, Pensyarah berbangsa india itu bersuara, sambil menguntum senyum. Najihah sengih. Perli la tuh....Selamba mengambil tempat di sisi sahabat baiknya, Shasha.
“Naper lambat?”, Setibanya di kerusi, Shasha terus menuju soalan. Dia sengih-sengih.
“Kereta I accident. Brother I bawak malam tadik!”,
“Really? So, how was it?”,
“Damn bad! Berapi betul I...”,
“Arr...Yes miss! Anything to share with us?”, Entah bila pulak, lecturer itu berada di sisi mereka. Khusyuk sangat gamaknya bercerita.
“Err...Nothing sir!”,“So, why are you guys talking! I told you many times, i hate to see people talking when i’m talking in front! Pay attention! Because, what i gonna talk today, is very important for your final exam...”,Najihah tarik nafas dalam. There you go.... Start dah...bla...bla...bla...
----------------------------------------***----------------
Suasana di sekitar cafe itu agak riuh. Biasalah, peak hours. Semua student pun tengah macam rimau lapar cari makanan.
“Kata kereta sampai dua tiga! Tapi datang lambat jugak! Dah tuh, tak reti-reti plak nak behave properly. Lambat buat la cara lambat! Borak plak lagi.. . Last-last terpaksa buat extra class nak abiskan sillibus. Kita pulak yang rugi!”,Di satu sudut, terdengar galak sekumpulan mencemuh.“
Jihah, you dengar tak bebudak tuh mengata you..”, Jihah berpaling memandang kepada kumpulan itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Jihah agak, mungkin mereka adalah dua pasangan kekasih. Dia menggeleng-geleng. Tak matured....!
“Biasalah wei, kata lagi anak Tan Sri. Raja lak tuh! Besarla lagak dia! Yang Mulia tuh....”,seorang lagi minah mengata. Jihah gigit bibir geram.
Eh, eh..minah-minah nih! Ini tak leh jadik nih...
“EHEM!!”,Meraka tampak tersentak. Memandang kepada gadis jelita yang sedang berdiri di sisi meja mereka.
“Hi guys! Hangat nampak? Ada seat untuk i join?”,Mereka berpandangan satu sama lain.
“La..pasal diam! Carry on! Kot-kot ada yang boleh I tambah?”, Masih sepi.Jihah cekak pinggang.
“Lain kali, kot iye nak mengata, pandang le kiri kanan! I datang lambat ker, I sembang ker, you all rugi ker?”, Dia tukar pos berdiri.
“Kalau ada apa-apa kerugian, list out la, kot-kot boleh buat claim! I bayar balik! Puas hati?”,Dia senyum dalam kali ini.
Walaupun manis, namun tajam, macam belati. Adui.., sakit sapa terkena!Dia pandang seorang jejaka yang paling hampir dengannya. Dia senyum. Geleng-geleng. Lantas tangan pantas mengusap perlahan tepi bibir lelaki itu.
“Comot la you nih makan. Ada nasi kat pipi. Girlfriend you tak perasan kot! Ye lah, sibuk mengata orang”,Dia gelak kecil kali ini. Senang hati melihat wajah terpana si lelaki, dan wajah menyinga si gadis. Lantas dia berpaling untuk berlalu kembali pada Shasha.
“Sha..., kita makan kat luar la! Rimas makan sini! Banyak lalat....”,Shasha senyum.
“Ok, princess...”,Lantas mereka ketawa kecil. Lantas dua gadis yang memang terkenal di kolej itu berlalu. Sempat dia berpaling semula kepada kumpulan itu.Sorry salah orang member! Ini Najihah la...! Najihah tak pernah kalah...
----------------------------------***---------------------------------
“Masa dah tamat. Semua calon dikehendaki meletakkan pen. Pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan anda sekarang...”,Dia membelek muka depan buku jawapannya itu. Memastikan nama dan nombor matrik telah dituliskan dengan betul. Puas hati dengan pengenalan diri yang ditulis, dia mengeluh perlahan. Bersandar ke kerusi empuk yang disusun khas untuk perperiksaan akhir semester Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Tidak lama, datang pengawas perperiksaan mengutip kertas jawapannya.Peghh....lega dah abis exam!!!! Ye!!! Merdeka!!!!Dia senyum sendiri.
Menoleh ke belakang pada rakan sekuliah, Mizi.
“Amacam?”,
“Kantoi siot! Adush...memang sah aku repeat paper nih...”,Azim sengih.
“Lepak arr! Tak der nya ko kena repeat tuh! Lepas lah..”, Mizi menepuk-nepuk dahi. Tampak kecewa benar dengan soalan kertas akhir mereka itu. Azim segera berpaling, lantaran melihatkan sahabatnya itu nampak kecewa benar.
“Zim!”,Tersentak mendengar suara gadis. Alahai...,minah nih rupanya..Dia sengih. Mengangguk sedikit. Eh.., rasa belum ada pengumuman suruh bangun...
“Mm..ok ke awak jawab tadi?”,“Erkk...ok..ok..kot! Dah boleh bangun ke nih?”,Dia memandang sekeliling. Syakira menoleh sekeliling. Alamak, lom boleh bangun ekk! Adushh.., malu aku! Nampak sangat aku ngejo budak nih. Bukannya apa, takut dia cabut cepat! Dia nih leh tahan pelesit. Kejap aje dah hilang...
“Tak pe.., nanti, saya jumpa awak balik!”,Tergesa-gesa si gadis balik ke tempat asal. Azim geleng-geleng perlahan. Ada sengih di bibirnya.“Wei Zim. Dasyat betul admirer ko nih. Lom sempat announcement dah kelam-kabut nak tanya ko..”,Azim gelak kecil. Geleng-geleng lagi. Wa no comment....
-------------------------------------***----------------------------------
“So, jadik ke plan tuh?”,Sambil mengoyak ayam di pinggan, Azim berbicara.
“Jadik la...,apalak tak jadik!”,Ben, rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi cepat menjawab.
“Aku dah tanya uncle aku dah! Yuran dia, 270 sorang. 5 hari 4 malam..”,
“270? Wei..bapak mahal! Tak boleh kurang ker?”,Sham, yang memang terkenal dengan lawak basinya pula bersuara.
“Hotak kau! Nak kurang pergi bundle arr! Harga fix la.. . Murah apa tuh... . Camping set provided! Kau datang tinggal bawak badan jer. Baju kalau rasa nak tukar..”,Azim gelak kecil. Menggeleng-geleng melihat dua sahabatnya itu.
“Faruq mana?”,Sejenak, dia sedar kekurangan ahli korum.
“Mamat tuh, jangan la tak tau pulak! Dating arr...”,Selamba Sham menjawab. Ben sengih. Faham benar dengan sikap seorang lagi sahabat yang memang tersangat sayang dengan awek nya itu. Sampai kadang-kadang, mereka sendiri rasa naik muak melihat gelagat Faruq yang dah macam lembu cucuk hidung, mengikut aje kehendak si Farah, budak tahun dua jurusan mass comm itu.
“Dia jadik ikut tak?”,“Ikut... . Dia kata ikut! Tak tau la kalau farah tak kasik plak..”,Mereka ketawa kali ini.
“Korang nih tak baik tau... . Patutnya kesetiaan dia tuh, korang contohi..”, Perbualan tentang kisah cinta Farah dan Faruq terus berlanjutan. Azim hanya mendengar, sesekali menyampuk.Sejenak, fikirannya melayang membayangkan keseronokan mendaki Gunung Tahan itu nanti. Ei..bestnya, nanti leh mandi air terjun! Kot-kot boleh jumpa puteri bunian cun-cun kat atas sana...boleh gak aku ngurat satu. Hah.., bawak jumpa mak! Tu lah, bising sangat, aku tak ada awek! Orang masih muda remaja lagi. Baru 21 tahun..., dah sibuk-sibuk suruh carik awek! Macam anak dara lak aku rasa. Memang kelakar mak aku nih! Sekali aku angkut puteri bunian sorang, baru mak tau...
“Zim!!”,“Oi..Puteri bunian!!”,Sejak bila dia melatah, dia tak tahu. Yang pasti, dia akan menjadi bahan tawa rakan-rakan selepas ini. Mak aih...apalak puteri bunian lak peginya..
“Alamak..,member kita berangan nak kawin puteri bunian siot!! Patutlah semangat sangat nak naik gunung!!”,Dua rakannya galak ketawa. Azim garu kepala yang tak gatal.Kuang..kuang..kuang... . Padan ngan muka aku! Puteri bunian konon..
------------------------------***--------------------------------
Topi Nike hitam yang disarung dibetul-betulkan. Dia memandang sekeliling. Ramai orang. Macam-macam jenis ada. Yang pasti, dia belum nampak yang boleh menjadi temannya sepanjang ekspidisi itu. Dia mengeluh perlahan. Nampaknya, terpaksalah berkepit dengan Eddy, sepupunya yang bertanggungjawab membawa dia ke sini.
“Jihah!”, Dia sedikit tersentak. memandang kepada Eddy sejenak, kemudian memaling semula.
“Why?”,Dia tarik nafas dalam. Kemudian mengeluh pula.
“Nothin’. I just have the feeling that I won’t like this, so-called journey..”,Selamba dia berbicara. Kalau bukan kerana papa dan mama memaksa, mati hidup balik, tak maunya aku naik gunung nih!
“Come on! Relax lah... . It will be fun! Trust me..”,Dia pandang Eddy sejenak, sebelum menoleh ke arah lain.“Yeah..yeah.., whatever...”,Dia peluk tubuh. Kembali memandang sekeliling. Sesekali, tangan halusnya menepuk lengan yang digigit nyamuk. Hish..., belum naik dah kena gigit nyamuk! Bencilah!!
“Leceh la lu brader! Lepak arr!”,Suara kuat itu menarik perhatiannya. Sekumpulan lelaki bergelak ketawa di hujung sana.
“Lupakan la jap awek kau tuh! Orang nak naik gunung nih! Sibuk lak ngan awek dia...”,Dari jauh, Jihah lihat jejaka-jejaka itu mengusik salah-seorang dari rakan mereka. Dia agak, mungkin lelaki yang sedang bermain-main dengan handset itu yang dimaksudkan. Tiga lagi terdiri daripada lelaki yang bersuara kuat itu. Chaos betul... . Seorang lagi sedang merokok. Ei.., I hate smoker. Dan seorang lagi, eh.., mamat nih pandang aku rupanya! Jihah segera berpaling.
Dia sengih. Terasa lawak melihat gelabahnya mamat tuh mengalih pandang tika pandangannya tiba kepada lelaki itu.Lorr..., lelaki pun malu jugak ekk! Main curik-curik pandang pulak dia! Mm.., nampaknya, tak lah boring sangat ekspidisi nih. Ada gak mamat cute yang boleh aku guna pakai....
“Jihah!”,Sekali lagi, dia tersentak. Eddy pandang pelik.
“Kenapa kau nih? Tersengih-sengih?”,Jihah gelak kecil.
“Tak ada apa... . Hah, sampai bila nak dok tercongok kat sini? Bila nak gerak nih? Penat la tunggu cam nih!”,Tak ada ribut taufan, tetiba anginnya kencang semacam.Eddy sengih. Cam boleh percaya je pompuan nih. Ntah nape la agaknya dia tersengih-sengih sorang-sorang...
“Aik..., tunggu pun penat. Camana nak jalan?”,
“Eh...shut up lah..!”,Lantas Jihah mengorak langkah meninggalkannya. Eddy gelak kecil. Hmm.., memang naya aku bawak tuan puteri sorang nih! Tu la, gatal lagi bukak mulut pasal ekspidisi nih depan Mak Lang ngan Pak Lang. Udahnya dipaksa tuan puteri raja ni ikut aku. Sapa yang susah..., aku jugak yang susah...! Sabar je la labu...

>>bersambung.....

Thursday, April 07, 2005

okla guys....
semalam criter pasal my best friend (semoga Allah merahmati persahabatan kami dunia dan akhirat)...

sahabat adalah satu anugerah yang Allah bagi kepada semua org tak kire la die islam ke... chinese ke... india ker.....kan.... pernah ke dengar criter org takde sahabat.... ?? hopefully takde la org macamtu kat dunia nih unless die sendri yang memang nak bersendirian kan....

hari ni, stori about my x-housemate.... she's married already..... tuh yang nak citernyer.... so dah tak dok ngan me lah kan.... takkan la kot..... kuih...kuih...... pasangan die ni pun aku kenal.... kami kenal sekali dalam program masa kat U ni..... tak sangka depa bedua nih.... tpi aku tengok.... padan la.... bagai pinang dibelah dua gitu...... akak doakan korang bahagia till the end of life.... hingga bertemu di syurga....

tahniah gak buat faiz (ni nickname die) coz dah pregnant pun la ni... tak sabar nak tgk muke anak faiz... musti cute cam cine2 skit... agaknyer la.... dah mak die gitu... hi..hi.... tak sabar nak cubit2 pipi die...

sebenornyer kami dok serumah ni dalam 2 tahun kot, aku pun tak ingat sangat... kire lama gak la tu kan... so banyak gak la kenangan bersama.... and yg paling syiok nyer coz kitorang nih sebilik.... sempat sebilik selama setahun.... sebab bilik untuk mereka2 yang dah keje... memang tak bleh campur ngan bebudak blajar nih... jeles tgk kitorang tidor tak ingat sebab tak perlu studi malam2... :)

faiz nih, walaupun nickname cam lelaki, die tetap lembut selembut wanita melayu terakhir gitu.... tak macam aku nih... keras jer.... tak banyak cakap..... teratur jer.... kire aku nih skit berlawanan la ngan mek nih... skit je... tak banyak... ada satu persamaan kami.... jeng...jeng....jeng...

Die la teman aku... tukang motivate aku... untuk jaga badan.... kami sama2 la... bile beteman nih semanagt la skit kan... ihikss.... so bile mek nih dah keluar... hah... pepaham je la.... bagai dipam2 gitu... ape la aku nih....

ok la... to faiz.... may Allah bless ur new famili (mawaddah wa rahmah) amin...
semoga bertemu lagi.... susah gak nak jumpa sebab dok jauh nun di Perak....


seposen dua...

Wednesday, April 06, 2005

Last update 23 Mac 2005... sekarang dah 6 April 2005....
Memang aku sibuk seminggu dua yang lepas...
Sempat jenguk blog jer tak sempat nak coret apa2....
Hari aku teringat somebody... weh... sape lagi kalu bukan best friend aku... JULIE...
Meh aku criter skit pasal die....
Nih orangnyer......

Orgnyer kecik molek.... cute (julie... jgn kembang yo julie... aku puji ko nih)

Lama dah aku nak share stori nih ngan sume pembaca setia blog aku nih...
Aku kenal rapat ngan die masa darjah 6 (kami satu sekolah)
Tahu die wujud kat sekolah tuh dari darjah 4.... (sebab sekelas tapi tak rapat)
Alkisahnye kitorang dapat duduk bedepan dalam kelas masa darjah 6
so rapatlah jadinyer.....

sampailah naik sekolah menengah (kat kampung gak) kitorang nyer result UPSR tak gempak so sekolah kat kampung je la.... tak sangka masih dapat sekelas.... maka bermulalah langkah kami menjadi best friend.... dalam kelas masa tingkatan satu tu plak... ntah hape2 nyer kelas... kitorang 2 org je yang suke blajar. Cikgu main sort je nama2 kami nih masuk tingkatan 1.... nasib baik la masih suke blaja, kalu tak hampes...
Kami pun bertekad untuk buat the best mase pekse final form 1 sebab boleh masuk kelas terbaik.... alhamdulillah, kami berjaya. Tingkatan 2, dapat masuk form 2A. Nak masuk kelas nih masa tu kene tgk result matematik, aku plak memang gile matematik.... suke gaban...

Aku nyer result math final mase form 1, 93%, aku ingat aku yang paling best tapi aku dengar cikgu cakap, ade lagi sorang budak yang dapat math paling baik kat kelas lain... so aku sudah jatuh ke tangga kedua.... aku merisik2 sape la budak tuh.... (mase nih la aku mula rasa tercabar).... selama aku blajar kat sekolah rendah dulu, tak penah langsung belajar erti cabaran nih... ish..ish...

sape lagi ye budak terer math tuh kalu bukan Zul Azhar dengan markah 97%. Zul nih, budak yang selalu posting kat chat room aku dengan nama Zul tuh... kalu korang nak kenal lagi die, bleh pegi website die yang aku dah linkkan kat atas tuh.... OK stop citer zul nih.... (so zul... aku rasa sekarang baru ko tau aku memang selalu besaing ngan ko) kalu ko perasan tak tau la... hi..hi...

So balik citer pasal member kamcing aku julie.... kami school kat SMKSP sampai SPM. Tak sanggup nak keluar sekolah lepas PMR. Rasa sayang sangat kat sekolah. Pastu kami plak pioneer Sains Tulen kat SMKSP. Banyak kenangan kami bersama ngan kelas 5 sains nih... kene laser ngan cikgu, kene pulau... macam2 lagi.... budak lelaki menagis tak ingat (kat kelas kami je ade adegan nih)....

Lepas SPM, aku dapat matrik UKM (memang mint pun). Julie minat nak masuk UM (asasi)... kami berpisah... kadang2 jumpa masa raya.... kalu masing2 cuti..... bile masuk U, lagi la.... tak la lost contact... masih berjumpa mase raya... telefon2 (tp jarang)... :(. Aku kat U nih ade sorang je best friend gak... tapi............

Lepas aku kerja nih and ade transport sendiri, baru la aku mudah melangkah... aku mudah jumpa julie. Die masih lagi kat UM, buat masters (bakal lecturer KUKUM). Memang tu antara niat aku bile dah pakai kete... aku nak jumpa sume sahabat2 aku yang boleh aku jumpa.... aku syang kat korang sume.... kalu aku sempat memang nak jumpa sume....
Kami selalu balik kampung sama... nih la saat paling indah dalam hidup aku... macam mimpi... macam baca novel.... kami masih lagi sahabat baik.... argghhh.... alhamdulillah.....

till now.. seposen dua...
Hasnor