Wednesday, April 28, 2004

i got one interesting cerpen... wow..... good story. for those yang nak menamatkan zaman bujang tu bleh la amik skit pengajaran. Bila dah habih baca criter ni, ada jer persoalan2 yang bermain2 dalam kepala otak ni. Yap, sape yang pernah mengalaminya mungkin boleh le kata betuah, yelah dpt nasihat before nak kawin.... bleh amik action segera... tapi kalau yang takde nak tlg nasihat tu, yosshh... what 2 do??? So jom la sebar2kan cerpen ni kpd kawan2 korang... insyallah dpt la saham skit... Tu satu, seterusnya, dalam criter ni hepi ending la kiranya tapi dalam realiti kini mungkin juga ada orang yang tak buat macam Munirah. Ada orang yang tak bleh terima nasihat langsung... tak tau la nak buat camne... ermm... persoalan2 ni sebagai ajinomoto jer dalam sharing kali ni. Sesape pun bleh komen...


Bersediakah aku?
Untuk kali kesembilan, hari ini, Munirah meneliti senarai tetamu jemputan. Setiap nama diteliti dan kemungkinan ada beberapa nama baru hendak ditambah. Setelah itu dibelek-beleknya pula contoh "potpourri" yang bakal dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang oleh para tetamu nanti.

"Hai tak tidur lagi?"

Terkejut, Munirah berpaling.

"Mama ni, buat terkejut orang je. Tak boleh nak lena lah mama. Banyak hal yang belum selesai.'

"Ala ... Bukan nak kenduri esok. Dua bulan lagi. Tidurlah. Esok nak kerja. Nanti lena pulak depan pelajar," nasihat ibunya dengan lembut.

"Oklah Mama tidur dulu. Sekejap lagi Irah tidur." Rahimah berlalu meninggalkan Munirah terkebil-kebil menatap potpuri yang masih di tangannya. Walaupun masih ada masa dua bulan untuk menyempurnakan persiapan perkahwinannya, namun Munirah cukup cemas. Dia tidak mahu kendurinya nanti ada sebarang kekurangan atau cacat cela yang bakal mengundang umpat keji saudara mara. Dia perlu jaga statusnya sebagai seorang pensyarah.

Munirah terkenangkan bakal tunangnya, Razak yang kini sedang berkursus di Selatan tanahair. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Razak sejak di tahun pertama waktu sama-sama menuntut di sebuah universiti yang sama. Hanya setelah masing-masing tamat pengajian dan memulakan karier, barulah mereka mengambil kata sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Setelah bertahun-tahun berhubungan, Munirah yakin dia telah cukup mengenali hati budi Razak. Baginya Razaklah lelaki yang sesuai dijadikan suami kerana sikapnya yang sangat bertanggungjawab dan penyayang, Munirah membayangkan hari-hari depan yang indah setelah diijabkabulkan nanti.

Munirah dan Razak bercadang untuk berbulan madu di Bali. Mereka juga telah membeli sebuah rumah sebagai persediaan untuk hidup bersama, sebaik sahaja mengikat tali pertunangan. Masing-masing bersetuju untuk menimang 4 orang cahaya mata sahaja. Takut kalau ramai sangat anak, tidak mampu pula untuk biayai pelajaran mereka. Maklumlah era cyber ini, sernuanya memerlukan duit. Itulah perancangan akal cetek mereka. Terlupa bahawa perancangan Tuhan mengatasi perancangan manusia.

Sejak bertunang setahun lalu Munirah mula membuat persiapan perkahwinan secara berdikit-dikit. Hampir setiap hari dia membelek majalah yang memaparkan pakaian pengantin, gubahan hantaran, contoh rekaan pelamin serta serba mak nenek yang berkait dengan kenduri kahwin mengikut trend semasa. Melalui temannya yang bercuti ke luar negara, dia mengirimkan beberapa barangan berjenama untuk dijadikan hantaran. Setiap hujung minggu pula dia menjelajah dari satu butik ke satu butik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis berkenaan. "Ala, sekali seumur hidup. Lagipun kan Irah anak bongsu mama. Lepas ni dah tak payah buat kenduri kahwin lagi. Apa salahnya berhabis habisan untuk kenduri Irah ni," jawab Munirah bila ditegur ibunya.

Rahimah bukan tidak bersetuju dengan perancangan Munirah untuk mengadakan kenduri besar-besaran. Memang dia berkemampuan pun. Cuma hatinya masih sedih mengenangkan perkahwinan kakak Munirah, Salasiah 5 tahun yang lalu. Waktu itu kendurinya memang besar. Jadi sebutan orang. Bagaimanapun, rumahtangga yang dibina hanya bertahan selama dua tahun. Selepas mendapat anak seorang, mereka bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Kini dialah yang membela anak mereka. Bukan dia keberatan untuk membela cucu sulungnya itu, cuma hatinya pedih bila mengenang nasib budak itu yang kehilangan kasih ibu bapa. Manakala ibu dan bapanya masih ingin hidup bebas dan enjoy macam orang bujang. Kerana itulah bila mengingatkan perkahwinan Munirah, dia mendoakan agar Munirah
tidak menerima nasib yang sama.

Rahimah menganggap apa yang berlaku kepada Salasiah adalah kerana kesalahannya juga. Memang Rahimah pening kepala memikirkan anak-anak perempuannya yang enggan memberi sepenuh komitmen pada rumahtangga. Masing-masing hendak jadi macam orang Barat yang mahu berumahtangga tetapi tidak mahu memikul amanah dan tang-gung Jawabnya. Tidak seperti orang dulu-dulu.

Rahimah terkenang, dia dulu kahwin atas pilihan orang tua. Bila bergelar isteri, seluruh hidupnya diabadikan untuk suami dan keluarga. Orang dulu-dulu jarang nak bercerai-berai. Orang sekarang, bercinta bertahun-tahun tetapi bila kahwin,sekejap sahaja sudah bercerai. Tak serasilah, sudah tidak sehaluanlah. Padahal masa hendak kahwin, masing-masing rasakan itulah pasangan paling tepat untuk dunia Akhirat.

Mungkin salah Rahimah juga kerana gagal mendidik anak-anaknya dengan baik sehingga masing-masing mahu membentuk rumahtangga mengikut selera sendiri. Agama dan adat, sernuanya ditolak ke tepi. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pasangan yang berkahwin hari ini. Sebab itu fail perceraian bertimbun-timbun di pejabat-pejabat agama. Rumahtangga itu ibarat bahtera yang berlayar di tengah autan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa. Inilah yang tidak mampu Rahimah sampaikan kepada anak-anaknya kerana dia sendiri bukan mendalarn sangat pengetahuan agamanya. Cuma dulu, waktu aruah Pak Adam masih hidup, Rahimah mampu jadi isteri yang taat kerana memang begitu asuhan orang tuanya. Taatnya pada suami bukan bertitik tolak dari iman. Rahimah tahu, kalau dia cuba syarahkan tentang rumahtangga yang baik, pasti anak-anaknya akan berhujah kembali untuk mempertahankan pendapat dan pendirian mereka. Akhirnya yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa untuk kebahagiaan mereka dunia Akhirat.

Pada suatu petang Munirah pulang dari kampus dengan wajah ceria. Rahimah yang menyambutnya di pintu, tertanya-tanya kerana selalunya Munirah akan tiba di rumah dengan wajah letih, tidak bermaya.

"Ada berita baik ke. Semacam aje senyum tu."

"Memang ada berita baik. Kak Sarah call tadi. Dia balik bercuti sebulan. Bolehlah minta tolong dia siapkan hantaran."

"Dia balik seorang ke?" Terbayang wajah anak saudaranya yang telah bertahun-tahun di luar negara.

"Balik satu family. Cuti musim panas. Tapi tak sempat tengok tengok Irah bersanding sebab bulan depan, dia balik ke UK semula."

"Lama tak jumpa Sarah. Macam mana rupa anak dia agaknya. Maklumlah, kahwin dengan orang putih." "Tentulah cute. Tapi anak Irah nanti lagi cantik sebab Razak muka macam mamak, Irah pulak macam Cina," jawab Munirah bersahaja sambil berlenggang ke biliknya.

Rahimah hanya tergelak kecil. Macam-macarn angan-angan Munirah. Hari minggu, Sarah muncul di rumah Rahimah bersama suami dan anaknya. Penampilannya cukup mengejutkan Munirah. Dulu sewaktu meninggalkan tanahair untuk menyambung pengajiannya, sepupu-nya itu lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja. Adakalanya dia gemar juga menampilkan imej yang agak seksi. Bagaimanapun had ini dia muncul dengan berjubah dan bertudung labuh. Suaminya, Abu Bakar bin Abdullah pula berseri-seri dengan kopiah di kepala. Satu pernandangan yang agak aneh buat Munirah. Sangka Munirah, setelah bertahun-tahun di London, Sarah tentu akan tampil lebih elegant dengan fesyen terkini dari kota fesyen itu.

". Apa khabar bakal pengantin kita?" sapa Sarah sambil bersalaman dan memeluk Munirah.

"Waalaikumussalam. Insya-Allah OK," jawab Munirah dengan sedikit rasa kekok. Rahimah terus mengambil anak Sarah dari dukungan Abu Bakar.

"Comelnya cucu, Tok Tam."

Abu Bakar yang dari tadi hanya tersenyum, menghulurkan ole-ole dari Kota London. Rahimah menyambut dengan senyuman. Hatinya cukup tertarik dengan wajah bersih Abu Bakar. "Dah lama kamu masuk Islam?" tanya Rahimah dengan nada ingin tahu.

"Dah hampir sepuluh tahun," jawab Abu Bakar dengan bahasa Melayu berslanga.

"Eh, boleh cakap Melayu, kamu. Mak Tam tak pernah lagi jumpa" Sarah dan Abu Bakar tertawa.

"Untunglah kamu dapat kahwin dengan Mat Salleh. Dapat duduk luar negeri. Dapat anak comel" Kata-kata Rahimah sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati Munirah.

"Saya beruntung sebab dapat Mat Salleh yang soleh, Mak Tam. Itu lagi penting. Saya memang malu dengan dia ni sebab dia yang banyak bimbing saya untuk beramal dengan Islam. Mak Tam bukan tak kenal Sarah dulu-dulu. Teruk."

"Memang untung kalau dapat suami soleh. Suami tu, pernimpin rumahtangga. Kalau suami soleh, selamatlah rumahtangga," luah Rahimah sambil fikirannya terbayang-kan wajah Salasiah. Terlupa dia pada Munirah yang sedari tadi hanya diam membisu.

Selang beberapa hari selepas itu, Munirah mengajak Sarah shopping di KL. Dia inginkan pendapat Sarah tentang pakaian yang hendak ditempah untuk malam akad nikah. Seingat Munirah, 'taste' Sarah memang bagus. "Masa Sarah kahwin kat UK dulu. siapa yang uruskan persiapan kahwin?" tanya Munirah waktu membelek-belek beberapa pasang baju kurung moden bersulam di sebuah butik.

"Kami kahwin ala kadar sahaja. Yang wajib akad nikahnya. Kenduri pun kawan-kawan yang tolong. Masak sikit-sikit, lepas tu makanlah sama-sama."

"Tak glamourlah gitu. Kahwin kan sekali seumur hidup," tingkah Munirah dengan dahi berkerut.

"Mana Munirah tahu kahwin tu sekali seumur hidup? Jodoh, ajal maut, kan di tangan Tuhan. Entah-entah esok lusa, suami mati. Tak kan tak kahwin lain. Tak pun macam Kak Salasiah. Dah bercerai. Dengar kata, dah dapat calon suami baru. Nanti nak kahwin lagi untuk kali kedua," jawab Sarah dengan lembut sambil matanya turut memerhatikan sulaman yang cantik pada baju kurung yang dipegang Munirah.

"Tapi, ini kan kali pertama Irah kahwin. Kenalah buat semeriah mungkin," balas Munirah. "Ah, perut pun dah berkeroncong ni . Jom kita makan dulu."

Sarah menurut tanpa banyak soal. Sewaktu makan dia cuba untuk memberi panduan kepada Munirah dalam menempuh alam baru.

"Sarah nak tanya pada Irah satu soalan. Apa tujuan Irah kahwin?'

"Aiik! Soalan cepu emas ke ni? Anyway, bagi Irah, kahwin itu adalah untuk menghalalkan per-hubungan antara seorang lelaki clan wanita. Betul tak. One more thing, memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi Adam, right?" balas Munirah dengan penuh yakin.

"Itu saja matlamat perkahwinan?"

"What else?"

"Kalau sekadar nak lepaskan naluri seks, buat apa sampai nak berkenduri kendara besar-besaran. Tak berbaloilah macam tu."

"So what?"

"Sebenarnya tujuan perkah-winan itu sangat besar. Niat awal kahwin itu sangat penting untuk menjamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu. Tuhan akan pelihara rumahtangga kita sam-pai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelum Allah beri Syurga di Akhirat."

"Tak sangka pulak engineer boleh jadi ustazah."

"Bukan begitu. Islam itu untuk semua orang dan ia mesti jadi pandu-an setiap orang," balas Sarah tersenyum, "sebelum Irah melangkah ke alam perkahwinan, eloklah Sarah bagi peringatan dulu. Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah clan romantik-romantik saja. Nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa di telan. Kalau tak buat persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan boleh bertahan lama. Rumahtangga boleh jadi neraka tau!" Munirah menyedut minuman dari gelasnya. Masuk juga dalam fiki-rannya kata-kata Sarah itu. Cukuplah apa yang dialami oleh kakaknya Salasiah menjadi bukti kebenaran kata-kata Sarah itu.

"Irah tahu tak, dalam Islam kahwin tu matlamatnya besar dan mulia. Betullah yang Irah cakap tadi. Nak halalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu memang antara tujuan perkahwinan, supaya kita tak terjebak dengan zina. Selain tu, ada lagi yang tidak kurang pentingnya. Kita kena niat kahwin untuk lahirkan generasi Islam seterusnya. Zuriat kita tu adalah aset untuk Islam. Lagipun Rasulullah suka umat yang ramai."

"Tapi rasa-rasanya mak bapak kita dulu tak adalah pasang niat macam tu, tapi kita lahir pun, tetap jadi orang Islam."

"Islam setakat pada nama, apa ertinya? Sedangkan pada peribadinya langsung tak melambangkan peribadi mukmin. Kita tengok sekarang macam mana masyarakat kita. Macam-macam masalah sosial. Kronik betul. Mucla lagi dah terlibat dengan dadah, seks bebas, jenayah, sampai budak 12 tahun pun dah pandai rogol dan bunuh orang. Itu bukan aset agama namanya. Puncanya dari rumahtangga yang rosaklah tu. Kes-kes sumbang mahram tu. Tahu tak apa puncanya? Something wrong masa akad nikah-nya atau semasa proses perkahwinan tu. Mungkin sebelum kahwin mak ayahnya
dah bergaul bebas, dah biasa buat maksiat. Memang rosaklah keturunan selepas itu."

Munirah termenung. Kegembiraannya untuk menjadi pengantin baru seperti terganggu. Sebelum ini fantasinya hanya yang indah-indah, terutama apabila mem-bayangkan keindahan berbulan madu. Tapi rupa-rupanya banyak lagi per-soalan yang menunggu di hadapan.

"Macam tu ke?"

"Iya. Kalau kita rancang perkahwinan kita dengan betul mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai seperti-mana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah, rumahtangga kita akan berjaya. Bayangkan kita dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan saja anak-anak tu boleh bantu kita di Akhirat, di dunia lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada agama, pada negara. Anak-anak kita boleh menjadi manusia-manusia yang akan membangunkan empayar Islam."

"Tingginya angan-angan.

" Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita untuk mengulangi sejarah tu."

"Irah tak layaklah nak buat kerja besar macam tu."

"Memanglah kita ni tak layak. Tapi kita niatlah nak lahirkan peribadi-peribadi yang layak melalui perkahwinan kita kerana nak dapat keredhaan Tuhan. Sampai bila hidup kita nak terus terjajah dengan budaya bukan Islam yang sekarang terbukti sangat merosakkan dan merugikan kita. Kalau setakat rugi di dunia, tak apalah. Rugi di Akhirat, siapa nak tolong?"

"Salah ke cara Irah buat persiapan kahwin ni?"

"Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, Belajar fardu ain, Feqah juga penting, utk menjaga kebersihan ibadah kita. Betulkan sembahyang. Kuatkan hubungan dengan Allah.. Kalau hati sentiasa berhubung dengan Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi. Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau. Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia. Nanti mulalah nak tunjuk 'power'. Dalam setiap hal kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua.

Dalam rumahtangga ada seni-seninya. Itupun nak kena belajar."

"Sarah ni menakutkan Irahlah. Rasa macam kahwin itu suatu yang complicated sangat."

"Bukan niat nak takutkan Irah. Tapi nak Irah bersedia untuk menerima realiti perkahwinan tu. Sementara ada peluang. Nak kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup. Bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan hias rumah. Duit atau cinta tak akan mencukupi. Bekal yang paling utama, iman."

"Sempat ke nak dapat iman tu. Masa tinggal dua bulan lagi."

Sambil tersenyum, Sarah menepuk-nepuk lengan Irah.

"Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin, memang kena berkurung. Sebab nak dapat seri muka. Sekarang, Irah buatlah perkara yang sama. Masa dua bulan ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti Razak akan rasa kahwin dengan Irah ni seolah-olah dia dapat permata berharga. Berbaloilah dengan hantaran kahwin lapan ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu."

Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak, cakap cakap Sarah itu memberinya satu persepsi baru tentang perkahwinan. Dalam hati dia menyimpan matlamat untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam dari Sarah sementara Sarah masih di tanah air. Mudah-mudahan rumahtangga yang akan dibinanya itu lebih bermakna lagi.

~TAMAT~
Sumber : www.ukhwah.com

# Blues ke AkU !! #

Saturday, April 24, 2004

Tips for today....

DEALING WITH PEOPLE

In your relationship with people, do the following:

Think and act for others to succeed.
Get others to want what you want.
Make them feel superior or important.
Make others feel wanted.
Don’t find fault; encourage them instead.
Help others make a decision.
Control your emotions in their presence.
Praise others. They need it.
Let the other person sound off. Just be quiet and listen.
Repress him not.
Be warm and gracious.
Be attentively a good listener.
Flatter others moderately because flattering will get you somewhere.
Walk away from arguments.
If you are wrong about something, admit it

till now.... # Blues ke AkU !! #

Friday, April 23, 2004

Errmmm.... hari ni sambung lagii... semalam criter buli... la ni criter lain plak.... to my beloved kakak... kak bahiah, welcome back to malaysia. Alhamdulillah, akhirnya selesai gak phd akak. Saya doakan viva akak pun ok nanti. Selamat bertugas semula sebagai tutor kat kejut UKM.... yang kucintai....This is for u... muadz jangan nakal2 no... nanti makcik datang rumah.....

# Blues ke AkU !! #

Thursday, April 22, 2004

Hari ni baru masuk pejabat balik lepas 3 hari cuti... manjang cuti jer cik sennor nih... biasa ah... bos tak bertauliah. Belum jadi bos betul lagi tu... habih bankrap kompeni. Oklah...slalu share cerpen la ni nak share fakta2 manarik plak. Nak2 plak pasal isu2 semasa kat mesia, negara yang amat kita cintai ini. Isu BULI.... timbul tak lain adalah kerana satu kes terbaru yang tak buleh nak ditutup lagi.. mungkin insiden buli ni dah banyak berlaku tapi samada didiamkan atau mungkin masih belum melibatkan nyawa terkorban seperti kes terbaru, kematian seorang pelajar di Seremban... (kampung ese nih, tuh yang paneh manjang yo ni ha), Dah meninggal budak tuh... baru nak bertindak.... ibarat kata pepatah... dah terhantuk baru nak tengadah... kan takde pekdah nye tu... (di tambah oleh penulis :))) ). Mungkin yang pergi bukan adik kita... bukan sepupu sepapat kita tapi.... kalau takde sape yang nak amik peduli.... esok2 anak2 kita juga yang nak sekolah dengan sistem yang sedia ada nih... tak kiralah sekolah mana pun.. tul tak...??? sendri mau jawab.... so bacelah.... kes2 buli nih bukan stakat ka mesia je.... ia adalah isu dunia...
________________

Stories About Bullying
If you have any articles or news stories about bullying that you would like to see posted on this website please e-mail them to us at bully@direct.ca
--------------------------------------------------------------------------------

The bully, the bullied, and the bystander: Breaking the cycle of violence
Written by: Barbara Coloroso
Release date: Oct. 2002
Published by: HarperCollins Canada Ltd.

“The common thread among all of these children is that they were bullied relentlessly. In all of these tragedies the bullying went on without substantial objections, indignation, adequate intervention, or outrage. We are devastated by the final act of violence but rarely outraged by the events that led to that final act. Bullying is a learned behavior; if it can be learned it can be examined and it can be changed.”
--------------------------------------------------------------------------------

Nov. 2001, Tokyo, Japan
A primary schoolboy stabbed his tormentor in an attempt to end months of physical abuse and verbal taunting.
--------------------------------------------------------------------------------

March 2001, Williamsport, Pennsylvania
Elizabeth Bush, a 14-year-old eighth grader brought her father's gun to school and shot and wounded a friend who allegedly turned on her and joined in with her tormentors who often called her "idiot, stupid, fat, and ugly."
--------------------------------------------------------------------------------

March 2001, Santee, California
Charles Andrew Williams, a 15-year-old high school freshman, brought a gun to school. He shot and killed two schoolmates and wounded 13 more as well as several adults.

Friends said he was constantly picked on. "He was so skinny that some people called him 'Anorexic Andy.'"

His older brother Michael said Andy was use to being taunted. "He has big ears and he's real skinny. People liked to pick on him. It was like that as long as I can remember."

"He was always getting picked on. He's scrawny, he's little," said a friend, Neil O'Grady.

"People think he's dumb. Recently, he had two skateboards stolen." Another teen admitted, "We abused him pretty much, I mean verbally."
--------------------------------------------------------------------------------

Nov. 2000, Mission, B.C., Canada
Dawn Marie Wesley,14, hanged herself with her dog's leash in her bedroom. She left a note naming three girls at her school she said were "killing her" because of their bullying.

"If I try to get help it will get worse. They are always looking for a new person to beat up and they are the toughest girls. If I ratted they would get suspended and there would be no stopping them. I love you all so much."

The girls named in the note were suspended from school.
--------------------------------------------------------------------------------

March 2000, Surrey, B.C., Canada
Hamed Nastih, 14, leapt to his death from the Patullo Bridge. He left a five-page note for his family describing in detail the bullying and taunting that drove him to suicide.

"Mom, I was teased at school by my mates, my classmates, even my own friends laughed at me. They always called me four eyes, big nose, and geek."

His mother said one of Hamed's last wishes was for people to stop harassing each other and to realize that taunting is hurtful. His friends felt powerless to stop the taunting he endured. "Everyone gets bullied. But this went too far. We stood up for him, but people couldn't get the hint that this went too far, and this pushed him."
--------------------------------------------------------------------------------

April 1999, Tabor, Alta, Canada
A 14 year-old boy, who was an "at home" student. (He did schoolwork at home because he feared school), walked into the main hallway of the high school, shot and killed a 17-year-old student and badly wounded another before surrendering his gun and meekly submitting to arrest.

Classmates said the 14-year-old was "everybody's best punching bag." One student said "He'd sometimes get body-checked into the lockers. They'd try to pick fights with him and he'd just take it. They knew he wouldn't fight back."

The summer before the shooting, while on a scout outing, this "new kid in town" was stuck on a rock outcropping, unable to climb up or down. His fellow scouts laughed about his predicament and taunted him instead of helping him out.
--------------------------------------------------------------------------------

April 1999, Littleton, Colorado
Eric Harris and Dylan Klebold used assault weapons and homemade bombs to lay siege to their high school. The two boys killed 12 classmates and a teacher, injured 18 other teenagers, and then killed themselves.

Their friends said the two boys were constantly ridiculed and taunted at school. There was an unfounded accusation made by an anonymous classmate that Eric and Dylan had brought marijuana to school, prompting a search of their property.

There was another incident, even more humiliating than the search. "People surrounded them in the commons and squirted ketchup packets all over them, laughing at them, calling them faggots. That happened while teachers watched. They couldn't fight back. They wore the ketchup all day and went home covered with it."

According to the school's student body president: Eric and Dylan felt bullied and alienated, and in their minds it was "payback time."
--------------------------------------------------------------------------------

Nov. 1997, Victoria, B.C., Canada
Reena Virk, 14, died after being attacked and beaten unconscious by seven girls and one boy - all schoolmates. Reena's arm, neck, and back were deliberately broken before she was dumped in the Gorge Inlet.

Shy but earnest, she had tried to fit in and desperately wanted to belong to their group but was regularly and routinely mocked and taunted by her killers about her brown skin and her weight. Particularly startling was the fact that hundreds of students knew about the cruel and relentless taunting and even of her death before someone tipped off the police.

On May 8, 1998, two of the girls who lured Reena to the waterway where she was mobbed and killed were sentenced to a year in custody and another year of probation. The fourteen-year-old assailant said she was angry with Reena because she believed she had been spreading rumours about her. The sixteen-year-old assailant was mad at Reena because she believed she had been involved with her boyfriend.
--------------------------------------------------------------------------------

Aug. 1997, Invercargill, New Zealand
15-year-old Matt Ruddenklau committed suicide. The coroner's report stated, "Bullying and victimization were a significant factor in the boy's life in the months leading up to his suicide."
--------------------------------------------------------------------------------

April 1997, Nanaimo, B.C., Canada
A grade four student pulled a knife on another student who was taunting him. According to his mother, the knife-wielding boy was tormented by his peers for over a year. After the knife incident, the boy and his family were required to take an anger management course. The school took no immediate action with the children who bullied him.
--------------------------------------------------------------------------------

Jan. 1995, Belfast, Ireland
Maria McGovern overdosed after being bullied. The diary she left behind recorded a life of day-to-day terror at the hands of her schoolmates.

# Blues ke AkU !! #

Thursday, April 15, 2004

Lama sungguh menyepi dari blog ni. Cian plak tengok blog ni yek, just like rumah kosong sebab tuan dia balik kampung sebulan... ha..ha.. Neway, bukannya apa guys... bulehlah kata bz skit... kalah YB lak kan... La ni maleh nak masukkan new cerpen, u all can access it from melayu.com... so tak yahlah baca cerpen yang sama banyak kali. Bukannya apa, nak pilih cerpen untuk dimasukkan ke blog ni kenala baca dulukan... yang best jer akan dipaparkan kat sini tapi tang nak baca dulu tu la yang prob skit la ni... tatak masa maaa.... nak kena concentrate membaca ni.... :(

Weekend lps balik kampung, errmm....bestnyer balik kampung ni... release segala bebanan kerja bila nengok muka mak ngan abah. n yang paling best main ngan my youngest brother. Muahhhh.... cayang dia... cute.... geram plak... baru 1 tahun...

Oklah guys... that all for 2day..... nak criter pun tak tercrita.... skit2 je la.... babai

# Blues ke AkU !! #