skip to main |
skip to sidebar
16 September 2004,
Tak sempat nak blogging, writin' somethin'. Hari ini, 20 September.....Anyway, 16 september... telah termaktub, hari bermakna buat aku. Tua dah..... tahun berganti tahun, sudah pun menjangkau usia 24 tahun. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Hampir suku abad sudah usia aku ini kini. Kalau balik kampung pun, orang dah tanya... "Bila lagi...?" errmmm.... entahlah... bila ya mak? ihii... maleh ese nak bising2... sampailah nanti tu insyaallah....
Kalau ikut kajian, orang muda zaman sekarang semakin suka khawin lewat. Kenapa ye? Mungkin banyak alasan masing2 tapi terpulanglah kat diri sendirikan. Kenapa nak paksa2 plak bab khawin ni, belum tiba masanya..... Insyallah, ada jodoh sampai lah ye...;) ihikss...
17 September hingga 18 September,
Aku gi kat Hotel MINT. Ada Program Seminar Isu-isu Wanita Islam anjuran sebuah NGO. Banyak betul isu2 penting yang sebenarnya banyak membelenggu hidup wanita Islam sekarang ni yang perlu diperjelaskan semula. So that, we know our stand and rights as a muslim and malaysian citizen.
Banyak betul isu antaranya:
-Kepimpinan wanita dari perspektif islam
-Poligami
-Pembahagian harta
-Kesaksian wanita
-Aurat wanita islam
-Senario mahkamah syariah
-Kesihatan reproduksi keluarga dari sudut islam
-Penderaan wanita
-Penceraian
Memang banyak. So lepas ni bleh hujah balik lah yer... ermmm... bleh ker... skit2 la... kalau orang tanya pasal pembahagian harta ker, kesaksian wanita ker... bleh la celah2 skit. Dan yang paling penting, kalau ada sahabat2 kita yang mengalami masalah penderaan dalam rumahtangga ker, tahulah kat mana nak disalurkan pengaduan dan apakah hak yang boleh wanita dapat.
Kenapa isu2 ini relevan? Melihatkan senario sekarang, dalam keadaan masyarakat terutamanya wanita yang kurang dan mungkin juga tidak langsung mengetahui apakah haknya dalam menangani sesuatu isu contohnya penderaan dalam rumahtangga. Seringkali kita dengar bahawa, wanita yang mengalami masalah ini takut untuk mengadu kerana bimbang tindakan ganas suami. So sebagai ahli masyarakat yang prihatin dan dah pun mendengar dan mengetahui kemanakah masalah ini boleh disalurkan. Insyaallah, bolehlah membantu mereka yang memerlukan.
19 Sepetember 2004,
Hari duduk di rumah sedunia... ha..ha... tapi bukannya melepak sahaja atau hari tidur sepuasnya. Kena buat kerja juga. Membantu housemate buat latihan ilmiahnya. Latihan Ilmiah yang melibatkan penggunaan komputer dan software design. Macam diri sendiri plak yang buat thesis. Ingat lagi masa buat thesis final year dulu, bersengkang mata nak menyiapkannya. So rasalah semula. Jadi penasihat dan pemantau. Sambil2 kena betulkan mana2 yang patut.
So, hari2 yang aku lalui... insyaallah amat bermakna. Masa tak habis macam tu saja. Adalah perkara2 yang aku buat dan aku nampak apa yang aku buat dan rasa puashati skit bila hujung minggu penuh dengan aktiviti yang bermakna.
Till now...
#BlueS ke AkU!#
hari ini,
aku macam biasa ngadap komputer dari pukul 9 pagi sampailah kul 5 nanti. tak bleh nak mengelak dah, tuh memangnyerla keje aku. Perkara pertama yang aku buat sebaik sahaja mengadap pakwe ni ialah off ICQ (bukan on yek, pelik2). "Tidak mahu diganggu". Maleh mek nak layan, kasi releks dulu key.
Errmmm, keje cam biasa jer. Macam takde benda2 yang semakin menarik hari2. Rasa cam nak tido jer la ni. Hari2 update website, update website... update website. Website projek dan beberapa website lain.... almaklumla.. sekali tengok ok, 2 kali tengok, ade juga yang nak diubah... 3, 4, 5 kali tengok, fuh lagi banyak nak tambah, nak buang..... so ade la keje kan... kalau tak goyang kaki hi...hi... main game. Ntah hape2 ntah.
Hari ni aku nak share sometin ngan sume. Dari hari ahad sampai la semalam, aku sebenarnya tengah sedey. Sedey sebab housemate aku dah balik. Sorang ikut suami gi Perak, sorang lagi balik sarawak. Kitorang ni dah lama dok serumah, bukan setakat serumah, sebilik lagi.
Banyak kenangan kami bersama. Hidup ni macamtu la, bertemu berpisah adalah lumrah kehidupan kan....
Buat Faizah aka Faiz, Selamat Pengantin Baru dan semoga perkahwinan kekal ke syurga. Kasih sayang kita sentiasa dalam ingatan. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi. Semoga jadi isteri solehah dan ibu kepada bakal mujahid dan mujahidah. Amien.
Buat kak Shaikhah, akak banyak mengajar dan membimbing saya dan adik2 yang lain. Kasih sayang akak amat mengesankan. Insyaallah ada rezeki saya ke sarawak masa walimah akak nanti. Saya cuba datang, almaklumlah, kena mencongak2 masa jugak tu... bahang raya masih terasa.. hi..hi... Jumpa lagi masa akak konvo. Kalau akak datang la... ermmm, 3 minggu je lagi...
Semoga kasih yang terjalin ini adalah kerana Allah coz kerana kasihNya lah kita merasai kasih sesama manusia.
#BluEs ker AkU!#
hari ini baru teringin nak update blog. fuhhh.... punyer la malas....
tapi bukan nak sambung cerpen kasih di ufuk rindu tu.... korang bacalah sendiri kat melayu.com. Memang best criter dia tapi ese maleh nak meng'edit' untuk dimasukkan dalam blog ese ni ha..... so rerajinlah tangan dan jari tu meng'klik' kat melayu.com yer.... dasyat plak bahasa ese ni ha.... tau kat DBP, hancus.... almaklumlah, masa belajar BM kat sekolah dulu main2....ahakksss...
Niwey, weekend aritu dapat balik kampung setelah 2 bulan tak balik. Lama tu 2 bulan... (lama?) ermmm... ada gak orang lain tak balik bertahun-tahun... ish...ish.... baliklah.... korang.... aku balik bertemankan sang kancil yang baru aku bela.... penat? sure penat tapi hilang rasa penat bila tengok muka mak dan abah dan juga adik2.... rasa cam nak cuti lagi lama.... uwaa...
ahad, ke melaka anto my sis. sempat gak plan ad-hoc untuk jumpa el, maya and wahid. setelah banyak kali aku berangan nak jumpa mek bertiga nih dan memang tak sempat selalunya, tapi alhamdulillah, akhirnya aku dapat gak jumpa korang. rindunyerrrr... tak tau la aku nak kata cam na.
Last time jumpa el ngan maya... masa bila ek....?? tahun 2002 ker... rasanya la kan... gitu2 la... mmg tak berapa ingat. nak menunjukkan berapa lama dah kita tak jumpakan.... alhamdulillah ada gak jodoh aku ngan el n maya nih...
wahid? ini bukan pakwe aku... tapi dah kebetulan nick dia cam lelaki. ntah dari matrik dok panggil wahid.... almost 5 years kita tak jumpa.... hang camtu jugaknye la wahid oooiii.... nih nak minta petua.... maintain gitu... aku jer.... ikhs...ikhss.... bak kata el.."hang nih... gitu juga... bila nak...tut...." hi...hi... malu weh.....
hish... aku nak sahut cabaran nih el..... doakan yek... manalak tau bleh... tut.... ahakkkss....
ok, bertolak ke bangi kul 6pm dari melaka. sendirian bertemankan lagu2 alunan kumpulan mestika. so apalagi, airmata macam air terjun.... nasib baik sengsorang kalau tak malu weh.... sempat sms el.... miss u so much... harap dapat jumpa lagi. Jumpa bila dah jadi doktor....
so guys, dah close story sedey... now, sambung kerojer semula....
"BluEs ker AkU nih? ader orang cakap aku BlueS... ha...ha... lantak korang la..."
#BluEs ker AkU!!#
