Thursday, September 18, 2003

Di sini ada cinta (1)
“Mulai hari ini saya nak tengok awak pakai pakaian yang sepatutnya ke office, kalau tak tahu awak boleh minta dari Rita Etika Berpakaian, faham?” Eiii… Kay rasa nak gigit-gigit saja pen pemberian Boy. Nasib baik aku bersabar banyak hari nie.. kalau tak.. Kay membelek baju kurung milik Odah yang dipinjamnya. Selama seminggu ini dia terpaksa menurut kehendak hati boss intan payung, intan berlian beruang kutub tu. Celaka betul! Kay teringat-ingat lagi peristiwa minggu lepas. Peristiwa yang merampas hak dan prinsipnya selama ini.

“Awak masuk sekejap ke bilik saya,” Arahan dari gagang telefon itu membuatkan Kay membelek diri. Sambil kaki melangkah sambil itu dia cuba menyemak di dalam kepala kot-kot ada salah dan silap. Seingatnya dia melakukan semua kerja dengan baik. Minit-minit mesyuarat Lembaga Kewangan Syarikat pun sudah 70% siap. Lagipun dia yang memberi tempoh sampai minggu depan.

“Dulu awak study kat mana?” Belum sempat Kay memberi salam soalan itu dah terpacul dari mulutnya.

“DeMonfort,”

“Ohh.. sekarang nie awak kat mana?”
“pejabat Encik Amal lah,”

“Malaysia kan?” Kay merenungnya sambil mengangguk pendek.

“Mulai hari ini saya tak mahu lihat awak pakai ikut suka hati awak macam yang awak pakai hari nie,” Kay terbeliak.

“Tapi Encik Amal saya pakai macam nie sebab senang nak ke site,” Kay cuba membantah.

“Sini banyak juga engineer perempuan tapi mereka masih boleh pakai baju kurung.. “ Kay terpaku. Memanglah si Hasanah dan Julia selalu berbaju kurung kerana mereka memang begitu dari dulu. Tambahan pula mereka jarang ke site. Si Hasanah sedang mengandung 6 bulan dan Julia pula lebih senang menguruskan hal di pejabat melalui telefon sahaja. Kalau ada apa-apa masalah dia lebih senang meminta Kay ke lokasi pembinaan.

“You la pegi Kay… sekurang-kurangnya you boleh belajar..” dan Kay memang tak kisah kalau Julia atau Hasanah meminta kerjasama darinya. Mereka juga senior yang baik dan selalu membantu. Lagipun Kay memang suka berada di site daripada terperap di office.

“Kay..” Rita sudah tercegat di hadapannya sambil menghulur file.

“Beruang kutub tu nak apa lagi Rita?” soal Kay bosan. Rita tertawa kecil. Sejak dua bulan mereka sebumbung tak pernah sekali Kay menyebut nama Pengarah yang baru. Lebih-lebih lagi baru-baru ini Kay diarah bertukar rupa.

“Dia suruh ikut format yang betul.. “ Kay menarik muka masam. Dia ingat aku nie apa? Kadang-kadang mahu saja dia memprotes pada beruang kutub itu. Memang tak logik tugas menaip dan menyiapkan minit mesyuarat yang langsung tak ada kena mengena dengannya. Kay Cuma masuk untuk menyerahkan laporan Pembinaan Kondominium Qursiah alih-alih tugas itu diserahkan kepadanya memandangkan waktu itu setiausaha mesyuarat terpaksa pulang kerana ada kecemasan. Memang dasar beruang kutub! Malah, sejak Tuan Haji Ariff bersara hidup Kay sudah tidak sebebas dulu. Dulu dia bebas untuk memakai apa sahaja, bila-bila masa sahaja dia boleh berada di office tapi kerana Tuan Haji Ariff tidak terlalu protokol orangnya. Asalkan kerja siap, pandai menjaga nama baik syarikat sudah cukup buatnya. Tambahan pula memang masa Kay lebih banyak di site. Tuan Haji Ariff juga amat mengambil berat tentang diri Kay dan menganggapnya seperti anak sendiri. Tapi sejak beruang kutub itu datang menggantikan tempat ayahnya segala-galanya bagai dirampas.

“Kan saya dah buat ikut format?” soal Kay tak puas hati. Rita Cuma mengangkat bahu.

“Dia nak awak ikut format macam Encik Kenny buat.. contohnya awak boleh dapatkan di bilik fail.. minta kat abang Awang,” Rita mengangkat kening dan tersenyum.

“Rita, awak tak ada simpan copy ke?” Rita menggeleng.

“Sekarang nie kan dah dekat pukul 5.00, Abang Awang mesti dah balik,” Rita senyum lagi.

“Encik Amal kalau boleh nak esok siap, sebab the next meeting may be this coming Thursday.” What? Kay menjeling kalendar. Hari ni dah Rabu. Gila ke apa.. dah la minit nie tebal nak mampus!

“Habis tu?”

“Esok dia nak tengok minit nie Kay,” Rita seakan bersimpati.

“Aku balik dulu ye.. bye,” Rita melangkah keluar dari biliknya.
Kay mengomel kecil. Itu salah ini salah.. lain kali buat sendiri! Tak pun kenapa tak minta saja Puan Zubaidah buatkan? Bukankah dia Setiausaha Mesyuarat hari itu? Kay melepaskan keluhan. Laporan yang dia kira sudah terbaik itu dibelek. Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Hmm.. balik sekarang pun tak guna.. jalan mesti jammed punya.. Mana aku nak tengok contoh format baru? Kenny tu mesti dah balik. Orang di Bahagian Operasi selalu balik on time, nak nak pulak awal bulan macam nie…cepat jer lesapnya!

“Daripada termenung macam tu, kan lebih baik awak balik saja?” Kusmangat!! Kay terperanjat beruk. Makhluk yang berdiri di depan biliknya tersenyum menyindir. Eii.. sakit mata. Seboleh-boleh dia tak mahu menatap muka pak cik seorang nie. Apasal dia tak balik lagi?

“Encik Amal, saya tak faham kenapa Encik Amal tak setuju dengan minit yang saya dah buat ni. Bukan ke Encik Amal juga yang suruh saya buat ikut format terbaru?” Walaupun tak kuasa nak menatap wajah orang yang paling tak disukai tapi Kay memaksa diri. Nanti dikatakan biadab pula kalau muka dialih ke dinding.

“Format tu tak sesuai, so saya nak ikut format Encik Kenny buat,”

“Boleh saya tau macammana bentuk format tu?” soal Kay.

“Itu usaha sendiri. Kalau tidak baik saya buat semua tu sendiri..” Beruang kutub itu berlalu dengan egonya. Eleh!! Berlagak!!

“Baru balik Kay?” sapa Kak Long bila melihat Kay merebahkan badan di atas kerusi empuk. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.

“Dah makan?” soal Kak Long dan Kay mengangguk.

“Makan kat mana tadi?” soal Kak Long lagi.

“Office,” jawab Kay ringkas.

“Office?”

“Ye kat office..” Jawab Kay sambil mencapai remote. Channel ditukar. Kak Long menggeleng kepala. Dia meneliti tubuh Kay yang meniarap di atas kerusi. Selama ini memang payah nak melihat Kay menyarung baju kurung ke tubuh. Memang sejak kecil lagi Kay lebih gemar berseluar. Rambut juga jangan mimpi hendak mencecah bahu. Cepat saja dia menyorong tangan meminta duit dari arwah ayah minta duit untuk ke kedai gunting.

“Kak Long dah beli baju kurung yang Kay pesan semalam?” soal Kay.

“Err.. dah tapi, baju kurung tak de saiz la Kay.. semua XL, “ Kak Long bingkas bangun dan mencapai bungkusan yang diletakkan di atas meja.

“Habis tu?”

“Kak Long beli kebaya, boleh?”

“Apa?” Kay terjerit. Aduiii … kebaya pulak!!! Seumur hidup tak pernah dia memakai kebaya kenapa kali ini Kak Long beli pulak?

“Ala apa nie Kak Long?? Kak Long nak bunuh Kay ke?” Kay mengerut muka. Kak Long senyum.

“Ala boleh la.. dah tak de choice.. kak Long sempat pergi butik Arena nie jer..”

“Ngape tak cari kat Semua House? Ala yang murah-murah pun tak apa..” Kay menepuk dahi. Kak Long tertawa lagi.

“Ala nanti pinjam aje la baju Kak Long..”

“Mana boleh.. Kak Long kan pendek.. ni beruang kutub tu la punya pasal!!!” Kay menumbuk mini kusyen.

“Kau nie Kay.. tak habis-habis nak mengata si Amal tu..”

“Arrrgghh.. jangan sebut nama dia.. mendidih tahi telinga aku!”

“Kay.. kan mak pesan jangan benci sangat.. nanti jadi suka siapa yang susah? Kak Long jugak yang susah…” Kak Long dan Odah saling tersenyum.

“Ha ah Kay.. nanti apa yang terjadi pada Kak Long kau nie terjadi kat kau pulak..” sampuk Odah.

“Ala.. perempuan bodoh je yang tergila-gila kat beruang tu.. dah la! Kay nak mandilah!” Kay bangun dan mengendong plastik itu ke bilik. Baju kebaya Kota Bharu berwarna merah bata itu direnung lama. Gila, takkan aku nak pakai baju nie esok? Dah la esok kena pegi site! Kay merebahkan badan di atas katil. Amal.. Mohd Amal.. anak lelaki Tuan Haji Arif yang banyak memusnahkan hidupnya. Argghh.. dari kecil sampai la sekarang tidak ada seorang pun yang berani menegur cara penampilannya. Baik di sekolah mahupun di universiti dahulu. Pun sejak berkhidmat di syarikat Tuan Haji Ariff 4 bulan yang lalu, tiada masalah tentang penampilannya. Tetapi sejak Tuan Besar Mohd. Amal datang menggantikan ayahnya hidup Kay dirasakan seperti dalam penjara. Argghh!! Bencinya!!

Kay membetulkan duduknya sewaktu mengadap boss. Encik Shariff dan Shamsul menjeling-jeling sambil tersenyum. Kay mencebik tanda protes.

“Kalau yang ini macammana Shamsul?” soal Amal sambil menunjukkan sesuatu pada pelan.

“Hah? Err.. apa dia Encik Amal?” Shamsul menggelabah seketika membuatkan Kay tersenyum. Padan muka, main mata lagi dengan aku..

“Saya tanya apa pendapat awak kalau jenis yang ini kita tukarkan dengan material yang bermutu sikit..” ulang Amal.

“Err.. apa pendapat you Kay?”

“Kay? Kan nama dia Khusyairah, “ Tegur Amal. Kay mengigit bibir. Dia buat dah..

“Err..” Shamsul merenungnya serba salah.

“Panggil nama dia dengan betul..”

“Tapi semua orang memanggil saya Kay sejak sekolah rendah lagi Encik Amal,” potong Kay lembut.

“Sekarang nie awak bukan budak sekolah rendah lagi..” kata-katanya membuatkan Kay terpukul.

“Kalau nak jadi budak sekolah rendah awak boleh bungkus then balik semula ke zaman tu..” Mak aiii… ini dah lebih..!!! Shamsul dan Shariff
tergelak kecil.

“Err.. you all nak tengok tapak tu pukul berapa?” soal Amal.

“Kejap lagi Encik Amal..”

“Okey you all boleh pergi sekarang..” Pehh…!!! Lega.. Kay lah orang pertama yang bangun bila mendengar arahan begitu.

“Kecuali Khusyairah.. awak tunggu..” Kay terbeliak. Shariff dan Shamsul Cuma berpandangan sebelum keluar dari bilik.

“Kerja yang saya suruh buat semalam tu dah siap?” soalnya. Kay mengangguk, padahal dia minta si Julia Typist kat Human Resource Department yang buatkan.

“Bagus! Nah ambil yang ini pula.. awak tolong retype.. buat format yang sama, esok pagi-pagi saya nak awak beri pada saya balik, faham?” Kay merenung wajah handsome itu lama.

“Encik Amal, bukan ke kerja-kerja retype report ni kerja secretary atau typist?” soalnya dengan rasa geram.

“So, engineer tak boleh buat semua tu la?” soalnya kembali sambil tersenyum sinis.

“Saya boleh buat semua tu tapi ini bukan bidang tugas saya..”

“Saya boss di sini.. jadi saya berhak arahkan awak buat apa saja.. awak boleh keluar sekarang..” Kay menggigit bibir. Nasib baik la kau ni anak big boss.. kalau tak dah lama kaki tangan aku ni naik ke atas meja kau! Dengan geram dia mengambil dua buah report yang terletak di hujung meja dan keluar dari bilik itu. Laju langkahnya menuju ke lif. Tiba di tingkat yang dituju dia mara ke bilik. Benci! Benci! Kay mengurut dada yang sedang membara macam api itu. Sejak dia wujud dalam pejabat ini semuanya serba berubah. Pertama sekali, bab pakaian.. kerana dialah aku terpaksa pakai benda-bende leceh ni! Itu tak apa lagi.. tapi bab cerewetnya memang tak boleh lawan. Tak pasal-pasal jer ari tu dia suruh Kay masuk meeting ambil minute.. gila! Dan sekarang ni pula.. nampaknya dia semakin suka tengok aku 24 jam kat dalam office. Tengoklah tadi.. elok-elok kami dah plan nak melawat ke tapak pembinaan kilang tiba-tiba je dia suruh aku buat kerja-kerja bodoh ni. Padahal bukan ada apa pun yang nak dibetulkan. Sengaja dia nak kenakan aku!! Nasib baik aku pikir aku ni makan gaji dengan kau.. kalau tidak jangan haraplah aku nak ikut cakap kau tu! Mak dan abah aku pun tak cerewet macam kau! Kay berpusing-pusing di atas kerusi sambil menatap siling. Apa aku nak buat ni? Macammana caranya aku nak ajar dia? Orang sombong dan berlagak tu mesti diajar!

“Hah!! Mana nak siap kerja kalau asyik tengok ke atas.. karang runtuh pulak siling tu..” Kusmangat!!! Kay bingkas bangun. Beruang kutub sedang merenungnya lama. Rupanya dari tadi lagi dia nampak apa yang Kay buat.

“Sudah.. ada nampak Rita?” soalnya. Kay menggeleng. Takkan setiausaha sendiri tak tahu ke mana hilangnya!

“Saya dah lambat nie.. cepat ambil beg awak.. ikut saya..”

“Kenapa?” soal Kay dengan rasa bosan.

“Lunch!” Apa? Ajak aku lunch? Amal sudah pun berlalu menuju ke ruang legar mendapatkan lif. Alamak.. Kay dengan berat mencapai beg tangan di dalam laci….

YA TUHAN… betulkah apa yang aku lihat ini? Adakah mataku tak berdusta???

“Ehemmm!!!” batuk Amal itu membuatkan Kay tersedar. Sekali lagi dia terpegun bila jejaka yang berdiri di hadapannya itu melemparkan senyuman paling manis.

“Siapa ni Mal? Ini ke secretary kau?” soalnya sambil mata tak lepas menatap Kay yang kelihatan langsing memakai kebaya pendek. Hmm.. tak silap aku pakai lawa-lawa hari ni.. rupa-rupanya nak jumpa prince charming!!

“Bukan.. ini assistant paling junior .. kat tempat aku..”

“Cantiknya….” Pemuda itu tersenyum nakal membuatkan Kay malu dipuji begitu. Alah mak.. iye ke anak mak ni cantik? Kalau Kay tahu awal-awal lagi Kay pakai macam ni..

“Cantik, memang cantik.. tapi kalau pakai tudung lagi cantik..” Adussss… Kay menjeling Amal yang selamba berkata-kata. Bikin panas betul beruang gila isim ni! Pemuda itu tergelak melihat adegan jeling menjeling antara mereka.

“Kau tak nak kenalkan aku ke?” soal pemuda itu lagi. Nak! Nak! Cepatlah kenalkan kita orang! Kay berbisik sendiri.

“Sorry la.. kau ada mulut kan? Kau tanya la dia sendiri.. tapi.. kalau kau kenal dia pun kau mesti menyesal..” Amal berlalu selamba mengambil makanan. Kay memandangnya dengan seribu perasaan yang berapi. Ceh!! Memang pendengki punya manusia! Tadi konon-konon ajak aku lunch.. rupanya aku ni bidan terjun je! Sepatutnya si Rita yang kena ikut dia jumpa klien dari Perancis tu. Sekali, si Rita sakit perut pula.. terus dia ajak aku sebagai ganti. Konon-konon terasa bertuah la juga dapat merasa masakan Perancis nanti. Tapi last minute klien bangang tu pegi cancel lak. Ada hal lain. Si Amal kedekut ni apa lagi.. terus ajak aku makan kat tempat lain. Dia nak cari nasi katanya. Okey la tu.. mesti kat hotel ke.. restoren ekslusif ker.. rupa-rupanya.. kat Medan Mara!!! Arggghhh!!

“Saya Adam.., kawan satu course dengan Amal masa di London dulu..” Adam memperkenalkan diri. Kay kembali tersenyum. Nasib baik la ada kau wahai si kacak!

“Saya Khusyairah.. panggil Kay jer..” Adam mengangguk.

“Sedap nama tu.. sama dengan nama mak saya.. jemput duduk Kay,” pelawanya sambil menarik sebuah kerusi. Mak aii.. gentlemannyer!!!!
Tak pernah seumur hidup Kay dilayan begitu. Seronok juga rupanya jadi orang perempuan ni..

“So.. dah lama kerja dengan Amal?” soal Adam.

“Kerja dengan dia baru lagi… baru masuk dua bulan.. tak tahan la..” jawapan Kay itu membuatkan Adam ketawa besar. Amal.. siapa tak kenal. Cerewet.. memilih.. cakap dia aja yang betul..

“Tapi dia baik.. percayalah.. nanti lama-lama you tahu la siapa Amal sebenarnya..” What? Lama-lama? Sorry la Encik Adam.. cukup bulan depan aku nak hantar notis berhenti kerja.. Tak kuasa aku nak duduk celah ketiak masam dia tu!

“Err.. sorry la mengganggu ye.. kalau iye pun dah syok sangat berbual.. pergi la ambil makanan dulu.. aku risau kan kau Adam.. kau tu ada gastrik.. si Kucai ni kalau tak makan pon tak apa..” Apa??? Dia panggil aku Kucai??

“Kau orang ni lawaklah!!” Adam bergegar-gegar satu badan menahan tawa. Kay rasa moodnya yang berkobar-kobar tadi dah hilang entah ke mana. Wajah selamba Amal dijeling geram. Tahulah aku ni baru belajar nak jadi perempuan idaman kau! Dari atas sampai bawah kena ikut taste kau.. tapi janganlah pula rosakkan perasaan yang baru berputik ni bodoh!

“Jom Kay, kita pilih makanan..” pelawa Adam. Hmm.. kau ni memang best la! Dengan sombong Kay bangun meninggalkan Amal yang Cuma menjeling sambil menyuap nasi.

KAY tersenyum panjang sambil memintal-pintal bucu sarung bantal. Kehandsomanmu.. ketawamu.. matamu yang redup.. hidungmu yang mancung.. rambutmu yang lurus…keningmu yang seksi.. bibirmu yang ramah…

“woiii!!!!” Mak kau!!!! Kay terperanjat beruk bila tiba-tiba satu makhluk melantun ke atas katilnya. Odah ketawa terkekeh-kekeh melihat muka Kay yang macam kena letupan bom ikan.

“Kau ni Odah.. kalau masuk tu tak beri salam tak boleh ke?” soal Kay geram. Baru aku nak berangan dan membayangkan kehandsoman Adam.. dah dia datang menyibuk.

“Ada orang telefon kau..” ala.. sapa pulak yang telefon ni??

“Lelaki ke perempuan..” soal Kay lagi.

“Tah.. suara macam macho jer.. “ Apa? Macho? Jangan-jangan Adam! Tadi aku ada bagi no telefon rumah sebab dia yang minta. Nombor
Handset pun aku kasi sekali.. heheh..Kay melompat dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Meja telefon yang comel diterkam.

“Hello Adam…”

“Amboi.. dah tak reti nak bagi salam?” Alamak!!! Abah aku!!

“Err.. assalamualaikum bah.. sihat? Mak mana? Atuk ada datang rumah bah? Lembu kita yang sakit dulu dah okey bah?” Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Mampus aku.. si Odah dah tertawa lucu di balik langsir. Cis!! Kau kenakan aku rupanya!!

“Along kamu mana ni?” eh.. abah nie.. orang tanya dia , dia tanya kita balik pulak!

“Keluar makan dengan Abang Mie.. kenapa bah?” soal Kay lagi.

“Minggu depan balik kampung iye Kay? Abah nak buat kenduri sikit.. cakap dengan along kamu. Kalau dapat baliklah lama sikit. Boleh tolong mak kamu ni..” suara abah kembali lembut.

“InsyaAllah abah..” jawab Kay sopan.

“Jaga diri elok-elok.. jangan buat perangai tak senonoh.. kerja baik-baik jaga hati ketua.. dan satu lagi.. bawa-bawa belajar pakai baju orang perempuan.. ingat tu?” Kay tergelak kecil. Buat lawak pulak abah aku ni. Tak payah abah risau.. sekarang nie dah ada sorang pakcik
yang dah buat Kay sengsara kat sini bah!

“Okey la bah.. Kay nak mandi ni..”

“Apa? Baru nak mandi? Dah sembahyang maghrib ke belum?” soal abah terperanjat. Errkk…

“Dah.. tadi dah sembahyang..” Ciss!! Kantoi lak aku ngan abah!!

“Okey la ye Abah? Bye.. assalamualaikum…” cepat-cepat gagang diletak. Tak larat nak dengar abah bersyarah dalam telefon lama-lama! Ces.. mana si Odah ni.. kenakan aku rupanya!!

“Woii… pompuan tak basuh berak..! Kau kenakan aku ye?” Odah Cuma tertawa sambil mengunyah maggie.

“Kau ni kenapa.. sejak balik petang tadi bukan main lagi kau terlentok sana terlentok sini.. pandang tv senyum.. tengok dinding senyum.. gila ke demam?” soal Odah. Kay tersenyum lagi.. kau tahu tak hari ni aku bertemu dengan jejaka yang handsome gila.. yang macho gila.. yang baik giler.. yang gentleman giler… tapi! Si Amal busuk hati tu memang dengki kat aku! Kay mengetab bibir. Teringat kata-kata berbisa dari Amal siang tadi..”kalau nak cari perempuan, cari yang betul-betul ada sifat perempuan iaitu.. kelembutan.. bukan macam jantan!!” Kay rasa nak bakar aje mulut lelaki itu. Di kepalanya kini tertera sesuatu.. yes.. nanti kau akan tahu langit tinggi rendah Amal..

RIETA senyum bila melihat jambangan bunga mawar sebanyak 3 kuntum itu tidak lagi dibakulsampahkan oleh Amal. Akhirnya dia terima juga kehadiran mawar-mawar itu!

“Kenapa awak berdiri macam tugu negara tu Rieta?” soal Amal bila melihat setiausahanya tersenyum-senyum. Orang suruh ambil dictation dia pergi tersengih merenung bunga yang terletak elok dalam vase.

“Err.. tak ada apa Encik Amal..” Rieta suspen melihat wajah serius bossnya. Huh.. harap muka je hensem.. tapi kedekut senyum! Dia tahu Amal serius orangnya. Bukan senang nak dibawa bergurau.. silap-silap nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. Berbeza dengan ayahnya
dulu. Tuan Haji lebih cool dan suka berjenaka. Dan salah seorang pekerja favourite Tuan Haji Ariff ialah Kay. Kay memang pandai mengambil hati orang tua. Walaupun kurang manis kerana suka berpakaian lelaki tapi Kay seorang pekerja yang ringan tulang dan amat menghormati senior. Tapi sejak anak bujangnya menggantikan tempat sementara Tuan Haji pergi bercuti di luar negeri.. segalanya sudah berubah.
Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah..

“Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang..” tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya.

“Panjang umur.. boss nak jumpa sekarang..” Kay mengangkat kening. Memang aku dah agak dah.. dengan sopan dia merapati pintu bilik boss yang garang macam harimau tu.

“Masuk!” Kay masuk dan duduk di kerusi di hadapan Amal. Matanya menjeling ke arah bunga mawar yang tertenggek elok di dalam vase. Dalam hati dia tergelak gila babi. Hahahaha.. padan muka.. akhirnya kau masuk juga perangkap aku!!

“Awak boleh tolong saya tak?” soal Amal.

“tolong apa Encik Amal?”

“Tolong jangan mengata saya dalam hati..” errr… Kay menelan air liur. Ada ilmu ke dia ni boleh baca hati orang, walaupun tanpa menatap wajah aku yang dah semakin cantik ni?

“Kenapa Encik Amal nak jumpa saya?” soal Kay berani.

“Ayah saya kirim salam..” Ohh.. Kay senyum. Mesti dia tak sangka ayah dia kenal aku. Hmm.. ayah kau tu lebih bagus dari kau. Walaupun dah tua tapi perangai boleh ngam dengan aku tau?? Tak macam kau ni.. macam apa tah..

“Baru kirim salam dah senyum macam dapat bonus dua bulan gaji?” Aduss.. Kay menarik nafas. Sabar aje la aku dengan beruang ni..

“Err.. pukul 10 nanti awak stand by.. ikut saya pergi jumpa Encik Borhan kat KLCC.. bawa sekali list syarikat-syarikat yang berkaitan dengan projek empangan tu.. “ Kay angguk. Hmm.. seronoknya aku! Makan free lagi. Untung-untung Adam ada sama! Kay tersenyum kecil membuatkan Amal menjeling.

“Kenapa?” soalnya, lantas menjeling ke arah mawar di hujung meja.

“Boleh saya keluar sekarang Encik Amal?” pinta Kay dan Amal mengangguk. Kay senyum lagi sambil menjeling ke arah mawar yang sudah mula diberi martabat menghiasi meja lelaki ego itu…

“ I REALLY ADMIRE U AMAL!” Kay sengih lagi sambil mengisi gam pada sampul kecil itu. Kemudian dia menghulurkan duit kepada pemilik kedai bunga. Puan Suraya senyum.

“Macam kenal je orang nie..” Apa? Kay sengih.

“Kenapa.. dia ni selalu ke dapat bunga kak?” soal Kay. Jambang rose sebanyak 7 kuntum itu dibelek. Hmmm.. nak kenakan kau tak pasal-pasal duit aku terbang hari hari! Tapi tak apa.. ini saja caranya aku nak mengajar kau!

“Address adik?”

“Err.. kak.. saya ni peminat dia.. tak boleh bagi tahu..” Puan Suraya tersenyum mengangguk faham. Kay senyum lagi. Peminat betul saya ni kak.. tak lama lagi ada orang patah hati!

“Biasalah dik.. sekarang ni orang perempuan kena advance betul tak?” Puan Suraya tertawa kecil. Kay mengangguk.

“Akak dulu masa nak kenal husband akak.. kawan rapat tolong usahakan.. berkesan!” Kay sengih lagi. Kelakar pulak tokei kedai bunga ni!

“Apa kawan akak buat?” soal Kay berminat. Manalah tahu kalau-kalau boleh tackle si Adam tu! Hehehe.. tak malunya aku!

“Kalau nak tahu rahsia kenalah bagi pengerasnya..” Puan Suraya berseloroh. Kay tergelak.

“Adik nie.. umur berapa sekarang?” soal wanita bertudung biru itu.

“Err… nak masuk 25 kak..”

“Iye ke? Ingat baru 22..” Kay senyum.. biasalah kak.. natural beauty.. saya ni tak reti nak pakai bahan-bahan kosmetik nak menjahanamkan muka.. pakai kebaya ni pun baru belajar.. dan siapa lagi kalau bukan jejaka yang saya nak kenakan sekarang ni punya hal!

“Tak apa.. mula-mula macam ni la.. kasi bunga.. kasi kad.. lelaki ni.. sekeras mana pun dia mesti cair juga kalau dapat benda-benda macam ni..”

“heheh.. bukan lelaki saja kak.. saya ni sepanjang hayat tak pernah dapat bunga!” jawab Kay jujur. Puan Suraya tersenyum.

“Bohonglah!”

“Betul.. buat dosa je saya tipu akak.. er… kak, okey la yek.. dah lewat ni.. saya nak balik office dulu.. nanti saya datang lagi.. bye!” Kay melambai pendek sebelum keluar dari kedai bunga tersebut. Hatinya kian menguntum bila plan demi plan tersusun cermat di kepala..

KAY ternganga. Betul ke aku tak salah bilik ni? Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri meja. Sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat menghiasi mejanya.. mak aii.. segera kad kecil itu dicapai. Aik.. Cuma tulis “Hi! Good morning..” saja?

“Ehem!! Ehemmm!!” Anis sudah tersengih di luar bilik. Matanya nakal merenung wajah Kay.

“Hi.. belum sampai sebulan tukar imej dah ada secret admirer?” perlinya sambil menghampiri meja Kay. Kay sengih.

“Dia tak mention pun siapa..” beritahu Kay lagi.

“woww..” Kay senyum.. mawar di jambangan dicium lembut.. emm wangi...

“Manalah tahu.. orang tu macho gile..” Anis senyum lagi. Kay angkat bahu. Jam sudah menunjukkan pukul 11.50. Kenapa lambat sangat
waktu beredar hari ini? Sedangkan sudah macam-macam kerja aku buat. Sebaik saja keluar dari office Amal tadi dia tekun menyiapkan beberapa kerja yang terbengkalai. Selesai dia sempat ke Account Department menyerahkan senarai syarikat-syarikat pembekal untuk diaudit. Kemudian dia pergi ke bank untuk memasukkan beberapa ratus duit untuk adik di MRSM Kuantan. Kemudian tak lupa dia singgah di Sue’s Galery, kedai menjual bunga yang baru beroperasi tak jauh dari bank.

“Eh.. Kay.. kau tau tak sekarang nie.. boss hensem tu..hari-hari dapat bunga..” beritahu Anis excited.

“Iye? Ada juga orang nak sedekah bunga kat dia tu? Dah la sombong bukan main..” Kay menjuih bibir.

“Ishh.. kau nie.. walaupun dia tu kerek sikit.. tapi handsome tau..”

“Bukan boleh bahagia Anis kalau muka lawa.. tapi perangai menyiksa jiwa.. apa.. kau suka ke kat dia?” Anis tersengih malu.

“Sukalah jugak.. tapi kalau Encik Amal tu peramah sikit.. lagi suka..”

“Sampai mati la.. kau kawin cerai kawin cerai 4 keturunan pun belum tentu dapat..”

“Kau ni! Ada ke doakan aku macam tu..” Anis menarik muka. Kay tertawa.

“tak malu nak mengorat boss..” ejek Kay sambil mencapai handbag Bonia, milik along. Hehehe..

“Ehh.. nak ke mana ni?”

“Pergi makan,”

“Hii.. sejak bila ada boyfriend ni??” soal Anis pelik.

“Bukan dengan boyfriend..” Kay membetulkan rambut yang pendek sebelum melangkah keluar.

“Habis tu siapa?” soal Anis ingin tahu.

“Dengan beruang kutub..” jawapan Kay itu membuatkan Anis tertawa dan menggeleng kepala. Kay.. Kay.. jangan benci sangat.. nanti beruang kutub jadi cinta hati!

“KAU agak-agak.. siapa yang kasi bunga ni Odah?” soal Kay hairan. Jambangan bunga mawar yang diletak elok di depan pintu pagar di belek. Odah mengangkat bahu. Dia pantas mencapai bantal peluk. Mereka bergelimpangan di atas katil dalam bilik.

“Ala.. ada la mamat-mamat tak ada mata minat kat kau tu..”

“Amboii.. mulut kau.. ingat muka aku ni tak der value ker?” Odah tertawa melekek. Kay menguntum senyum. Jambangan bunga itu dibelai-belai. Pelik betul.. kat office dia kasi.. kat rumah pun dia kasi lagi! Mesti dia ni dah kenal sangat aku.. kalau tak takkan alamat rumah dia
boleh dapat!

“kau tau Odah.. tak pernah aku dapat bunga macam nie seumur hidup..”

“So.. terharulah?” sindir Odah. Dia mencabut sekuntum dan diselit di celah telinga.

“Entah-entah abang polis depan rumah kita ni kot?” Isshhh.. !! Kay mengerut kening. Mustahil. Baru bulan lepas abang polis tu bergaduh dengan aku! Puncanya kucing si Odah berak atas seat motor besar dia. Si Odah ni pun satu.. bela kucing pandai..pas tu tak reti jaga..

“Takkan la.. “

“Habis tu.. takkan bai jual kain yang suka borak ngan kau tu!” Kay mencekak pinggang.

“Amboi kau ni Odah.. kalau yang buruk-buruk.. yang sememeh-sememeh je taram kat aku ye?? Tak boleh cari yang hensem sikit ke?” soal
Kay bengang. Odah tertawa lagi.

“Nah amik kau!” Kay menonyoh kepala Odah dengan bantal.

“Ishh!! Apa ni! Abih la masker aku ni!” Odah menepis bantal dari terkena mukanya yang bertepek bancuhan masker warna hijau.

“Kau ni tepek masker hari-hari.. muka.. macam kawah gunung berapi jugak..” Kay sengih.

“Ehh.. mulut tu..kawah kawah pun ada admirer tahu..” Odah menjuih bibir.

“apa saja la korang berdua ni..” Along tiba-tiba muncul.

“Ni.. Kay ni pelik sejak dapat roses tu Along, sudah seperti kera mendapat bunga..” Odah ni!! Bantal di tangan ditekup ke kepala Odah. Keduanya bergumpal mesra di atas katil membuatkan Along tersenyum.

“Abih la masker aku…” Keluh Odah. Kay tertawa..

“along rasa siapa yang kasi bunga tu?”

“Mana la along tahu.. entah entah.. si Amal tak?” Apa? Ptuii Ptuii! Kay mencampak jambangan mawar itu ke tepi.

“Amboi.. benci betul nampaknya..” Odah menjeling.

“Ahh.. tak mungkin la.. dia tu mana ada perasaan. Dah tu buta hati.. buta perut.. segala-galanya buta la.. orang macam dia tu mana tahu
berbunga-bunga nie.. perintah orang tu reti la..” jawapan Kay membuatkan Along tersenyum.

“Selalunya.. orang yang kita benci sangaaattt tu la yang kita dapat..”

“Puhh.. amin.. masin mulut along!” Odah cepat-cepat menadah tangan.

“Eh.. apa kau aminkan????” sekali lagi bantal dicapai dan tubuh Odah yang agak berisi itu dibalun bertalu-talu. Along tertawa melihat gelagat adik dan teman sepejabatnya itu. Tiba-tiba tawa mereka mati bila lagu MyLove kedengaran. Along cepat-cepat mencapai handset nokianya.

“Hello.. emm.. awak kat mana ni?.. iye?..Saya?.. emm dah..!! Tadi lagi.. apa?.. emm.. hehehe.. saya? Emm.. betul.. tak tipu.. rindu jugak...” Along tersengih-sengih dan bangun meninggalkan bilik itu. Kay dan Odah saling berpandangan. Alangkah syoknya kalau seperti along!! Kay baring di atas katil semula begitu juga Odah. Masing-masing tersenyum merenung siling.. sama membayangkan kebahagiaan yang Along kecapi saat ini. Itu la.. dulu jangan sesiapa berani sebut nama Suhaimi depan along. Alamatnya hari yang elok boleh bertukar ribut taufan! Tambahan pulak abang Mie tak hansem mana.. dah la hitam.. suka bertekak pulak tu! Itu cerita along la. Tragedi pertama mencetus perkenalan mereka semasa berebut teksi di Klang. Masa tu masing-masing nak kejar masa ke Puduraya. Maklumlah nak balik raya… sudahnya dua-dua ketinggalan bas. Apa lagi, sambil melalak along telefon abah di kampung beritahu terlepas bas, sedangkan esok sudah raya. Masa tu Kay masih di United Kingdom. Panik jugalah abah, tak pernah dalam sejarah anak sulungnya itu tak balik beraya, sedangkan KL dan Raub bukanlah jauh mana. Nak dijadikan cerita, tengah kalut-kalut bertekak menyalahkan sesama sendiri kawan abang Mie offer tumpangkan mereka sampai ke Bentung sebab dia dalam perjalanan ke Kuantan. Along masa tu nekad aje. Alang-alang dah terlepas bas, biar dia sama-sama bertanggungjawab.

Tiba di Bentung hari sudah hampir berbuka. Abang Mie juga yang mencari makanan untuk berbuka puasa. Dan, dia juga susah payah menghantar along balik selamat ke rumah. Yang ajaibnya.. tiba-tiba Abang Mie mesra dengan mak. Adik-adik yang lain juga bukan main gemar melayan Abang Mie. Itu la orang kata.. nak tackle anak, tackle mak bapak dia dulu. Lama jugalah keadaan itu berlalu. Dekat setahun, barulah along boleh terima Abang Mie. Itu pun lepas abang Mie tak jemu-jemu mengayat. Hantar kadlah.. hantar bungalah.. hantar coklat la.. kan bagus kalau aku pun macam tu?? Tapi.. ahh.. menyesal betul selama ni tak dengar nasihat mak dan abah. Sebenarnya aku bukan nak jadi macam ni. Nak buat macammana.. sejak kecil lagi kawan-kawan semua lelaki. Jadi, sampai ke besarlah aku terikut dengan cara mereka. Lagipun aku ni atlit sekolah. Apa saja acara aku tak masuk.. Cuma bola jaring je aku tak pernah cuba. Sebabnya.. aku ni terlalu ganazzz.. hehehhe..

“Odah.. kan ke best kalau sekarang ni kita macam along kan..” Kay tersenyum sambil menoleh ke arah Odah. Tapi ceh!!! Hampeh punya kawan! Ingatkan sama-sama menganyam angan, rupanya sudah jauh bermimpi sampai meleleh air liur basi!!

KAY terkaku di depan pintu bilik. Sejambak mawar merah lagi hari ini. Bunga yang semalam belum lagi layu, sudah datang bunga yang baru? Kay senyum.

“kepada sesiapa yang murah hati hantar bunga.. terima kasih.. hantar la selori pulak esok..” Kay bercakap seorang sambil membelek
jambangan mawar itu.

“Love’s for a lifetime not for a moment so how could I throw it away.. - Amir – “ Wow.. hari ini dia kenalkan nama! Kay senyum lagi. Apa yang dia nak dari aku nie.. cinta? Chiii sehhh..

“Amboi.. patutlah bilik nie berseri-seri.. ada bunga lagi..” Anis, si makcik sebok datang menjengah. Kay senyum.

“Hi.. baju baru?” soal Anis melihat Kay menyarung sepasang kurung sutera warna merah jambu.

“Hei.. meh sini, tengok ni..” Kay menunjukkan kad yang kelima diterima sejak jambangan bunga datang setiap hari ke mejanya.

“Hmm.. Amir? Wah.. dia dah kenalkan diri.. bila pulak dia nak menjelma..?” Anis tersenyum.

“aku pelik nie.. poem nie.. “ Kay mengeluarkan kad-kad yang diterima sebelum ini..

“Don’t wanna wake up alone anymore.. still believing you’ll walk through my door.. all I need is to know it’s for sure.. then I’ll give .. all the love in the world…. Emm…” Anis mengerut dahi.

“Ha.. ni bukan poem nie.. ini lagu la apa la kau ni!” Kay mengangkat kening.. lagu?

“Apa maksud dia kasi semua ni?”

“Mana la aku tahu.... nama dia pun dah diberitahu.. jadi.. pandai-pandailah..” Anis menasihatkan.

“Err.. aku amik satu ye? “ panjang tangannya mencapai sekuntum dan berlari keluar. Ceh.. sejak seminggu ini memang tiap-tiap pagi Anis
mengunjungi biliknya. Apa lagi kalau bukan nak curi satu tangkai bunga aku ni! Kay senyum.

“Hai Kay.. orang di sana tu pun dapat bunga.. kau pun dapat bunga..” entah bila Rita datang dia sendiri tak perasan. Kay tersengih sendiri.

“apa dia Rita?” soal Kay.

“Encik Amal kat sana pun sama macam kau.. terima bunga.. dah seminggu dah kau tau.. hi.. siapa la gadis misteri tu..”

“Iye ke gadis.. entah-entah.. maknyah tak? “ Kay tertawa melekek.

“amboi.. kau .. kalau belakang dia.. “ Rita menggeleng kepala. Bunga mawar yang diterima Kay turut dibelek. Cantik.. tapi..

“Err… Kay.. kalau tak silap aku, gubahan bunga ni serupa yang Encik Amal terima..”

“ahh.. mana boleh sama.. “

“betul.. aku cam riben nie.. memang sama..”

“Eh Rita, kau ingat riben macam nie satu kedai je ke ada?” Huh.. sungguh tak logik..

“tapi gubahan nie serupa betul.. jangan-jangan..” Rita merenung Kay lama.

“Jangan-jangan apa?”

“Penghantar bunga ni dari orang yang sama kot?” Apa? Ceh!! Kan ke bunga yang Amal terima tu aku yang punya kerja.. takkan aku nak
hantar bunga pada diri sendiri kot..

“Merepek la kau ni Rita.. kat KL nie bersepah-sepah kedai bunga tau? Bunga ros.. bunga kekwa? Bunga untuk orang mati pun ada tau..” Rita angkat bahu. Orang cakap tak percaya! Aku tahulah sebab aku dah biasa dengan semua ni! Lain la kau tu.. baru nak belajar jadi perempuan tulen dah kerek semacam! Deringan telefon mengganggu perbualan mereka. Kay memandang Rita. Alamak..beruang kutub memanggil ke?

“Hello,”

“Hi Kay..” Kay menutup mulut. Adam!!

“Hi.. lama tak dengar berita..” Rita angkat punggung bila Kay sudah mengenyit mata, isyarat tidak mahu diganggu.

“I baru balik outstation.. I nak ajak you keluar.. kita lunch?”

“emm.. bila?”

“Today.. I ambil you,” Emm.. Kay menyelak-helaian demi helaian plannernya. Free.. free..yes!!

“Emm… okey!”

“Okey.. bye,” Talian telefon terputus. Kay senyum penuh erti. Adammm…

HARI ini seperti biasa bunga lagi menghias meja. Kay senyum. Diapun dah tak kuasa nak fikir siapa yang jadi secret admirernya. Kalau dia betul-betul ikhlas, suatu hari nanti pasti dia akan muncul memperkenalkan diri. Lagipun sekarang ini dia semakin rapat dengan Adam. Hmm.. seronoknya bila diri disayangi.. Adam memang romantik dan kini Kay rasa kebahagiaan seperti along akan dikecapi tak lama lagi.

“Hello sayang..” Kay dah senyum saat suara itu singgah di telinga.

“Awak kat mana ni?”

“Kat site.. emm.. lunch ni I datang ambil you, okey?”

“Okey! I boleh aja..” Kay dah tersenyum gembira.

“Okey… nanti I ambil you.. bye..” Gagang telefon diletak. Kay tersenyum sendiri.

“Ada pun awak, ada meeting tergempar, tiada yang tidak berkecuali..” Puan Zuraidah muncul sambil mengepit fail.

“Apa puan? Tapi saya..”

“Boss yang keluarkan memo, tak percaya pergi baca kat board, I tolong beritahu saja..” Ala.. leceh.. Kay memusing-pusing pen di jarinya.
Mesti ada yang tak kena tu. Kalau tak takkan semua kena masuk meeting. Biasalah.. harimau garang tu nak marah orang ajelah tu! Bingkas dia bangun mencapai sebatang pen dan fail menuju ke bilik mesyuarat..

“Ada sesiapa nak jawab, kenapa bekalan tak cukup? Kenapa tiba-tiba pihak pelabur menarik balik perjanjian??” Amal merenung seluruh tulang belakang organisasi projek pembinaan Empangan Hidro itu. Masing-masing membisu seribu bahasa. Kay memusing-pusing pen di jari. Dan matanya resah merenung jam. Alamak.. dah hampir pukul satu..Tritt!! Tritt! Tritt! Ops!!

“Siapa pula yang gatal onkan handset tu?” Soal Amal. Seluruh mata merenung Kay. Cis! Handset yang terlupa dioff tadi dioffkan segera. Kay Cuma tunduk merenung kertas yang diconteng-conteng.

“Semua boleh keluar sekarang! Saya nak team yang bertanggungjawab atas projek ini buat satu siasatan.. by hook or by crook semua report mesti sampai ke meja saya Isnin depan, faham?” Amal memberi arahan dan segera keluar dari bilik meeting. Fuhhh.. masing-masing mengeluh lega. Tak pernah Encik Amal marah-marah begini.. Kay segera keluar dari bilik meeting dan bergegas ke biliknya. Dia cepat mencapai wallet dan handbag. Dia perlu segera turun kerana Adam sudah menanti lebih dua jam di lobby bangunan. Untuk masuk ke dalam pejabat dia perlukan pass pekerja.

“Khusyairah! Nanti dulu..” Langkah Kay mati. Dia tak jadi menekan butang lif. Amal mara menghampirinya bersama kepilan-kepilan file.

“Awak ikut saya ke Account Department, sekarang!” Arahnya. Kay rasa semangatnya terbang.

“Sekarang lunch hour..”

“This is an order!” Amal masuk ke dalam lif. Kay merenungnya dengan penuh rasa meluat. Salah orang lain aku pula yang kena! Dan dia
tiada pilihan… langkahnya diatur masuk ke dalam lif.

“Awak nak janji lunch dengan siapa?” soal Amal sewaktu di dalam lif. Kali ini suaranya sudah lembut. Kasihan pula melihat wajah masam
Khusyairah. Kay tak menjawab. Bukan urusan awak! Dan dalam hati dia menyumpah sendiri.. memang beruang tak ada hati perut!

“DON’T wanna wake up alone anymore.. still believing u’ll walk through my door.. all I need is to know it’s for sure.. then I’ll give.. all the love in the world..” Amal tersenyum sambil menghayati CD lagu yang sedang berkumandang di dalam keretanya. Hari ini bukan saja dapat bunga.. tapi dapat CD sekali.. Amal senyum. Honda Preludenya dibelok masuk ke dalam garaj.

“Pak Ngah! Pak Ngah!” anak buahnya yang comel datang menyambut. Amal masuk ke dalam sambil mendukung Mursyidah. Amal senyum sambil menyalami umi dan abah. Kak Long yang sedang menyediakan hidangan petang tersenyum.

“Macammana kerja di pejabat?” soal abah.

“Hmm.. boleh la abah..”

“Macammana dengan cadangan umi semalam?” soalan itu membuatkan Amal tersenyum.

“Sungguh ke abah dan umi berkenan?”

“Dia bukan orang lain.. anak saudara sepupu umi juga..” Amal mengeluh lagi.

“Mana-mana yang elok pada abah dan umi la.. Amal ikut saja apa yang baik, Amal masuk dulu abah, umi,” Amal meminta diri.

Tiba di kamarnya dia merebahkan badan. Satu keluhan berat dilepaskan. Wajah ayu Aisha terbayang-bayang di ruang mata. Kelembutan Aisha membuatkan dia tak mampu melupakan gadis itu. Demi kerana cintanya pada Aisha dia langsung membujang hingga ke hari ini. Tapi hari ini dia tidak dapat berdalih lagi. Permintaan umi dan abah untuk menjodohkan dia dengan Putri tak dapat ditolak lagi. Kononnya nak merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang sekian lama terpisah. Lagipun Kak Long juga memberitahu.. Putri tak kurang cantiknya. Tentu mudah untuk jatuh sayang padanya. Ahh.. orang senanglah bercakap.. yang menghadapinya nanti, aku ni…

“KAK.. kay pelik la kak.. sejak Kay kasi bunga kat mamat beruang garang tu.. selama itulah Kay pun terima bunga dari somebody..” Kay mengusapkan mawar yang masih kudup itu ke pipinya.

“Hmm.. petanda baik.. ada orang sukakan Kay la tu..” Suraya tersenyum. Kay turut tersenyum.

“Tapi Kak.. macammana kalau Kay cari siapa orangnya?” soal Kay. Sejak dua minggu ini mereka menjadi semakin rapat. Apa lagi Kay
memang melanggan bunga-bunganya untuk dikirimkan pada Amal. Suraya mencucuk bunga baby brush terakhir pada gubahannya.

“Cantik tak?” soalnya dan Kay mengangguk. Ala kalau tak cantik pun tak apa.. bukan aku nak kasi boyfriend!

“Apa Kay tanya tadi?” soal Suraya.

“patut ke Kay cari siapa orangnya?” ulang Kay lagi.

“Terpulang.. tapi kalau nak seronok tunggulah sampai dia yang call,” Suraya mengenyit mata. Kay senyum lagi.

“Kak.. boleh Kay tanya sikit tak?”

“Tanyalah.. banyak pon tak apa.. bukan kena bayar..”

“Sejak bila akak pakai tudung?” soal Kay.

“Ohh.. sejak tamat ITM.. akak kawin terus pakai tudung..” Kay mengangguk faham. Entah kenapa dia amat suka melihat cara Suraya.
Penuh kelembutan. Cantik dan sangat menawan.

“Agak-agak.. kalau Kay pakai tudung.. cantik tak?” soal Kay malu-malu. Hmm.. hari tu dia keluar dengan Adam, Adam ada memuji pelayan yang bertudung di restoren itu. Cantik katanya.

“Ni.. mesti kerana boyfriend ni..” usik Suraya.

“Tak ada la kak.. Cuma Kay rasa.. kita perlu berubah.. selama ni pun Kay tak seperti yang akak tengok ni.. dulu Kay pergi kerja pakai jeans..
pakai kemeja.. tapi sejak beruang ni datang.. Kay terpaksa pakai kebaya macam nie..” Kay menggigit bibir.

“Kay.. Kay tak rasa bersalah ke permainkan orang?” soal Suraya.

“Bersalah jugak.. tapi kalau dengan Amal ni.. sikit pun tak!” jawab Kay. Suraya menggeleng kepala.

"Anda pasti?" soal Suraya mengusik. Kay senyum.

"Kalau dia jatuh hati kat Kay, Kay belanja akak nasi minyak.." usik kay.

“Okey la kak.. dah lama Kay kat sini. Kay balik dulu..” Suraya mengangguk dan melihat gadis tinggi lampai berkebaya hijau itu keluar dari kedainya.

“KAY, Encik Amal nak jumpa, Sekarang,” suara Rita di corong telefon kedengaran. Kay menepuk meja geram. Apa lagi yang orang tua ni nak?? Kay melangkah malas menuju ke bilik boss. Amal sedang menanti dengan tenang.

“Duduk,” Kay menurut. Amal bangun dan menutup pintu bilik. Alamak.. apasal pulak dia tutup pintu? Seram jugak aku.. Kay bertenang selagi boleh.

“Saya nak tanya sikit ni.. soalan personal..” Amal memandang Kay tepat.

“Apa dia Encik Amal?”

“Dah berapa kali awak keluar dengan Adam?” Amboiii… ni dah nak menyibuk tepi kain aku nie..

“Itu hal personal saya Encik Amal.. Encik tak perlu ambil tahu..” jawab Kay.

“Khusyairah, saya tak kisah kalau awak keluar dengan lelaki lain.. tapi saya nasihatkan awak jangan keluar dengan Adam lagi..” wahh wahh.. siap warning tu!

“Terima kasih tapi Encik Amal, Encik tak ada hak untuk mengatur personal life saya..” Kay segera bangun dan menuju ke pintu.

“Khusyairah, saya buat begini demi kebaikan awak.. terpulang.. saya kenal Adam macammana..” Kay terus memulas tombol pintu. Ceh..
kenapa dia ni tak habis-habis nak memusnahkan hidup aku? Kay berjalan laju menuju ke bilik. Jambangan besar mawar merah yang diterima pagi tadi menghiasi meja. Nasib baik aku dapat bunga dari peminat aku ni.. kalau tak memang aku tak boleh nak kawal marah ini. Kerja-kerja yang terbengkalai tadi diteruskan. Hmm.. kenapa si Amal tu macam berdendam dengan aku? Bukan aku pergi kacau hidup dia.. tapi dia yang banyak campur tangan dalam hidup aku. Penampilan aku dulu dia tak suka, aku dah ubah. Aku turun kehendak hati perut dia tu walaupu hati aku tak rela sebenarnya. Hari ini dah nak tentukan dengan siapa aku boleh dan tak boleh berkawan pulak.. ini sudah lebihh…

“Hello Kay..” Adam?? Kay dah tersenyum lebar melihat lelaki yang sedang tersenyum.

“Jom.. lunch..” pelawa Adam. Sambil itu dia menjeling pada jambangan mawar merah di atas meja.

“Dari siapa?” soalnya. Kay tidak menjawab sebaliknya terus mencapai handbag.

“Jom, kita lunch..” dan Kay terus meninggalkan pejabat walaupun jam baru pukul 11.20 pagi…

BAU daging bakar yang dipanggang benar-benar membuka selera. Kay mengambil sehiris, mencecahnya ke dalam air asam.

“Sedap?” Soal Adam. Kay mengangguk.

“Sebab tu I selalu ke sini.. “ Ohh.. Kay senyum.

“Kay.. you sudi tak jadi girlfriend i?” soalnya tiba-tiba. Alamak.. Kay senyum lagi.

“Kenapa you tanya?” soal Kay.

“Cakaplah..” pinta Adam.

“how about u?” soal Kay pula.

“I..”

“Abang… “ Adam kepucatan. Gadis yang berambut separas bahu itu tersenyum. Entah dari mana datangnya dia mereka tak sedar.

“Nora.. Nora buat apa kat sini?” soal Adam gugup. Kay kehairanan. Aikk.. kenapa pula ni?

“Siapa ni bang? Dari tadi lagi Nora perhati..cakaplah bang..” desak gadis itu lagi.

“Ini.. ini.. “

“Ini perempuan yang abang suka tu kan? Selama ni betul la apa yang orang kata pasal abang! Abang curang!!” Pantas tangan Nora
mencapai jus lobak dan menyimbah ke arah Kay. Kay tak sempat mengelak dan seluruh muka dan dadanya sudah basah.

“Nora..!” Adam memegang kepala. Kay tergamam.

“Siapa ni bang? Cakap??” desak Nora. Suasana di restoran itu mula tegang. Pelanggan-pelanggan lain sudah mula memberi perhatian ke
arah mereka.

“ Dia tunang I Nora..” Satu suara tiba-tiba menyampuk. Amal sudah tercegat di sebelah Kay. Tanpa dipinta selamba dia meletakkan tangan memeluk bahu Kay. Kay tergamam. Dalam hati memang geram.. tapi hati dia lebih sakit melihat dua makhluk di hadapannya sekarang ini. Adam hilang machonya bila Nora tiba-tiba muncul! Tak guna punya jantan!!

“Ha.. tunang Amal, Kay…”

“Apa?” Nora menekup mulut. Seraya itu dia mengambil napkin membantu Kay mengelap baju yang sudah basah.

“Sorry.. I tak sengaja sorry..” pintanya kesal.

“I Nora, tunang Adam.. I minta maaf.. Amal.. sorry..” pintanya lagi.
Kay diam tak terkata-kata. Pada Adam dia merenung tajam membuatkan Adam mula tak senang duduk. Amal selamba menarik kerusi dan menolong menjamah hidangan yang masih belum terusik sepenuhnya.

“Nora.. kan abang dah kata.. abang Cuma sayangkan Nora.. “ pujuk Adam.

“Ye Nora.. betul tu..” sampuk Amal.. antara perli atau apa, Adam tak pasti.

“Err.. Mal.. aku pulang balik tunang kau.. aku pergi dulu.. sorry ye Kay.. bye..” Adam bangun dan berlalu memimpin Nora pergi dari situ. Kay tergamam lagi. Tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.

“Kan saya dah cakap dulu.. “ Amal merenung wajah Kay. Kay tidak menjawab. Tangannya masih tekun mengesat baju yang sudah kotor.
Tiba-tiba dia terasa malu yang amat sangat. Dan tiba-tiba juga dia rasa Amal memang sengaja ingin menyaksikan kegagalannya dalam membina satu hubungan. Airmata tiba-tiba terasa menitik. Tanpa menanti Kay bangun dan meninggalkan Amal yang Cuma tenang melihatnya berlalu pergi….

MAK menggeleng kepala melihat Kay mengutip kaca yang berderai di atas lantai. Apa kena anak aku ni? Bisiknya sendiri. Sudahlah terkejut melihat dia balik memakai baju kurung semalam belum hilang lagi. Perangainya juga sudah banyak berubah. Pendiam tak tentu arah pula dia kali ini. Kena sampuk dek jembalang tanah ke?

“Kay ambilkan piring bekas nenas mak tu..” pintanya bila Kay selesai mengutip serpihan kaca. Kay patuh. Seketika kemudian dia membawa sebesen besar taugeh yang sudah dibuang akar.

“MasyaAllah budak ni.. “ mak menggeleng kepala.

“Nape mak?” soal Kay.

“Mak mintak nenas tu.. yang kau ambil taugeh ni kenapa?” Ohh.. Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Along turut tersenyum melihat Kay. Kantoi ngan mak! Padan muka!

“Kamu ni kenapa Kay? Sakit? Sakit apa?” soal mak.

“Sakit orang muda mak..” sampuk along selamba. Kay mula menjeling geram. Jangan nak pandai-pandai bukak cerita.. kang aku bakar gambar tunang kau kang.. Along tertawa sambil menjelir lidah.

“Kay..” mak senyum. Kay menoleh. Tangannya lincah membasuh beras.

“Mak suka tengok anak mak sorang ni dah berubah. Dah pandai pakai baju kurung.. dah pandai melawa..”

“mana taknye mak.. ada imej consultant tak bertauliah yang ajar itu ini..” jawab Kay sambil menjeling along. Along senyum. Aku ke.. atau si
Amal tu?

“Mak rasa memang sesuai sangatlah.. macam pinang dibelah dua la..” Aik.. Kay merenung emak. Sejak bila pulak mak aku ni masuk pertandingan pantun ni?

“Iyelah.. hidup kita sebagai manusia ni Allah jadikan berpasang-pasangan..kalau bulan dengan bintang.. kalau hujan dengan panas.. kalau siang dengan malam..kalau bunga ada kumbangnya..” Amboi… Kay rasa nak tergelak.

“Mak.. mak ni nak cakap apa sebenarnya.. nak cakap pasal cuaca dunia semakin panas ke.. nak cakap pasal bunga?” Kay sudah mula tertawa bersama along.

“mak nak cakap hal kamu tu la!” Alamak.. Kay tersenyum. Dia duduk di sebelah Along. Biarpun sebaya tapi Along jelas kelihatan lebih matang dari Kay.

“Kakak kamu tu dah bertunang.. jadi.. mak rasa.. Kay pun patut ikut jejak langkah Along..” Apa?? Kay rasa macam nak tercekik.

“Mak ni kalau boleh nak tengok dua-dua anak mak ni bersanding sama..” Kay tergelak lucu.

“Mak.. takkan la kami ni kembar, semua kena sama..” Kay menggeleng kepala..

“Iye la.. anak perempuan mak dua aje.. kalau dua-dua kawin lega mak.. tak ada la mak ni nak risau sangat…” Kay senyum.

“Kalau ada orang merisik Kay.. Kay nak tak?”

“Soalan mak tu macam dah ada orang gitu-gitu jer..” Along mengerut kening. Mak senyum.

“Orang ni datang dari keluarga baik-baik. Dah lama kami rancang perkara ni.. “ Mak memandang Kay.

“Kay dah ada buah hati ke?” Kay tunduk. Jari-jari runcingnya ligat menguis-kuis alas meja. Buah hati? Hati Kay ni baru je remuk mak. Kay dah tersilap menyayangi orang.. rupa-rupanya orang tu dah ada tunang! Along merenung Kay. Dia turut merasa pedih yang terukir di hati kembarnya. Sabarlah dik..

“Fikir la dulu.. kalau dah habis fikir bagi tahu mak.. kalau Kay nak jumpa orangnya pun boleh.. tapi fikirlah dulu..” mak menepuk
belakangnya, membuatkan Kay tersenyum.

RITA merenung gadis di hadapannya tak bekelip. Betul ke aku tak salah orang ni? Dia menenyeh biji mata.. untuk memastikan dia tak tersalah pandang.

“Apa ni? Tak pernah tengok orang ke?” soal Kay sambil tersenyum.

“Apa dah jadi dengan kau ni Kay?” soal Rita sambil meletakkan surat-surat untuk tindakan Kay. Kay sengih lagi. Jambangan-jambangan bunga mawar yang layu di atas meja disusun elok di belakang. Seminggu dia cuti mawar-mawar itu terbiar di atas meja. Dan, yang paling segar diletak dalam vase besar. Terima kasih banyak pada orang yang baik hati mengirim bunga. Lain kali bagi lagi berdozen-dozen!

“jadi orang la.. nak berubah jadi baik pun tak boleh ke?” soal Kay kembali. Rita rasa tersindir.

“Kenapa kau tak balik lagi?” soal Kay sambil menaip sesuatu di komputer.

“Aku saja lalu sini.. tak tau kau dah masuk kerja hari ni.. kata nak cuti dua minggu..” jelas Rita.

“Saja.. bosan pulak aku duduk kat rumah.. “ jawab Kay.

“So, aku balik dulu la Kay.. boyfriend aku dah tunggu kat bawah.. err.. ikhlas aku cakap.. cantiknya kau..” Kay senyum bila Rita memuji begitu. Rita keluar dari bilik. Suasana di pejabat kembali sunyi. Memang semua terkejut melihat kemunculannya hari itu. Masing-masing
ingat dia pekerja baru. Kelakarnya.. tapi syukurlah.. bermula daripada arahan gila si Amal aku dah berubah sampai ke tahap ini. Kadang-kadang betul juga kata kak Suraya. Biarpun arahan tu nampak tak logik.. tapi untuk kebaikan.. tak salah kalau kita akur.. hmm… minta-mintalah si beruang kutub tak perli aku lagi lepas ni. Sakit telinga bila dia asyik kata aku ni macam jantan. Dan minta-minta.. lepas ni mulutnya yang macam murai tu terkunci rapat-rapat bila melihat imej baru aku ini… tapi.. mesti ada tujuan dia dera aku macam tu. Aku tengok si Tina secretary Encik Adnan di HR Dept. tu melayu juga.. berdarah jawa lagi.. tapi selamba je pakai skirt singkat.. tak kena marah pun! Ahh.. lantaklah.. yang penting aku buat ni bukan pasal dia.. tapi kerana kesedaran aku sendiri. Dah puas 24 tahun aku hanyut dalam dunia gila-gila.. sampai aku tak ada identiti sendiri. Nak kata perempuan tapi macam lelaki.. nak kata lelaki bulan-bulan ada bendera merah juga! Dia mula rasa boring. Pantas tangan pergi ke Real Jukebox. Kemudian dia klik pada lagu yang baru didownload tengah hari tadi. Orang tak ada ni boleh la menyanyi hiburkan hati..

I’m not looking for someone to talk to
I’ve got my friend, I’m more than ok
I’ve got ore than a girl could wish for
I live my dreams but it’s not all they say
Still I believe I’m missing something real
I need someone who really sees me
Don’t wanna wake up alone anymore
Still believing you’ll walk through my door
All I need is to know it’s for sure
Then I’ll give.. all the love in the world
I’ve often wondered if love’s an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can’t criticize it
I have no hestitation
My imagination just stole me away
Still I believe
I’m missing something real
I need someone who really sees me
Don’t wake up alone anymore
Still believing you’ll walk through my door
All I needi is to know it’s for sure
Then I’ll give.. all the love in the world
Love’s for a lifetime not for a moment’
So how could I throw it away
Yeah I’m only human
And nights grow colder
With no one to love me that way
Yeah.. I need someone who really sees me..
And I won’t wake up alone anymore
Still believing you’ll walk through my door
You’ll reach for me and I’ll know it’s for sure
Then I’ll give.. all the love in the world..

Amal tak jadi untuk mengganggu gadis itu menyanyi. Dia jadi gamam melihat gadis bertudung hijau itu di dalam bilik Kay. Mulanya memang dia nak menyergah. Anak dara apa melalak sorang-sorang di sini? Tapi, saat matanya jatuh melihat ke wajah itu dia jadi serba salah. Memang perasaan ini sudah mula wujud setelah melihat air mata gadis itu jatuh semasa peristiwa di restoren itu terjadi. Dan Amal mula terasa amat bersalah. Memang dia tahu perangai playboy Adam.. tapi sengaja dia nak mengenakan si Kay. Memang niatnya supaya Kay sedar.. di jiwanya masih bernaluri perempuan.. yang ingin dimanja dan dikasihi. Lagipun, dalam banyak-banyak staff, yang seorang ni memang suka memberontak. Maklumlah.. masa dengan abah dulu naik lemak. Abah memang jenis tak kisah. Tapi dengan aku jangan main-main. Bukan dia tak tahu gelaran istimewa diberikan Kay untuknya. Si beruang kutub! Orang handsome macho macam aku dikata beruang kutub. Sebagai balasan, padan muka kau kena jadi perempuan! Hari pertama dia datang kerja dengan baju kurung warna merah kalau tak silap. Penampilan pertama memang kurang memuaskan. Baju merah, kasut warna hijau tua.. bawak pula beg sandang. Memang menjatuhkan maruah baju kurung! Namun lama kelamaan dia dah mula memakai kebaya. Pertama kali dia berkebaya masa aku bawa jumpa Adamlah! Tak sangka lawa juga minah tomboy ni.. dia sendiri terpesona sewaktu Kay melangkah ke dalam pejabat. Baju itu menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Tapi, tak boleh dipuji.. nanti menjadi riak. Dan hari ini tuhan seperti ingin menduga hatinya yang mula bergoyah. Kay tersangat ayu dan manis bila mengenakan tudung rupanya. Dan Amal terus memerhati dari jauh tanpa Kay sedari sedikitpun…



MESYUARAT berakhir setelah 3 jam bersidang. Kay menguap beberapa kali. Dia memeriksa handset yang dioffkan sejak dari pagi tadi. Wahh.. banyaknya pesanan suara! Pesanan pertama.. huh!! Adam??!! Ciss.. pegi mampus! Bisik hatinya sendiri. Kemudian, pesanan Kak Suraya.. hmm.. dia ajak pergi ke rumahnya petang esok. Kena return call. Kemudian .. alamak.. ni dari kampung! Kay segera menyorok di belakang pintu bilik meeting sambil tangan lincah mendail nombor rumah.

“Hello.. “

“Asalamualaikum mak! Kenapa telefon Kay?” soal Kay.

“Amboii.. telefon anak sendiri dah tak boleh?” usik mak membuatkan Kay tertawa.

“Tak adalah mak.. “

“Macammana?” soal mak.

“Macammana apa mak?” soal Kay balik.

“Jawapan hari tu.. dah dua minggu dah ni.. pihak lelaki dah tak sibuk bertanya.. jangan biar orang tunggu lama-lama Kay..” Hmm.. Kay mengeluh.

“Oh ya.. semalam mak cik Sarimah telefon mak.. dia suruh Kay telefon dia.. ada hal mustahak nak cakap.. ambil nombor telefon ni.... “ Kay
pantas mencatit sesuatu di kertas yang dibawa ke dalam meeting tadi.

“Ni nombor telefon rumah dia ke ni mak?”

“Hmm.. telefonlah.. kalau Kay nak puas hati. Mak dan abah dah tengok orangnya.. kami dah berkenan..” Kay mengangkat kening. Mak
dengan abah ni macam dia pulak yang nak kawin!

“Err.. okey la mak..nanti la Kay telefon.. err.. Siapa nama dia mak?”

“Amirul, “

“Ohh.. Amirul..” Kay senyum.

“Ehemmm!!!” Opocot!! Kay cepat-cepat menyimpan handset. Amal sedang merenung di belakang. Apa lagi la salah aku.. takkan bercakap dengan mak sendiri pun tak boleh..

“Saya nak awak ikut Samsul jemput Encik Mokhtar dari Sudan kat KLIA sekarang....” Eiii… Kay mengurut dadanya. Sabarkanlah hati aku nie ya tuhan!!!

"KAK .. boleh tolong Kay tak?”

“tolong apa?” soal Suraya.

“Tolong telefon orang ni..”

“Kenapa?”

“Err.. macam nie.. mak dan abah kat kampung berkenan kat orang nie.. tapi Kay tak pernah jumpa.. so, akak menyamar jadi Kay boleh?” pinta Kay.

“Ohh.. kenapa Kay tak cakap sendiri?”

“Takutlah.. tak pe la. Akak Cuma tanya dia sama ada dia nak jumpa Kay tu jer.. boleh?” pinta Kay lagi.

“emm… okey.. insyaAllah.. apa namanya?”

“Amirul, ni nombor telefon, 70865443,”

“Okey.. akak cubalah..”

“Okey.. thanks kak!” Kay senyum sambil menyimpan kembali telefon bimbit.

Entah kenapa rasa di dada berdebar lain macam. Dan dia paling surprise dengan satu berita. Si Amal nak bertunang!! Heh.. ada perasaan jugak kau dekat perempuan ye? Kay tersenyum sendiri. Siapa lagi yang bawa cerita kalau bukan si Rita. Lagipun.. seronok apa dapat korek rahsia boss. Boss yang kerek pulak tu. Dengar cerita pilihan keluarga. Bagus.. anak yang patuh pada orang tua.. Kay tersenyum sambil merenung jambangan mawar yang tiba lagi pagi tadi. Teringin sangat dia nak tahu siapa pengirimnya. Tapi sayang.. dia tak pernah terserempak dengan si penghantar bunga. Biasanya kak Mona receptionist yang mengambilnya. Dan sejak sebulan ini Cuma dia dengan si beruang kutub saja yang dikunjungi bunga setiap hari. Hmm.. diam tak diam kopak jugak la RM aku dua tiga ratus untuk bunga je.. jangan-jangan.. dia dah tahu aku punya kerja! Ishhh takkan la.. Kak Suraya takkan bocor rahsia punya! Lagipun si Rita tak pernah pula cerita boss dia tu pergi sibuk2 cari address kedai bunga tu.. maknanya dia suka la tu.. hehehe.. padan muka kau! Ego sangat! Tapi.. Kay mengurut dagu. Kalau tak kerana dia aku tak mungkin berubah begini! Dan dia akui.. Amallah yang banyak mengubah hidupnya. Dia patut berterima kasih pada Amal kerana membuka matanya selama ini. Dan kalau tidak kerana Amal, tentu dia terlanjur jauh mencintai Adam!
Ring! Ring! Telefon di meja berdering nyaring. Pantas gagang itu disambar.

“Hello..”

“Hello Kay.. Kak Suraya nie.. problem Kay settle..”

“Wah.. cepatnya kak.. macammana?”

“Err.. akak Cuma dapat cakap dengan mak dia aje la Kay.. tapi tak ada masalah.. mak dia kata petang nie Kay boleh datang ke rumah. Dia
orang tunggu..”

“Okey .. terima kasih kak.. tapi Kay takutlah kak.. akak temankan Kay boleh tak? Lagipun Kay tak ada kereta..”

“Emm.. “

“Please kak.. Kay seramlah kak…” pinta Kay.

“Okey.. nanti lepas office Kay datang kedai akak, okey?”

“Okey! Thanks kak..” Kay senyum. Tapi dalam hati dia terasa begitu berdebar sekali.

HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri.

“Betul ke ini rumahnya kak?” soal Kay. Suraya senyum.

“Pasti sangat Kay.. jom kita turun..” Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya. Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang!

“Masuk Kay.. “ Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul.

“Ohh.. inilah dia orangnya..” Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga!

“Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi..” Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus.

Fortunate is he
Who remembers Allah abundantly
Worldly distractions cannot mildly sway
His thoughts of Allah and judgement day

Righteous is he
Who bows to one he cannot see
Whose deeds do not spring without bismillah
Fulfilling his tasks with perfect taqwa

Devout is he
Who supplicates to Allah intensively
Whose heart is merciful
tender and kind
His gaze on life after
this world behind

Prosperous is he
Who spends his wealth on the poor and needy
Who speaks a kind word to kin and neighbour
Ever-grateful for Allah's favours

Guided is he
Who prays salaat with punctuality
Early morning, tahajjud he prays
For Allah's pleasure and nearness he craves

God fearing is he
Who contemplates death early
Who starts as he sees his demise
And tears fall over wasted sacrifice

Blessed is he
Whosings Allah's praises fervently
Blessed be all of Allah's slaves
Allah's mercy be with them always.

Wednesday, September 17, 2003

Rindunya Abang pada Nura!! (2)
Sudah dua hari Salwa berada di rumah ayahnya, Hilmi terasa sunyi, dia terasa kehilangan, tambahan pula, Syuhadah tiada bersama. Namun apa daya, kalau tak diizinkan Syuhadah mengiku ‘Ummi’nya pasti merengek saja dia nanti. Hilmi sudah bosan, hendak keluar kereta masih dibengkel. Selama dua hari Salwa di sana, sekali pun dia tidak menelefon Salwa, kalau ada pun Salwa sahaja yang menelefonnya. Hilmi menutup suis televisyen dan berlalu ke atas, dia ingin melelapkan mata di atas.

Sudah dekat sejam dia bergolek ke kiri, ke kanan, manum matanya tidak jugak mengantuk, akhirnya dia bangun ke almari, ingin mencari buku-buku cerita untuk dibaca sementara menunggu matanya mengantuk. Di bukanya pintu almari, dicapai sebuah buku, tidak menarik minat, disimpan semula, ditarik buku kedua, jugak tidak berkenan. Dia terpandang sebuah buku, seperti diari. Mungkin Nura punya, tapi bukankah semua barang-barang Nura aku dah masukkan ke dalam kotak tempohari, kata hatinya. Diselak buku biru itu, sahlah diari, tetapi bukan Nura punya tetapi Salwa punya. Tertera nama Salwa Hani. Hatinya meronta-ronta ingin melihat isi kandungan buku itu.

15 May 2001
Aku diijabkabulkan dengan Abang Hilmi, sesungguhnya, aku tak pernah mengenali siapa dia, namun dari mak aku tahu, dia baru kehilangan isteri, punya anak yang baru berusia beberapa bulan aku tak pasti. Kesian aku mendengar, tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat anak kecil itu, hanya merasa belaian ibu selama seminggu sahaja. Aku tak pasti samaada aku menerima Abang Hilmi samaada simpati atau kerana emak, entah yang pastinya aku yakin takkan emak akan membuat pilihan yang silap. Moga aku bahagia dengan pilihan aku ini.


Hilmi membuka lagi….

15 June 2001
Genap sebulan kami bernikah, tapi aku sedikit kecewa aku masih lagi seorang dara. Apalah yang diharapkan oleh seorang isteri dari sebuah perkahwinan? Semestinya aku mengharapa sebuah rumah tangga yang bahagia, dan diberi belaian oleh seorang suami. Tapi tidak bagi aku, aku tidak merasa semua kenikmatan berumah tangga. Aku kena faham, Abang Hilmi masih sayangkan arwah isterinya, tapi kini, dia punya aku, kenapa dia tak boleh terima hakikat ini. Tak apalah, baru sebulan, Insya-Allah aku akan terus berdoa, mudah-mudahan aku tabah….


Hilmi mula diserang perasaan bersalah…diselak lagi. Helaian demi helaian dibaca..

15 November 2001
Hati aku sedih yang teramat, aku sabar menanti Abang Hilmi pulang, aku dah siapkan baju untuk pulang ke rumah mak, aku rindu mak, aku rindu adik-adik, aku rindu ayah. Tetapi Abang Hilmi tak mau balik, tetapi dia izinkan aku balik. Apalah ertinya punya suami tetapi tidak bersama seroang isteri..apalah erti aku jadi isteri kalau meninggalkan suami. Tapi akhirnya bila mak Abang Hilmi marahkan dia suruh balik juga, aku rasa bersalah sangat, aku rasa aku tak patut ajak dia balik, tetapi Abang Hilmi ikut permintaan mak, dia bawak aku dan Adah balik, tuhan saja yang tahu, dua hari di rumah mak aku gembira atas ‘kebahagiaan’ kami walaupun hanya kepuraan sebenarnya.


17 November 2001
Sesuatu yang amat tidak terduga berlaku, kami kemalangan, tapi syukur kepada Ilahi, kami tidak parah, sekadar luka-luka kecil, cuma Abang Hilmi agak teruk sebab dia terjun semasa kereta hampir menjunam ke tepi belukar, tapi aku memeluk Adah dan terjun semasa dia cuba memeperlahankan kenderaan, kami terpelanting tepi jalan, nasib baik berumput tebal. Allah sering menguji aku, aku cuba menjaga abang Hilmi dengan baik dengan harapan dan doa semoga terbuka hatinya menerima aku sebagi isterinya, aku betul-betul terluka, aku sedih dan pilu hanya Tuhan saja yang tahu hati aku, tapi aku kena tabah. Kepada siapa aku hendak curahkan? Takkan dengan mak? Mana mungkin berdosa seorang isteri menceritakan hal rumah tangganya. Ya, Allah tabahkan hatiku, bukakanlah hati Abang Hilmi menerima kehadiranku.


Hilmi terpaku, rasa bersalah teramat menyerang hatinya. Dia ingat betapa setianya Salwa menunggunya saban hari di hospital. Balik rumah, dia hanya tidur di lantai beralaskan tilam kecil, dia senang lenang tidur di atas katil. Kejamkah aku? Kata hatinya. Tangannya sengal tak mampu menyuap makanan, tangan Salwa lah yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Hendak ke bilik air, berpapah dia bersusah payah dengan kudrat wanita membawa Hilmi ke bilik air. Tengah malam Hilmi mengerang kesakitan, Salwa tetap setia berjaga, menenangkannya, menyapu ubat, membawakan air. Tetapi apa balasan Hilmi terhadap perempuan bergelar isteri itu. Dia rasa berdosa. Dia tidak patut memperlakukan Salwa sedemikian. Dia telah membuat keputusan. Dan dia tidak sabar menunggukan Salwa balik.

Salwa pulang dihantar oleh ayahnya, berlari-lari Syuhadah mendapatkan papanya. Hilmi meggomol anak kecil tu, gembira sekali. Dia memandang Salwa penuh erti.

“Pergilah simpan beg tu dulu Salwa, nanti boleh kita ninum sama-sama, mak dah buatkan minum petnag tadi,"”kata mak Hilmi.

Hilmi terus memandang Salwa tanpa bicara. Dia melihat perempuan yang sungguh murni hatinya dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah.

Selepas makan malam, Hilmi memanggil Salwa ke atas, dia ingin menyampaikan sesuatu kepada Salwa. Salwa berdebar-debar.

“Kenapa abang panggiil Wa?,” tanya Salwa.

“Salwa saya ingin berbincang sesuatu mengenai hubungan kita ni, saya bersalah selama ini kepada awak, saya pentingkan diri sendiri, saya tidak pernah hiraukan awak, saya tidak adil, saya mengambil awak sebagi isteri, tetapi saya mengabaikan awak. Saya tidak memperlakukan awak seperti seorang isteri, seperti mana isteri-isteri lain dapat dari seorang suami. Saya minta maaf, tapi awak kena faham, saya pernah kehilangan insan yang amat-amat saya sayang, sukar hati untuk menerima pengganti Nura, saya berharap awak faham,” ujar Hilmi.

Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan sebuah keluhan kecil. Salwa yang dari tadi duduk dibirai katil hanya mula bersuara.

“Tak apa, bang saya faham, abang perlukan masa, saya faham, kalau saya pun mungkin lebih teruk dari apa yang abang alami, Insya-Allah saya tidak pernah menyesal atau tersinggung,” uajr Salwa denagn penuh kelembutan. Gadis ini sentiasa berhati-hati dalam tutur katanya, itulah yang dikagumi Hilmi.

“Tapi saya tidak patut buat begitu, saya kejam namanya, saya tidak boleh berterusan memperlakukan sedemikian, saya telah berfikir semasak-masaknya, mungkin jalan terbaik, biarlah saya melepaskan awak kerana saya tidak sanggup untuk mendera perasaan awak lagi, awak carilah insan lain yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak mahu terus berlaku zalim dan diburu rasa berdosa berpanjangan,” Hilmi meluahkan.

Salwa tenang, matanya bergenang, Hilmi terus diburu rasa bersalah.

“Kalau itu kehendak abang, siapalah saya untuk menghalang, tapi percayalah, sejak hari pertama saya menjadi isteri abang, impian saya cuma satu, iaitu untuk mebjadi isteri abang sepanjang hayat saya, membahagiakan abang sepanjang hayat saya, menjadi isteri yang terbaik buat seorang suami, kerana sesungguhnya syurga isteri ada pada suami, itulah janji saya pada diri sendiri, tapi nampkanya saya gagal, saya tidak mampu membahagiakan abang, saya minta maaf. Saya tidak mampu jadi yang terbaik untuk abang, walau sedaya upaya saya cuba jadi yang terbaik untuk abang, Kalau itu keuputusan abang, saya rela bang, terserah,” Salwa menahan sendu.

“Salwa, jangan cakap begitu, awak isteri yang baik, cukup baik sehinggakan saya rasa bersalah, saya berdosa, sebab itu saya ambil keputusan ini saya tidak mahu lagi berpura-pura, saya tidak mahu lagi awak terseksa kerana tindakan dan perilaku saya selagi awak menjadi isteri saya, harap awak faham.

Salwa bangun dan mula mengemas kain bajunya, dia akan balik ke rumah mak ayah esok. Malam itu tidurnya bertemankan air mata.Hilmi merasa amat-amat bersalah. Dia malu pada mak ayahnya, pada mak ayah Salwa.

“Kau dah melampau Hilmi, kenapa kau buat begini? Apa salah Salwa? Kenapa hah cuba kau cakap?” ayahnya sudah berang.

“Ayah, mak tidak apa salahnya Salwa pada saya, cuma saya rasa demi kebahagiaan dia sendiri, biarlah kami berpisah, saya tidak sanggup berpura-pura lagi ayah, saya masih belum lupakan Nura, saya tidak boleh menerima dia,” ujar Hilmi.

“Setelah dah nak dekat setahun kau kahwin dengan dia, kau kata kau tidak boleh lupakan Nura, kenapa kau ni? Kenapa tidak dari dulu lagi, sebelum kau nikahi dia, kau menolak tuah Hilmi, kenapa, setelah hampir setahun kau kata kau tidak bahagia, kenapa tidak dari dulu?” ayah tidak puas hati.

“Untuk pengetahuan mak, ayah…….se.see..benarnyanya Salwa itu masih dara….,” Hilmi menerangkan.

“Astaghfirullah hal adzim…., Hilmi betul apa kau cakap ni?” maknya bertanya.

“Betul ayah, sebab itulah, dari saya membiarkan dia terseksa lebih baik saya lepaskannya,” Hilmi berkata.

“Ayah tidak setuju, baik..kalau begitu, aku nasihatkan, kau orang berpisah sementara, tenangkan fikiran masing-masing, kemudian baru buat keputusan,” tegas ayahnya.

“Mi, kau gila? Kau nak lepaskan perempuan sebaik Salwa? Sudahlah Mi, cukuplah sekali kau buat silap dahulu, jangan kau nak ulangi lagi, kau patut bersyukur kerana dikurniakan isteri yang..ya Allah, cukup sabar, kau ingat senang ker? Hampir setahun Mi, dia masih suci…mana kau nak cari perempuan sesabar itu Mi? Kau sakit, siapa jaga kau Mi? Kau tengok Syuhada, cukup manja dan sayang dengan Salwa tapi..kau nak lepaskan dia macam tu, kau betul-betul menolak tuah, kau fikir balik keputusan kau Mi, aku tak setuju sungguh, sungguh tak setuju. Kau balik fikir balik, aku rasa Nura pun kecewa dengan kau, ibu sebaik Salwa kau nak melepaskannya macam tu saja, kau lupa pesanan Salwa, fikirkan Hilmi, Nura sudah pergi, kita yang hidup, mesti teruskan hidup kita selagi belum dijemputNya,” Zakri betul tidak puas hati dengan keputusan Hilmi.

“Entahlah Zek, aku belum bercerai lagi, cuma berpisah, aku tak taulah Zek, aku kesian dia,”

“Kalau begitu perlakukanlah dia seperti seorang isteri, bukan melepaskan dia, beginilah, kau pergilah bercuti, tenangkan fikiran kau, buat solat Istiqarah, minta petunjuk, okay,” cadang Zakri.

Hilmi buntu sekarang, tetapi cadangan Zakri diikuti, borang cuti sudah dihantar, dia akan pergi ke pantai timur untuk bercuti. Dia perlukan penyelesaian. Petangnya dia mendapat tahu cutinya sudah diluluskan, dia memandu ke tempat pertemuannya denagn Nura saban Jumaat.

“Nura, abang buntu Nura, abang rinduka Nura, abang tidak mampu hadapi semua ini, tolong abang Nura, apa perlu abang buat? Abang rindu sangat dengan Nura, Nura hadirlah walau dalam mimpi, abang perlukan Nura sayang,” air mata lelakinya tumpah jua.

Perjalanan ke Pulau Kapas, yang memakan masa yang panjang, cukup meletihkan Hilmi. Selesai check in di chalet, dia terus merebahkan badan ke tilam empuk itu, bayu laut sungguh menyegarkan. Hilmi sengaja memilih chalet yang betul-betul mengadap laut, dia mahu tenangkan fikirkannya yang kusut itu. Akhirnya dia terlelap.
“Astaghfirullah hal adzim…..,” Hilmi mengucap panjang, dia bermimpi, dalam mimpinya Nura datang, tanpa sebarang suara, tetapi riak mukanya cukup menggambarkan dia sedang berduka, dia kecewa, dia sedih, Hilmi terfikir apakah kerana tindakannya berpisah dengan Salwa mengecewakan Nura. Akhirnya dia bangun, dia menuju ke bilik air, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, dia mengambil wudhuk, dan mula bersoalt istiqarah. Dia melakukan solat sunat itu dengan penuh kusyuk, mintak petunjuk Allah, itulah jalan terakhirnya.


Sudah dua hari dia bercuti di sini, hatinya tetap sepi, terlalu sepi. Rindunya pada Nura tidak terucap. Dia merenung ombak dilaut, hatinya berdetik, dia merenung pantai diremang senja itu, setianya kau pantai, walau dihempas ombak, kau tetap setia disitu.

Selesai solat maghrib malam itu, dia bersiap-siap hendak keluar, dia ingin keluar bersiar-siar dan mencuba ikan bakar digerai-gerai makan sekitar jeti. Dia menutup pintu bilik dan berpusing, tiba-tiba dia dilanggar seseorang.

“Errr..maafkan saya,” perempuan itu meminta maaf.

“Tak apa,”

Perempuan itu berlalu, Hilmi masih terpaku disitu, dia merenung perempuan itu. Akhirnya dia menuruti perempuan itu. Tiba di depan kaunter dia menunggu sehingga selesai semua urusan perempuan itu dikaunter. Dia bertekad dia mesti berkenalan dengan perempuan itu.

“Cik, maafkan saya, boleh kita bercakap sekejap,” pinta Hilmi.

“Yer, kenapa?,” perempuan itu bertanya.

“Boleh kita minum, kita duduk disana ok,” Hilmi mengajak.

Perempuan itu akur, mungkin nampak keikhlasan di hati Hilmi.

“Maafkan saya cik, nama saya Hilmi, cik?

“Panggil saja Lina, saya kerja disini bang”

“ok, Lina, mungkin saya ni kira pangkat abang saja kot dengan Lina, untuk pengetahuan Lina, muka Lina betul-betul sama seperti arwah isteri saya,” ujar Hilmi lembut.

“Iyer, kenapa isteri abang meninggal?,”

Hilmi terus bercerita dari mula, sehinggalah kisah dia dan Salwa. Hampi gugur air matanya, tidak tahu kenapa dia mampu menceritakan semua kepada gadis itu, mungkin bayangan Nura ada disitu. Dia merasa sungguh lega, gadis itu setia mendengar, dan memberikan pendapat, entah kenapa dia seakan terikut dengan apa yang gadis itu katakan, dia merasa bersalah kepada Salwa. Dia terpaku mendengar pandangan Lina, yang dirasakan seolah-olah Nura yang berbicara dengannya. Apakah ini petunjuk Allah, selepas solat Istiqarahnya. Akhirnya mereka berpisah. Hilmi berjanji pada Lina dia tidak akan mempersiakan Salwa. Hilmi balik ke bilik dengan hati yang lapang.

Malam itu dia bermimpi, dia bermimpi berada dikawasan yang sungguh lapang, disitu cuma ada mereka bertiga, dia, Syuhadah dan Salwa, mereka kelihatan sungguh gembira. Keesokkan harinya dia merasa sungguh gembira. Keputusan telah dibuat, dia tidak sabar untuk kembali. Sebelum bertolak pulang dia membeli sekeping kad ucapan terima kasih untuk Lina, dan dia menyerahkan kepada pekerja kaunter, supaya menyerahkan kepada Lina, alangkah terperanjatnya apabila diberitahu tiada pekerja bernama Lina di situ. Hilmi menunukkan gambar Nura yang didalam simpanannya, pekerja itu tetap menafikannya. Hilmi hairan, masakan Lina berbohong, dia bingung.

Hilmi memberhentikan kereta di depan rumah. Dia malu, tetapi demi Salwa dia perlu jugak ke sana. Dia memberi salam. Disambut bapa mertuanya, dia dijemput masuk. Dia sungguh kagum, sedikit pun tidak ada kemarahan dalam dirinya, meskipun apa yang telah berlaku antara dia dan Salwa. Bapa mertuanya memanggil Salwa, dan bapa mertua minta diri untuk ke rumah kenduri katanya, menyusul emaknya yang sudah pergi beberapa minit yang lepas.

Salwa turun dan segera menemui Hilmi. Masing-masing diam. Hilmi tersenyum.

“Hai..tak nak cium tangan abang macam selalu,” tanya Hilmi. Salwa terperanjat. Segera dia mendapatkan Hilmi, tangan dihulur, disambut Hilmi, lalu dikucup Salwa. Salwa ingin menarik kembali tangannya, tapi, tidak dilepaskan Hilmi, sebuah kucupan manja hinggap di kening Salwa. Salwa tergamam.

“Maafkan abang Salwa, abang tidak nampak permata didepan mata, maafkan abang, sudikah Salwa terus menerima abang sebagai suami,” Hilmi bertanya.

Salwa tersenyum penuh makna dan berlalu ke dapur menyediakan minuman untuk suami tersayang. Hilmi tersenyum. Adik-adik Salwa tiba-tiba muncul, riuh rendah rumah itu. Sementara menunggu mak ayah Salwa balik, Hilmi bersolat dahulu. Selepas makan malam, dia meminta izin untuk membawa pulang Salwa.

“Apa pula, minta izin, bukankah dia isteri kamu,” ujar ayahnya.

Didalam kereta Hilmi meluahkan dia kagum dengan mak ayah Salwa yang sunguh tenang seolah-olah tidak apa apa-apa berlaku antara mereka. Alangkah terkejutnya Hilmi bila Salwa menceritakan yang dia tidak cerita apa-apa tentang mereka pada keluarganya, dia memberi alasan bahawa Hilmi kerja luar daerah. Katanya hatinya yakin Hilmi akan kembali, terlalu banyak petunjuk Allah mengatakan Hilmi adalah jodohnya, bila setiap malam dia bersolat istiqarah, sejak sebelum mereka bernikah lagi. Hilmi tersenyum, memegang erat tangan Salwa.


Sampai dirumah, mak Hilmi merupakan orang yang paling gembira bila melihat Hilmi kembali ke rumah bersama Salwa, dan melihat Hilmi dan Salwa lebih mesra dari dulu. Dia menadah tangan mengucap syukur. Syuhadah berlari-lari memeluk Salwa. Sudah seminggu dia demam kata Mak Zaharah.

Selesai makan malam mereka sekeluarga menonton tv bersama. Syuhadah sudah lama terlelap. Akhirnya Hilmi menyuruh Salwa mengangkat Syuhadah ke atas.

Di dalam bilik, Syuhadah terjaga dan merengek kerana terjaga, Salwa menepuk-nepuk badan comel itu dan dia terlelap semula. Hilmi kemudiannya masuk ke bilik jua. Dia mengalihkan Syuhadah ke atas katil bayi. Dan dia menutup lampu dan berlabuh sebelah Salwa. Tangan Salwa dibelai lembut, lalu dikucup. Salwa pula berdebar kencang. Hilmi terus membaringkan Salwa. Malam terus berlalu dengan bahagia.

“Abang bangun bang, solat subuh, “ Salwa mengejutkan Hilmi yang masih lena.

“Salwa dah mandi? Tak sejuk ke mandi lama-lama pagi-pagi,” usik Hilmi. Satu cubitan manja singgan dilengan Hilmi. “Tunggu abang mandi, kita solat sama-sama, mulai hari ni, abang imam kepada Salwa ok?,”

Salwa terasa amat bahagia. Syukur kepada Ilahi kerana doanya dimakbulkan.

Selesai bersolat, mereka bersama-sama ke bawah bersarapan. Melihat mereka bersama begitu, hati ibu mana tidak gembira. Mereka makan bersama, sebelum Hilmi ke pejabat semula. Hilmi sudah pandai mengusik Salwa, dan Salwa sudah pandai mencubit manja lengan si suami.

Di pejabat Hilmi kelihatan sungguh ceria sekali, berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada Zakri. Dia merasa bersyukur kerana membuka hatinya untuk Salwa. Dia juga menceritakan peristiwa misteri mengenai Lina. Dia betul-betul pelik hingga sekarang.

“Hai…tak lama lagi Syuhadah tu boleh adikler kot,” usik Zakri

“Huhh…Insya-Allah, silap-silap kembar lagi, ha..ha…,” Hilmi menambah.

Mereka menyambung kembali kerja mereka, Hilmi begitu ceria. Zakri merasakan Hilmi sudah mulai melupakan Nura sedikit demi sedikit. Dia kagum dengan kesabaran Salwa. Beruntung Hilmi, dapat isteri sesetia dan sesabar Nura, kemudian bertemu jodoh dengan Ustazah Salwa. Dia juga yang masih sendiri, dia masih mengharapkan semoga dia bertemu isteri sesetia dan sesabar Nura dan Salwa.

Plan bangunan baru itu sudah disiapkan. Hilmi sudah merasa lega, sudah lama tertangguh plan itu, cuma sekarang dia hanya perlu berbincang dengan bossnya mengenai bangunan itu, dan membuat beberapa perubahan mungkin. Telefon berdering, Hilmi menyambutnya.

“Assalamualaikum,” lembut suara di sana memberi salam.

“Waalaikumsalam, siapa ni?” tanya Hilmi.

“Abang, ni Wa ler,”

“Hah, Salwa kenapa? Rindu abang yer ?,” usik Hilmi.

“Ishh abang ni ke situ pulak, Syuhada bang, Syuhadah demam panas, risau Salwa, dia tak mau makan minum, susu pun sikit saja dia minum, asyik meragam saja, kalau abang boleh balik sekejap, kita bawak pergi klinik, ayah tak ada dia baru keluar ke Melaka, ikut Pak Haji Samad pergi ziarah saudaranya meninggal,” terang Salwa.

“Ya, Allah iya ker, ermm kalau macam tu, nanti masa lunch abang balik sekejap, Salwa siap-siapkan apa yang patut,” Hilmi mula cemas. Sementara menantikan jam 12.00 tengahari, dia gelisah. Tak tenteram perasaannya. Dia amat risaukan, kalau apa-apa berlaku, maklumlah, itulah zuriat satu-satunya dia bersama Nura, dia sungguh sayangkan Syuhadah.

Jam 12.20 Hilmi sudah sampai di depan rumah, Salwa dah siapkan segala kelengkapan, bekalan susu Syuhadah sudah siap dibancuh, kad klinik, tuala kecil sekiranya Syuhadah muntah. Semuanya disiapkan, Hilmi merasa bangga dengan Salwa, cekap menguruskan rumah tangga, meskipun dia masih muda.

“Encik, panas dia tinggi sangat, bahaya ni, dia perlu dirawat disini, kita takut, panasnya sampai ke kepala dan boleh menyebabkan sawan, kami akan berikan ubat ni, dimasukkan melalui punggungnya, Insya-Allah biasanya panas badan akan kurang, sekiranya esok panas dah turun, bolehlah dia balik,” doktot menerangkan.

Hilmi terdiam mendengar, dia risau sekali, dia takut apa-apa berlaku, Salwa menenangkannya. Dia perlu kembali semula ke rumah, mengambil beberapa keperluan untuk Salwa dan Syuhadah. Dia merasa terharu, sekali lagi Salwa akan menjaga anaknya yang sakit. Dahulu menjaganya semasa kemalangan, kini dia menjaga Syuhadah seperti anaknya sendiri. Hampir menitis dia mengenangkan budi Salwa. Baru disedar Salwa permata yang amat berharga. Tidak silap dia mengikut pilihan emaknya. Namun di saat-saat begitu ingatannya tetap kuat pada Nura, sekiranya Nura masih ada pastinya Nura akan menjaga Syuhadah dengan penuh kasih sayang. Lemah langkah kakinya mengenangkan nasib Syuhadah yang sudah tidak bermaya di pangkuan Salwa.

Sudah dua hari Syuhadah dirawat di hospital, panasnya tidak jugak kurang, hatinya semakin risau. Dia bimbang sekiranya apa-apa berlaku pada Syuhadah. Doktor yang merawat ada menerangkan, bahaya kalau demam panas berlarutan, boleh menyebabkan sawan, boleh menyebabkan pekak, boleh menyebabkan lumpuh dan mungkin boleh menyebabkan maut. Dia hanya mampu bersolat hajat dan berdoa. Salwa jugak sering dilihat bersolat hajat, membaca surah Yassin memohon semoga Syuhadah cepat sihat. Risau benar hatinya. Berat badan berkurangan, kerana selera makannya langsung hilang, Syuhadah tidak selincah dahulu.

Pagi tadi sekali lagi ubat dimasukkan kedalam badan Syuhadah, ayahnya juga ada mengambil air penawar dari Darul Syifa di Bangi. Dia berdoa semoga semua usaha mereka akan berhasil. Dia takut kehilangan sekali lagi. Malam itu dia pulang ke rumah denagn hati yang benar-benar kusut. Setiap panggilan telefon yang masuk, amat mendebarkan hatinya. Dia takut kiranya panggilan yang membawa perkhabaran duka. Dia mengambil wudhuk, bersolat hajat, dan membaca Yassin, tiba-tiba telefon berbunyi.

“Hello,”

“Abang, ni Salwa ni bang, abang tengah buat apa?,” tanya Salwa.

“Kenapa ni Wa,” Hilmi cemas, dia tidak menjawab pertanyaan Salwa.

“Saja Wa telefon, abang, Alhamdulillah Adah dah kurang panas, kali terakhir bacaan suhu badannya dah kurang banyak, syukur bang, Wa ada tanya doktor, doktor kata kalau esok petang bacaan terus turun, dia boleh keluar,” terang Salwa.

“Syukur, Alhamdulillah, lapang dada abang, syukur, Wa dah makan,” tanya Hilmi.

Mereka terus berbual, Hilmi terasa bahagia, menyesal kerana mengabaikan Salwa yang begitu luhur budinya.


Sejak Syuhadah keluar hospital dua minggu yang lepas, selera makannya bertambah, berat badan dia kembali naik, dia juga amat-amat manja dengan Salwa. Hilmi juga sudah betul-betul menjadi suami yang betul-betul bertanggung jawab. Salwa bahagia. Sudah sebulan lebih Salwa merasa nikmatnya menjadi seorang isteri yang disayangi suami.

“Kenapa ni Salwa, pucat saja,” tanya Mak Zaharah.

“Entalah mak, perut saya ni sakit sangat mak, sakit betul, sakit sampai ke pinggan rasanya,”

“Hai…agaknya kamu ni berisi tak? Kamu mengandung ker?,” tanya Mak Zaharah.

“Entahlah mak, nak kata mengandung, saya ada datang kotor,”

“Memangler, ada setengah orang, mengandung, tapi uzur tu ada juga, tidak sama Salwa,” terang Mak Zaharah.

“Nanti kalau Hilmi balik, kamu ajaklah dia pergi klinik, kalau betul kamu mengandung, Alhamdulillah, kalu tidak pergi buat check up, kenapa kamu selalu sakit perut,” nasihat Mak Zaharah, Salwa hanya mengangguk.

“Sudahlah kamu pergilah baring, jangan makan apa-apa ubat, takut kalau kamu mengandung, tidurlah, biar mak saja jaga Adah ni,” Salwa akur, dan naik ke bilik lalu berbaring, dia juga berdebar-bedar, kenapalah dia begitu, dia selalu saja kepenatan. Dia merasa risau dan takut tiba-tiba.

“Salwa, kenapa ni,?” Hilmi bertanya lembut.

“Eh abang dah balik, maaf Wa tak sedar, dah pukul berapa ni?,”

“Pukul 6.00, kenapa,?” Hilmi bertanya.

“Wa belum solat lagi bang,” bingkas dia bangun, tetapi akhirnya dia rebah semula, kepala terasa berat, perutnya semakin sakit, badannya juga sedikit panas.

“Ya, Allah kenapa ni Wa, jangan buat abang risau, Ya, Allah baru habis sakit Syuhadah, kini di uji pula dengan sakit Salwa,” dia merasa amat cemas.

“Biar abang bantu ke bilik air, kamu solat sambil duduk sajalah, nanti rebah pulak,”

Hilmi duduk dibirai katil menanti Salwa selesai solat, bimbang kalau-kalau Salwa rebah lagi. Selesai Salwa berdoa, segera dia mengarahkan Salwa bersiap-siap, dia akan membawa Salwa ke klinik, risau binat hatinya.

“Tahniah puan, positif, nampak dua jalur merah ni? Kalau ada satu jalur, makna negatif, tidak mengandung, tapi ini dua jalur, maknanya positif, tahniah!” ujar doktor. Salwa tersenyum, Hilmi disebelah sudah hilang malu, terus dikucup tangan lembut Salwa, gembira bukan kepalang.

“Jangan banyak buat kerja-kerja lasak masa peringkat awal kehamilan, dalam perubatan kita panggil semester pertama kehamilan, janin baru seketul daging, belum terbentuk menjadi janin yang sempurna, Insya-Allah usia janin baru 6 minggu, means baru nak masuk 2 bulan, biasanya dalam masa 3 minggu pertama bulan kedua, kesemua organ dan struktur badan terbentuk. Pada masa ini para ibu akan mula merasa mual. Gusi dan jari juga mula terbentuk. Organ-organ yang telah terbentuk ini akan terus membesar. Jantung bayi mula berdegup dengan stabil, dan tulang rangka semakin mengeras, sebab itulah puan kadang-kadang merasa sakit sekitar perut hingga ke pundi kencing, biasalah ini anak pertama, pertama kali mengandung, jadi rahim tu baru pertama kali hendak mengembang, memang sakit sikit,” doktor menerangkan panjang lebar.

“Oooo, begitu, patutlah saya selalu sangat sakit perut, dan terasa hendak buang air, biasanya berapa bulan janin terbentuk lengkap,?” tanya Salwa

“Ok, biasanya, pada bulan ke empat, Ibu akan mula merasakan pergerakan janin di dalam kandungan. Ultrasound boleh dijalankan bagi melihat janin di dalam kandungan. Ibu boleh melihat kepala, tangan dan jari bayi serta tulang belakang dan jantung janin. Dengan kemudahan ultrasound umur janin boleh ditentukan dengan mengukur saiz janin (dari kepala hingga punggung janin). Setiap pembentukan janin dapat dilihat melalui ultrasound. Masa ini roh telah ditiupkan ke dalam janin itu, puan boleh berkomunkasi dengan baby, jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan untuk puan dan suami. Untuk puan, saya akan lakukan ultrasound minggu depan, ini hanya untuk memastikan kedudukan janin, terletak di dalam rahim, baiklah nanti saya akan bekalkan awak dengan brosur tentang kehamilan, ok…saya akan bagi ubat tahan muntah, vitamin dan juga awak banyakkan minum susu, supaya anak dan ibu lebih sihat, kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat datang ke klinik, ok?,” kata doktor.

Mereka berdua beredar dengan perasaan yang sungguh-sungguh gembira. Hilmi gembira kerana dia orang pertama tahu Salwa mengandung, tidak seperti masa Nura mengandung, dia hanya tahu bila Nura jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Kini Hilmi menghitung hari untuk melihat zuriat keduanya, setiap malam dia mengusap perut Salwa, bahagia dirasakan. Salwa juga tidak sabar. Namum tidak seperti Nura, Salwa mengalah teruk. Mabuk mengandungnya menjadi-jadi. Badan sentiasa lemah, setiap pagi pasti muntah, makan sikit muntah, hidungnya menjadi sungguh sensitif, tercium bau tumisan bawang pun cukup membuatkan dia memuntahkan segala isi perutnya. Hilmi juga terpaksa bersabar, adakalanya di suruhnya Hilmi tidur bi bawah kerana katanya badan Hilmi berbau. Biasanya terpaksalah Hilmi mandi sebelum tidur, siap berbedak. Tetapi Hilmi tidak kisah memikirkan kerenah ibu mengandung.

Salwa membawa perut yang makin sarat, Syuhadah pun seolah mengerti yang Umminya tidak larat, jadi dia kurang meragam dan pandai membawa diri, bermain sendiri, langsung tidak menyusahkan Umminya. Salwa dapat merasakan Syuhadah memang seorang anak yang baik.

“Assalamualaikum…,” Hilmi menyapa.

“Waalaikumsalam,” jawab Salwa, menghulurkan tangan untuk mencium tangan Hilmi, diikuti dengan Syuhadah, mungkin biasa melihat Umminya sentiasa bersalam dengan papanya, dia pun turut bersalam.

“Macam mana hari ni? Sihat?,”

“Bolehlah bang, lenguh pinggang saja, maklumlah baby abang ni dah nakal bergerak, tak larat saya, abang jangan lupa esok check up saya, abang dah ambil cuti?,” tanya Salwa.

“Alllahhh, terlupa pulak, alamak macam mana ni? Salwa suruhlah ayah hantar ker, atau Salwa naik teksi?,”

“Sampai hati abang, siapalah saya kan bang,” kata Salwa dan berlalu pergi. Hilmi tersenyum, ermm ragam orang mengandung, sensitif sungguh.

Di dalam bilik, Salwa menangis teresak-esak, sedih bila Hilmi sengaja melupakan tarikh esok, berkali-kali diingatkan Hilmi, tapi lupa juga akhirnya dia. Dia merasa sungguh sedih.

“Hai menangis pulak sayang abang ni,” tegur Hilmi sebaik saja, menyelak pintu bilik. Salwa memalingkan muka. “ishh Wa ni, buat malu kat anak kat dalam perut tu saja, dah besar-besar menangis, baby tengok Ummi nangis,” usik Hilmi sambil memegang perut Salwa. “Abang dah ambil cuti dah, dah lulus pun, minggu lepas lagi abang dah apply, senyum sikit,” usik Hilmi.

“Betul ni? Abang ni saja tau,” satu cubitan manja hinggap di lengan Hilmi. Hilmi menangkap tangan itu dan dibawa ke mulut lalu dikucup manja. Bahagia dirasakan. Masakan dia akan membiarkan Salwa, cukuplah sekali silapnya dengan Nura dahulu, takkan diulangi.

Salwa menanti giliran dengan penuh sabar, tak ramai sangat orang di klinik, tetapi dia gelisah, rasa tidak selesa, pinggangnya makin lenguh, perut asyik terasa lapar sahaja. Hilmi disebelah leka membaca surat khabar. Dia merasa lega apabila namanya dipanggil.

“Apa khabar puan?,” tanya doktor.

“Baik, letihler doktor, lenguh pinggang, lenguh kaki, tak larat saya,” Salwa bercerita.

“Mestilah, dah dekat nak bersalin memang macam tu, sabar jerlah, bukan senang nak jadi ibu kan?” Ok hari ni saya akan scan ladi, mungkin scan yang terakhir kot, ok, boleh baring sana,” doktor memberi arahan.

Hilmi membantu Salwa naik ke atas katil yang agak tinggi itu, susah payah dia mengendong perut naik ke katil, Hilmi suka melihat ujian ultrasound dilakukan, dia gembira melihat kedudukan janin didalam rahim yang bergerak-gerak, dalam melihat denyutan jantung bayi, betapa besarnya kuasa Allah. Pertama kali dia melihat janin di dalam rahim ialah bila pertama kali dilakukan ujian ultrasound semasa usia kandungan Salwa hendak memasuki bulan ke 3, hampir menitis air matanya melihat kedudukan bayi yang bergerak-gerak di dalam perut, kini dia dapat melihat dengan jelas setiap pergerakan bayi yang di dalam perut Salwa.
Dia merasa sungguh bahagia, tidak sabar bertemu dengan orang baru, tambahan pula, kali terakhir di scan dia mendapat tahu bayi itu anak lelaki, kini dia akan punyai sepasang anak.

“Ok, puan, mengikut ukuran bayi, usia kandung sudah 38 minggu, bayi dalam keadaan sihat, jantung normal, tumberasan bayi juga baik, bagus, tidak ada masalah,” doktor menerangkan. “Insya-Allah bayi bersedia untuk dilahirkan bila-bila masa sahaja, puan boleh banyak bergerak pada masa ini untuk memudahkan proses kelahiran,” doktor menambah.

“Doktor kata bila-bila masa,?” tanya Salwa.

“Iya, saya menjangkakan minggu depan, tapi tidak mustahil sebelum itu, bersedia sahajalah,”

Mereka kembali semula ke rumah selesai semua urusan. Hilmi berjanji akan membawa Salwa dan Syuhadah keluar membeli belah petang nanti, masih ada yang eprlu dibeli bagi menanti kehadiran orang baru.

Salwa merasa sungguh tidak berdaya, dia dapat merasakan gerakan bayi semakin kuat, boleh dikatakn setiap lima belas dia merasa pundi kencing bagai ditekan-tekan, sesekali terasa seperti hendak membuang air besar. Dia tahu saat untuk dia melahirkan bayi ini makin hampir. Hilmi masih lagi di pejabat. Dia masih lagi berbaring di atas katil, lenguh berbaring dia bangun berjalan. Nanum, tekanan bayi makin kuat, terasa seperti hendak luruh segala isi perutnya. Akhirnya dia memanggil mak mertuanya, dan sepantas kilat Mak Zaharah menghubungi Hilmi.

Hilmi sampai 20 minit selepas itu, segera dia meluru ke atas, bersusah payah dia memapah Salwa turun ke bawah, menuju ke kereta. Mak Zaharah pula kelam kabut mencari tudung, dan mnghubungi keluarga besannya. Mereka semua bergegas ke hospital.

Salwa sudah tidak tertahan sakitnya, Mak Zaharah tidak berhenti-henti menyuruh Salwa berzikir, berselawat. Sampai dihospital, segera Hilmi mendaftar, menyerahkan rekod perubatan Salwa, dan dengan segera, jururawat menyorong Salwa ke bilik bersalin, diiringi Hilmi. Hilmi sungguh cemas, keadaan makin cemas bila melihat banyak darah yang keluar. Salwa mengalami tumpah darah. Hilmi cemas, dia terkenangkan begitulah nasib Nura dua tahun yang lepas. Dia berdoa janganlah sesuatu yang buruk berlaku, dia risau sekali. Dia sungguh takut keadaan yang sama akan berulang. Nura meninggal kerana kehilangan terlalu banyak darah. Kini Salwa menghadapi situasi yang sama. Dadanya berdegup kencang, ngeri dan cemas melihatkan darah yang turun sungguh laju.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati uri yang ada didalam rahim itu berpusing ke bawah, keadaan amat merbahaya sekiranya uri di bawah. Kerana tumpah darah pasti akan berlaku. Doktor agak hairan, kerana pemeriksaan dua minggu lepas kedudukan uri masih di kedudukan sepatutnya. Tapi itu semua urusan Allah. Sedangkan Siti Mariam boleh mengandung Nabi Isa tanpa berlakunya persetubuhan, inikan kedudukan uri, fikir Hilmi, yang penting dia tak sanggup kehilangan buat kali kedua.

Demi menyelamatkan keadaan dan bagi mengelakkan Salwa kehilangan lebih banyak darah Salwa juga perlu dilakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan dua nyawa. Hilmi makin gementar, dia tidak mampu berdiri, kakinya mengeletar, seluruh badannya terasa seram sejuk. Dia takut kehilangan sekali lagi.

Hilmi melipat kembali tikar kecil itu, di ambil bekas berisi air, disiramnya dipusara itu. Surah Yassin sudah di simpan kembali ke dalam poket. Dia melangkah longlai ke kereta. Hatinya amat sebak, hatinya terasa amat pilu. Namun dia sedar, kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia terima Qada dan Qadar seadanya. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci sahaja penghubung antara mereka sekarang. Dia meninggalkan perkarangan kubur dengan hati yang berat.

Sampai dirumah, dia tidak segera masuk ke rumah, dia berlegar-legar sekitar rumah, dia berjalan menuju ke taman mini mak dan ayahnya. Dia rasa aman di situ, melihat kehijauan pokok-pokok yang sederhana beasr itu. Melihat kesegaran bunga-bunga, agak lama dia disitu.

“Assalamualaikum.,” Hilmi memberi salam.

“Waalaikum salam, kau ke kubur lagi Hilmi?” tanya maknya.

“Ya mak, macam mana mak tahu?” tanya Hilmi.

“Habis tu, kau tak segera masuk ke rumah, mesti kau ke kubur, kau ingat pesanan mak, balik dari kubur, jangan lekas masuk ke rumah, nanti bayi meragam, kan,” kata Mak Zaharah.

“Adam tidur ker,” tanya Hilmi.

“Ada kat atas, baru lepas dimandikan ada kat ataslah tidurlah agaknya,” Maknya menjawab. Hilmi segera mengatur langkah ke atas.

“Ermmm lembut betul muka Adam, macam muka Salwa,” kata Hilmi.

“Ye ker, tapi ramai orang cakap macam muka Syuhadah masa kecil ye ker,” tanya Salwa.

“Ha’ah ada jugak sikit-sikit, dua beradik nak kemana rupa parasnya,” kata Hilmi.

“Hari ini dah masuk 44 hari, esok 45 hari, lepas tu merdeka, dah habis pantang, rimas jugak saya, berkurung saja,” kata Salwa.

“Iyer, sekejap yer, dah 45 hari, ermmm cepatlah besar anak papa, boleh kita pergi main badminton sekali,” usik Hilmi.

“Abang ke kubur kak Nura?,” tanya Salwa.

“Ha’ah, Salwa marah, kecil hati, cemburu?,”

“Ishh, abang ni cemburu pada yang dah tiada gila namanya, saja Salwa tanya, tak apalah bang, nanti anak-anak kita dah besar, kita bawak mereka menziarah bersama,” kata Salwa.

Hilmi rasa sungguh bertuah, dia mengenggam tangan Salwa erat lalu dikucup.

“Abang bahagia dengan Salwa,”

Oh, burung terbanglah kau, sampaikan kepada dunia, aku sungguh bahagia…Sampaikan salam Rindu Pada Nura...Rinduku Pada Nura tetap sampai bila-bila.